CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haiku

TANDA PUTERA [TAYANGAN 29 OGOS 2013][TRAILER UPDATE #35]

[Copy link]
Post time 10-7-2012 08:32 PM | Show all posts
filem yg wajib di tonton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2012 01:06 AM | Show all posts
pilem yg harus di banggakan.....................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 09:44 AM | Show all posts
Soseh Soseh: Yusof menangis tonton Tanda Putera

BUAT masa ini, ramai tahu, filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba sudah ditangguhkan tayangannya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) atas alasan memberi ruang lebih lama kepada bermacam bentuk promosi.

SS tahu Finas juga ada kuasa untuk berbuat demikian kerana filem itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan sokongan Finas sendiri bersama Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC). Kosnya bukan sedikit kerana dah mencecah RM4.8 juta dan ternyata pelaburan itu sangat berbaloi kerana hasilnya filem itu gah dan hebat.
Setakat yang SS dengar, semua yang sudah tengok Tanda Putera tersentuh dengan jalan cerita mahupun barisan pelakonnya. Filem itu memaparkan suka duka kejadian benar yang pernah berlaku pada zaman kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail.

Bukan saja pihak media yang menangis malah SS dapat tahu karyawan seni seperti Datuk Yusof Haslam dan Nancie Foo pun sebak sepanjang menonton Tanda Putera, baru-baru ini.

Kata Yusof kepada rakan SS, dia sangat terharu kerana Tanda Putera sangat jujur dan memaparkan pengorbanan bekas pemimpin tertinggi negara, apatah lagi dia sendiri turut melalui zaman yang penuh getir itu.

Malah Yusof berkata, Tanda Putera jauh lebih menyentuh perasaan dan mendebarkan berbanding filem patriotik lakonannya dulu, Bukit Kepong. Bukan itu saja, sebagai pengarah, Yusof mengakui Tanda Putera selayaknya diangkat sebagai filem terbaik.

Bagi SS, itu satu pandangan yang cukup bernas, membuktikan rakan-rakan pengarah kita sendiri menyokong hasil kerja yang bermutu sesama mereka.

Bagi Nancie Foo pula, dia turut mengalirkan air mata kerana nilai persahabatan dan pengorbanan dalam Tanda Putera sangat besar.

“Filem ini memberikan pengajaran, kalau kita tersilap langkah, negara kita akan musnah. Saya sarankan semua rakyat Malaysia kena tonton filem ini. Mengenai tragedi 13 Mei dalam filem ini, saya berpendapat ia bukanlah bertujuan hendak menyalahkan orang Melayu atau Cina, sebaliknya angkara anasir jahat yang mahu melihat kita jadi kucar-kacir. Inilah yang berjaya digambarkan dengan baik oleh Shuhaimi,” kata Nancie.

Seorang lagi pengarah yang menyukai Tanda Putera adalah Dr Mahadi J Murat yang menganggap filem itu menonjolkan lakonan yang mantap dan jalan cerita yang berani.

SS tumpang gembira dengan maklum balas yang didengar itu kerana sekurang-kurangnya kita masih mampu menghasilkan filem yang berkualiti dan tidak hanya disogok dengan filem-filem ringan sepanjang tahun.

Dalam bergelak sakan dalam panggung, kita kena juga jeling filem-filem yang serius. Dengan ini, barulah perfileman kita akan lebih seimbang.

SS turut berharap Tanda Putera akan jadi filem rujukan buat mereka yang belajar dan mengajar sejarah kerana ia ada banyak fakta benar yang diboleh digali secara visual.


SS: Masih tunggu sama ada jadi atau tidak projek filem Pasir Salak yang dah lama terkandas

Source : Harian Metro (26/07/2012)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 11:14 AM | Show all posts
dari gambar2 tu nampak menarik..satu cabaran gak nak menggambarkan KL zaman 60an tu dengan kostum2 & props yg bersesuaian
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 02:10 AM | Show all posts
Satu usaha yang baik.

Aku harap selepas ditayangkan di pawagam,filem ini akan diterbitkan dalam bentuk VCD dan DVD pula.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 01:22 AM | Show all posts
seseklai tgk citer sejarah2 cam nih mmg bagus..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-8-2012 10:00 AM | Show all posts
Shuhaimi Baba Minta Pembangkang Tonton 'Tanda Putera' Sebelum Kritik

PETALING JAYA: Penerbit Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi Baba meminta pihak mengkritik filem Tanda Putera supaya berhubung terus dengan pihaknya untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Shuhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Shumi berkata, individu yang ingin memberi sebarang komen hendaklah menyaksikan keseluruhan filem berkenaan terlebih dahulu dan bukannya berpandukan kepada persepsi sendiri dan juga promo yang ditonton.

