CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaNya Ingin KaU tAHu...[U]-Cerpen

[Copy link]
 Author| Post time 6-6-2012 12:03 PM | Show all posts
Daun pintu diselak. Memang sah Jasmyn tidur. Tapi tidur yang kurang sopan kot. Siap badan di bawah kaki di atas katil.

"Memang ganas betul perempuan ni Dato..hahahaha" kata Firdaus lalu diikuti ketawa kecil Dato Putra dan Mak Jah.

"Nak saya kejutkan dia ke, Dato?" tanya Mak Jah.

"Xpe..xpe..biar dia tido sini malam ni. Esok pagi saya minta Pak Mat hantarkan dia kat rumah. Pidot, ko boleh balik dulu laa" kata Dato Putra sambil tangannya di bahu Firdaus.

"Tapi.."

"Tapi ape plak??"

"Tak ade ape-ape..ok la. I balik dulu. Esok kita jumpa lagi" Firdaus dan Dato Putra berjabat tangan. Kemudian dia beredar keluar dari rumah itu.

"Saya nak angkat Cik Jasmyn ni kejap.." kata Dato Putra lalu mendekatkan dirinya dengan Jasmyn.

Ditatapnya wajah ayu Jasmyn. Sayu rasa hatinya. Perlahan-lahan dia mengangkat Jasmyn. Nafas Jasmyn makin kuat mendengus di muka Dato Putra. Jantung Dato Putra berdegup laju. Jasmyn sedkit merengek.

"Sam..i tak nak laaa..malam ni i letih sangat-sangat " rayu manja Jasmyn yang merasakan Sam yang mengangkat badannya itu.

Dato Putra bagi isyarat pada Mak Jah supaya diam. Dato Putra membaringkat Jasmyn perlahan atas tilam. Diselimutkan tubuh badan itu yang masih ulik dibuai mimpi. Lampu dimatikan dan pintu bilik ditutup.

"Esok pagi kejutkan Cik Jasmyn ye.." arah Dato Putra bernada lembut.

Mak Jah hanya mengangguk. Dato Putra menaiki tangga menuju ke biliknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2012 04:18 PM | Show all posts
Sam membaringkan dirinya di sofa ruang tamu. Dia mengambil sekeping frame gambar mesra Jasmyn yang memeluk erat dirinya itu. Dia tersenyum sendirian.

"Aku sanggup bunuh ko, Jasmyn. Aku tak sanggup hati ko tu orang lain amik. Kau hanya milik aku seorang sahaja. Sekarang ni aku rasa ko makin lama dah makin jauh dengan aku.. Aku tak suka.. AKu nak Jasmyn yang dulu..sentiasa bersama aku.. AKu cintakan kau Jasmyn..terlalu cintakan kau.." Sam memeluk erat frame gambar itu.




Jasmyn membeliakkan matanya. Terus dia memandang jam di tangan.

"What???" Jasmyn terus bangun menuju keluar dari bilik itu. Dengan keadaan kelam kabutnya yang mahu keluar dari bilik itu, sebaik bukak sahaja pintu dia terus bertembung dengan Dato Putra. Mereka terpeluk seketika. Kedua-duanya tergamam. Jantung masing-masing lawan berdegup. Jasmyn tersedar. Dia meleraikan pelukan itu. Dato Putra mengawal keadaan.

"Maafkan saya.." ucap Dato Putra terlebih dahulu.

"eh..tak..tak..salah saya.. Dato, saya nak balik..saya minta maaf..saya tak sangka saya boleh tertido di sini..maafkan saya sekali lagi.."kata Jasmyn terketar-ketar. Hangat pelukan Dato Putra tadi masih terasa. Dan pelukan itu dia rasa macam dah penah rasa seblum ni.

"hahaha..baru aje saya perli, dah betol-betol awak tido sini yee..xpe..saya dah bagi tau Pak Mat minta hantarkan awak balik rumah kejap lagi.. Tapi seblum balik, mari la sarapan dengan saya dulu.."

"Eh, xpe Dato.. saya tak sarapan seawal pukul 6 ni..saya sarapan lewat.. saya rasa saya nak balik sekarang.."

