CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syeduum

Jadual Pencarian Lailatul Qadar 1430H

[Copy link]
Post time 11-9-2009 09:20 AM | Show all posts
Tanda-tandanya
Dari Ubaiy, ia berkata: Rasulullah shallallahu 慳laihi wa sallam bersabda:
揚agi hari malam Lailatul Qadr, matahari terbit tidak ada sinar yang menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 09:24 AM | Show all posts
cammana nak tau malam tu malam lailatulqadar?
kucingblue Post at 11-9-2009 09:12


ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR
   
[size=-1]    Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
[size=-1]    Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.
[size=-1]Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
[size=-1]1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya[size=-1] : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
[size=-1]2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya[size=-1] : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
[size=-1]3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya[size=-1] : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
[size=-1]4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya[size=-1] : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
[size=-1]Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
[size=-1]1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
[size=-1]2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh  mereka yang halus  menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

[size=-1]Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
[size=-1]a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
[size=-1]b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
[size=-1]c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
[size=-1]d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:33 AM | Show all posts
good info   
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:33 AM | Show all posts
terima kasih..alhamdulillah..banyak info yg sy prolehi dr sini..ilmu bermanfaat dikongsi bersama..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 09:50 AM | Show all posts
Akus suspect malam jumaat baru ni (malam 21). Malam tersebut sangat sunyi. Semalam (malam 23) hujan sangat lebat pula turun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 11:22 AM | Show all posts
andai lailatul qadar dah terlepas??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2009 02:06 PM | Show all posts
andai lailatul qadar dah terlepas??
fantaghero1818 Post at 13-9-2009 11:22


Ada banyak lagi cara lain untuk dapat pahala.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 02:20 PM | Show all posts
tak pa mana mana malam pun tak pa. yg penting kita buat ibadat jer, sama ada malam tu hit the "target" or not, well tak pa lah. Yang penting, ikhlas , doa bersungguh - sungguh.
yes semalam hujan lebat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2009 01:08 AM | Show all posts
beruntunglah org yg beristiqamah dalam ibadatnya, bukan semata-mata mencari hanya satu malam sahaja. Malam lailatul-Qadr adalah kemuncak ibadat org2 soleh yg tidak jemu2 meminta ampun dan taubat drpd Allah sepanjang tahun dan umurnya.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 08:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by rosaline08 at 14-9-2009 08:38


salam semua

ditempat makcik malam 23 (malam kemarin) ujan sepanjang malam.
tapi bila pagi langit sangat cantik, putih bersih, tak ada biru, tak ada hitam.
matahari pula putih bersih, tak terasa panas sampai le ke petang.
tp sayang nye makcik bangun jam 5, sempat sahur aje.




Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 09:27 AM | Show all posts
pagi ni kat balcony office saya pun saya  rasa hening gitu soft sun rays ler ...hmm..semalam i tido bangun kul 4 then tido then bangun sahur ...hmmm..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 10:50 AM | Show all posts
mmg lah... sy pun perasan since dari last friday, weather mmg cool jekk!! mlm sunyi sepi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 11:10 AM | Show all posts
could it be possible tak ..mmg lah antara 10 malam terakhir Ramadhan ni  ada satu malam Lailatuqadar, tapi kan
saya fikir cam ni

a) kat dunia kita ni ada bhgn malam ada bghn siang
b) daripada  (a) pernyataan A di atas  still ..different part of the world would be having at least one mlm lailatul qadr  masa lain ker  ( sebab malam) kalau kita mlm kan kat sini kat US pagi UK ker ?

hmm cam ner yer ?

tapi pun
at the end
WALLAHUALAM
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 11:11 AM | Show all posts
or tempat lain mlm lain ? sebab  the clause said  salah satu malam so adakah ia relative to the  place time and part of the world?

just curious may be

sapa rasanya  boleh jawab?
sebab kita deal dgn 3 variables/aspek ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 03:15 PM | Show all posts
29# pandaniw

semalam ada keluar satu drama kat RTM2, citer pasal nak cari malam qadr.
Pelakon dia Pak Meon (Jalil Hamid), org kanan 1 (Acong SweetChild) dan
org kanan 2 yg sedikit terencat otak (lakonan budak ntah apa ke nama),
menipu dan tunjuk alim kat org kampung pd bulan Ramadhan nih.

Wah bukan main
rajin lagi pakai jubah serban, kepiah kat ats kepala pergi surau kampung.
Pak Imam pun turut terpukul dgn perubahan drastik mereka dlm beribadat.
Memang mereka sebelum ni merupakan samseng 3 berangkai dan selalu
berperangai bodoh lah kat kampung tersebut.
Tapi niat mereka berubah nak jadi alim hanya di bulan pose aja rupanya. Target mereka
hanya nak cari malam 'lailatul qadar'.