"Filem ini diterbitkan oleh syarikat saya dan Finas. Bagi pihak yang tidak senang dengan penghasilan filem ini, mereka sepatutnya memahami peraturan iaitu datang berjumpa dengan pihak Finas atau Pesona Picture untuk bertanya.

"Setahu saya, belum ada lagi individu yang memberi komen mengenai sesebuah filem menerusi promo yang ditonton," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini, Khamis.

Shuhaimi diminta mengulas komen Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menerusi mStar Online pada Selasa lalu yang meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum.

Mustafa mendakwa tema filem tersebut akan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan Shumi berkata pihaknya akan mengadakan sidang media pada 13 Ogos depan bagi menjelaskan situasi filem tersebut.

"Saya belum sempat membaca berita mengenai kenyataan pihak pembangkang tetapi saya telah dimaklumkan mengenainya.

"Apa-apa pun, saya akan mengulas lebih lanjut pada sidang media nanti," ujarnya.

Filem Tanda Putera yang dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu antara lain berkisah mengenai peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 09:58 AM | Show all posts
bila nak tayang ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 05:18 PM | Show all posts
rasanya filem ni tkkn ditayangkn langsung kot...
byk sgt issue...
nnt jd cam cite dukun tuh la.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:11 AM | Show all posts
Susah sangat FINAS nak bagi tayang.. Ia cuma filem biogafi sahaja bukan pasal politik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 09:28 PM | Show all posts
Just hope it will be in cinema soon
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 06:10 PM | Show all posts
Finas ni takut dengan siapa sebenarnya sampai tak tayang - tayang filem ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:15 PM | Show all posts
tayang aja laaa...tak ada der org nk beramuk lps tgk citer ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 11:38 PM | Show all posts
Based on statement from KP Finas yang baru, filem ini akan ditayangkan selepas PRU nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 03:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 04:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 04:25 PM | Show all posts
Lebih kurang sebulan drpd skrg filem kontroversi nie dah nak tayang. Sape yg dah tengok? Cbe bg review sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 04:39 PM | Show all posts
Fuhh,tengok trailer pn dh best..pe lg full filem..
terbaiklah Penerbit Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi Baba konsep dan idea crita ni mcm menarik..=P
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 04:42 PM | Show all posts
lgu 'tanda'yang awie nyanyi tu best irama ngan lirik dye kne dgn tajuk filem ni..   
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 12:31 AM | Show all posts
PRESS RELEASE : Respon kami kepada tuduhan ‘Tanda Putera’ sebuah filem ‘rasis'.

Baru-baru ini, ada pihak media meminta respon kami kepada tuduhan dua orang ahli politik bahawa ‘Tanda Putera’ sebuah filem ‘rasis’ sebab ditayangkan kepada peneroka FELDA sahaja. Kami menghantar kenyataan media menjawab  tuduhan ini tapi malangnya kenyataan kami telah disunting atas sebab yang hanya diketahui pihak terlibat. Di bawah adalah teks penuh kenyataan media kami.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

TANDA PUTERA - Datin Paduka Shuhaimi Baba, Penerbit & Pengarah, Pesona Pictures.


Selepas penayangan Tanda Putera kepada peneroka-peneroka FELDA baru-baru ini, kami telah menerima permintaan daripada media, terutamanya daripada media pro-pembangkang, untuk memberi komen tentang dakwaan Puan Ambiga dan Dr Kua Kia Soong bahawa filem Tanda Putera adalah ‘sebuah filem rasis kerana filem tersebut hanya ditayangkan kepada ahli-ahli FELDA’. Saya agak keberatan melayan ahli politik dan pengikut mereka yang gemar benar menyerang filem Tanda Putera sebelum menonton filem tersebut. Tapi jika benar mereka mendakwa begitu, dakwaan itu terlalu dengkel asasnya untuk dibiarkan begitu sahaja, apalagi bila dibuat oleh ahli politik yang belum menontonnya.


