CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kermittx

Kepercayaan karut orang melayu

[Copy link]
 Author| Post time 3-12-2009 12:06 AM | Show all posts
Demi kedudukannya yang dihebahkanoleh media arus perdana sebagai pembela Melayu, Umno sebagai parti yangpaling berkuasa di dalam Barisan Nasional (BN) tidak akan mengizinkansama sekali calon yang bukan Melayu bertanding di kawasan majoritiMelayu.

Dengan tegasnya Umno menetapkan MCA dan Gerakanhanya boleh bertanding di kawasan majoriti kaum Cina sahaja. PantangUmno menyerahkan tanah, wilayah serta kuasa legislatif dari kawasanmajoriti Melayu kepada apa yang disebut oleh salah seorang tokohnyasebagai bangsa pendatang. Pantang Umno dilihat sebagai babi tungganganbangsa pendatang.

Kedudukan sebagai pembela bangsa Melayu yangsetiap hari dicanangkan oleh media-media arus perdana yang dikuasainyamesti dijaga dan dipelihara oleh Umno. Oleh sebab itu Umno menjerkahMCA dan Gerakan supaya bertanding di kawasan majoriti pengundi Cinasahaja.

Dengan sifat Umno yang pantang menjual tanah menggadaiwilayah lebih-lebih lagi kuasa legislatif kepada kaum pendatang, dalamPilihan Raya Umum 8 Mac tahun lalu, kawasan majoriti pengundi Cina yang ditandingi oleh MCA dan Gerakan bagi kerusi Parlimen ialah:

1. Alor Star (Melayu 62.57 peratus)
2. Padang Serai (Melayu 54.72 peratus)
3. Gerik (73.49 peratus Melayu)
4. Lumut (Melayu 48.77 peratus dan Cina 38.49 peratus)
5. Tanjong Malim (51.23 Melayu)
6. Batu (Melayu 44.27 peratus dan Cina 40.77 peratus)
7. Selayang (Melayu 44.79 peratus dan Cina 38.24 peratus)
8. Pandan (Melayu 49.34 peratus dan Cina 45.04 peratus)
9. Kelana Kaya (Melayu 41.88 peratus dan Cina 38.72 peratus)
10. Petaling Jaya Selatan ( Melayu 39.62 peratus dan Cina 21.7 peratus)
11. Puchong (Melayu 43.58 peratus dan Cina 40.78 peratus)
12. Wangsa Maju (Melayu 52.45 peratus dan Cina 39.76 peratus)
13. Bandar Tun Razak (52.73 peratus dan Cina 39.47 peratus)
14. Alor Gajah (Melayu 57.81 peratus)
15. Ayer Hitam (Melayu 56.39 peratus)
16. Tebrau (Melayu 49.34 peratus dan Cina 36.97 peratus)
17. Tanjung Piai (Melayu 50.16 peratus dan Cina 48.77 peratus)
18. Simpang Renggam (Melayu 54.51 peratus dan Cina 35.24 peratus)
19. Raub (Melayu 49.12 peratus dan Cina 43.51 peratus)
20. Kuantan (Melayu 59.97 peratus)

Denganketegasan Umno yang tidak mahu menyerahkan kepada MCA dan Gerakankerusi dan kuasa legislatif dari kawasan majoriti Melayu itu, sembilandari 15 kerusi yang dimenangi MCA adalah di kawasan majoriti pengundiCina iaitu:

1. Alor Star (jumlah pengundi Melayu 62.57 peratus)
2. Lumut (jumlah pengundi Melayu 48.77 peratus manakala Cina 38.49 peratus)
3. Tanjong Malim (jumlah pengundi Melayu 51.23 peratus)
4. Pandan (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 45.04 peratus)
5. Alor Gajah (jumlah pengundi Melayu 57.81 peratus)
6. Ayer Hitam (jumlah pengundi Melayu 56.39 peratus)
7. Tebrau (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 36.97 peratus)
8. Tanjung Piai (jumlah pengundi Melayu 50.16 peratus manakala Cina 48.77 peratus)
9. Raub (jumlah pengundi Melayu 49.12 peratus manakala Cina 43.51 peratus).

Darisembilan Ahli Parlimen MCA yang menang di kawasan majoriti Cina sepertiyang dinyatakan di atas, Kedah mempunyai seorang Ahli Parlimen MCA,Perak dua, Selangor satu, Melaka satu, Pahang satu dan Johor tiga.

MCA kini mempunyai 15 Ahli Parlimen.

