|
takde gambar ker? atau kita yang tak nampak? |
|
|
|
|
|
|
|
dah nguper ZZ muke protege die ... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by elbee at 27-4-2010 12:28
Well, disebabkan under ZZ... so peminat setia ZZ pun nak jadi mentor kpd Thalia ni... hehehe...
Kata orang, Thalia ni bersuara lantang... Good... harap dapat tonjolkan suara yg sangat hebat & dahsyat yea...
Bersuara lantang tak semestinya akan jadi klon Ziana Zain... Cuba lihat contoh artis lain yg bersuara lantang yg mampu mencipta identiti tersendiri... seperti --> Safura , Ramlah Ram, Aida Agil, Nurul, dan lain-lain
Safura kalau menjerit tinggi, fuh mengalahkan Ziana Zain, sampai leh pecah cermin gitu...
(Lagu best dia --> Sedalam Mana Cintamu, Rinduku Semakin Kuat, Cinta Bersulam Dusta, Dulu Sayang Kini Benci, Kemarau Berpanjangan, dll)
Cuma dia tak diberi peluang untuk tonjolkan dirinya di Juara Lagu, sama le seperti Siti Sarah... suara Safura kalau digilap/dibentuk/diolah dengan lebih lagi dengan lagu-lagu yg lebih mencabar vokal & melodi, fuh memang boleh terbang lebih tinggi lagi... But still dia ada rezeki sebab banyak tawaran berlakon... dia pun bagus sgt2 dalam lakonan...
* Kesimpulannya penyanyi yg bersuara lantang harus punya/cari identiti tersendiri... pasti akan dapat identiti itu kalau berusaha... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 idea. good2 ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mentor 4 janji lebih saingan
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
Gambar NOOR ASREYKUZAIREY SALIM
BERSEDIA... Enam peserta Mentor musim keempat bersedia berentap memberikan saingan.
SETELAH tiga musim bersiaran, rancangan realiti nyanyian yang telah berjaya mengangkat nama Pija, Fiq dan Black di arena seni suara tempatan, Mentor kini kembali untuk musim yang keempat.
Menyemarakkan lagi persada seni tempatan, enam mentor, iaitu Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow, Mas Idayu, Mus May dan Azmeer dengan satu matlamat mengembangkan bakat protege masing-masing dalam bidang seni suara.
Memulakan sesi perkenalan peserta, konsert pengenalan bakal diadakan pada 2 Mei ini bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan turut disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam.
Antara 3,000 peserta yang hadir ke peringkat uji bakat di seluruh tanah air pada 21 Februari hingga 21 Mac lalu, hanya enam peserta sahaja berjaya diserap ke pertandingan tersebut.
Mereka ialah Nurhadzwani Salleh, 24, (Nani); Haimie Napsun, 19, (Ayim); Ila Damiaa Johar, 21, (Ila); Adi Hamiz Johar, 23, (Adi); Mohd Shabini Ibrahim, 25, (Shaq); dan Ketty Natalia Rasul, 23, (Thalia).
Dengan mengekalkan tiga bahagian format pemarkahan iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS), manakala 20 peratus lagi merupakan undian daripada juri awam yang terdiri daripada pelajar jurusan muzik, wartawan serta golongan semi-profesional dalam bidang muzik.
Seperti musim-musim yang telah lalu, keenam-enam peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Oleh itu, setiap protege berpeluang membuat tiga persembahan mengikut kumpulan masing-masing.
Berdasarkan konsert yang diadakan secara berselang-seli setiap minggu antara kumpulan A dan B, markah daripada tiga persembahan akan digabungkan bagi menentukan dua peserta yang memperoleh markah tertinggi untuk bertarung di peringkat separuh akhir.
Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor 4, Mohamad Sufian Isa memberitahu, sejak rancangan itu diperkenalkan, pemilihan peserta untuk musim kali ini dibuat lebih sistematik memandangkan peserta sendiri menjalani uji bakat berdasarkan penyanyi kegemaran mereka.
"Dengan itu, secara tidak langsung mentor sendiri dapat melihat sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki oleh protege mereka.
"Apa yang kami harapkan, hubungan antara mentor dengan peserta yang berjaya terpilih iaitu Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi dan Thalia akan lebih serasi setelah mengadili sesi saringan penilaian dan uji bakat dari kaca mata mereka (mentor) sendiri," katanya.
Mentor 4 sekali lagi menampilkan pengacara yang tidak asing lagi, Ally Iskandar sebagai hos program dan Jurnal Mentor manakala wartawan sensasi, Nas Ahmad pula bakal mencungkil kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir Mentor 4 pada konsert mingguan.