Selain itu beberapa soalan yang diajukan sememangnya telah dijangka dan berat sebelah manakala yang lain menyuarakan kemusykilan atau mengundang provokasi.  Ada jugakenyataan yang telah dibuat yang memerlukan jawapan. Saya sengaja menunggu sehingga berlangsungnya festival filem Malaysia tempoh hari supaya umum dapat melihat bahawa mereka yang terlibat dalam industri filem adalah dari kalangan berbilang bangsa.


1. Mengapakah Tanda Putera ditayangkan kepada peneroka-peneroka FELDA sahaja? (Justeru, ianya adalah filem rasis?)


Haruskah saya melayan ini semua kerana komen datangnya daripada ahli-ahli politik pro-pembangkang?

Adakah mereka ikhlas atau komen mereka bertujuan meracuni minda rakyat Malaysia, terutamanya pengunjung pawagam? Jika benar, ini tidak wajar dan amat mengecewakan. Mengapakah semuanya perlu di cemar atas nama politik? Ini pemimpin jenis apa? Jika mahu berjuang merebut jawatan dan kuasa di dalam negara ini pun, perlu kah dilakukan dengan menyemai kebencian?  Mereka boleh berlawan sesama mereka jika mahu dan semoga yang terbaik akan menang. Tapi jangan terlalu lekas melabelkan sesuatu atau seseorang itu rasis hanya kerana tidak mengikut rentak mereka.


Isu perkauman tidak pernah timbul dalam industri perfileman tempatan dan ia tidak akan timbul melainkan ada yang berniat jahat dan bermotifkan politik mempunyai agenda menyebar kebencian.  Tanda Putera Bukan filem rasis. Filem yang akan menggemparkan?Mungkin juga. 15 minit pertama filem tersebut memaparkan apa yang terjadi sewaktu rusuhan kaum 1969 dan peristiwa-peristiwa yang menyusul sejurus peristiwa ini.


Ya , Tanda Putera memaparkan orang Melayu membelasah orang Cina dan juga orang Cina membelasah orang Melayu,  serta juga peranan ahli-ahli Parti Komunis Malaysia yang menghasut seperti mencurahkan minyak ke dalam api. Tetapi Tanda Putera turut memaparkan bagaimana sebuah keluarga Cina melindungi rakan-rakan mereka yang berbangsa Melayu dan belia Melayu membantu rakan-rakan mereka dari golongan bukan Melayu daripada pukulan perusuh. Paling penting, ia memaparkan bagaimana rakyat Malaysia berjaya mengatasi kesan hitam 13 Mei dan mengembalikan keamanan dan kestabilan yang kita nikmati sehingga ke hari ini. Tiada siapa yang boleh menidakkan peranan dan kepimpinan Tun Razak dan Tun Dr Ismail dalam memulihkan kembali negara ini  setelah hampir terjerumus ke jurang kemusnahan, walau pun ketika itu, mereka berdua sedang bertarung dengan penyakit kritikal.


2. Siapakah orang-orang yang terlibat dalam Tanda Putera?


Mereka memberi nafas kepada penceritaan sejarah negara.

Jika Tanda Putera sebuah filem rasis, mungkinkah artis-artis bukan Melayu mahu terlibat? Jangan mempersendakan tahap kecerdikan mereka. Lihatlah kesemua nama-nama mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini.

shuhaimi, rivai, madhu,  ashmita, neil, kavita, siveena, rusdi, zizan, faezah e, linda , norman, riezman, steven,  razif, sakhee, zoey, ika,rex hee, sharon , noraini, halina, brabam, will, francisco, martyn,  kamarulnizam, andy, zyla, aida, moon, aiman, nina,usaid, nick,  lisa, azhar, azmel, alan , kin wah, douglas , chee sing, vasantha, jessie lim, muraleesvaran ,nadarajan, brian, sip nen, chelsia, nas t, hasnul, ahya, dee, Ixora , bung, IdaNed .. etc


Adakah kesemuanya berbangsa Melayu? Adakah mereka sangka artis-artis ini melibatkan diri semata-mata kerana wang? Mereka bukan sahaja berbilang kaum malah berbilang bangsa. Mereka yang tidak pernah mengambil tahu akan filem tempatan, tidak akan menyedari hakikat ini. Dan sekiranya mereka menghadiri festival filem baru-baru ini, mereka dapat melihat semangat keakraban yang wujud dalam produksi filem yang tidak mengenal kaum ini.


