|
ni la thread paling awal dalam sejarah.... |
|
|
|
|
|
|
|
tediaaaa....dh bukak thread final ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Masa unutuk ‘berperang’
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto WAHIDAH ZAINAL ABIDIN
| NORMAN (tiga dari kiri) memberi peluang kepada enam anak buahnya untuk mengasah bakat sedia ada.
|
PERJUANGAN enam pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8) berbaki dua minggu lagi. Selepas tempoh tersebut, gelaran itu dilucutkan dan mereka bakal memasuki populasi bintang hiburan tanah air. Era penuh cabaran yang mewujudkan arena persaingan di pentas seni yang nyata berbeza dengan apa yang dipelajari secara tutorial.
Masa genting sudah tiba. Tumpuan masyarakat masa kini lebih terarah kepada kemunculan bintang baru. Tidak mahu sekadar melepaskan batuk di tangga atau memeriahkan industri tetapi pengisian kali in berpusat kepada ‘pesona bintang’ itu sendiri.
Tanggungjawab tersebut dipikul oleh Adira, Maulana, Ain, Daus, Iwan dan Shahir yang kini gigih bertempur merebut perhatian masyarakat semua. Peperangan tanpa menggunakan senjata tajam seperti pedang, mesingan, bom dan rombongan askar, tetapi hanya berpaksikan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Setiap individu dikehendaki menjadi penjual bakat dan pakej pada setiap minggu. Itu sahaja cara untuk memasang jerat memikat para penonton untuk terus menyokong mereka. Pelbagai genre muzik dilakukan termasuk Konsert AF8 minggu kesembilan yang telah disaksikan secara langsung malam tadi.
Dua lagu yang ditugaskan buat setiap pelajar diberikan oleh pengetua, Norman Abdul Halim menjadi penilaian pada konsert semi final itu. Biar penonton puas menatap wajah dan mengukur kemantapan persembahan masing-masing sebelum memutuskan sama ada mereka layak atau tidak untuk peringkat akhir.
Adira dengan lagu Mercy (Duffy), Dua (Tria); Maulana - Better Man ( Robbie William), Inilah Cinta (Akim); Daus - Masa (Estranged), Mission Impossible (Limp Bizkit); Ain - Luka Dilukai (Shima), Falling For You (Colbie Callait); Iwan - 21 Guns (Green Day), Berlari (Tomok); Shahir - Tak Mungkin Berpaling (Zamani) dengan Tamal Li Maak (Amr Diab).
Sementelah sudah selesai persembahan yang dimuntahkan lebih 100 peratus itu, degupan jantung memuncak pada malam ini. Darjah termometer tidak stabil kerana pengumuman bergelar finalis AF8 bakal diketahui.
Sarimah Ibrahim dijadikan subjek utama sepanjang Debaran AF8 yang disiarkan secara langsung pada malam ini. Topik wajib yang dilontarkan dari mulut wanita itu – siapa lima finalis yang layak ke peringkat akhir.
Siapa dia dan mengapa?
Pengamatan secara rambang mengatakan bahawa Adira paling layak memasuki ruang dimensi selanjut. Pesona bintang yang diserlahkan gadis berketurunan Kadazan Dusun itu bukan sahaja menambat hati sang jejaka, malah kaum Hawa.
Perwatakan gadis suci dari desa yang dibawanya bukan lakonan semata-mata. Dia sangat tersendiri bukan sahaja dari tutur kata malah personaliti. Ibarat span, Adira menyerap semua pengajaran daripada tenaga pengajar untuk dijadikan garis panduan dalam persembahannya.
Tambahan pula, Adira tidak dibayangi oleh mana-mana artis tempatan sedia ada. Kelunakan suara semasa menyampaikan lagu secara versatil memberi banyak mata tentang kelebihan dirinya.
Si gigi besi, Shahir berupaya menjejak langkah Adira. Prestasi persembahan dan konsistensi dikagumi bukan sahaja di kalangan juri profesional malah yang tidak bertauliah.
Tambahan pula selepas bergelar Shahir Lambert, (kononnya ada iras juara American Idol, Adam Lambert) di kalangan peminat menyemarakkan semangat untuk bersaing di kalangan rakan-rakan yang ada.
‘‘Saya tidak pernah menjadikan pendakap gigi ini sebagai halangan untuk menyanyi. Biarpun kurang selesa tetapi saya perlu ia memastikannya dalam keadaan bersih,’’ kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengulas tentang ‘kelebihan keduanya’ itu.
Dia juga tidak merasakan bahawa waktu rehat selepas penyingkirannya dua minggu lalu menyebabkan kehilangan fokus.