Dato Putra sedar Jasmyn sudah mula tidak selesa. Dia menggamit Mak Jah. Mak Jah berjalan perlahan ke arahnya.

"Minta Pak Mat sediakan kereta.." bisik Dato Putra. Mak Jah mengangguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 07:45 PM | Show all posts
Pak Mat membuka pintu kereta untuk Jasmyn. Jasmyn keluar. Dia bersalaman dengan Pak Mat tanda terima kasih. Kemudian berjalan menuju ke lif.

Berjalan-jalan ke pintu rumah sambil mengambil anak kunci di dalam hangbeg. Dah jumpa! Pintu mula di buka. Jasmyn masuk dan menutup pintu semula. Dirinya dipeluk sekali lagi dari belakang. Jasmyn rimas. Dia menolak lalu menoleh ke belakang.

"Sam?? Bila masa u masuk rumah i ni??" marah Jasmyn

"hahahaha rumah u?? rumah u ke rumah i??"

" wahh wahh wahhhh..dah pandai mengungkit plak skarang yee"

Sam terus merapatkan badan Jasmyn ke dinding. Jasmyn mula sesak nafas. Sam merapatkan mukanya dengan muka Jasmyn. Dia ingin mengucup bibir mungil Jasmyn itu. Jasmyn menolak. Dia tidak terdaya.

"Please la Sam!!! Pleaseeeee.." rayu Jasmyn sambil terus menolak.

Sam melepaskan pelukkannya. Jasmyn mengurut lengannya yang dah kemerahan itu. Air matanya mula bergelinangan. Menahan kesakitan. Sam berjalan mengundur ke belakang. Kemudian dia mengambil kunci motornya lalu beredar keluar dari rumah itu. Jasmyn dengan pantas mengunci pintu. Dia terus menangis. Rasa takutnya itu masih kuat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 08:35 PM | Show all posts
Dato Putra tidak berputus asa terus menghubungi Jasmyn. Satu panggilan pun tidak dijawab semenjak Jasmyn dihantar pulang oleh Pak Mat. Dato Putra berasa tidak sedap hati. Macam-macam yang bermain difikirannya. Dia terpandang Firdaus berlalu di hadapan bilik pejabatnya.

"Pidot!! Kejap.." panggil Dato Putra agak kasar.

Firdaus terkejut. Dia terus berjalan pantas masuk ke dalam bilik Dato Putra.

"Apahal ni, Dato? Nampak cemas je..ade masalah ke?"

"Jasmyn..dah pukul 12 tgh ari dah nii..sampai sekarang belum masuk opis..i dah call dia banyak kali..satu panggilan pun dia tak jawab..adoii..susah hati betol"

"betol ke Pak Mat hantar dia kat rumah?? hahaha"

"Pidot..please..skarang bukan masa untuk buat lawak.." Dato Putra bernada serius. Firdaus terus mendiamkan diri.

Satu hentakkan kuat kedengaran di hadapan biliknya. Mereka berdua terkejut.

"Sudah lah Sam!! Aku dah fed-up dengan ko! Aku bukan hamba kau faham tak!!" jerit Jasmyn tanpa peduli staf-staf lain memandangnya bercakap kasar di telefon bimbit.

"Ok fine!! aku akan pulangkan balik rumah ko tu! ingat aku kebulur sangat rumah buruk tu ke??? aku bole beli lagi besar dari tu la...pas tu duit yang ko bagi kat aku selama ni aku bayar la balik kalu ko nak kan?? tiap-tiap bulan aku bank in masuk dalam akaun ko! puas hati????" jerkah Jasmyn lalu mematikan talian telefon.

Nafas Jasmyn turun naik. Sesekali airmatanya mengalir perlahan membasahi pipi mulusnya itu. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Firdaus menepuk bahu Dato Putra memberi tanda supaya Dato Putra memujuk Jasmyn.

Jasmyn mengesat airmatanya. Dia mengambil hensetnya lalu mematikan terus. Bahunya tiba-tiba disentuh. Dengan pantas dia menoleh ke arah kanannya. Wajah Dato Putra yang cukup tenang itu menghilangkan terus kekusutan yang berada difikirannya.

