|
Kekafiran Majoriti Para Sahabat Nabi menurut kitab-kitab Ahlus Sunnah
[Copy link]
|
breezecolor This user has been deleted
|
salamz
Assalamualaikum WTH
ALhamdulillah semakin hari semakin ramai diantara kita yg tampil memberi penjelasan yang baik dan tidak kurang juga mereka2 yang masih tidak berpuas hati bertanya soalan yang sepatutnya mereka sendiri sudah jelas dari dulu akan kebenarannya lalu bertanya lagi seolah2 utk mencari sejauh mana kelemahan dan kebolehan individu tersebut. Sedangkan kalau kita lihat persoalan yang ditanya sudah jelas akan jawapannya pada threads2 sebelum ini. Seakan2 sengaja utk mencari satu(1) jalan yang lain dimana dapat membuktikan kelemahan 1st netter. Kepada Udino dan sahabat2 yang lain terus kita perjuangkan kebenaran Ahlul Bayt Rasul saaw. Mmg benar Ahlul Sunnah seakan2 mengkafirkan golongan Syiah. Tidak perlu utk saya perjelaskan artikel mana yang saya baca tetapi perkara tersebut berlaku sekeliling saya.
How r u LAx Bill and other? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum breeze :bg:
Apa khabar? Lama tak nampak?
Anda menulis: Mmg benar Ahlul Sunnah seakan2 mengkafirkan golongan Syiah.
Nak minta satu boleh tak? Itupun kalau sudi. Boleh tak tolong tunjukkan kepada saya fatwa ulama' Syiah terhadap orang ASWJ macam kami ni? Fatwa Syeikh Syaltut kita semua dah baca. Sekarang tunjukkanlah pula fatwa ulama' Syiah pula.
Terima kasih. :bg: |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by nahzaluz at 2003-9-15 01:03:
Assalamualaikum :bg:
Udino,
Hujjah-hujjah anda alhamdulillah saya sudah baca, dan di sana terlalu banyak point yang boleh kita bincang. Saya mulanya agak pelik juga sebab sepengetahuan saya, ...
Wahai Udino,
Jawablah satu persatu... tak payah melalut.. saya ulangi, nahzaluz hanya bertanya;
1 - Boleh tak tolong sebutkan rujukannya dari kitab Ahlussunnah?
2 - Juga tolong sebutkan rujukannya dari kitab Syiah?
3 - Apakah Abu Bakar, Umar Dan Utsman Tergolong Dalam Golongan Mereka yang Menentang Hukum Allah Dan Rasul-Nya?
jawab... jangan tak jawab!!! |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Soalannya
[fly]Who is the Grand Mother of Imam Jafar Sadiq?[/fly]
Jawapannya
She is the Grand Daughter of Hazrat Abu Bakar Siddique. Her name is Asma and name of her daughter is Umme Farwah.
Soalannya
[fly]Who is the Grand Father of Imam Jafar Sadiq?[/fly]
Jawapannya
He is the Grand son of Hazrat Ali and his name is Imam Zainul Abedeen
Apa dah jadi ni???:stp::stp: |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
An Exposition of the Fallacy of Shi'ite Beliefs from Their Own Sources..
Bill, Lax, UdiNo, irfarni atau breezecolor.... Sila beri tahu samada ini fitnah atau benar..
Mullah Baqir Majilisi comments about Ayesha (R.A.) and Hafsa (R.A.) that:
"They were both hypocrites" (Hayatul Quloob - 2:745)
Imam Khomeini writes about the prestige and worth of the oft-quoted Mullah Baqir Majilisi:
"Keep on reading the Persian books written by Majlisi so that you do not fall into any other such stupidity" (Kashful Asrar: 121)
Maqbool Dehlavi, a Shi'ite translator of the Quran, quotes Imam Baqir as saying:
"Two women poisoned the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) before his death. These are the same two women (Ayesha and Hafsa). May Allah curse them and their fathers (Abu Bakar and Omar respectively)" - Inilah dia punya tafsiran mengenai Surah Aali Imraan: 134
[fly]Awas!!! berhati-hati dengan tafsiran mereka mengenai ayat suci al-Quran[/fly]
[ Last edited by Terong Pipit on 16-9-2003 at 03:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by breezecolor at 2003-9-15 09:44 AM:
Assalamualaikum WTH
ALhamdulillah semakin hari semakin ramai diantara kita yg tampil memberi penjelasan yang baik dan tidak kurang juga mereka2 yang masih tidak berpuas hati bertanya soalan yan ...