Seorang lagi pelajar, Ain yang mempunyai kulit Afrika Amerika dikatakan calon seterusnya. Gadis kelahiran Sandakan, Sabah itu seorang yang jelas pendiriannya. Dia tahu yang dikehendaki walau pun sedikit memilih.
Bukannya mahu bersikap diva tetapi itu adalah stail Ain. Bersuara lantang dan sentiasa fokus untuk mengejar impiannya. Apatah lagi impian itu berkait rapat dengan masa depan gadis berusia 24 tahun ini.
Maulana yang bergigi jarang turut memberi persaingan dengan persembahan jazznya. Memiliki suara jantan menjadikan dia benar-benar istimewa dalam kebanyakan persembahan mingguannya.
Anak kelahiran Johor Bharu, Johor itu juga sentiasa yakin dengan penampilan dirinya meski pun agak rendah diri dengan kelemahan penampilannya satu ketika itu dahulu.
‘‘Nak buat macam mana, ini semua (gigi jarang) semua berlaku sebab saya degil. Suka makan ais krim walaupun ditegah ibu. Hasilnya, semua gigi saya jarang. Sampaikan nak makan biskut pun susah sebab asyik tersembur saja,’’ seloroh anak muda berusia 22 tahun ini. |
|
|
|
|
|
|
|
feldanya nyahhh...awaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kemuncak AF8
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
2010/05/16
Bakal finalis akui dalam tekanan dan debaran menjelang kemuncak Akademi Fantasia 8
TAKDIR bakal menentukan nasib mereka, namun tanpa usaha dan doa, usahlah dipersalahkan ketentuan takdir kerana hakikatnya, tiada kejayaan yang datang bergolek. Impian mereka tentunya mahu melakar sejarah dalam Akademi Fantasia.
Hari ini (Ahad) bakal menentukan siapakah antara mereka yang bakal ke peringkat akhir Akademi Fantasia musim kelapan (AF8). Antara Adira, Shahir, Daus, Iwan, Maulana dan Ain, siapakah layak ke peringkat akhir sekali gus merebut gelaran juara AF8 mengikut jejak Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy dan Hafiz? Umpamanya - hidup dan mati perjuangan mereka akan ditentukan dalam Debaran AF8 malam ini. Minggu kesembilan AF8 jadi penentuan hala tuju kerjaya mereka. Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan KRU Studios sudah menyediakan platform masa depan mereka. Tujuh daripada 12 pelajar AF8 sudah memiliki satu lagu single dan klip video yang bakal disiarkan sekurang-kurangnya 500 kali selepas keluar AF8.
Bagaimanapun, semua itu belum cukup kuat untuk menjamin masa depan jika tuah tidak memihak pada diri. Bak kata pepatah Melayu - untung sabut timbul, untung batu pula tenggelam. Selepas keluar AF, mereka seharusnya punya inisiatif sendiri dan bijak membawa untuk menonjolkan bakat dan nama, tidak hanya bergantung harap dengan AESB dan KRU Studios.
Buat pertama kali dalam sejarah kewujudan AF, wartawan dan jurugambar dibenarkan masuk dan menemubual pelajar dalam akademi. Rutinnya, pertemuan dengan media massa hanya diatur selepas AF berakhir. Namun, kali ini B*Pop berjaya menemui bakal finalis AF musim ini. Ikuti luahan hati enam pelajar AF8 yang menghadapi detik kemuncak AF8 yang berlangsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu, 22 Mei ini, jam 9 malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Shahir nafi tiru Faizal Tahir
UMPAMA mati hidup semula apabila dirinya dipilih menerusi AFMasuk, minggu lalu. Mendapat undian sebanyak 68 peratus dan berada di kedudukan undian nombor satu AFMasuk membuatkan Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 22, tidak senang duduk. Malah, mengikut sejarah terlakar, pelajar yang diundi masuk pasti memperoleh kejayaan besar seperti Linda Nanuwil, Lotter dan Aril yang mendapat tempat kedua dalam AF.
Bekas graduan Diploma Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa akui: "Saya tidak menyangka perjalanan masih dapat diteruskan apabila dipilih dalam AFMasuk. Saya langsung tidak meletakkan harapan, saya fikir mungkin Anum atau Aliff jadi pilihan. Bagaimanapun, inilah rezeki namanya dan saya tidak mahu mengecewakan harapan pengundi saya.