"Kalau ada masalah, tak payahlah ikut saya pegi johor kejap lagi..settle kan dulu masalah awak tu"

"Eh, saya dah ok dah Dato.. Dato jangan riso.. Pasal tadi saya minta maaf.."

"Dah..dah..pegi basuh muka..dah tak comel dah nangis-nangis macam ni hehehe" pujuk Dato Harun. Jasmyn ketawa manja di usik sebegitu.




Mak Cik Salmah buntu. Di mana lagi dia perlu cari Jasmyn. Dia memandang ayam-ayam yang lari berkeliaran di halaman rumahnya itu. Sedih, penat dan rindu bermain difikirannya sekarang.

"Baliklah jumpa mak, sayang..mak rindu sangat-sangat kat hang.."nangis Mak cik Salmah sendirian.




Sam menendang batu yang berada di hadapannya. Malik tersembur terkejut sebaik baru minum air mineral yang baru di belinya di 7eleven.

"Pompuan sundal!! Pompuan murah!!" jerit Sam yang betol-betol tengah panas hati dengan si Jasmyn.

"Sudahla tu, Sam..Dia da tak nak, ko blah je laaa..ramai lagu awek yang nak kat ko..aku tengak si Jasmyn tu bukannya cantik sangat pun!"

"Diam la ko!! Aku ade cakap dengan ko ke? Aku benci laaaa..benciii!!!!"

"Jom ikut aku jumpa bomoh siam"

"bomoh siam? nak buat ape?"

"aku nak dia ubatkan ko! supaya ko dapat lupakan pompuan tu!!"

Sam terus menolak kasar kepala Malik.

"Kepala hotak ko!!! bukan aku tapi pompuan sial tu yang patut dibomohkan!!" jerit Sam yang membuatkan orang lain yang berada di sekitarnya memandang pelik dan menganggap Sam kurang siuman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 08:02 AM | Show all posts
Dato Putra, Jasmyn dan Firdaus berjalan menuju ke lobi sambil membawa beg pakaian masing-masing. Mereka menanti kehadiran Pak Mat. Sesekali Dato Putra mencuri memandang Jasmyn. Jasmyn masih kelihatan murung.

Beberapa minit kemudian Pak Mat muncul. Kereta diberhentikan. Dia keluar mendapatkan beg pakaian mereka bertiga. Firdaus mengambil tempat duduk di depan manakala Dato Putra dan Jasmyn duduk bersama di kerusi belakang. Dato Putra sendiri membuka pintu untuk Jasmyn. Jasmyn hanya membalas dengan senyuman. Setelah memasukkan semua beg pakaian di bonet kereta, Pak Mat masuk semula ke dalam kereta. Dia membetulkan cermin pandang belakang dan memulakan perjalanan.

"Pak Mat dah makan ke?" tiba-tiba Dato Putra bersuara.

"Dah, Dato.."

"Kalau macam tu, macam biasa la Pak Mat.." ucap Dato Putra sambil membuka tali leher dan membetulkan tempat duduknya. Pak Mat hanya mengangguk.

"macam biasa? pelik.. ke dia orang ni nak jual aku??? jeng jeng jeng" ucap Jasmyn sendirian di dalam hati lalu menggigit bibirnya sendiri.

Firdaus menoleh ke belakang lalu memandang Jasmyn. Dari bawah sampai atas. Selepas itu, senyuman mula terukir.

"Tak sesuai kot kalau pergi tapak projek pakai skirt-skirt pendek macam ni.."ujar Firdaus selamba membuatkan Dato Putra, Jasmyn dan Pak Mat sedikit terkejut.

"Betol tak, Dato?" sambung Firdaus.

Dato Putra memandang Jasmyn. Jasmyn mula kelam kabut mereka ayat.

"Pelik sangat ke? Habis, apa yang sesuainye?? Saya mana pandai pakai seluar-seluar panjang ni..Seluar pendek banyak r..itu pun jenis material jeans.. Kalu nak saya tukar, beli la!!"terang Jasmyn yang tidak suka orang mengomen cara pemaiakaiannya.

