|
20# zai_arhus caya la ustaz...saya juga berpendapat saudara amir agak keterlaluan dan emotional dalam menjawab persoalan ini...pada saya ini hanyalah sebagai penambah ilmu pengetahuan...sekurang2nya kita ada asas kepada ibadah kita...tidak la nanti kita dikatakan iman ikut2an saje... |
|
|
|
|
|
|
|
20# zai_arhus caya la ustaz...saya juga berpendapat saudara amir agak keterlaluan dan emotional dalam menjawab persoalan ini...pada saya ini hanyalah sebagai penambah ilmu pengetahuan...sekurang2nya ...
tore9 Post at 17-3-2010 12:56 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
alahai... korang tak kenal lagi ke dengan Amir ???... fatwa-fatwa dalam board isu semasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Keyakinan beramal berasaskan ilmu. Ilmu dihujah dari beberapa sudut. Pendapat daripada siapa pun,tidak kiralah besar mana ilmunya,tetap tidak akan dapat menandingi pemberitaan hadis(Nabi) dan setelah menghalusinya, akan kembali balik kepada kita yang membuat keputusan.Jika kita beramal dengan mengikut pendapat orang lain,kita sebenarnya beramal ikut-ikutan.
Setelah membaca hadis-hadis mengenainya dan jugak pendapat para ulama tentang itu,maka kita pulak berhujah secara keseluruhan kemudian memutuskan berdasarkan ilmu dan amalan kita.
Imam Abu Hanifah, Malik & Ahmad bin Hanbal semuanya berhujah berdasarkan dalil hadith yang sohih, ditambah lagi dengan melihat kepada amalan penduduk Madinah yang merupakan tempat Islam berkembang...Tempat di mana umat Islam mendapat didikan secara langsung daripada Nabi SAW...
Begitu juga Imam Syafie, beliau tidak menafikan hal ini... tidak membaca al-Fatihah dalam solat Jahr juga merupakan Qaul Qadim Imam Syafie yg selaras dengan hadith Imam Muslim & lain2...
Jadi, apakah mereka ini berhujah tanpa dalil yg jelas??
Saya tidak menafikan bahawa jika datang hadis yg jelas, maka pendapat ulama tertolak sebab kedudukan hadith lebih utama.. tetapi ini bagi perkara2 yang mana para ulama berhujah tanpa dalil (mungkin sebab hadith tak sampai pada mereka)...
Tetapi dalam soal makmum membaca al-Fatihah ini, setiap ulama ada dalil & dalil mereka sama2 kuat...
Jadi pilihan kita untuk beramal mengikut yakin kita terhadap hujah2 ulama...
Adalah tidak wajar kita menolak 100% pendapat ulama... kerana peranan mereka sangat penting kepada kita...
Sabda Nabi SAW : وأن العلماء ورثة الأنبياء Maksudnya : Sesungguhnya Para Ulama itu pewaris para Nabi (Sohih Abu Daud No.3641, Tirmizi No.2682,Ibnu Majah No.263)
Jelasnya, mereka para ulama, dari kalangan yang mahir bahasa Arab (kita pula bukan orang arab), juga paling hampir zamannya dengan zaman Nabi SAW, pastinya mereka lebih Faqih & alim berbanding kita dalam memahami dalil hadis mahupun al-Quran....
adalah satu keperluan orang yang tidak faqih & tidak alim seperti kita bergantung kepada mereka dalam memahami al-Quran & hadis...
Sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Amir at 18-3-2010 11:14
Imam Abu Hanifah, Malik & Ahmad bin Hanbal semuanya berhujah berdasarkan dalil hadith yang sohih, ditambah lagi dengan melihat kepada amalan penduduk Madinah yang merupakan tempat Islam berkembang ...
zai_arhus Post at 17-3-2010 22:23 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kita tidak menafikan keilmuan mereka ini. Mereka ini berhujah pada masa mereka hidup. Perkara ini mempunyai keterhadan(limitation). Limitations ini seperti masa,hadis yang didapati,kritikal thinking or thoughts yang senantiasa berubah-rubah dari masa ke semasa. Para Imam mazhab,mempunyai pendapat yang berbeza. Ini disebabkan peredaran masa yang mempengaruhi pembangunan minda atau daya berfikir. Tetapi kesemuanya berfikir menuju kearah kebaikan umat Islam.