"Saya sedar tanggungjawab saya besar malah sejarah dulu membuktikan Linda, Lotter dan Aril yang pernah terkeluar berjaya meraih tempat kedua. Jadi saya juga perlu membuktikan saya boleh, tetapi saya percaya semuanya terletak pada rezeki dan ketentuan. Saya hanya mampu berusaha, tetapi takdir dan rezeki, Tuhan yang menentukan.
"Saya bersyukur menjadi pilihan pengundi. Saya sendiri tidak pasti apa hebatnya diri saya. Mungkin juga sikap saya yang suka berjenaka dan kelihatan lurus membuatkan ramai menyenangi saya. Ia bukan lakonan, tetapi itulah keperibadian saya sejak dulu. Bagaimanapun, saya agak terkejut apabila ada yang menyamakan saya dengan Faizal Tahir. Awalnya, memperjuangkan irama nasyid, tetapi berubah arah selepas masuk AF8. Dulu, saya bukanlah anggota asal kumpulan nasyid Saujana, saya hanya menggantikan dua anggotanya yang bekerja sebagai doktor jika mereka tidak dapat memenuhi undangan nyanyian. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu keupayaan saya mampu menyanyikan lagu bergenre rock, saya hanya sedar selepas menyertai AF8. Jadi, saya bukanlah meniru Faizal atau nak jadi seperti Faizal, memang nak dibandingkan saya dengan Faizal, jauh bumi dengan langit tetapi secara kebetulan kami pernah memperjuangkan irama nasyid dan beralih arah ke genre rock."
Iwan nak ubah nasib keluarga
ADA yang menganggap Iwan atau nama sebenarnya, Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, hanya bersandarkan pada rupa paras sedangkan bakat tidak sehebat mana. Setiap minggu persembahannya biasa-biasa saja, hanya minggu ketujuh, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan baru beroleh tiga butang hijau.
Dengan nada perlahan, Iwan akui: "Saya agak tercabar apabila ada yang menganggap saya hanya bersandarkan pada rupa paras, tetapi tiada bakat. Saya percaya peminat sekarang sudah pandai menilai, jika ada rupa, tetapi nyanyian ke laut tidak mungkin mereka memilihnya. Bukanlah saya mahu mengangkat diri, saya yakin mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelajar lain jika diberi ruang.
"Alhamdullilah, jika ada yang memuji saya dan ini juga anugerah Tuhan pada saya, tetapi jujurnya, saya tak pernah berasakan diri saya kacak. Sebenarnya saya menyertai AF8 bukanlah nak mencari nama, jauh sekali nak glamor. Sebaliknya saya minat menyanyi sejak kecil lagi. Saya sedar bukan mudah laluan bergelar penyanyi, belum pun keluar AF, macam-macam kecaman yang saya terima.
"Saya nak ubah nasib hidup keluarga. Saya nak besarkan perniagaan restoran yang ibu bapa saya kendalikan di Mantin, Seremban. Saya bukanlah ada pelajaran tinggi, hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Saya tidak akan mensia-siakan platform disediakan untuk saya demi mengubah nasib saya dan keluarga." |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by toritonz82 at 16-5-2010 11:28
Adira tak mahu kecewakan pengundi
BAGI Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19, walaupun persembahannya agak konsisten dan sering mendapat pujian juri setiap minggu, tetapi ia bukanlah jaminan untuk dirinya berada di tempat selesa. Malah, dia juga sering tertekan dengan bebanan dan tanggungjawab yang diberikan.
Gadis kacukan Kadazan Dusun itu mengakui: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Persembahan saya ada kalanya konsisten, ada masanya tidak. Setiap masa dan ketika, banyak perkara baru yang perlu saya pelajari dan perbaiki, bagaimanapun saya tidak meletakkannya sebagai masalah berat, sebaliknya saya akur dengan setiap cabaran.
"Bukan tidak bersyukur sebaliknya saya tidak mahu terus diulit dengan pujian, ia boleh membuatkan saya jadi leka dan berasakan diri bagus. Saya sentiasa meletakkan diri sebagai budak baru belajar. Pujian dan kritikan, saya terima dengan dada terbuka. Mungkin ada yang menganggap saya berada di tempat selesa, tetapi tidak bagi saya, saya juga pernah berada di zon bahaya. Selain berusaha tidak tersingkir dalam konsert mingguan, saya juga berusaha supaya pengundi yang berkorban masa dan wang ringgit tidak kecewa dan berasakan buang masa mengundi saya.
"Bagaimanapun, saya juga manusia biasa, banyak kelemahan dan dilahirkan tidak sempurna. Selepas keluar AF8 nanti, saya mahu memperbaiki cara komunikasi dan mengikuti kelas. Saya akui cara percakapan dalam dialek Sabah yang pekat dan sukar dibuang membuatkan ramai tidak faham dan kedengaran agak kasar. Saya juga sering tersasul dengan membahasakan diri `aku', sedangkan perkataan `aku' kedengaran kurang sopan."