Antara lain, turut memeriahkan Mentor 4 ialah bekas mentor untuk musim yang ketiga iaitu Ajai yang kali ini bertindak sebagai penasihat vokal manakala Sazlan Mat Adnan sebagai penasihat persembahan dan Faizal Uzir atau Loq-U sebagai pengarah muzik.
Ayu tidak tertekan
Berbanding mentor-mentor lain yang bertanding untuk musim kali ini, Mas Idayu atau lebih mesra disapa Ayu sudah punya pengalaman mendidik protegenya pada musim lalu.
Apatah lagi, bakat Black yang dahulunya menurut Ayu begitu sukar mendapat perhatian ramai berikutan tiada pakej dari segi rupa kini sudah mampu berdiri atas kakinya sendiri.
Tidak mahu menganggap tugasan dalam menggilap bakat anak didik sebagai sesuatu yang mendatangkan tekanan, Ayu sebaliknya menerima amanah yang diberikan seikhlas hati.
"Pada peringkat awal ditawarkan sekali lagi sebagai mentor untuk musim kali ini, saya sebenarnya sudah menolak.
"Sebabnya saya tidak mahu ada sebarang spekulasi atau tanggapan negatif orang ramai terhadap saya yang kononnya sudah menang masih mahu bertanding.
"Bagaimanapun, pihak TV3 sendiri mengharapkan satu lagi kerjasama dengan saya untuk musim kali ini," kata Ayu.
Memilih protege Shaq, mampukah memberi saingan sehebat Black yang berjaya menjuarai pertandingan itu pada musim lalu.?
Namun, bagi penyanyi bertubuh kecil ini, dalam mendidik matlamatnya hanya satu iaitu berkongsi bakat.
"Saya akui tahap keyakinan Shaq amat rendah sebab dia kosong pengalaman dan tidak pernah langsung mencuba untuk memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini berbanding Black.
"Bagaimanapun, ada sesuatu dalam diri Shaq yang boleh diketengahkan. Dan saya percaya jika kebolehan seseorang itu bagus dengan sendirinya akan menutupi segala kelemahan yang ada," kata Ayu lagi mengulas tentang protegenya.
Selain mengajar sendiri vokal kepada protegenya, Ayu turut mencari seorang penasihat muzik bagi membantu sesi latihan protegenya dengan iringan piano.
Platform untuk berkongsi pengetahuan - Ziana
Berbanding Ayu, pertama kali berpeluang menjadi mentor tentunya bakal memberi pengalaman baru buat penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain ini.
Memilih Thalia, seorang peserta yang juga mempunyai vokal lantang, Ziana bagaimanapun tidak menafikan ada bahagian-bahagian tertentu yang perlu diperbaiki pada diri protegenya.
"Saya memang mencari protege yang mempunyai suara yang lantang.
"Pada sesi uji bakat tidak lama dahulu, memang saya tak nafikan ramai yang berkebolehan menyanyi tetapi nak mencari seperti apa yang saya inginkan memang susah.
"Saya telah carikan guru vokal dan guru tari untuk memantapkan lagi persembahan dan mutu nyanyian Thalia nanti.
"Saya nak mengajar pun agak susah sebab saya sendiri pun belajar sendiri bagaimana cara nak mencuri nafas dan menyampaikan sesebuah lagu," katanya.
Bagi penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak, Dayang Nurfaizah inilah kali pertama dia berhadapan situasi berkongsi pengetahuan dalam menggilap bakat nyanyian seseorang.
Memilih Adi sebagai protege, kata Dayang, protegenya itu sudah boleh menyanyi cuma yang tinggal perlu memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik tertentu dalam nyanyian.
Biarpun dikatakan seorang yang lemah lembut dan sukar marah, ia bukan halangan kepada pelantun lagu Dayang Sayang Kamu itu dalam berkongsi pengalaman.
"Saya rasa sebagi mentor bukanlah begitu tertumpu pada mengajar menyanyi semata-mata, tetapi bagaimana kita berkongsi pelbagai pengalaman dan cara menyanyi.
"Selain itu, saya akan ajar bagaimana untuk menyeimbangkan stamina serta meningkatkan keyakinan diri protege saya," kata Dayang lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mentor lebih sistematik
Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR
[email protected]
PERSAINGAN bermula. Dari kiri, Shaq (protege Mas Idayu), Ayim (protoge Mus May), Adi (protege Dayang Nurfaizah), Ila (Protege Joe Flizzow), Nani (protege Azmeer) dan Thalia (protege Ziana Zain).