"Tak pelik mana pun..biasa la perempuan bandar kan? Bukannya keluar pakai kemeja dengan panties je kan.."kata Dato Putra seolah-olah menyebelahi di pihak Jasmyn padahal dia juga tidak suka cara pemakaian Jasmyn itu. Perempuan melayu seharusnya lebih sopan.

"Dato perli saya kan?" ucap Jasmyn tidak puas hati.

"Perli ape plak? Betol la kan? Perempuan suke menaikkan nafsu lelaki. Yang pakai serban pun bole buka serban dia kott"

Jasmyn diam. Dia malas nak gaduh lagi. Dia memandang ke luar cermin. Fikirannya masih teringatkan si Sam. Sam lebih penting untuk dia fikirkan sekarang. Bukannya melayan dua mamat yang tidak suka cara pemakaiannya semenjak dari dia masuk kerja di Putra Holding itu. Sam..apa yang perlu dia buat supaya Sam dapat melupakannya. Sebenarnya, Jasmyn hanya rasa sayang bukannya cinta pada Sam. Dia mendekati Sam hanya untuk kesenangan hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 08:25 AM | Show all posts
Sam berlari menuju masuk ke dalam Putra Holding. Matanya melilau mencari Jasmyn. Dia terpandang kaunter pertanyaan. Terus dia berlari mendapatkan Pegawai Khidmat Pelanggan tersebut. Belum sempat dia bertanya, bahunya di sentuh. Dia menoleh ke belakang. Perempuan. Perempuan dalam pakaian korporat. Cukup kemas. Nampak rupa agak sedikit berumur tapi penampilannya mengalahkan pekerja korporat perempuan yang lain. Memang cukup matang.

"Saya Farida.." ucap Farida sambil menghulurkan tangan untuk disambut.

Sam membalas jabat tangan itu. "Saya Sam.."

"Cari Cik Jasmyn ke?" Tanya Farida yang mempunyai kelebihan dada yang menonjol. Sesekali membuatkan Sam lari perhatian. Dada itu lebih memikat hatinya yang nakal itu.

"A'ah..saya cari dia..Ada nampak dia tak?"

"Nah..ambil alamat ni.." kata Farida sambil menghulurkan sekeping kertas tertulis alamat penuh.

Sam mencapainya. Dia tersenyum. Kemudian Farida berlalu pergi sambil mengenyit mata manja pada Sam. Sam terpaku seketika. Nafsunya naik. Tapi Jasmyn lebih tinggi rangking nya untuk dia fikir sekarang ni untuk mendapatkan kembali hati Jasmyn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-6-2012 08:54 AM | Show all posts
Sudah 1 jam perjalanan berlalu. Setibanya di masjid yang selalu Dato Putra singgah untuk solat setiap kali perjalanan ke johor, Pak Mat akan masuk dan memarking kereta di bawah bumbung yang telah disediakan.

Jasmyn membetulkan kedudukannya sambil menarik-narik skirtnya. Dato Putra memandangnya.

"Saya, Pak Mat dan Firdaus nak turun solat jap. Kalau awak boleh solat, awak ikutlah sekali" ujar Dato Putra lalu beredar keluar masuk ke dalam masjid.

Jasmyn mencebik. Dia menjeling tajam ke arah Firdaus yang asyik tersenyum-senyum memandangnya. Jasmyn insaf sebentar. Sudah lama dia tidak solat. Sejak dia mengenali lelaki yang bernama Sam. Dulu semasa di bangku sekolah, dia lah juara taranum Al-Quran. Dan dia juga sudah khatam Al-Quran 5 kali dengan mak angkatnya Mak Cik Salmah itu.

"Bila ko nak berubah ni Jasmyn??" bisik hati Jasmyn. Airmata mula mengalir perlahan.




Sam mengetuk pintu bertalu-talu. Daun pintu terbuka. Muncul muka Malik yang baru bangun itu.

"Oiii!! Dah petang laaa..baru bangun ke" perli Sam lalu masuk ke dalam rumah sewa Malik yang dikongsi bersama teman wanitanya yang dari china itu.

Sam memanjangkan lehernya. Terintai-intai bilik tidur Malik.

"Ko cari ape haaaa.." tanya Malik sambil membetulkan rambutnya di hadapan cermin.