Nak jadi cerita, Pak Meon gigih berjaga malam 10 akhir Ramadhan berikutnya.
Segala maklumat ttg malam berkat ini mereka cari dlm internet melalui enjin carian google.
Tak tido lah Pak Meon pd malam2 ganjil seperti yg ditargetkan.

Malam ke-27, ....2 org kanan Pak Meon dah hanyut tido. Tak tahan berjaga kata mereka.
Tinggallah Pak Meon terkebil-kebil sorang diri menahan ngantuk yg teramat sgt. Satu hapah ibadat zikir pun
dia tak buat. Dok tercongok macam tuh aje. Macam menanti buah nangka gugur dari langit.

Kununnya ikut skrip, malam ke 27 tu lah sepatut berlakunya malam qadar. Pengarah membawa
imej pokok dan rumput2 beriup lembut serta nampak macam tunduk2 gitu, bagi menanandakan berlaku
malam yg ditunggu-tunggu.
Malangnya, bagi Pak Meon, dia dah tahan sangat ngantuk, sampailah tertido...
Sedar2 matahari dah terbit dari timur. Punyalah terkojut Pak Meon,
lalu bersedih lah Pak Meon sampai ke siang kerna tak dapt berjumpa dgn malam 'Lailatul Qadr' spt yg dihajati...

Siang tu, akibat frust yg teramat sgt kerna ter'miss' apa yg diidam-idamkan selama ini,
Pak Meon bersama 2 org kanan otak senget nya, berjamulah buah tembikai kat pondok
tepi sawah rumah mereka, walopun bulan pose berbaki beberapa hari lagi!

Baru je Pak Meon nak meng'ngap' buah yg masak ranum tu,
tiba-tiba Pak Imam kampung yg selama ni amat percaya ttg kejujuran mereka beribadah,
terpacak tegak di hadapan mereka, yg mana pada masa tu tgh syok 'berkenduri'kan buah tembikai!
Haa..apa lagi?..Kena basuhlah Pak Meon dgn budak2 smpi cair taik telinga kat situ jugak!

Kesan dari ceramah Pak Imam itu, Pak Meon mulai insaf dan menyesal atas perbuatan dia yg selama ini
tidak ikhlas beribadat betul2 kerana Allah. Beribadat hanya nak ganjaran dan berkala shj, bukan betul2
beribadah kerana hati yg tulus ikhlas serta mengaharap keredhaan dari Allah SWT.





psst: Jgn jadi macam Pak Meon erk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 03:39 PM | Show all posts
nak kongsi...

malam 21, (khamis malam jumaat), suami tak dpt tidur, so suami duduklah bersama anak perempuan di tepi kolam ikan, tetiba dalam pukul 2.30pagi, mereka terpandang langit dan SUBHANALLAH..kelihatan kalimah A L L A H, sementara bulan pula terletak betul diatas sabdu diatas huruf lam, saya hanya bangun pukul 3.30am... masa tu tak terfikir pulak pasal malam lailatul, dan sayang betul suami tak ambil gambar...

malam 23, (sabtu malam ahad), saya terjaga pukul 3am, hujan mula turun dgn lebatnya pukul 3.30am sehingga 5am.  terfikir  juga maybe lailatul, tapi sewaktu solat, saya merasakan cuaca amat panas hingga berpeluh2.., walaupun solat dibawah kipas, so tak taulah..

tetapi, istiqamah lah, jika ada rezeki bertemu, tiada siapa dapat menghalang...

paling utama, ikhlaslah beribadah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2009 04:00 PM | Show all posts
36# hazel23

Subhanallah, ruginya tak dpt snap gambo dlm era digital nih.
Kalo tidak boleh share tgk ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 05:53 PM | Show all posts
malam 23 mmg hujan lebat kan...mula2 renyai2 je pastu makin kuat... waktu hujan lebat pun doa dimakbulkan,rahmat turun..tapi sapa dpt malam lailatul qadar subhanallah...insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 11:11 PM | Show all posts
Berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

"Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:34 PM | Show all posts
39# stargate

pagi semalam, kat IKIM pun ada petik hadis ni.

mlm semalam, masa terawih, imam ada announce, mlm ni mlm 25, marilah berdoa jika jatuh lailatul qadar mlm ni, kita dpt meraihnya.... so pendapat saya, as per isya smlm, belum lagi lailatul qadarnya..

tapi mlm semalam, mlm ke - 25, ada sesaper bole komen,... sebab lepas solat tasbih, rasa cool jer....pastu bila doa, mcm best jer...mungkin sebab sunyi sepi....anjing pun tak der menyalak, sedangkan mlm2 sebelumnya, anjing ada jer interframe menyalak... dan pagi tadi tmpt saya sejuk jer... wallahuallam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.090489 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list