Wa'alaikumussalam WTH
Saya khabar baik, alhamdulillah. Memang benar... di Malaysia ramai yang sedar akan kebenaran hujah sebagaimana yang kita telah kemukakan... bukan persoalan Sunnah ke atau sebalik nya... ianya persoalan yang benar diikuti dan yang salah ditinggalkan... tidak ada unsur paksaan dan nobody is making any campaign.... apa yang kita tulis dan kawan baru kita uDINO tulis adalah untuk share info... semoga bermanfaat... tak payah lah emosi tak tentu pasal TPipit... Nahzaluz teruskan usaha mencari kebenaran... jangan tutup minda dan merasakan perlu defend pendirian yang terbukti salah... mana yang baik terima... wassalam. |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Jawapan Buat Nahzaluz
Page: 1
Assalamu`alaikum….Nahzaluz…
Terima kasih sebab timbulkan beberapa persoalan. Insya Allah akan saya jawab dengan jujur dan ikhlas.
Pertama: mengenai kata-kata anda “Saya mulanya agak pelik juga sebab sepengetahuan saya, kebanyakan hujah yang anda sebut itu telah dijawab oleh ulama' Ahlussunnah”
Jawapan saya: Ya dengan amanah saya katakan segala hujjah saya memang benar segalanya sudah dijawap dan disanggah oleh para ulama Ahlus Sunnah dari dulu hingga kini. Tetapi setelah saya membaca setiap hujjah dari kedua belah pihak tanpa mengenepikan sebarang hujjah dari keduanya, saya membuat perbandingan hujjah dan dalil yang mereka gunakan. Meskipun begitu sekiranya Syiah Imamiyah menggunakan hujjah dari kitab mereka sendiri saya akan mengenepikannya buat sementara hinggalah saya membuat bandingan dari kitab-kitab Sunni kerana saya sudah tetapkan manhaj saya dalam membuat perbandingan iaitu berpegang kepada manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Disamping itu juga, saya leraikan soal sentimen mazhab dan hanya tertumpu kepada soal kebenaran. Setelah beberapa lama meneliti dan menapis serta meminta penjelasan menerusi dialog saya bersama orang-orang Syiah Imamiyah yang ada disekitar Johor, Kuala Lumpur, Singapura dan Indonesia yang saya berkesempatan untuk berjumpa dengan mereka, maka saya mendapat sebuah kesimpulan iaitu hujjah adalah segala-galanya bahkan hujjah Syiah Imamiyah lebih kukuh dan mantap.
“Saya mahu pegangan saya bagaikan akarnya tertanam dipelusuk bumi dan pucuknya diatas langit 7 agar tidak bergoncang meskipun ribut taufan melanda”
Saya akui secara terbuka bahawa saya dahulunya seorang yang bermazhab Syafie dan di Mesir dahulu saya sering mengikuti kelas-kelas feqh dan aqidah dikawasan Husein yang diajarkan oleh para Habaib dari Yaman Hadhramaut. Guru saya di antaranya Habib Ali al-Jufri, Habib Umar, Habib Abdullah dan Habin Zain. Guru saya dari Indonesia pula ialah Dr. Ahmad al-Kaf. Banyak ijazah ilmu dan kitab saya telah terima. Saya sangat berpegang teguh dengan mereka. Dalam masa yang sama juga saya minat kepada soal perbandingan mazhab. Terlalu banyak kitab-kitab yang saya miliki berkisarkan persoalan ini bahkan ketika pameran kitab antarabangsa di Mesir diadakan saya hanya mencari kitab-kitab yang banyak memecahkan persoalan mazhab. Disitulah kekuatan saya untuk mencari mana satukah yang benar? Saya cuba mencari hujjah ulama-ulama Sunni dalam menjawab tuduhan Syiah dan saya kutip dan kumpulkan untuk disatukan menentang fahaman Syiah Imamiyah tetapi….
Banyak kitab-kitab Sunni yang menghentam Syiah dengan kata-kata kesat khususnya seperti kitab tulisan Ibnu Taimiyyah, Ehsan Ilahi Zahir. Khalid al-Asqallani dan banyak lagi. Mereka melayan Syiah bagaikan sudah terkeluar dari Islam. Jika dikaji suasana kehidupan seperti Ehsan Ilahi Zahir, beliau adalah orang Pakistan dan kebanyakan Syiah disana adalah Ismailiyah dan memangpun telah kafir secara ijmak. (sila rujuk Al-Farqu Bainal Firaq dan Maqalat Islamiyyin). Mereka juga tidak pernah mengakui sebagai Syiah tetapi Ismailiyah. Dan yang menggunakan nama Syiah hanyalah Imamiyah atau Ja`fariyah atau Itsna Asyriah atau Rafidhah sahaja. Ehsan Ilahi Zahir menghentam secara total tanpa terkecuali hingga sanggup mengatakan bahawa Syiah adalah satu propaganda Yahudi untuk menghancurkan Islam. Astagfirullah…
Memandangkan itulah hujjahnya maka saya ingin mengulas bahawa siapakah mereka yang membentuk Hizbullah di Lubnan yang keras mempertahankan umat Islam disana dari serangan Yahudi? Bukankan mereka Syiah Imamiyah yang dipimpin oleh seorang Ayatullah? Walaupun begitu, saya bersangka baik dengan mereka kerana mereka ada hak bercakap, menulis dan berpendapat. Mereka juga mungkin merasa tercabar kerana aqidah mereka dicabar. Maka secara langsung atau tidak kesan amarah mungkin terselit didalam penulisan mereka.