Daus mahu terus bersama 9TreeO
APABILA dianggap tidak konsisten dan agak lembap dalam pembelajaran, Muhd Shahril Firdaus Eli atau Daus, 22, tidak berkecil hati, malah tekad bangun daripada mimpi yang panjang.
"Saya membuat kesilapan yang besar ketika konsert awal, tetapi sebenarnya saya belum dapat keyakinan. Ketika itu, dunia akademi ini terlalu asing buat saya. Saya sukar nak menyesuaikan diri dengan keadaan, persekitaran dan kawan-kawan baru. Sebelum ini, saya tak pernah rasa belajar di tempat yang begitu selesa dan banyak kemudahan.
"Hanya selepas konsert kelima saya dapat menyesuaikan diri dan berusaha menempatkan diri di tahap selesa. Bagaimanapun, pada konsert keenam, saya mendapat lagu Selamat Malam nyanyian asal Faizal Tahir. Lagu itu terlalu besar buat saya, apatah lagi suara saya halus. Walaupun sering dikritik dan dikutuk, saya jadikannya pembakar semangat. Mujurlah saya tidak terkeluar awal, jadi saya masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan diri.
"Sekarang, saya belum rasa diri saya berada di tempat selesa. Sama ada saya terkeluar atau sebaliknya minggu ini, saya tidak mahu memikirkannya. Saya hanya berusaha untuk menempatkan diri ke peringkat akhir AF8. Bagi saya, berjaya ke peringkat akhir sudah jadi kemenangan buat saya. Jika ada tuah dan bergelar juara, ia adalah bonus buat saya dan permulaan baik buat kerjaya nyanyian saya.
"Saya mahu jadi sehebat kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussain. Sebelum melangkah ke AF8, saya sudah menubuhkan kumpulan 9TreeO dan mungkin selepas ini, saya akan meneruskan perjuangan dengan kumpulan ini. Saya tidak akan ketepikan mereka kerana 9TreeO menjadi peniup semangat saya," kata anak kelahiran Kuching, Sarawak itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Maulana mahu jadi penyanyi jazz
CARANYA kasar, percakapannya ikut sedap mulut, tetapi jauh di sudut hati, Maulana atau nama sebenarnya, Muhd Firdaus Maulana Mohamed, 22, punya `hati dalam taman'. Melihatkan aksinya yang menangis `macam nak rak' ketika rakan-rakan tersingkir membuktikan anak kepada penyanyi veteran, S Mariam itu bukanlah seteruk disangka.
"Saya akui ada kalanya cara saya kelihatan agak kasar, ada yang menganggap saya bermulut lepas, tetapi saya bukanlah mahu menyinggung perasaan kawan-kawan, apa yang saya cakap hanyalah luahan hati saya. Bagi yang mengenali saya, mereka tahu cara saya. Mereka tak pernah ambil hati dengan gurauan saya.
"Saya hanya menjadi diri sendiri. Apabila ada yang menganggap saya manja dan suka menangis, itu tidak saya nafikan. Saya adalah anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, sikap manja saya kadang kala agak keterlaluan, tetapi selepas ditegur Pengetua AF8, Norman Abdul Halim, saya cuba kawal diri supaya tidak terlalu mengikut perasaan.
"Ini adalah dunia baru buat saya walaupun ibu saya seorang penyanyi. Sebelum ini, saya tak pernah dapat peluang ini. Saya sudah empat kali mencuba memasuki AF, hanya AF8 baru terpilih. Sungguhpun ada yang mengandaikan muzik jazz yang saya bawa tidak ke mana, saya mahu buktikan saya mampu. Dulu muzik jazz agak berat dan hanya golongan tertentu yang menggemarinya tetapi saya lihat Yuna, Zee Avi dan Kumpulan Tilu mampu menarik kelompok peminat mereka. Saya mahu menjadi perintis kepada penyanyi lelaki yang mampu menaikkan irama jazz."
Ain bersikap gedik ada sebab
SIKAP gedik dan ada kala lagaknya seperti mencemburui pelajar lain membuatkan Nadiawaty Ainul Basir atau Ain, 24, seringkali jadi bahan kutukan. Bagaimanapun, gadis berketurunan Suluk-Dusun itu berbakat besar dalam bidang nyanyian. Suara serak basah dan tona suara unik jarang dimiliki pelajar lain.