"Mana china doll ko yang comel lotee tuuu.."

"Aku hantar dia kat rumah pelacuran. Suh dia wat keje sikit cari duit untuk aku..hahaha..boleh macam tu?" Malik mula mengeluarkan rokok lalu menghidupkannya. Asam mula disemburnya ke udara. Kemudian dia menghulurkan rokok itu pada Sam. Sam menggelengkan kepala.

"Aku dah tobat!" kata Sam selamba. Malik terkedu. Kemudian mereka berdua ketawa besar.

"Apa hal ko cari aku ni? Nak kata pinjam duit, anak orang kaya.."

"Jom ikut aku cari Jasmyn.."

"Jasmyn lagi..sudah-sudah la weii..bosan aku dengar nama tu.."

"Tolong la beb..aku ada plan baik ni!"

"Plan ape plak nii..bunyi macam nak menang loteri je nii"

"hahahaha..confirm menang punya malam ni.." Sam senyum nakal. Dalam fikirannya penuh dengan plan yang busuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 10:17 AM | Show all posts
Perjalanan diteruskan. Jasmyn masik lena diulit mimpi. Tak sedar langsung selepas dia melayan perasaan semasa di tempat parking masjid tadi. Dato Putra memandang sayu wajah Jasmyn. Kemudian terpandang tangan Jasmyn yang dikepit dicelah pahanya. Menunjukkan dia kesejukkan. Dato Putra membuka blazer yang dipakainya. Kemudian menutupi badan Jasmyn yang kecil molek itu.Firdaus perasan melalui cermin sisi kereta. Hatinya sedikit tersentuh. Adakah Firdaus sudah jatuh hati dengan Jasmyn?

"Tak nak laaa..!! i kata tak nakkk.."rengek Jasmyn yang masih dalam mimpi itu. Dia mula memberontak. Habis ditendangnya kerusi tempat duduk Pak Mat itu. Dato Putra cuba menenangkannya.

"Myn..Myn.."panggil Dato Putra lembut sambil cuba memegang bahu badan Jasmyn yang asyik bergerak ke kiri dan kanan.

"aku cakap tak nak, tak nak laaa!!"jerit Jasmyn sambil menolak kasar badan Dato Putra.

"Dia mimpi tu, Dato.. macam mana ni skarang?" kata Pak Mat yang risau Jasmyn bertindak lebih ganas. Maklum la, Pak Mat pun sekarang dah berumur 65 tahun. Tapi masih kuat seperti lelaki berumur 40 tahun. Hari-hari penekena kopi tongkat ali kekdahnya.

"Kang aku sepak juga pompuan ni kang" kata Firdaus sambil memandang Jasmyn yang skirtnya mula terselak sikit.

Dato Putra memeluk erat Jasmyn. Jasmyn makin memberontak.

"Shhhh..shhh..Myn..istighfar..istighfar.."bisik lembut Dato Putra di telinga Jasmyn.

Jasmyn seperti sedikit tersedar. Matanya dibuka perlahan-lahan. Waaaa..hangat dan damai pelukkan yang belum dirasainya sebelum ini. Dia seperti tenang seketika. Mata dibuka sepenuhnya.

"Eh..kenapa ni?" tanya Jasmyn kehairanan sambil menolak tubuh badan Dato Putra yang agak sasa itu.

Dato Putra meleraikan pelukkannya. Jasmyn membetulkan baju dan skirt yang dipakainya. Kemudian dia mengikat rambutnya yang kusut masai itu.

"Ngigau ape petang-petang macam ni mak cik oiii" perli Firdaus tanpa memandang Jasmyn.

"Ngigau? alamak...penyakit aku datang balik dahhhh.."ucap Jasmyn sendirian.

"Apa awak cakap, Myn??" tanya Dato Putra yang sedikit terdengar ucapan Jasmyn tadi.

"tak de ape-ape la.. suka la tu ambil kesempatan peluk-peluk saya kan??" herdik Jasmyn selamba badak dia je.

"ooiii..ko tu cakap ngan bos ko..cakap biar sopan sikit!" balas Firdaus yang mula mahu berlawan cakap dengan Jasmyn.