Dan bila saya membaca kitab-kitab Syiah Imamiyah saya dapati tiada kata-kata berat yang cuba dilemparkan ke atas Ahlus Sunnah kerana tujuan dan niat mereka adalah untuk menerang, mempertahankan dan berjuang kerana Allah. Itulah titik perbezaan yang saya dapati pada awalnya. Meskipun begitu, saya tidak mahu mencampurkan soal perasaan dengan aqidah dan hujjah. Hujjah adalah hujjah, sementara perasaan diketepikan dahulu. Saya cuba berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat dengan check semula setiap baris hujjah samada hadits ataupun kata-kata ulama.
Secara ikhlas saya katakan bahawa sanggahan ulama Ahlus Sunnah agak longgar dan lebih banyak terikat kepada “Sentimen Mazhab” dan “Demi Sahabat Nabi” juga “Ketaksuban” dan “Taqlid” maka ulasan dan jawapan yang diberikan nampak seakan-akan mereka takut untuk memisahkan diri mereka dari ikatan Ahlus Sunnah. Usaha untuk mencari jawapan nampak terkesan pada setiap baris jawapan mereka.
Inilah juga sikap saya dahulu yang merasa takut untuk memisahkan diri aqidah Ahlus Sunnah tetapi Al-Haqqu Min Rabbik….dan….Waja`al Haqqu Wazahaqal Bathilu, Inna Bathila Kana Zahuqa….
Point Saya:
1- Mencari Kebenaran iaitu AL-HAQQUL ISLAM kerana aqidah Ahlus Sunnah yang saya pegang dulu agak bergoncang dan tercabar kebenarannya. (Khususnya soal pegangan al-Quran dan Sunnah atau al-Quran dan Itrah Ahlul Bait)
2- Tetapkan manhaj dalam membuat perbandingan iaitu berpegang kepada Manhaj Ahlus Sunnah. Amanah, jujur dan penting sekali azam saya untuk dapat satu jawapan.
3- Membuat perbandingan antara keduanya dengan meneliti setiap dalil dan hujjah tanpa sebarang kompromi.
4- Berpegang kepada firman Allah: “Kebenaran itu adalah dari Tuhan-mu, maka janganlah sekali-kali kamu termasuk dalam golongan yang ragu-ragu”(al-Baqarah: 147)
Kedua: Kata anda lagi: “Saya tertanya-tanya, setakat manakah kajian anda? dgn siapakah anda berhujah? rujukan manakah yang anda baca?”
Jawapan saya: Pada awalnya saya tidak langsung berniat mahu mengkaji tetapi hanya sekadar mahu mencari hujjah-hujjah dari kitab Sunnah untuk melawan hujjah-hujjah Syiah. Tetapi kuasa Allah itu lebih besar yang mana setiap baris hujjah-hujjah Syiah yang saya baca tidak sedikitpun dikurang atau ditambah oleh mereka, dari situlah terdetik hati saya mengatakan: Tak mungkin mereka mahu sesat dan akhirnya masuk ke neraka jahannam!. Maka bermulalah satu pencarian baru dan niat dan azam yang baru iaitu mencari Al-Haq.
Disamping itu juga, kajian saya sampai keperingkat “Hujjah Muqni`ah” dan “Hujjatun Balighah” hingga tak boleh digegarkan lagi. Saya tidak mengambil berat dahulu soal furu`iyyah atau feqhiyyah kerana ia masalah kecil dan terlalu banyak perselisihan didalamnya. Jadi saya ambil yang Terpenting dari yang penting iaitu soal Aqidah (Usul) pokok ajaran Islam.
