|
city of granada, dibawah pemerintahan Islam ianya merupakan bandar raya termoden, tercantik dan teraman di seluruh eropah... |
|
|
|
|
|
|
|
Penyerahan Granada oleh Muhammad XII pada Ferdinand dan Isabella.
|
|
|
|
|
|
|
|
sultan muhamada xii ni la pengecut |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by NBH at 14-2-2010 21:10
sultan muhamada xii ni la pengecut
sekngucing Post at 12-2-2010 16:38
Yup, mmg btul.
But when Boabdil was crossing the mountains he turned to look at the city he had lost, and burst into tears.
'You do well,' said his mother, 'to weep like a woman for what you could not defend like a man.'
'Alas!' he cried, 'when were woes ever equal to mine?'
He crossed to Africa, and settled in Fez, of which the Sultan was his kinsman. It is pathetic to learn that there he built himself a palace in imitation of the Alhambra. At last, after many years, he was killed in an obscure battle fighting against the Sultan's rebels, and the Arab historian finishes the account of him with these words: 'Wretched man! who could lose his life in another's cause, though he dared not die in his own!Such was the immutable decree of destiny. Blessed be Allah, who exalteth and abaseth the kings of the earth according to His divine will, in the fulfilment of which consists that eternal justice which regulates all human affairs.'
In the day of El Makkary, the historian of the Moorish Empire, Boabdil's descendants had so fallen that they were nothing but common beggars,subsisting upon the charitable allowances made to the poor from the funds of the mosques.
Si penakut yg lari sambil menangis. Lari dr perjuangan sendri tp mati utk perjuangan org lain. cucu cicit jd pengemis. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak cite pasal Andalusia ni.... ni ape yg ak dapat pas menggoogle pasal andalusia
*********************************************************
Drpd Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun.
Bani al-Ahmar adalah puak yg menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada drpd 620 H hingga 897 H, pd tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yg pd akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai krn menerima banyak tekanan drpd orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dlm rumah, dgn lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dr rumah mereka dgn aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal utk berlayar keluar dr Sepanyol dgn membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yg ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yg akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yg tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentera Kristian menggeledah rumah yg ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yg berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yg dikatakan akan mengangkut mereka keluar dr Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa krn mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dgn pedang terhunus.
Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dgn buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yg sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dgn kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yg biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yg tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dlm kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yg kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dgn pelbagai ugutan dan seksaan yg sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yg mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim krn terlalu perit dugaan yg dialami mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pd tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yg makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yg luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yg juga kawasan pergunungan.
Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh krn sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yg tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.
Penguasa dan pemimpin Islam pd masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yg mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yg dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan utk otakku bukan utk mengurangkannya.”
Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yg sedia menanti utk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara utk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.
Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan utk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari drpd membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yg kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang drpd peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dgn wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka krn mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yg menyedihkan ada umat Islam yg menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.
Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dgn Raja Kristian Choinawi utk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kpd Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kpdnya. Jizyah dlm Islam mesti dibayar bukan Islam kpd pemerintah Islam, tetapi apa yg dilakukan Abu Zaid yg beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kpd Choinawi yg beragama Kristian.
800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yg bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pd satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yg mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yg boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dlm keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.
Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dga apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yg hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas drpd jalur yg lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kpd bukan Islam, kesenangan yg tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pd permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.
INTI PATI:
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas drpd pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yg pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dr negara dan menolak sekularisme dlm bentuk apapun yg bertujuan memisahkan agama drpd kehidupan yg menjadikan kehidupan lepas bebas drpd neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.
FAKTA:
• Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
• Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
• Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
• Pemerintah Islam membina istana yg besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.