"Aku ade cakap dengan kau ke? Aku cakap dengan Dato Putra ok? Nama je pegi sembahyang, tapi main peluk-peluk pompuan"

"ko ni memang nak kene ngan aku kott" kata Firdaus sambil menunjukkan isyarat mahu menampar Jasmyn.

"Sudahla tuu..macam budak-budak.. Nanti ganggu fokus Pak Mat nak bawak kereta plak.."Dato Putra bernada tegas. Kemudian dia memandang Jasmyn.

"Maafkan saya. Tadi awak mengigau. Agak kuat jugak la tendangan awak tu. Riso awak membuatkan Pak Mat hilang kawalan, sebab tu saya terpaksa meredakan keadaan awak tadi. Saya minta maaf sekali lagi sebab sentuh awak.."terang Dato Putra perlahan.

Jasmyn menelan air liur. Sememangnya dia sedar dan tahu, bila dia mimpi aje memang mengalahkan hero lawan penjahat. Saja je dia tu nak cover malu dia. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2012 10:45 AM | Show all posts
tak ade sape-sape yang nak komen ke? aku ni mcm syok sndiri plak hikhik

kwn2..kalu ade silap, sila tunjuk ajar tau..masih belajar lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:04 AM | Show all posts
Best citer ni...
Akak suka sebab watak selamba buat jahat dan tak sempurna
Satu kelainan
Sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:09 AM | Show all posts
kalau kbtuln msuk sini n ada update, sy bc n ada yg lain pun bc gk tp diaorg SR je...

ni komen sy: jln cte ni best, selain dr gaya cite yg agk ksr, kdg2 sy rs x logik part bos n sec.
dlm realiti ada ke mcm tu? spnjg pglmn sy bkrja x pnh jmpa sec. seksr tu ckp ngan bos n bos plk bleh lyn baik punya kt staf mcm tu...
tp kalu mnde ni ada dlm realiti, kira tmpt kje sy tu elok bnr la...

kdg2 bila kita mnulis realiti tu tetp kn ada, yg nk tmbh situ sini no hal, asal mende tu 'real', lain la kalu kita buat cte hntu

ok, next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 11:20 AM | Show all posts
Farida memandang blackberry miliknya itu. Dicapainya. Ditekan punat 'call'. Muncul nama Dato Putra, nama yang berada di senarai atas sekali. Semenjak Jasmyn masuk, dirinya agak dipinggirkan. Selalunya Dato Putra akan bertanya pendapat tetapi sekarang dirinya sudah seperti tidak penting lagi. Oleh sebab itu, Farida mula berperasaan cemburu pada Jasmyn. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Masuk.." arah Farida sambil meletakkan semula blackberry nya itu di atas meja.

Encik Lukman masuk dan menutup pintu semula. Farida memberi isyarat meminta Encik Lukman duduk di sofa hadapan. Farida bangun lalu berjalan ke arah sofa itu. Dia membetolkan blazer yang dipakainya itu. Namun, dada nya memang tetap menonjol. Boleh dikatan, Farida ni terkenal di Putra Holding tu dengan dadanya yang begitu membuatkan semua staf lelaki di situ suka memandangnya. Pandang dengan nafsu semata-mata.

"Ada apa, Encik Lukman?" tanya Farida penuh tertib.

"Saya nak minta tiga tandatangan Cik Farida untuk surat ini.."pinta Encik Lukman sambil menghulurkan pen dan surat-surat tersebut.

Farida meletakkanya di atas riba. Tanpa membaca terus sahaja dia tandatangan. Encik Lukman memang boleh dipercayai. Perkhidmatannya dengan Putra Holding hampir 6 tahun.

"Maafkan saya, Cik Farida. Saya ada sesuatu nak bertanya.."

"Tanyalah.." Farida memandang Encik Lukman. Mata Farida yang sedikit kebiruan membuatkan Encik Lukman terpukau seketika.

"Err.. saya agak pelik sikit sejak kebelakangan ni.." Encik Lukman memulakan bicaranya.

"Apa yang peliknya?"