Saya suka nak quote balik postings saya:
Alasan saya:
1. Hadis riwayat Bukhari:
Nabi bersabda: " Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat saya solat."
Penjelasan: Jika seseorang dapat melihat bagaimana Nabi solat(perlakuan Nabi) maka pada solat-solat jahar,jugak dapat mendengar Nabi membaca Al Fatihah. Oleh itu,perlakuan Nabi itu mesti diikut seperti arahan dalam hadis diatas.
2. Memang ada ruang untuk membaca fatihah setelah imam membacanya,ini kerana didalam lain hadis ada menerangkan bahawa setelah Nabi membaca Fatihah,Nabi mengambil nafas sebanyak 3 kali penafasan sebelum Beliau meneruskan membaca surah. Ini memberi ruang kepada makmum membaca Fatihah.
3. Bagi orang yang mengatakan bahawa Fatihah Imam sudah cukup bagi makmum,ini bersabit bagi orang-orang yang masbuq.(masuk lambat)
Untuk perkara No 1:
Penjelasan saya lagi,apabila Nabi kata,"solatlah kamu sebagaimana kamu melihat saya solat" bagi solat-solat sirriyah,perkara ini saya kira understood tetapi masalah yang timbul ialah solat-solat jahariyah. ni disebabkan Nabi jaharkan bacaannya oleh itu para makmum jugak mengikut imam;terkiralah sama ada 1. bersamaan 2. berselang-seli (Nabi baca-mereka baca). Apabila terjadinya perkara itu maka,Nabi pun bersabda:
Hadis riwayat Abu Daud dan Turmudzi:
Dari Ubadah berkata ia: Pernah Rasulullah saw akan sembahyang subuh,maka berat atasnya pembacaan,maka tatkala beliau berpaling bersabdalah beliau:'Sesungguhnya aku melihat kamu membaca di belakang imam kamu.' Kami pun berkata: Ya,Rasulullah. Demi Allah,benar. Jawab Rasulullah saw: 'Jngan kamu lakukan kecuali fatihah saja. Karena sesungguhnya tidak sah suatu solat yang tidak dibaca fatihah padanya.'
Dan dalam satu lafadz yang diriwayatkan oleh Abu Daud,An Nasai dan Ad Daraquthny:
"Maka janganlah kamu membaca dengan suatu dari pada Al Quran apabila aku membacanya dengan jahar,kecuali Ummul Qur'an saje,yaitu fatihah."
Dalam surah AlQuran yang menyebut: Dan apabila dibacakan AlQuran,maka dengarkanlah olehmu dan diamlah kamu,agar kamu dilimpahkan rahmat.
Ayat ini adalah umum iaitu apakah AlQuran dibaca didalam solat atau pun diluar solat?
Menurut qaidah ushulul fiqh:
Membinakan yang umum diatas yang khusus adalah wajib.
Oleh itu membaca fatihah didalam solat berjemaah(jahar) adalah perintah khusus yang ditunjuki oleh Rasulullah.
Siapakah yang berhak dijadikan contoh selain Rasulullah? |
|
|
|
|
|
|
|
Hadith yg dibawa oleh saudara amir tu mmg tidak asing bagi saya...
saya datangkan hadith lain supaya kita dapat cari jalan tengah permasalahan ini...
( إذا قمت إلى الصلاة فأسبغ الوضوء ثم استقبل القبلة فكبر واقرأ بما تيسر معك من القرآن ثم اركع حتى تطمئن راكعا ثم ارفع رأسك حتى تعتدل قائما ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا ثم ارفع حتى تستوي وتطمئن جالسا ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا ثم ارفع حتى تستوي قائما ثم افعل ذلك في صلاتك كلها
(Hadith sohih Bukhari No.6290)
Dalam hadith ini, rasulullah mengajarkan kepada seorang sahabat yg bersolat tetapi rasulullah menyuruhnya mengulangi solat kerana solat yg dilakukannya tidak sempurna sehingga 3 kali...
