|
kerajaan melayu melaka diasaskan tahun 1278!!
[Copy link]
|
|
Reply adi_iskandar
pasti ada..tapi dh di bakar
lady_cokelat Post at 19-4-2010 09:38 xsilap aku..abdullah munshi ade tulis..satu kapal manuskrip orang melayu nk di hantar ke england masa zaman stamford.tapi terbakar lak kapal tuh..dan semuanya manuskrip asli..xde salinan..bayangkan la satu kapal tuh..bp byk rahsia ade dalam tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
tulah pasal,aku malas nak belajar sejarah melayu ni,banyak yg digoreng2 sesedap rase oleh ahli sejarah.so selame ni budak2 kite studi sejarah2 yg hanye rekaan semate la gamaknye.. rugi je perah otak belajar bende2 fictional super tahyul.. |
|
|
|
|
|
|
|
xsilap aku..abdullah munshi ade tulis..satu kapal manuskrip orang melayu nk di hantar ke england mas ...
baronista Post at 19/4/2010 09:13 PM
bayangkan kenapa susah-payah stamford raffles nak bawak balik sume manuskrip melayu tu ke england? tentu ada byk kisah silam berlaku yg kita tak tau..rahsia org2 melayu dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata diputar belit tu, saya rasa taklah sampai ketahap itu, tapi kebanyakkan kajian sejarah ki ...
St.Yeepi Post at 19-4-2010 16:14 kalu diputar belit penjajah pung bukan sesuatu yg menghairankan.......
dgn membodohkan minda org malaya, baru laa penjajah dpt berkuasa.... wahalnya golongan depa pung banyak spesis bahalol. |
|
|
|
|
|
|
|
xsilap aku..abdullah munshi ade tulis..satu kapal manuskrip orang melayu nk di hantar ke england mas ...
baronista Post at 19-4-2010 21:13
bukan manuskrip tapi spesimen flora fauna. |
|
|
|
|
|
|
|
ali rustam goreng pun,,kita tak tahu betul ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
tak ingat dalam blog mana ntah...
tuan punya blog mark ahli sejarah malaysia
yg tulis buku sejarah untuk pembelajaran anak2 sekolah
sebagai..
AHLI SEJARAH PEMALAS
yg mengharapkan hanya pada sejarah yg ditulis omputih segala..
sungguh menyedihkan |
|
|
|
|
|
|
|
indon mana lak ni menyemak kat thread sejarah malaysia ni...ko pegi ar wat sejarah indon ko...wat semak je jf_pratama ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
susah gak nk terima melaka diasaskn 1278 ni
sang nila utama bukak singapura pon pd 1324 |
|
|
|
|
|
|
|
susah gak nk terima melaka diasaskn 1278 ni
sang nila utama bukak singapura pon pd 1324
junkredish Post at 19-5-2010 13:30
tiada apa yang mustahil... |
|
|
|
|
|
|
|
tulah pasal,aku malas nak belajar sejarah melayu ni,banyak yg digoreng2 sesedap rase oleh ahli sejar ...
kentutmanis Post at 19-4-2010 23:01
tak ape,sekurang-kurangnya ianya akan menjadi pencetus kepada keinginan untuk meneroka dan mencari sejarah yang sebenar-benarnya yang wujud bukan atas dasar fiksyen atau andaian semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak terkejut pun sekiranya benar kerajaan melayu melaka ditubuhkan pada tahun 1278.kerana sebelum itu,sudah banyak kerajaan-kerajaan lama yang wujud.kalau nak difikirkan,ruginya orang melayu sekiranya terlalu berbangga-bangga dengan kerajaan yang wujud pada tahun 1278 ini.seolah-olah orang melayu ni lembab sangat dalam soal menubuhkan sebuah kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# Afrin
Salam,
Nusantara ini panjang sejarahnya. Nampaknya pengkaji sejarah kerajaan melaka sekarang begitu yakin dengan tahun tersebut. Mereka terus merumuskan pada tahun 1278 dan bukannya 1270-an dsb. Harap nanti dapat kita baca rumusan mereka.