1              Chor Chee Heung (Alor Setar)
2      Kong Cho Ha (Lumut)
3.    Lee Chee Leong (Kampar)
4.     Ong Ka Chuan (Tanjong Malim)
5.     Ong Tee Keat (Pandan)
6.    Fong Chan Onn (Alor Gajah)
7.             Tan Ah Eng (Gelang Patah)
8.             Chua Tee Yong (Labis)
9.             Ong Ka Ting (Kulai)
10.             Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
11.             Lim Bang San @ Teng Boon Soon (Tebrau)
12.             Wee Jeck Seng (Tanjong Piai)
13.            Dr Hou Kok Chung (Kluang)
14.           Liow Tiong Lai (Bentong)
15.           Dr. Ng Yen Yen (Raub)

Samaseperti MCA, Gerakan juga kalah teruk di semua kawasan majoriti Melayuyang ditandinginya iaitu Batu Kawan (Jumlah pengundi Cina 55.57 peratusmanakala pengundi Melayu 20.4 peratus sahaja), Bukit Bendera (Jumlahpengundi Cina 73.79 peratus manakala pengundi Melayu 13.87 peratussahaja), Tanjong (Jumlah pengundi Cina 85.26 peratus manakala pengundiMelayu 5.78 peratus sahaja), Jelutong (Jumlah pengundi Cina 67.96peratus manakala pengundi Melayu 11.48 peratus sahaja), Beruas (Jumlahpengundi Cina 54.14 peratus manakala pengundi Melayu 31.43 peratussahaja), Teluk Intan (Jumlah pengundi Cina 43.82 peratus manakalapengundi Melayu 36.16 peratus sahaja), Kepong (Jumlah pengundi Cina90.31 peratus manakala pengundi Melayu 4.28 peratus sahaja), Segambut(Jumlah pengundi Cina 51.77 peratus manakala pengundi Melayu 36.3peratus sahaja) dan Puchong. Selain dari kalah di kawasan-kawasanmajoriti Melayu itu, ia juga kalah di Batu.

Gerakan hanya menang di kawasan majoriti Cina sahaja yang telah diberikan oleh Umno kepada parti itu iaitu:

1.              Tan Lian Hoe (Gerik - jumlah pengundi Melayu 73.49 peratus)
2.               Liang Teck Meng (Simpang Renggam - jumlah pengundi Melayu 54.51 peratus manakala Cina 35.24 peratus sahaja)

Johor,negeri kelahiran Umno yang dilaung-laungkan sebagai pembela bangsaMelayu, mempunyai paling banyak Ahli Parlimen dari MCA dan Gerakan yangmenang di kawasan majoriti Cina iatu di Ayer Hitam (jumlah pengundiMelayu 56.39 peratus), Tebrau (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratusmanakala Cina 36.97 peratus), Tanjung Piai (jumlah pengundi Melayu50.16 peratus manakala Cina 48.77 peratus) dan Simpang Renggam (jumlahpengundi Melayu 54.51 peratus manakala Cina 35.24 peratus).

Bagaimanapun,para pemimpin MCA dan Gerakan ternyata memperlihatkan setiakawan yanghebat kepada orang-orang Melayu walaupun mereka menang di kawasanmajoriti Cina.

Ketika menyokong kenyataan Timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menolak ketuanan Melayu, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat (menang di Pandan, iaitu kawasan majoriti Cina di mana jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 45.04 peratus) berkata:"Saya gembira timbalan saya mengulangi apa yang dinyatakan oleh sayadan pemimpin terdahulu dari saya sejak berbulan-bulan yang lalu"

Sebelum itu, The Starmelaporkan Ong mendesak supaya istilah ketuanan Melayu tidakdisebut-sebut lagi kerana ia memberikan tanggapan ada bangsa yangmenjadi tuan manakala yang lain adalah hamba.

The SunOgos pula melaporkan Dr Chua meminta Ong mengulangi apa yangdinyatakannya kepada akhbar-akhbar Cina bahawa MCA mungkin akan keluardari BN jika Umno meneruskan polisi ketuanan Melayu.

Sementaraitu, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe(menang di Gerik iaitukawasan majoriti Cina di mana jumlah pengundi Melayu 73.49 peratus)memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selainmenyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.

Beliau dipetik sebagai berkata: "Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India."

Daribukti-bukti di atas, demi kedudukan yang dicanangkan sebagai pembelabangsa Melayu, Umno sama sekali tidak pernah dan tidak akan menyerahkankerusi Parlimen serta kuasa legislatif dari kawasan majoriti Melayukepada MCA dan Gerakan.

Penyerahan kerusi Parlimen dan kuasalegislatif dari kawasan majoriti Melayu kepada MCA dan Gerakandibimbangi oleh Umno akan menyebabkan Raja-Raja Melayu sebak danmenitiskan air mata.