3.  Apa pendapat saya mengenai pandangan-pandangan yang tidak setuju dengan tayangan Tanda Putera kepada peneroka-peneroka FELDA?


Kenapa terlalu membuat penilaian dan memaksa tanggapan tentang Tanda Putera? Ia interpretasi kami tentang sejarah berdasarkan rekod-rekod rasmi, dokumen yang telah diterbitkan dan wawancara bersama mereka yang pernah bekerja rapat dengan kedua-dua tokoh pemimpin serta juga orang yang pernah mengalami peristiwa 13 Mei, yang masih hidup. Tapi ianya bukan sebuah dokumentari. Ia sebuah filem yang mengandungi elemen dramatik dengan penggunaan lesen kreatif secara berhemah dan bertanggungjawab. Agak sukar memperoleh kandungan sebegini tanpa penyelidikan rapi dan mendalam bagi memastikan ketepatannya. Kami hanya mahu rakyat Malaysia melihat betapa jauh kita telah pergi semenjak ’13 Mei’. Mereka yang tidak menerimanya hanya tidak dapat membezakan antara filem, sejarah dan politik. Tidak semestinya penceritaan berhenti di sini saja. Mereka boleh saja menulis cerita mereka dan membikin filem mereka sendiri. Yang penting, filem itu dapat mewujudkan perbincangan dan perdebatan bagi memahami apa yang telah berlaku.


Kita tidak harus malu dengan sejarah kita. Dr Kua misalnya, harus menerima filem ini dengan minda terbuka, sebagaimana buku-bukunya yang membuat  berbagai-bagai tuduhan terhadap Tun Razak telah dibenarkan edarannya secara meluas dan juga sebagaimana beliau tentu akan menerima wawancara NST bersama Goh Hock Guan, mantan ahli pengasas DAP tentang 13 Mei, dengan minda terbuka.


3. Adakah filem ini akan ditayangkan kepada umum? Adakah Pesona menentang tayangan tertutup kepada peneroka FELDA baru-baru ini? Bagaimana dengan hak anda sebagai Penerbit?


Ya, filem ini akan ditayangkan kepada umum selepas PRU13 walaupun pada mulanya kami diberikan tarikh 15 November dan menerima tarikh tersebut.

Apabila terlalu banyak lobi daripada pelbagai kumpulan, keputusan bukan lagi di tangan kami setelah tarikh tayangan umum filem ini ditunda tiga bulan dan kemudian ditunda lagi.


Tuntutan daripada mereka yang mahukan filem ini ditayangkan selepas pilihan raya perlu dipertimbangkan. Mereka ini terdiri daripada golongan yang berpendapat filem ini mampu mempengaruhi keputusan pilihan raya (!), manakala selainnya adalah penyerang tegar filem Tanda Putera.


4. Adakah anda dipaksa menerima tayangan umum filem ini selepas PRU13? Kenapa tidak berjuang untuk penonton anda?


Ianya seperti “fait accompli” dan keputusan terbuat dengan sendiri.  Dengan  slot tayangan di bawah Skim Wajib Tayang  telah pun diisi oleh filem-filem lain sehingga Mac 2013, sudah tentu kami perlu  beratur semula  mengikut giliran. Memandangkan banyak spekulasi mengatakan PRU13 akan diadakan sekitar Mac atau April, kami faham kebimbangan semua pihak dan menerima hakikat tayangan umum dijadualkan selepas PRU13. Lagipun tokoh pemimpin yang digambarkan dalam filem ini harus dihormati dan kami tidak mahu nama mereka dijadikan bahan mainan politik.


Kami juga mahu terus memandang ke hadapan kerana segala penajaan filem ini dan projek baru kami turut menjadi mangsa. Sebagai salah seorang pemegang kepentingan dalam filem ini, kami menerima penundaan tayangan dengan kos kerugian tinggi. Hanya penerbit-penerbit filem saja yang boleh memahami kerugian yang kami hadapi.


Kami harap tiada campur tangan dengan tayangan umum filem ini nanti dan penonton dapat menonton dengan tenang. Tahap kematangan sesetengah rakyat Malaysia tentang filem ini agak sukar dipercayai. Dan mereka adalah golongan yang biasanya tidak menonton filem tempatan. Ada daripada mereka yang sanggup menghantar ugutan, mengeluarkan kata-kata kesat dan juga bertindak seperti gengster untuk menakut-nakutkan kami. Semua ini menunjukkan hanya pengunjung pawagam sejati yang ada kematangan untuk memahami ini hanyalah sebuah filem. Walau bagaimanapun, kami masih mengekalkan hak kami untuk mengadakan tayangan tertutup filem ini. Maka, penayangan kepada peneroka-peneroka FELDA bukanlah suatu isu.