Hasil Nukilan :
Dr. Danial Zainal Abidin
[email protected]
Sumber: http://www.darulbayan.com/v2/ind ... 20&id=2683#2683
*********************************************************
Andalus yg sering digambarkan dgn seribu keindahan (pancuran air, tamadun yg dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah utk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media) namun hanya indah khabar dr berita. Hakikatnya, “Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yg terbit pd wajah manusia”-Abu Saif (saiful islam) |
|
|
|
|
|
|
|
ni artikel kitar semula ke? aku dah baca tahun 2003 tak silap dlm utusan malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
ku rasa tahun 2003 dulu, aku dah baca artikel ni dlm utusan malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Huh la-hambra ni memang cantik la... aku nak pergi lagi ke sana summer ni insyaAllah.. time panas berdentum tuh.
Sultan Muhammad XII tu memang lemah. Boabdil tu panggilan nama dalam Spanish. Tapi sebelum tu pun dah ada masalah pemerintahan di Granada. Muhammad XII berbalah dengan bapak dia Abu'l-Hassan Ali dan uncle dia Muhammad XIII atau Al-Zagal. Ni yang menyebabkan perpecahan politik Granada. Politik Andalusia ni pelik ngan rumit sket. Boabdil ni budak lagi masa dia naik takhta tu yg senang makan nasihat dari para penasihat and mak dia. Adalah yang dengki tu. Satu lagi, King Ferdinand and Isabella tu buat perjanjian yang berat sebelah, tapi boabdil ikut aje sebab nak jaga rakyat. Bayangkan untuk elak dari Granada di serang, dorang kena bayar 6,000 wang emas tiap2 tahun lepas tu bebaskan sejumlah penjahat Castille yang dipenjara, setiap tahun. So keadaan di Granada tu memang kucar kacir dari dalam lagi.
Tapi sebelum Granada jatuh ke tangan Castille, Cordoba jatuh 200 tahun sebelumnya. Sesapa yg pernah ke istana la-hambra tu mesti pernah baca tulisan kaligrafi yg bebanyak kat dinding 'wa ghaliba illa Allah' tiada yang menakluk selain Allah. Tak silap aku sultan Al-Ahmar. Dia buat perjanjian dgn Raja Ferdinand III sebab Granada tak cukup bala tentera untuk pertahankan kota. Perjanjian tu kata dia akan bantu jatuhkan Qurtuba (Cordoba) dengan syarat jangan apa2kan Granada. Tu yg Cordoba jatuh ke tangan Castille sebab ada musuh dalam selimut. Sayang sangat. Cordoba pun cantik. Itu kota ilmu yang terkenal di Eropah sebelum kejatuhannya. Ada universiti Islam di situ yg dibuka untuk semua orang, Islam, Kristian dan Yahudi. Hampeh punya Al-Ahmar.
Balik dari perjanjian tu lah dia suruh tambah2 la-hambra bagi cantik dan letak kaligrafi tu kat dinding. Tak tahulah sebab dia nyesal ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendek kata, Islam hancur akibat kelemahan sendiri umatnya yg gagal berpegang teguh pada prinsip yg diaturkan Allah. bukan sebab musuh Islam tu kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
32# JodoKast
ye betul jodokast bluemenx
yang menjahanamkan Andalusia ada orng2 islam sendiri.. byebye |
|
|
|
|
|
|
|
32# JodoKast
ye betul jodokast bluemenx
yang menjahanamkan Andalusia ada orng2 islam sendiri.. byebye
bluemenx Post at 17-2-2010 11:20 Betul...Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dgn Raja Kristian Choinawi utk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kpd Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kpdnya. Jizyah dlm Islam mesti dibayar bukan Islam kpd pemerintah Islam, tetapi apa yg dilakukan Abu Zaid yg beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kpd Choinawi yg beragama Kristian. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kita kene ambil iktibar masa awalan andalusia dibuka... banyak contoh semangat yg perlu kita kaji dan amalkan....pada 300thn pertama jg banyak yg kita patut kaji... |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir -- Andalusia (Loloq/M. Nasir)
Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar
Cahayamu sediakala
Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu
Cahayamu tiada tara
Salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia
Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air
Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
secara ringkasnya, bukan tujuan panglima thariq bin ziad untuk menakluk andalusia tetapi membebaskan andalusia daripada kuasa-kuasa besar.