Lebih dari itu, bagi parti yang dicanangkansebagai pembela bangsa Melayu, menyerahkan kuasa kuasa legislatifkepada MCA dan Gerakan dari kawasan majoriti Melayu akan menyebabkanUmno dianggap sebagai babi sembelihan kedua-dua parti itu.

Rujukan:
Dewan Rakyat
Utusan Malaysia

-----
baca dlm keadaan sarkastik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2009 12:22 AM | Show all posts
UMNO Johor Gadai Tanah Pada Singapura

Di Perak, UMNO main isu Nizar jual tanah pada Cina. Rata kampung diorang ulang fitnah ni. Rupanya bangsa UMNO ni bangsa hipokrit. Bak kata orang tua2, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Berita ini diambil dari blog Penarik Beca@Bakaq. TQ pada Pak Bakaq atas "research" yang beliau telah buat. Syabas.

Umno gadai tanah Johor kepada Singapura

KUALA NERUS, 15 Mei 2006 (Hrkh) - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya, jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:30 AM | Show all posts
rezeki adalah drpd UMNO.................... :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:32 AM | Show all posts


isu ni ngan isu kg buah pala kan sma jek.. alahai...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:38 AM | Show all posts
http://www.malaysiakini.com/pages/albums/kgb/full/06.jpg

isu ni ngan isu kg buah pala kan sma jek.. alahai...
BlueHand Post at 3-12-2009 00:32


hang masih tak sedar diri ke? kes buah pala menjadi pemangkin BN kubur lagi dasyat di Penang saja
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:40 AM | Show all posts
http://www.malaysiakini.com/pages/albums/kgb/full/06.jpg

isu ni ngan isu kg buah pala kan sma jek.. alahai...
BlueHand Post at 3-12-2009 00:32
depa nie dapat rumah teres brape ratus ribu RM?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2009 12:44 AM | Show all posts
24# BlueHand

hehehe kalau hang nak tau.. Doa orang teraniaya ni makbul.. Khir Toyo dan BN tergolek dog adalah akibat penagan doa orang teraniaya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:47 AM | Show all posts
rezeki adalah drpd UMNO.................... :pompom:
Acong Post at 3-12-2009 00:30


oleh itu segala kesyukuran dan puji-pujian wajib diberikan kepada umngok <--- asas kepercayaan makcik felda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 12:51 AM | Show all posts
oleh itu segala kesyukuran dan puji-pujian wajib diberikan kepada umngok
ChildrenOfBodom Post at 3-12-2009 00:47
UMNO akan kekal sehingga kiamat.......... :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 12:52 AM | Show all posts
UMNO akan kekal sehingga kiamat.......... :pompom:
Acong Post at 3-12-2009 00:51


itu mitos no.2 cong
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:54 AM | Show all posts
UMNO pejuang kemerdekaan........! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:56 AM | Show all posts
ni bukan bod PERBINCANGAN  la bodoh..!


cis bodo dari dulu tak bole ubah punye lobai..
boshi_yoda Post at 2-12-2009 23:59


Musibatool Samdol boshit baru habis tekan bijik ka?

Berapa slab dah tekan nih?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:57 AM | Show all posts
UMNO punca perpaduan Malaysian:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:57 AM | Show all posts
UMNO bukan agen yahudi.............. :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:58 AM | Show all posts
tanpa umno tiada jalan raya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 01:00 AM | Show all posts
tanpa umno tiada jalan raya...
ChildrenOfBodom Post at 3-12-2009 00:58

Adoi la lawak sgt statement ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 01:02 AM | Show all posts
tanpa UMNO, takde TNB.............!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 01:09 AM | Show all posts
tanpa UMNO, takde TNB.............!
Acong Post at 3-12-2009 01:02 AM


Syabas, DBKL dan Wisma Yakin tak masuk list kaa, Cong....?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 07:22 AM | Show all posts
hang masih tak sedar diri ke? kes buah pala menjadi pemangkin BN kubur lagi dasyat di Penang saja
cmf_herrhughie Post at 3-12-2009 00:38


apsal kat kg buah pala lobai2 tu xmau sujud tengah jalan pulak ek
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 07:24 AM | Show all posts
24# BlueHand

hehehe kalau hang nak tau.. Doa orang teraniaya ni makbul.. Khir Toyo dan BN tergolek dog adalah akibat penagan doa orang teraniaya..
kermittx Post at 3-12-2009 00:44


wauuuu.. tuhan turunkan wahyu kat hang bagitau yang doa2 dorg tu makbul ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.088115 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list