Dalam hadith ini, rasulullah mengajarkan org ini 'bacalah apa2 yg mudah bagi kamu daripada al-Quran"... tidak dinyatakan pun mesti baca al-Fatihah...
Sedangkan dalam kaedah fiqh hadith menyatakan :
"لا يجوز تأخير البيان عن وقت الحاجة"
Maksudnya : Tidak harus (bagi pihak syarak yakni rasulullah) menangguhkan penerangan pada waktu penerangan diperlukan.
Seorg yg tidak pandai solat, mestilah perlu diajar dgn cara solat yg paling sempurna..
hadith ini juga menjadi hujjah kepada mazhab Hanafi tentang ketidakwajipan membaca al-Fatihah dalam solat...
Bagi saya, kita mengiktiraf semua pendapat ini... masing2 ada hujah & ilmu untuk berfatwa...
x perlu la kita katakan mereka yg berpendapat x wajib sebagai keliru... kalau kata x sah, teruk la pengikut mazhab2 berkenaan yg solat x baca Fatihah...
bersederhana... beramal ikut yakin masing2.. lagipun mereka ini x terkeluar dari ASWJ...
Wallahu a'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bertanya kepada seorang rakan dari Sudan yg mengikut Mazhab Malik... mereka tidak membaca al-Fatihah dalam solat2 jahr berjemaah... mereka bersandarkan hadis bacaan imam adalah bacaan makmum...
Kalau kita x mengiktiraf pandangan mazhab mereka (mengatakan pandangan mereka keliru @ sebagainya), jawabnya pada pandangan kita mereka yg mengikut mazhab Malik tidak pernah sah solat dari dulu sampai sekarang...
Begitu juga di Saudi yg mengikut mazhab Malik... |
|
|
|
|
|
|
|
25# zai_arhus
tumpang lalu...tq |
|
|
|
|
|
|
|
asalamualaikum ustaz..
saya ada satu soalan ustaz
Apakah doa selepas azan juga sama dengan doa selepas qiamat?
atau dengan kata lain apakah ada doa selepas qiamat?
mohon penjelasan |
|
|
|
|
|
|
|
huh?!! doa lepas qiamat? dah tak diterima lagi kot?
typing error aganya tu. doa lepas iqamah yang bebetoi. |
|
|
|
|
|
|
|
huh?!! doa lepas qiamat? dah tak diterima lagi kot?
typing error aganya tu. doa lepas iqamah yang bebetoi.
ibnur Post at 20-3-2010 23:19 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Terima kasih atas semakan saudara ibur..
memang saya silap typing
DOA SELEPAS IQAMAH itu lah maksud saya..
terima kasih sekali lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenai doa selepas iqamah, tidak ditemukan satu pun hadith yg menyatakan rasulullah & para sahabat memnaca doa selepas iqamah...
maka bacaan iqamah bukan termasuk sunnah nabi saw...
sunnah yg diperintahkan oleh nabi SAW ialah, mengikut lafaz2 iqamah ketika muazzin melafazkan iqamah (jawab iqamah)...
Tetapi dalam Kitab Fiqhul Manhaji 'Ala Mazhab As-Syafie menyatakan, sunat2 iqamah sama dengan sunat2 azan (bab azan dan iqamah)... maka di antara sunat2 azan ialah membacakan doa selepas azan...
Tetapi mungkin ramai yg silap faham mengenai perkara ini.. maksud yg dinyatakan dalam kitab Fiqhul Manjahi itu ialah, sunat2 selain daripada doa seperti azan dalam keadaan berwuduk, mengadap kiblat dll... adapun doa selepas azan tidak boleh disamakan dengan doa selapas iqamah, kerana azan ialah azan, iqamah ialah iqamah... doa selepas azan tidak boleh di samakan dgn doa selepas iqamah...
Dalam hadis yg lain juga menyatakan waktu doa yg terbaik adalah doa diantara azan & iqamah...maka terkeluarlah waktu yg mustajab doa selepas iqamah...