Kajian pertama saya mengenai wasiat Nabi s.a.a.w iaitu sesuatu yang menjadi pegangan umat Islam agar tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu “Al-Quran dan Sunnah” atau “Al-Quran dan Itrah Ahlul Bait”
Saya mengkaji tentang gandingan al-Quran dan As-Sunnah tetapi ternyata ianya lemah sebagai gandingan bersama dan sekaligus untuk dijadikan rujukan dan sandaran kerana banyak faktor dan sebab yang memang benar-benar sebuah realiti. Harap anda rujuk sebahagian sebab yang saya huraikan dalam artikel saya yang lepas dibawah tajuk “Perbandingan 2 hadits: Al-Quran dan Sunnah atau Al-Quran dan Itrah Ahlul Bait”
Setelah itu kajian mengenai siapakah Ahlul Bait yang dimaksudkan dalam ayat ath-Thathhir. Kajian ini agak mengambil masa yang panjang kerana terlalu banyak qaul ulama mengenainya. Dan akhirnya saya satukan dalam tajuk “Siapakah sebenarnya Ahlul Bait” (Sila rujuk juga dalam artikel saya. Terima kasih)
Kemudian persoalan tentang para sahabat Nabi yang menjadi tunggak pegangan ke-3 selepas al-Quran dan as-Sunnah maka terbukti bukan semua |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Page: 2
sahabat itu adil dan boleh diterima pakai. Sila rujuk artikel dibawah tajuk “Persoalan Para sahabat”…dan seterusnya.
Manakala rujukan saya pula tidak terbatas dan secara keseluruhan kitab-kitab rujukan saya adalah kitab-kitab Ahlus Sunnah sendiri. Kitab hadits pula saya lebih mendahulukan Kutubus Sittah dan seterusnya kitab-kitab musnad dan sunan yang lain. Begitu juga kitab-kitab yang menentang ajaran Syiah seperti kitab Syeikh Ibnu Taimiyyah: Minhajus Sunnah”, “As-Sarim al-Maslul dan banyak lagi., Ibnu Hajar al-Haitsami: Sawa`iqul Muhriqah, Kitab-kitab tarikh dan lainnya. Kumpulan Hujjah imam Alusi yang dikumpulkan oleh Dr. Abdullah al-Bukhari dan sebagainya.
Sementara kitab-kitab Syiah terlalu sedikit dan rujukan mereka yang saya gunakan kebanyakan tulisan Ja`afar Subahni (Ma`a Syiah Imamiyah Fi Aqaidihim), Murthada al-`Askari (Ma`alim al-Madarasatain), Dr. Tijani as-Samawi dan lain lagi.
Tambahan disini. Kitab Dr. Tijani As-samawi (Syiie) yang bertajuk “Tsummah Tadaitu” telahpun dijawab oleh Khalid al-Asqallani (Sunni) yang diberi tajuk “Bal Dhalalta” sudahpun saya baca sanggahannya. Kemudian saya buat perbandingan dan cari satu point hujjah yang kukuh dan akhirnya saya dapati hujjah Khalid agak longgar kerana point yang cuba disampaikan oleh Tijani, dia tidak dapat menangkapnya.
Harap anda rujuk segalanya. Terima Kasih.
Ketiga: Mengenai pendapat ulama Ahlus Sunnah tentang keadilan majoriti para sahabat disisi mereka telah pun jelas dipampangkan didalam kitab-kitab muktabar sebagai contoh seperti: Al-Isabah karya Ibnu Hajar al-Asqallani: Jil 1 Hal 10 cetakan Darul Jil. Beirut. Teksnya berbunyi begini: “Telah bersepakat (Ittafaqa) Ahlus Sunnah bahawa seluruh sahabat (Al-Jami`) adalah adil (`Udul). Tiada yang berselisihan mengenainya melainkan yang menyendiri (Syuzuz) dari golongan bid`ah (Mubtadi`ah). Harap anda rujuk semula. Dan kalau boleh anda habiskan membaca hujjah-hujjah Ibnu Hajar dan huraiannya dalam bab keadilan para sahabat tersebut. Terima Kasih.
Jadi setelah itu saya simpulkan dari mafhumnya dan menjadikannya satu ayat yang mudah difahami oleh pembaca. Kesimpulannya jika para sahabat seluruhnya adil kerana Allah-lah yang menta`dilkan mereka maka tidak dinafikan lagi bahawa mereka menjadi sumber rujukan umat sesudah itu khususnya Ahlus Sunnah wal Jamaah. Buktinya imam Ibnu Hajar berkata: …(Ahlus Sunnah) beriktiqad ke atas kesucian mereka (Al-I`tiqad Li Nazahatihim) dan mereka adalah sebaik-baik (golongan) dari seluruh manusia yang datang kemudian setelah mereka…” (rujukan seperti diatas Al-Isabah) maka jelaslah para sahabat disisi Ahlus Sunnah adalah suci dan golongan yang terbaik maka golongan terbaik sudah tentu menjadi contoh buat umat yang terkemudian.
Syeikh Ahmad Al-Hukmi menerusi kitabnya “Ma`rijul Qabul” Jil 2 Hal 485. Cetakan Darul Hadits. Qaherah. Berkata: “ Ahlus Sunnah telah beriktikad bahawa seluruh sahabat adalah mujtahid, sekiranya benar maka baginya 2 pahala iaitu 1 pahala bagi ijtihadnya dan 1 lagi pahala bagi kebenarannya. Tetapi sekiranya salah maka baginya 1 pahala sahaja iaitu pahala ijtihadnya. Kami (Ahlus Sunnah) tidak mengatakan mereka itu maksum tetapi mereka adalah mujtahid samada benar atau salah..”