Reply 8# ChildrenOfBodom
Sejarah Kedah adalah antara yang terawal. Berkenaan hindu etc. Sila rujuk blog sejarahnegarakedah.blogspot.com. walaupun pada pendapat peribadi saya ada yang tak kena dalam blog ini tetapi bukan semua, sila nilai sendiri fakta yang ada.
Mengikut kajian saya sendiri yang telah melakukan kajian magnetik anomali dan geologi am kawasan selatan Gunung Jerai. Terdapat pekara2 yang menarik untuk diutarakan.
1. Mengapa Sungai Merbok bermuara besar sedangkan sungai ini pendek. Tidak seperti sungai muda, sungai perak dsb.
2. Terdapat pangkal nama Pengkalan disekitar kawasan ini seperti Pengkalan Kakap, Pengkalan Batu dan Pengkalan Bujang yang seakan2 selari. Di hadapan (ke barat) adalah enapan lumpur yang sekarang ini menjadi sawah. (menarik kalau ada kajian dikawasan ini).
3. Laksmana Cheng Ho pernah melawat kawasan ini. [*kawasan yang penting]
Dari fakta di atas, saya berpendapat:
1. Kawasan sawah ini pada suatu ketika adalah laut yang membentuk satu lagoon, dimana pengkalan2 di atas adalah sempadan laut dan daratan. Tanjung Dawai adalah sebuah beting yang dapat menghalang ombak besar dari masuk ke kawasan lagoon ini.
2. Kawasan ini adalah kawasan perlabuhan yang hebat sebelum melaka. kerana terdapat bukti pada kawasan berbatu kapur di Langkawi bahawa air laut surut dengan cepat (<> 100 tahun) dalam <> 4 meter. Melaka menjadi mashyur selepas ini. (*Juga perlu di fikirkan 'Ulu Melaka' berada di Langkawi. Adakah pemerintah Melaka dan Kedah dari susur galur yang sama?)
Reply 12# muor76
Saya juga ada mendengar. Boleh kiranya saudara mengulas dengan lebih lanjut? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasalah, sejarah melayu ni banyak dah diputar belitkan, dari zaman portugis sampai le zaman je ...
carly_lah Post at 19-4-2010 02:03 PM
memang betul pon. |
|
|
|
|
|
|
|
kan dulu ada artikel pasal hang tuah bersaudara berasal dari kedah..kat kedah pun ada tempat nama ulu melaka..
pastu nama2 diorang pun pakai "hang" kat depannya..hhehehe |
|
|
|
|
|
|
|
makin menarik thread ni... tambah2 la lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
empayar suci temir lebih awal di sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka diasaskan pada 1262
Oleh NUZULSHAM SHAMSSUDDIN
MOHD. ALI bersalam dengan para peserta Seminar Tahun Pengasasan
Kerajaan Melayu Melaka di Melaka semalam.
MELAKA – Jika pada April lalu sekumpulan penyelidik merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278 tetapi kali ini tarikhnya berubah kepada lebih awal iaitu 1262 dan bukannya pada tahun 1400 yang menjadi rujukan selama ini.
Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan kerajaan Melayu Melaka itu diputuskan hasil kesepakatan kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri menerusi kerjasama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).
keputusan itu dipersetujui pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan semalam.
“Keputusan ini muktamad ekoran hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik sejak Jun 2009 yang bersepakat untuk menolak pendapat penulis-penulis terdahulu.
“Sebelum ini, tarikh 1400 dan 1278 yang dikemukakan tidak mempunyai ciri fakta yang kukuh sebagai tahun sebenar penubuhan kerajaan Melayu Melaka kerana tahun itu diperoleh daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan sumber-sumber yang ada,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|