|
bunga2 riak dah mula tumbuh dalam diri nya...
perlu ke nak canang satu malaya yg awak membida pla ...
zamirra Post at 23-6-2010 08:46 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
konpiden nye ko kata ct canang ye...
dia pon terkejut tgk bc statment dlm paper kata dia bida no plet tu, pdhal suami dia yang bida...
mean wartawan dpt cedok berita ni, ct tak tau menahu...
sebelum ckp apa2 better ko carik fakta dulu...kalo tak, malu arrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
bunga2 riak dah mula tumbuh dalam diri nya...
perlu ke nak canang satu malaya yg awak membida pla ...
zamirra Post at 23-6-2010 08:46 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
ayork!! fitnah!!! berdosa!! masuk neraka!!!![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bunga2 riak dah mula tumbuh dalam diri nya...
perlu ke nak canang satu malaya yg awak membida pla ...
zamirra Post at 23-6-2010 08:46 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
kadang2 aku tak tau pembaca2 paper ni paham tak yg artikel tu sape sumbernye bila baca satu paper.. bila ada cerita pasal CT je kata Ct canang.. u ingat ct hadap sgt ke perhatian? sah2 org lain yang laporkan bukan dia sibuk nak bgtau.. penggosip pasal ct kat byk kat bumi Malaysia ni.. asal ada cerita pasal CT yang org tak tau je harus ada yg tukang sampai kat media.. vuduh! |
|
|
|
|
|
|
|
fikiran singkat cenggitu le...
apa nk buat..... |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak tgk eddy marah
yelah seharusnya diorg faham....mende camni pun nak kene ajar ...
dauswq Post at 23-6-2010 09:33 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
geram tau.. balik2 riyak.. balik2 canang..
sah2 paper yg awal yg buat laporan tu yg buat fitnah kata CT bida.. kalau ct yg bgtau sendiri kat paper tu takkanlah lepas tu ct counter back kat paper lain nafikan bukan dia bida.. tak de akal keeeeeee?? |
|
|
|
|
|
|
|
hello.. ingat sini sume.. CT tu tak perlu hadapkan perhatian sebab perhatian akan datang sendiri tanpa dijemput tauu!! |
|
|
|
|
|
|
|
tah....tak paham2.....die pun cakap dia tak akn belanja besar semata2 nak beli plat kete.....laki die yg nak beli....jd nape nak kecoh2....alah asal sangkut paut dgn siti bau2 bacang pun masuk paper....repoter yg nak cr news....disini nampak sangat value cite siti walaupun kadang kala tak kena mengena dgn dier pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 29# sailorV
nk buat cm ner...orang femes... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# snor
hahaha.. masuk dlm list ke? kalau dulu boleh la... sekarang dia dh xberapa laku dah... |
|
|
|
|
|
|
|
hello.. ingat sini sume.. CT tu tak perlu hadapkan perhatian sebab perhatian akan datang sendiri tan ...
eddysheddy Post at 23-6-2010 09:58 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
bod gosip same jelah repurtz m'sia ni kans
ari2 jah ade keluar citer![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bunga2 riak dah mula tumbuh dalam diri nya...
perlu ke nak canang satu malaya yg awak membida plat no KCT1 tu...sampai cecah RM100k...
bukan dengki bukan irihati...tapi meluat tengok gelagat manusia hipokrit nih!
sorry ya peminat tegar tok T!zamirra Post at 23-6-2010 08:46 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Tak mungkin uols sebongok dan sebangang ini. Jd mak akan berpikiran positif dan anggap uols cuma half as bongok/bangang as uols portrayed here. But still bangang la kan ...
Ct yg canang katenye ....ahahahahahahaha kecut tetex kiri mak gelak ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# jojiekejung
sekali mak kejung bersuara...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku bukan nak komen statement korang...tapi nasihat...hati2 apabila kuarkan statement....
jgn terlalu agung2kan artis.......korunk tau duit tuh hasil pendapatan sebagai penyanyi......fikir2kanlah........(mesti ramai yg hentam aku jap lagi....dah tau camtuh kenapa masuk bod nih........kan kan kan) nasihat hokay................larik............. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun nak nasihat gak pada forumer sekalian, sebelum nak tulis pape kat sini, kaji dulu betul ke tak statement yang dibuat. Kalau salah tak saje je jadi fitnah. Antara 2 sebab utama ramai wanita islam ke neraka salah stunya sebab buat fitnah.
Statement2 anda menggambarkan siapa anda... |
|
|
|
|
|
|
|
minat CT.. dia layak menerima apa yg dia ada sekarang.. dia gadis yang down to earth walaupun setinggi mana dia berada.. xmacam sebahagian artis yg suam2 kuku t kekwat xhengat.. pleaselah contohi CT |
|
|
|
|
|
|
|
Siti teruja dengan Nissan X-Trail
Bintang Paling Popular ABPBH 2009 mahu guna kereta baru untuk promosi produk kecantikan
PINTU bilik pameran syarikat Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCMSB) yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur terbuka luas menanti ketibaan tetamu istimewa ini. Bukan saja kakitangan syarikat kenderaan terkenal itu yang mengalu-alukan kehadiran penyanyi nombor satu negara ini tetapi kedatangan Datuk Siti Nurhaliza ke premis itu turut disambut dengan alunan lagu nyanyiannya yang berkumandang di ruang legar lokasi itu.
Selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, awal April lalu, baru kini Siti berpeluang untuk mendapat ganjaran utama yang dijanjikan padanya iaitu Nissan X-Trail 2.0L bernilai RM130,000. Seperti yang pernah dinyatakannya sebelum ini, dia memang teruja sangat apabila mendapat tahu hadiah utama kemenangannya itu adalah kenderaan pacuan empat roda kerana ia memudahkan urusannya untuk mempromosikan produk kecantikan dan penjagaan kulitnya sendiri iaitu SimplySiti.
Sebaik saja kelibat penyanyi ini turun dari kereta, kehadirannya itu disambut oleh Pengarah Eksekutif ETCMSB, Dato Dr Ang Bon Beng serta Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan, Hanizam Abdullah yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, ABPBH 2009.
Tampil dengan seluar dan jaket pancawarna, sambil melemparkan senyuman manis, Siti bersalaman dengan semua tetamu yang setia menanti ketibaannya itu sejak awal pagi.
Berlangsung dalam suasana penuh ringkas, Siti kemudiannya menerima replika kunci kenderaan itu daripada Dr Ang sebelum dibawa ke bilik jamuan. Usai menjamu selera dan mengadakan sesi fotografi dengan ‘teman’ barunya itu, tibalah masanya untuk Siti ditemu bual. Kebetulan, akhbar pagi itu melaporkan yang kononnya Siti sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 yang akan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.
Ketika diajukan pertanyaan apakah benar dia sanggup berbuat begitu, dengan pantas penyanyi Biarlah Rahsia ini menafikannya.
“Siti sudah agak, soalan ini pasti akan ditanya. Malah suami Siti juga berkata demikian memandangkan akhbar hari ini melaporkan perkara itu. Sebenarnya antara pembida utama yang dimaksudkan itu bukan Siti tetapi suami Siti. Kalau Siti memang tak mungkin sebab Siti takkan keluarkan belanja yang banyak semata-mata untuk nombor pendaftaran kereta,” katanya.
Diusik dengan pertanyaan apakah kereta yang dimenanginya itu bakal mempunyai nombor pendaftaran yang istimewa, Siti berkata, dia lebih selesa menggunakan nombor yang sedia ada.
Sebelum ini Siti pernah menguar-uarkan kepada media bahawa dia ingin bercuti menjelang Jun ini. Dan kebetulan juga, kelmarin adalah hari terakhir Siti menyelesaikan segala tugasnya dalam bidang hiburan sebelum berehat panjang.
Khabarnya, Siti mengambil cuti panjang sehingga penghujung Julai ini adalah untuk menumpukan perhatian bagi mendapatkan zuriat yang sekian lama diidamkan.
“Sebenarnya Siti ambil cuti panjang ini bukanlah semata-mata kerana perkara itu, tetapi Siti sudah lama tidak berehat, jadi biarlah masa yang ada ini Siti gunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Jika tiada aral melintang, Julai nanti mungkin Siti akan mengikut suami ke Paris kerana Datuk mahu melihat kilang pewangi untuk projek SimplySiti yang seterusnya.
“Bagaimanapun, dalam pada bercuti itu, Siti tetap juga sibuk menguruskan perniagaan SimplySiti yang baru bermula ini. Jadi nak kata cuti panjang sangat itu, tak adalah sangat,” katanya yang juga berhasrat untuk menunaikan umrah pada bulan Syaaban nanti.
Bakal tampil dengan album jazz
DALAM perkembangan lain, Siti berkata dia juga bakal merakamkan album baru yang konsepnya cukup berbeza dengan apa yang pernah dia sajikan sebelum ini.
“Siti mahu cuba muzik baru yang mempunyai nuansa jazz dan diselitkan dengan irama Latin. Siti mendapat inspirasi menerusi penyanyi Andrea Bocelli. Siti suka dengan muzik yang dibawanya. Klasik dan pada masa yang sama agak catchy.
“Sebelum ini pun Siti pernah membawa lagu berentak seperti itu menerusi lagu Begawan Solo yang Siti nyanyikan secara duet bersama Noh Hujan ketika rakaman raya Stylistika Siti bulan lalu. Ketika berlatih, Noh memuji nyanyian Siti dan menyarankan agar Siti mencuba muzik seperti itu untuk album yang akan datang.
“Siti pun sudah berbincang dengan Aubrey Suwito untuk menghasilkan lagu sebegitu. Cuma pesannya, jangan terlalu banyak sangat perubahan, bimbang peminat tidak boleh menerimanya,” kata Siti sambil mengakui objektifnya membuat perubahan itu untuk memperlihatkan kematangannya dalam bidang muzik serta mengumpul peminat baru.
Sementara itu, ketika mengulas Siti sebagai penerima hadiah utama, Dr Ang berkata pihaknya merasa teruja kerana Siti dilihat begitu sinonim dengan kenderaan yang dimenanginya itu.
“Siti dan Nissan X-Trail yang dimenanginya itu memang ada persamaan kerana kerana sebagai penyanyi, Siti memang popular dan begitu juga dengan kenderaan itu yang tersenarai paling laris jualannya di negara Jepun,” katanya yang juga meminati penyanyi bersuara gemersik itu secara peribadi.
![](http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs088.snc4/35763_132907573403656_100000532415444_269239_6021484_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
“Siti sudah agak, soalan ini pasti akan ditanya. Malah suami Siti juga berkata demikian memandangkan akhbar hari ini melaporkan perkara itu. Sebenarnya antara pembida utama yang dimaksudkan itu bukan Siti tetapi suami Siti. Kalau Siti memang tak mungkin sebab Siti takkan keluarkan belanja yang banyak semata-mata untuk nombor pendaftaran kereta,” katanya.
sabar ya ct...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
biar la..duit die..bukn mintak duit korg pun...xsuke sudah...diam2 jer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|