Jelaslah bahawa para sahabat itu tempat rujukan kerana mereka adalah mujtahid yang ditabalkan oleh Ahlus Sunnah. Mereka yang terawal dan terpenting dalam rujukan Islam tidak lain adalah seperti Umar, Ibnu Mas`ud, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Zaid bin Tsabit, Aisyah dan Ali a.s. Mereka ini dikategorikan mujtahid mutlaq oleh Ahlus Sunnah (Sila rujuk al-Isabah rujukan seperti di atas).
Tetapi jika dikaji pada setiap peribadi secara khusus maka secara langsung hujjah tersebut dapat dibatalkan kerana sebagai contoh Umar yang banyak melanggar dan mengubah hukum Tuhan maka bagaimana ia boleh menjadi mujtahid Mutlaq…sebagai rujukan Umat?. Dia diangkat-angkat oleh Ahlus Sunnah begitu juga Aisyah dan sahabat yang lain hingga sunnah mereka bagaikan satu syariat. Sementara Ali a.s dimasukkan di antara mujtahid oleh Sunni tetapi saya yakin ini adalah salah satu cara mereka mahu mengambil hati orang-orang Syiah agar mereka tiada hujjah untuk menolak para sahabat lain kerana Ali diiktiraf juga oleh mereka sebagai mujtahid mutlaq. Dari itu, saya minta anda Nahzaluz kumpulkan berapa banyak hadits yang disandarkan kepada imam Ali di dalam kitab-kitab hadits Sittah. Saya pasti anda akan mendapatinya terlalu sedikit dibandingkan dengan para sahabat yang lain. Inilah juga salah satu psikologi Ahlus Sunnah untuk menghalang Syiah mempertikaikan kemampuan para sahabat yang lain sebagai Mujtahid. Apakan lagi sebagai mujtahid mutlaq.
Insya Allah..sikit hari lagi saya akan ‘posting’kan artikel tentang Aisyah dan beberapa orang sahabat-sahabat besar yang lain yang berani menentang hukum Tuhan dan mengenepikan hukum Rasulullah s.a.a.w.
Sila anda rujuk segalanya dengan tenang dan BERNIAT MENCARI AL-HAQ
Keempat: Mengenai pembahagian kategori para sahabat disisi Syiah pula adalah berdasarkan kesimpulan yang saya baca dari hujjah-hujjah menerusi kitab Dr. Tijani iaitu “Tsummah Tadaitu”. Pada awalnya saya memerhatikan pembahagian yang beliau simpulkan dari pengkajiannya kemudian saya bandingkan hujjah-hujjahnya maka saya dapat satu keyakinan bahawa inilah pembahagian sahabat yang sebenar. Meskipun begitu, saya membaca dalam kitab “Bal Dhalalta” yang menyanggah hujjah pembahagian 4 kategori tersebut yang mana penulisnya Khalid Asqallani mengatakan bahawa sebenarnya disisi Syiah ada tiga sahaja kategori iaitu 1- Yang benar-benar beriman, 2- Memeluk Islam kerana takut atau kerana kepentingan. 3- Munafik. Khalid memasukkan kategori 3 dan 4 disisi Syiah menjadi satu iaitu munafik yang terang seperti Abdullah bin Ubay bin Salul dan golongahnnya.
Saya Jawab: Bukan begitu. Syiah membuat pecahan dari golongan yang munafik yang jelas dengan yang tak jelas. Munafik yang jelas adalah seperti Abdullah dan kelompoknya, Mereka ini dikenali oleh para sahabat tetapi tiada alasan yang kukuh untuk menentang mereka bahkan Nabi pernah meriwayatkan bersabda ketika sahabat mahu membunuh Abdullah bin Ubay bin Salul: Aku tidak mahu nanti ada yang mengatakan Muhammad membunuh sahabatnya. (saya yakin anda pernah bertemu hadits ini. Sila rujuk) Manakala munafik yang tidak berapa kenal dan nampak adalah golongan yang ke 4 dan mereka itulah para sahabat yang menentang hukum Tuhan dan Nabi-Nya setelah kewafatan Rasululllah s.a.a.w.
Inilah pembahagian Syiah Imamiyah terhadap para sahabat.
Kelima: Menerusi soalan anda: “Boleh tak anda menyatakan dalam ayat yang jelas dan terang. Adakah mereka bertiga itu kafir atau tidak? supaya jelas kepada saya bahawa kalaulah mereka kafir, maknanya Rasulullah s.a.w sekarang dikuburkan bersama orang kafir.”