5. Mengapa hanya ditayangkan kepada mereka yang terpilih seperti peneroka-peneroka FELDA?


Kami tidak faham sikap ‘iri hati tak bertempat’ sesetengah orang. Mereka mencemuh filem ini tanpa menontonnya terlebih dahulu, melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas dengan mengatakan filem ini kononnya dibuat untuk PRU13, yang tidak benar sama sekali. Sekarang penayangannya digantung sehingga lepas PRU13 semata-mata untuk menjaga hati mereka, dan mereka masih tidak berpuas hati??  Apakah tayangan tertutup pun membuatkan mereka melatah!?  Mujurlah penonton-penonton muda yang telah menonton filem ini mengatakan mereka tidak ada sebarang masalah dengan filem ini.


Tanda Putera memaparkan semangat peneroka-peneroka FELDA terdahulu dan kemiskinan Melayu, dan sebagai pembuat filem saya ingin berkongsi filem ini bersama penonton, lebih-lebih lagi peneroka-peneroka FELDA yang banyak membantu kami sewaktu penggambaran filem ini. Memang benar, peneroka-peneroka pelopor FELDA amatlah daif sekali ketika itu tetapi mereka mempunyai semangat waja dan berani.  Kami juga telah cuba mengambil inisiatif sendiri untuk menayangkan filem ini kepada peneroka-peneroka FELDA. Lalu kami mengambil peluang di perhimpunan FELDA di PWTC tempoh hari untuk menayangkan filem ini dan kami berbesar hati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi kebenaran walau pun di saat akhir.


6. Adakah anda terjejas apabila filem anda dituduh sebagai rasis oleh mereka yang belum pernah menontonnya?


Agak lucu bila mendengar tohmahan filem ini filem rasis, terutamanya oleh mereka yang belum pernah menontonnya. Kami juga terkejut bila ada ahli politik menuntut supaya filem ini ditayangkan kepada mereka untuk ‘penilaian’ mereka. Saya rasa seolah-olah berada di Siberia tapi Siberia sudah lama maju ke hadapan. Secara jujur, adakah ahli-ahli politik ini sedar imej yang telah mereka kemukakan kepada umum? Suatu pengajaran bagi kami –Orang yang terlalu pantas melabel orang lain sebagai rasis adalah rasis sebenar.  Dan kepantasan mereka menggelar orang lain sebagai ‘rasis’ amat menakjubkan.


Saya agak terkejut apabila seorang penonton filem ini bertanyakan sama ada saya sengaja mengadakan watak Ah Moi sebagai pembantu rumah Tun Dr Ismail atas sebab-sebab tertentu. Tun Ismail memang ada seorang pembantu rumah bernama Ah Moi.  Dia dan suaminya tinggal bersama-sama dan dianggap sebahagian daripada keluarga mereka. Menurut Ah Moi yang sempat kami temu bual, Tun Dr Ismail memberinya pinjaman peribadi untuk membeli sebuah rumah yang masih dimilikinya hingga ke hari ini. Dia berada di sisi Tun Dr Ismail apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia. Ketika itu, Toh Puan Norashikin dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan ditemani 2 orang anak perempuan mereka.  Kronologinya  telah ubahsuaikan untuk perjalanan filem. Tiada niat jahat di sebalik babak tersebut, hanya satu usaha untuk berpegang,  kepada kisah sebenar.


Sekiranya Tanda Putera ditayangkan sekarang, masanya amat bertepatan kerana ia memaparkan betapa pentingnya kesetianegaraan, keberanian dan kehormatan, dan juga rakyat Malaysia bersatu padu demi negara. Hari ini anggota Polis dan Tentera kita sekali lagi ke barisan hadapan di Lahad Datu. Semua rakyat Malaysia harus mengetepikan segala perbezaan pendapat atau fahaman  pada waktu yang genting ini dan sama-sama berdiri teguh dengan anggota Polis dan Tentera kita  yang  bergadai nyawa untuk melindungi negara.


5 March 2013.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.110876 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list