Yang terbaik untuk diamalkan oleh kita ialah apabila muazzin iqamah, kita masuk ke dalam saf dan tumpukan hati utk khusyuk dalam solat... adapun doa yg terlalu panjang (sesetengah kita amal), menyebabkan kita terlewat untuk mendapat takbir bersama imam, adalah perkara yg tidak menepati sunnah serta dianggap kerugian yg besar oleh para sahabat...
wallahu alam... |
|
|
|
|
|
|
|
jemput masuk web saya... saya dalam usaha nak memperbanyakkan artikel isu2 agama di web saya... harap boleh kemukakan soalan di sana... insyaAllah saya sedia mencari jawapannya...
www.shoutussunnah.com |
|
|
|
|
|
|
|
34# zai_arhus
terima kasih atas penjelasan ustaz |
|
|
|
|
|
|
|
Sama2...
Kalau x berpuas hati tentang penjelasan saya boleh kemukakan... saya bukanlah org yg terbaik dalam memberikan penjelasan...
Kesilapan manusia ada di mana2...
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Imam As Syafi'i dalam kitabnya Al Umm Jilid 1 m/s 254
" Wajiblah atas orang yang mengerjakan shalat,baik sendirian atau berimam,bahawa ia membaca Ummul_Qur'an pada setiap raka'at. Tidak memadai yang lain."
Al Bari didalam Juz'u 'I-Qira'ah,Abu Daud dan Ahmad,serta dihasankan oleh Turmudzi dan Daraquthni.
Dalam shalat Fajar beliau membaca Qira'at,lalui berat baginya untuk membacanya. Maka,tatkala selesai shalat beliau bersabda,"Jangan,jangan kalian membaca Qira'at dibelakang imam kamu?" Kami berkata,'Benar,dengan cepat-cepat,wahai Rasulullah.' Beliau bersabda,"Jangan kalian kerjakan,kecuali apabila salah seorang di antara kamu membaca Fatihah 'I-Kitab. Karena,sesungguhnya tidak sah shalat orang yang tidak membacanya."
Qira'at itu bermaksud bacaan. Membaca Qira'at bermaksud membaca surah-surah dari AlQuran. Kita semua tahu bahawa setelah imam membaca Al Fatihah kemudian diikuti dengan bacaan surah AlQuran.
Membaca Al Fatihah itu wajib bagi setiap makmum seperti mana bersabit dengan hadis yang dinyatakan. Dan bacaan surah daripada AlQuran oleh imam setelah Al Fatihah cukup didengar oleh makmum dengan tidak perlu mengikutnya. Bacaan imam itu cukup bagi makmum.
Bagi menyelesaikan masalah membaca Al Fatihah ini:
1. Hadis riwayat Muslim: Dari Abu Hurairah r.a. katanya:"Bersabda Nabi s.a.w.:'Barangsiapa yang shalat tidak membaca Fatihah,maka shalatnya buntung.' Perkatataan ini diulang Rasulullah s.a.w. tiga kali lalu disambung beliau dengan perkataan:'Tidak sempurna.' Ditanya orang Abu Hurairah:' Bagaimanakah kami yang ma'mum? Jawabnya:'Bacalah dengan perlahan,karena saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Firman Allah:'Shalat itu Ku bagi dua bahagian;sebahagian untukKu dan sebahagian untuk hambaKu,kambaKu diperkenankan memohon. ..........................' "
2. Didalam hadis yang lain diberitakan bahawa setelah selesai Nabi membaca Al Fatihah,Nabi diam sebentar sebelum memulakan bacaan surah. Imam hadis ada menyebut bahawa berdiam Nabi di antara dua surah itu adalah sekadar 3 penafasan. Maka disinilah,masa yang terbaik bagi makmum membaca Al Fatihah.
# Saya cuba mencari hadis yang menerangkan keadaan No. 2 itu. Saya yakin bahawa saya ada membacanya.
Setelah penjelasan yang saya berikan,terpulanglah kepada kamu sekelian untuk menilainya dan ikutilah yang mana yang baik.
Sepertimana Firman Allah dalam surah Az Zumar ayat 17-18
" Orang-orang yang menjauhi menyembah thaghut dan kembali kepada Allah,untuk mereka itu kabar gembira. Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu,"
" Yang mendengarkan perkataan,lalu mereka turut mana yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang ber'akal."
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|