Jawapan saya: Saya katakan lagi bak kata pujangga arab:
“Lisanul Hal Afsah Min Lisanil Maqal”
Saya sendiri belum menghukum mereka itu kafir atau tidak. Tetapi saya hanya menimbulkan persoalan dan sekaligus mempertikaikan kredibiliti mereka kerana disisi Sunni para sahabat adalah adil khususnya mereka bertiga. Sementara bagi Syiah Imamiyah mereka adalah manusia biasa yang boleh dipertikaikan baik dan buruknya. Kiranya baik dijadikan teladan tetapi bukan sebaliknya.
Menerusi artikel saya yang lepas, saya telah pun menghuraikan tindakan Abu Bakar, Umar, Utsman dan para sahabat yang lain tentang penentangan mereka terhadap hukum Tuhan dan Rasul-Nya. Jadi saya minta sekali lagi anda baca sampai habis artikel saya, cuba fahami dan rujuk nota kakinya kemudian huraikan balik persoalan. Terima kasih
Sebagai tamabahan penting: Mereka kafir atau tidak bukan point-nya kerana ayat Allah menjelaskan orang-orang yang tidak menjalankan hukum Allah akan menjadi salah satu di antara tiga kategori: 1- Zalim. 2- Fasiq 3- kafir. Ayat-ayat tersebut sangat banyak di antaranya:
“Orang mukmin dan mukminah tidak sepatutnya apabila sesuatu perkara itu diputuskan oleh Allah dan Rasul-Nya (lalu mereka mahu) menentukan pilihan mereka sendiri. Barangsiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, nyatalah mereka itu sangat sesat” (al-Ahzab: 36) |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Page: 3
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (al-Maidah: 45)
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq” (al-Maidah: 47)
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir” (al-Maidah: 44)
Kiranya mereka berniat “Aba Wastakbara” maka jelaslah mereka itu kafir, tetapi kiranya tidak mereka itu dikira zalim dan kiranya seorang yang zalim sudah tentu fasiq. Apatah lagi jika mereka ada pilihan sendiri setelah Allah dan Rasul-Nya sudah membuat pilihan maka mereka itu sudah sesat..sesat yang nyata.
Tambahan pula Allah s.w.t pernah berjanji bahawa orang-orang yang zalim tidak layak memegang tampok pemerintahan. Firman-Nya:
”Dan ketika Nabi Ibrahim diuji dengan beberapa kalimat, maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantikmu sebagai imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dan berkata: Jadikanlah juga dari keturunanku (pimpinan dan ikutan). Allah berfirman: (Permohonanmu diterima tetapi) janji-Ku ini tidak akan mengenai orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 124)
Juga anda rujuk qaul ulama yang menyusun syarat bagi kelayakan mereka untuk menjadi pemimpin Islam. Orang zalim tertolak.
Mengenai penguburan Rasulullah s.a.a.w dengan Abu Bakar dan Umar pula itu adalah masalah keputusan dari pemerintahan dan pengaruh yang kuat ketika itu. Tiada satupun riwayat dari Nabi yang memberi perintah menanam mayat Abu Bakar dan Umar bersamanya tetapi yang mahu menanamkan Abu Bakar bersama Nabi adalah Umar. Manakala Umar pula mahu ditanamkan bersama Nabi atas kehendak Aisyah kerana jasa Umar yang banyak terhadapnya ketika hayatnya dulu. Sementara Utsman pula? Dimana? Kenapa pula tak tanam dengan Rasulullah? Tak muat?
Jadi cuba cari sebab-sebabnya. Terima Kasih.
Keenam: Mengenai keredhaan Abu Bakar terhadap apa yang dilakukan oleh Umar dan pengikutnya ke atas Ali dan Fatimah a.s adalah kerana ketiadaan tindakan susulan darinya untuk menghalang perbuatan tersebut. Bukankah ketika itu dia seorang khalifah bahkan berkuasa memberi sebarang perintah agar membiarkan sahaja mereka atau cari jalan penyelesaian yang baik dengan berbincang dan tanyakan sebab-musabab penentangan mereka untuk berbai`at. Tetapi sayangnya paksa dahulu baru berbincang. Bagaimana ini?
Manakala rujukan peristiwa tersebut sudahpun saya nyatakan diakhir artikel saya yang lepas. Secara total saya kutip dari Al-Imamah was Siyasah karya Ibnu Qutaibah. Cetakan Maktabah Taufiqiyah, Mesir., Tarikh Ya`qubi karya Ahmad al-Ya`qubi al-Baghdadi. Cetakan Darul Kutub Ilmiyah Beirut. Al-Kamil Fit Tarikh karya Ibnul Atsir. Cetakan Darul Kutub Ilmiyah, Tarikh Thabari karya Ibnu Jarir ath-Thabari Cetakan Darul Fikr, Al-Bidayah Wan Nihayah. Karya Imam Ibnu Katsir. Cetakan Darul Fikir dan beberapa buah kitab tarikh yangt lain serta diselangi dengan bandingan hadits-hadits yang berkenaan dengannya. silalah….rujuk. Terima Kasih.