Sudah tiga musim program realiti televisyen terbitan TV3, Mentor, bersiaran. Sepanjang tiga musim juga, program tersebut telah melahirkan banyak muka baru dalam persada seni tanah air termasuklah juara musim lalu, Black, yang telah menggondol pelbagai pengiktirafan.
Memasuki musim keempat, Mentor kini disifatkan lebih sistematik dan memuaskan dari segi pemilihan pesertanya.
Ini kerana, para pesertanya boleh memilih penyanyi kegemaran mereka sebagai mentor. Para pendidik musim terbaru ini Jeo Flizzow, Mas Idayu, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Azmeer dan Mus May pula berhak memilih protege masing-masing.
"Mentor mereka boleh menilai sendiri sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki peserta itu memandangkan mereka yang akan bertanggungjawab untuk mengasah bakat protege pilihan mereka.
"Jadi dengan pemilihan bakat-bakat baru seperti Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi dan Thalia, kami berharap agar hubungan antara mentor dan protege akan lebih serasi. Ini kerana pemilihan yang dibuat adalah atas dasar penilaian sendiri," kata Pengarah Mentor, Mohamad Sufian Isa ketika ditemui pada sidang media memperkenal peserta program tersebut.
Mereka yang terpilih ialah Ila (Joe Flizzow), Shaq (Mas Idayu), Adi (Dayang Nurfaizah), Thalia (Ziana Zain), Nani (Azmeer) dan Ayim (Mus May).
Menjadi pilihan kepada mentor masing-masing, Shaq, Thalia, Nani, Ayim serta adik-beradik Ila dan Adi telah melalui pelbagai cabaran dan kesukaran semasa sesi uji bakat.
JOE FLIZZOW, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain dan Mas Idayu bersedia membimbing anak didik mereka.
Menurut Joe, Ila atau nama sebenarnya, Ila Damiaa Johar, 21, yang berasal dari Sarawak menarik perhatiannya kerana mememiliki vokal yang baik. Selain daripada itu, sikap berdisiplin juga menjadi keutamaan Joe.
"Bagi saya Ila mempunyai ciri-ciri yang saya cari terutama dari segi suara. Saya akan mengasah bakat Ila dan yakin dia akan menyinar. Ila juga boleh membawa lagu orang lain dengan gaya tersendiri," kata Joe.
Bagi Dayang, dia yang memilih Adi Hamiz Johar, 23, atau dikenali dengan sebagai Adi juga atas kehebatan suaranya. Maka, Dayang tidak akan melakukan banyak perancangan untuk anak didiknya itu.
"Bakatnya perlu diasah lagi tapi Adi mempunyai bakat besar. Saya juga akan berkongsi pengalaman dan menurunkan ilmu terutama semasa membuat persembahan yang boleh dipakai ketika dia bertanding kelak," jelasnya.
Mas Idayu yang merupakan mentor kepada juara musim ketiga, Black, memberitahu dia pada mulanya agak sukar untuk memilih protege. Namun, kredibiliti Mohd. Shabini Ibrahim atau Shaq dari Kota Bharu, Kelantan telah mencuit hatinya.
"Ada sesuatu dalam persembahan Shaq yang membuatkan saya kagum lalu memilih dia sebagai protege saya," ujarnya.
Ingin ketahui siapa bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000? Ikuti konsert mingguannya pada setiap Ahad bermula 2 Mei ini, pukul 9 malam di TV3. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0428/Kosmo/Hiburan/hi_02.2.jpg)
Nilah Gambar Ziana masa PC tu.. Chantikkan |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://farm4.static.flickr.com/3056/4556191035_72ca70e9c8_o.jpg)
Ni gambar ZZ and Thalia. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zeonite at 28-4-2010 23:41
![](http://www.gua.com.my/photobank/2010/4/72/full/MPPB_21603.jpg) ![](http://www.gua.com.my/photobank/2010/4/72/full/MPPB_21605.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sweetsgt at 29-4-2010 09:26
YEEEEHAA ANGGRE YIBBA YIBBA ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 36# elbee
Mestilah.. excited sgt khennn ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Happy Birthday Ziana Zain 2 Mei ini ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
happy besday ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sempena B'day Ziana Zain ini, aku hadiahkan blog istimewa buat Ziana iaitu the bedazzling Ziana Zain. Blog ini menceritakan tentang pencapaian, penghargaan Ziana di arena antarabangsa. so guys take a look at http://thegreatavatar23.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|