telah tertulis di dalam Al-Quran, surah Rum ayat 1-6. alif, lamm, mim. bangsa romawi telah dikalahkan.... (6) itu lah janji Allah. Allah tidak menyalahi janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
kalimah Allah ini terbukti kebenarannya. sewaktu zaman perkembangan Islam di Mekah dan Madinah, antara kuasa besar ketika itu adalah Rom dan Parsi.
Tidakkah kita terfikir bagaimana kuasa besar ini akhirnya tumbang di tangan penguasa Islam? Mereka tumbang di atas risalah yang dibawa oleh Rusulullah SAW…risalah “la ila ha illa Allah “, inilah risalah yang membawa kejatuhan Rom dan Parsi.
Risalah ini amat difahami oleh golongan arab, risalah ini membawa maksud “penyembahan hamba kepada hamba” bertukar kepada “penyembahan hamba kepada Sang Pencipta”, ianya mengandungi maksud keadilan, kebenaran, kesamarataan oleh manusia kepada manusia di atas paksi risalah ini (*http://furqanalhammasiyy.wordpre ... -dan-parsi-tumbang/).
lanjutan daripada itulah, Islam menjadi sangat kuat. diperkirakan dari abad 7-14 Islam berkembang, termasuk di sebelah Eropah. telah ramai muncul ilmuan Islam, seperti Ibnu Rushd yang dikenali juga Averrose. dilahirkan di cordova (sepanyol sekarang).
panglima thariq telah menyampaikan pidato yang membakar semangat tentera Islam ketika itu, lebih kurang "wahai bala tentera! kemanakah kamu hendak pergi? di hadapanmu adalah musuh! jika kamu mara melawan musuh, dan kamu mati, matimu adalah syahid. dan jika kamu berpatah dan mundur dari peperangan ini, dan sungguhpun kamu hidup, hidup mu hina-dina!" pidato yang bersemangat itu telah membuat tentera Islam yang sedikit menentang tentera Kristian yang jauh lebih ramai dan dengan pertolongan Allah (''Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk ke dalam Agama Allah dengan berbondong-bondong , maka bertasbihlah dengan memuji Rabb-mu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.“ QS An-Nashr:1-3). tentera Islam telah menang dan bermulalah kebangkitan Islam di Eropah, sehingga terbina Universiti Islam pertama di Andalus. Islam jauh lebih advance ketika Eropah masih dalam kegelapan. antaranya: sistem perparitan, universiti, perubatan & kesihatan.
itulah zaman kegemilangan Islam especially di Eropah pada abad ke-7 hingga abad ke-14. selepas itu Islam di Eropah especially Spain lenyap!!! dan diperkirakan sekarang ini abad ke-21, maknanya dah 7 abad berlalu Islam sepi di bumi Eropah atau tempat lain "... dan masa kejayaan dan kehancuran itu, Kami pergilirkan di antara manusia agar mereka mendapat pengajaran..." QS Ali Imran: 140.
sekarang abad ke-21! dah giliran Islam bangkit semula, kalau diikutkan janji Allah dalam Al-Quran?
salam. maaf, jika info ini kurang tepat. hamba yang fakir. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
secara ringkasnya, bukan tujuan panglima thariq bin ziad untuk menakluk andalusia tetapi membebaskan andalusia daripada kuasa-kuasa besar.
telah tertulis di dalam Al-Quran, surah Rum ayat ...
dyermaker Post at 24-2-2010 12:06 Allah tidak pernah mungkiri janji Nya...Nabi pernah bersabda "kemudian akan kembali khalifah di atas jalan kenabian..."Hadis Riwayat Ahmad |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih info mengenai Andalusia..Sayu membaca kisah kejatuhan kerajaan Islam di Eropah ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|