Ulasan saya. Umat akhir zaman kini adalah umat yang lebih beruntung kerana dapat meneropong dari jarak dekat dan jauh tentang peribadi dan hal-hal yang berlaku pada zaman hidup Rasulullah s.a.a.w hinggalah ke zaman para sahabat dan seterusnya. Umat kini hanya perlu menekan satu butang dah dapat jutaan hadits (komputer-lah) tekan butang kedua dapat buku sejarah dan sebagainya. Disamping buku-buku yang berlambak-lambak dipasaran yang siap dikumpulkan dan sedia untuk dimiliki. Jadi umat kini lebih cerdik dalam membuat ukuran dan perbandingan mana satu yang benar dan yang mana salah. Dari itu pergunakanlah kelebihan dan kemudahan yang telah diberi.
Nahzaluz, maafkan saya kiranya saya katakan bahawa anda seperti belum membaca habis artikel saya. Kiranya artikel saya itu tidak berapa jelas maka ampunkan saya mungkin itu kelemahan saya dalam penerangan. Jadi saya syorkan anda carilah kitab-kitab yang anda yakin dan percaya untuk kaji semula secara tersendiri.
Yang penting niat anda betul dan tepat ke sasaran dan janganlah ada sebab lain. Meskipun begitu saya amat-amat berterima kasih kerana anda sudi mengajukan persoalan yang timbul dari keraguan anda atau…entahlah. …
“Saya tetap akan menjawab apa sahaja persoalan yang timbul dengan izin Tuhan”
Semoga bertemu lagi. Salam…… |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Respon buat Breezacolor
Salam…breezecolor. Pelik juga nama tu ye….hehe…
Terima kasih sebab bagi sokongan. Alhamdulillah syukur kepada Allah.
Breeze, maafkan saya kerana saya ingin menegur dari kata-kata anda: “Mmg benar Ahlul Sunnah seakan2 mengkafirkan golongan Syiah”
Saya Kata: Demi Allah, saya yakin bukan ini niat mereka. Sebenarnya jika dikaji dengan teliti semua orang ada kebebasan untuk bercakap dan berpendapat. Mungkin mereka banyak persoalan yang masih kabur dan tak terang dan minta diterangkan. Tetapi yang pasti mereka masih tidak nampak apa yang cuba Syiah Imamiyah terangkan dan pegang. Mungkin itulah kelemahan kita. Ye tak. …
Perbaiki kelemahan kita dan tanamkanlah niat yang bersih demi sebuah kebenaran. Jika mereka tetap tidak mahu menerimanya, maka apa yang mampu dikata hanyalah…”APAKAN DAYA….” Hanya yang penting niat mereka itu bersih dan murni iaitu mencari al-Haq. Jika tidak…..apakan daya….…
Saya mohon maaf kiranya terkasar bahasa. Menegur kerana Allah bukan kerana Nama.
Wassalam… |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Pertanyaan untuk TP
Salam...TP
Kata anda: "Wahai Udino,
Jawablah satu persatu... tak payah melalut.. saya ulangi, nahzaluz hanya bertanya;
1 - Boleh tak tolong sebutkan rujukannya dari kitab Ahlussunnah?
2 - Juga tolong sebutkan rujukannya dari kitab Syiah?
3 - Apakah Abu Bakar, Umar Dan Utsman Tergolong Dalam Golongan Mereka yang Menentang Hukum Allah Dan Rasul-Nya?
jawab... jangan tak jawab!!!"
Saya tanya: Bila pulak saya melalut? saya baru saje nak jawab soalan Nahzaluz hari ni 16-9-2003 petang selasa. Maafkan saya jika terkasar bahasa. |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Respon Ke-2 Untuk TP
Salam...TP
Bagus soalan anda. Anda tanyakan tentang nama cucu cicit dan yang berkaitan dengannya. Itu persoalan ranting. Ada jawapannya.. Insya Allah akan saya huraikan tentang sebab-musababnya.
Cuma apa yang saya nak cakap ialah dulu banyak orang-orang Sunni kata orang-orang Syiah suka selewengkan persoalan. Tak habis jawab satu pindah persoalan lain. Tapi bila saya lihat persoalan anda, saya terkejut kerana sikap itu ada pada anda. Bukankah kita sekarang ni sedang berbahas tentang para sahabat. Saya minta anda jawap dan ulas serta hancurkan hujjah saya dulu. Kemudian kita pusing ke arah persoalan lain. Insya Allah akan saya cuba jawab dengan tenang dan amanah setiap apa sahaja persoalan yang timbul.