Ain, bekas pelajar jurusan kecantikan Rozsall Akademy di Kota Kinabalu, Sabah akui: "Ramai yang tersalah anggap pada diri saya, mereka anggap saya gedik, kasar, agresif dan punya sifat cemburu. Sedangkan saya hanya tercabar apabila pelajar lain dipuji. Kenapa saya tidak boleh sehebat mereka, jadi saya perlu cabar diri supaya tidak ketinggalan.
"Gaya dan sikap saya memang agak agresif, tetapi gedik memang dibuat-buat untuk menghiburkan diri. Dalam akademi, keadaan kami penuh tekanan, ada kalanya saya alami migrain teruk disebabkan terlalu memikirkan persembahan, jadi saya suka bergurau untuk melepaskan tekanan, tetapi disalah tafsir pula diri saya gedik.
"Saya akui bila melihat pelajar lain membuat persembahan memukau, saya jadi tercabar, tetapi bukan saya cemburu. Saya gembira melihat kejayaan kawan-kawan lain, saya mahu jadi sehebat mereka. Saya bukanlah seorang yang hipokrit dan bersikap plastik, apa yang ditunjukkan, itulah sifat saya. Idola saya dalam AF adalah Stacy. Tetapi saya mahu tampil dengan identiti yang tersendiri. Cara saya menyanyi dengan gitar memang cukup serasi kerana saya sudah belajar bermain gitar sejak berusia 10 tahun.
Tanpa tunjuk ajar sesiapa, saya petik gitar sehingga jari saya jadi kematu. Ketika usia 14 tahun, saya beli buku gitar. Di situlah saya mula mahir dengan kod dan cara bermain gitar. Alhamdullilah, sekarang sebut apa saja lagu saya boleh tahu kod yang nak digunakan." |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak stat nehhh |
|
|
|
|
|
|
|
22 jam lagi
felcra x mak? |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar nak mencarut esok |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# toritonz82
gigih u olss kan! |
|
|
|
|
|
|
|
Posted at 16-5-2010 11:29 | View this author's posts
Maulana mahu jadi penyanyi jazz
CARANYA kasar, percakapannya ikut sedap mulut, tetapi jauh di sudut hati, Maulana atau nama sebenarnya, Muhd Firdaus Maulana Mohamed, 22, punya `hati dalam taman'. Melihatkan aksinya yang menangis `macam nak rak' ketika rakan-rakan tersingkir membuktikan anak kepada penyanyi veteran, S Mariam itu bukanlah seteruk disangka.
"Saya akui ada kalanya cara saya kelihatan agak kasar, ada yang menganggap saya bermulut lepas, tetapi saya bukanlah mahu menyinggung perasaan kawan-kawan, apa yang saya cakap hanyalah luahan hati saya. Bagi yang mengenali saya, mereka tahu cara saya. Mereka tak pernah ambil hati dengan gurauan saya.
"Saya hanya menjadi diri sendiri. Apabila ada yang menganggap saya manja dan suka menangis, itu tidak saya nafikan. Saya adalah anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, sikap manja saya kadang kala agak keterlaluan, tetapi selepas ditegur Pengetua AF8, Norman Abdul Halim, saya cuba kawal diri supaya tidak terlalu mengikut perasaan.
"Ini adalah dunia baru buat saya walaupun ibu saya seorang penyanyi. Sebelum ini, saya tak pernah dapat peluang ini. Saya sudah empat kali mencuba memasuki AF, hanya AF8 baru terpilih. Sungguhpun ada yang mengandaikan muzik jazz yang saya bawa tidak ke mana, saya mahu buktikan saya mampu. Dulu muzik jazz agak berat dan hanya golongan tertentu yang menggemarinya tetapi saya lihat Yuna, Zee Avi dan Kumpulan Tilu mampu menarik kelompok peminat mereka. Saya mahu menjadi perintis kepada penyanyi lelaki yang mampu menaikkan irama jazz."
>>>>setuju sgt..ai mmg suke jazz..muzik utk org urban dan bukan kampung..eksklusif..kalo nk kampung2, ko dgr shahir tuh..sesuai sgt...sbb tuh yuna leh sapu abis aim, juara lagu pn...kt msia kan ramai org kampung |
|
|
|
|
|
|
|
ai harap masa mereka perform utk single masing2 ada tunjuk VC yg telah mereka rakam......... |
|
|
|
|
|
|
|
up lagi |
|
|
|
|
|
|
|
up lagi....lebih kurang 2 jam lagi nak Finale... |
|
|
|
|
|
|
|
mak nak mandi & solat |
|
|
|
|
|
|
| |
|