"Sebelum ni kalu Dato Putra outstation, Cik Farida la yang akan cover dia kan? Tapi kenapa hari tu dia petik nama saya ye? Lepas tu, semenjak Jasmyn si PA dia tu masuk macam pelik sikit perangai Dato.."

Farida diam. Fikirannya mula melayang mengingatkan kenangannya bersama Dato Putra suatu ketika dulu. Sebelum Dato Putra kahwin dengan Halida. Sungguh akrab sekali mereka berdua. Sudah hampir kahwin dengan Dato Putra tetapi pilihan ayah Dato Putra lebih memihak kepada Halida. Namun jodoh mereka tak panjang kerana kematian Halida. Farida rasa gilirannya untuk menjadi isteri seterusnya kepada Dato Putra akan tercapai dalam masa yang terdekat tetapi Dato Putra hanya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya kerana beberapa tahun selepas itu Dato Putra kehilangan ayahnya.

"Cik Farida.."panggil Encik Lukman yang nampak Farida tengah kusyuk memandang karpet di bawah.

"Terbakar kang karpet tu kalu tenung lama-lama..hehehe"Encik Lukman berseloroh.

Cik Farida hanya ketawa kecil. Dia memulangkan semula fail dan surat-surat yang ditandatangannya itu pada Encik Lukman.

"Kalau dah tak ada apa-apa boleh la sambung keje yee" pinta Farida yang membiarkan persoalan Encik Lukman itu menjadi tanda tanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:35 AM | Show all posts
"Dah..dah..pegi basuh muka..dah tak comel dah nangis-nangis macam ni hehehe" pujuk Dato Harun. Jasmyn ketawa manja di usik sebegitu.
momey Post at 6-6-2012 20:35


Dato Harun? Typo kah?

Komen saya yg baru-baru belajar menulis gak:

1) Jalan cerita

2) Dato Putra di gambarkan sebagai islamik (tasbih) so mcm tak berapa logik cara dia handle Jasmyn - walaupun ada feeling kat minah tu

3) Jasmyn bawak masalah walaupun baru start kerja. Dato Putra ahli korporat berjaya. In realiti, mana2 ahli korporat akan menjaga imej syarikat so scene antara DP dengan Jasmyn tak real. Unless maksud TT memang nak tunjuk DP memang tak profesional (campur aduk feeling dgn kerjaya)

3) Camna si Farida tau yg Sam cari Jasmyn?

4) Scene berteraburlah. Tetiba scene dekat opis. Baca lagi eh tetiba scene Sam mengamuk. Baca lagi tetiba eh makcik salmah menangis. Hilang feel.

Ampun kalau terkasar bahasa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:42 AM | Show all posts
best...kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 11:57 AM | Show all posts
Reply 30# sang_arjuna


    tq sang arjuna..saya masih belajar..saya cuba buat yg terbaik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 11:59 AM | Show all posts
Reply 31# sarizu


    hikhik..kadang-kadang manusia tak sempurna..kdg2 kita xtau sebenarnya byk perkara yang berlaku luar jangkaan kita kan? hehehe..anyway thanks tau sebab bg komen..ni yang wat lg membara nak menyambung crita ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2012 12:04 PM | Show all posts
Reply 33# Nicki_Meow


    alamak!! Dato Harun la plak.. hahaha sori2..Dato Putra..hehehe laju sgt taip..main taip jee..ampun..   masalah jln crita agak bercelaru tu mcm mana ye momey nak terangkan. tapi cara mcm tu momey rasa bole mengubah keadaan tempat.. crita ni hanya rekaan semata-mata..   momey harap Nicki_meow dpt terus sesuaikan diri dengan membaca crita momey ni smpai abis tau.. chaiyokk pd diriku ini jgk!! ekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 12:04 PM | Show all posts
Reply 34# shahrinas


    insyaallah..momey cuba dan terus cuba.. thanks yaa mmuahh!! nah..amik munga ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 12:19 PM | Show all posts
Reply 37# momey

Buat line lah momey...

Err lagi satu. Jangan guna short form eh. Macam baca pesbuk budak2 sekolah je... hihihi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 12:20 PM | Show all posts
Reply 39# Nicki_Meow


    opss!! ok hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.054207 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list