Kita selesaikan persoalan pokok dahulu, kemudian kita cerita bab furu`.
Terima Kasih...Salam
[ Last edited by UdiNo on 16-9-2003 at 07:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by UdiNo at 2003-9-16 10:55:
Salam...TP
Kata anda: "Wahai Udino,
Jawablah satu persatu... tak payah melalut.. saya ulangi, nahzaluz hanya bertanya;
1 - Boleh tak tolong sebutkan rujukannya dari kitab Ahlussunn ...
Wahai Udino,
Buat apa TP nak bagi rujukkan sebab TP tak pernah kata ASWJ mengatakan para sahabat Nabi saw telah menjadi kafir TETAPI anda yang sebaliknya.. jadi
Mana ada kitab2 ASWJ mengatakan para sahabat Nabi saw menjadi kafir?
Apa yang anda postkan adalah pandangan persendirian anda bukan pandangan ASWJ ....tetapi dalil yang TP postkan ini adalah bukti yang menyatakan bahawa Syiah memang MENYATAKAN dan membenarkan bahawa para sahabat Nabi saw telah menjadi kafir... inilah dalilnya;
Mullah Baqir Majilisi comments about Ayesha (R.A.) and Hafsa (R.A.) that:
"They were both hypocrites" (Hayatul Quloob - 2:745)
Imam Khomeini writes about the prestige and worth of the oft-quoted Mullah Baqir Majilisi:
"Keep on reading the Persian books written by Majlisi so that you do not fall into any other such stupidity" (Kashful Asrar: 121)
Maqbool Dehlavi, a Shi'ite translator of the Quran, quotes Imam Baqir as saying:
"Two women poisoned the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) before his death. These are the same two women (Ayesha and Hafsa). May Allah curse them and their fathers (Abu Bakar and Omar respectively)" - Inilah dia punya tafsiran mengenai Surah Aali Imraan: 134
[fly]Awas!!! berhati-hati dengan tafsiran mereka mengenai ayat suci al-Quran[/fly]
Jadi.. anda memang mengIYAkan!!!
Bagi TP, masih bertekad bahawa para sahabat Nabi saw termasuk 4 khalifah pertama masih Islam selepas kewafatan Nabi saw dan meninggal dunia didalam keadaan Islam.. TETAPI TP tetap sangsi tentang diri anda dan yang sewaktu dengannya... hanya Allah swt yang maha mengetahui.. inilah jawapan TP!
[ Last edited by Terong Pipit on 21-9-2003 at 11:01 AM ] |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Alhamdulillah, munkin ada hikmah disebalik dua bandar suci Islam iaitu Makkah dan Madinah bukan dibawah kekuasaan golongan Syiah ini. Kalau mereka berkuasa entahlah apa yang akan terjadi... hanya Allah SWt yang tahu!!
Lihatlah apa yang terjadi apabila golongan Syiah ini berkuasa diIran.. agama apa yang tumbuh? ...Itulah fahaman BAHAI' hasil dari kekarutan mereka.. BAB konon... BAB itu adalah pintu... PINTU? Pintu ilmu konon... sedarlah!!!
Kenapa begitu senang Iblis memperdayakan sebahagian dari golongan mereka ini?? Renungkanlah!!!
[ Last edited by Terong Pipit on 21-9-2003 at 11:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
kelakar This user has been deleted
|
Dari segi bahwa sahabat2 ra tidak maksum..tu adalah benar.
Kita diseru mencontohi kebaikan2 dan sifat2 mulia mereka..jika ada kekurangan atau kelemahan mereka, bukanlah diseru untuk dicontohi.
Dan tak elok juga menyebarkan keburukan dan kelemahan org lain..sebarkan kebaikan org, tu adalah digalakkan. |
|
|
|
|
|
|
matsapintasss This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
kelakar This user has been deleted
|
apa faedahnya cari keburukan atau kelemahan org yg trdahulu?
sedangkan kita lebih banyak buruk dan lemahnya dari mereka.... |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Originally posted by matsapintasss at 23-9-2003 12:05 PM:
Cume nak tanye....
Betul ke Nabi bersahabat dengan orang yg tidak "BENAR" ???nf:
Betul ke dakwah Nabi tidak solid menyebabkan sahabat menjadi tidak "BENAR" ???nf:
i ...
Apa ni geng ? :sp:
Takkan dalam board muslimin muslimah buat nak gado2..apa lah..BUAT MALU JE..:stp: |
|
|
|
|
|
|
matsapintasss This user has been deleted
|
[quote]Originally posted by 蝯z坞悬 |
|
|
|
|
|
|
| |
|