CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

[Tempatan] Ibu Restu Felicia Masuk Islam

[Copy link]
Post time 5-7-2014 12:31 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 5-7-2014 12:06 AM
Lubang? Datang bulan? Haid? Sungguh nostalgik ayat-ayat ini. Sungguh terharu selepas dah lama meny ...

@MissNigga   ada org datang bulan        
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2014 12:32 AM | Show all posts
axl_bach posted on 5-7-2014 12:15 AM
hahahaha, tu laa nampak lama dah koram berdua x bergasak pasal lobang dan bulan......lol

@Bedah.Cun   ada datang bulan? kaa dah menopause?




Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 12:43 AM | Show all posts
berapa banyak topik sama pasal die ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 12:46 AM | Show all posts
Acong_II posted on 5-7-2014 12:31 AM
@MissNigga   ada org datang bulan

bagi moon cup kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 01:11 AM | Show all posts
alhamdulillah.

Allah guides whom HE WILL

jagn lah kita tergolong dalam kalangan yg diHIJABKAN hati, ini terlalu bahaya.
When he sets veils on their hearts ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 01:23 AM | Show all posts
Sana sini situ felixia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2014 01:25 AM | Show all posts
alhamdulillah...

satu lagi insan telan melihat cahaya kebenaran ugama yg sempurna..

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 02:34 AM | Show all posts
Petikan dari blog beliau....

3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yeap

Assalammualaikum.

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.


Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah.
Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya.
Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.Saya tetap teruskan perjalanan.

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.

Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan.

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui.

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah.
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan.
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.

Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu.
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis.
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi.

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya.
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.





P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace".
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.



Terima kasih semua atas sokongan anda. =)
Last edited by pasemboq on 5-7-2014 02:37 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2014 11:22 AM | Show all posts
v(T.T)v posted on 3-7-2014 04:55 PM
bila ada seekor macam felixia yeap masuk islam, pasti ada orang low self-esteem terasa macam kena lo ...

technically, org yg berkata cm hang la  yang 100x low self esteem..dari manusia yg paling low self-esteem di alam semesta ini..


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach posted on 4-7-2014 03:57 PM
Harap dia dapat apa yg dia hijrahkan.......

Man kana hijratuhu liddunya au yusibuha, fahijratuh ...

Yer..harap dia dapat yang dia nak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 11:32 AM | Show all posts
pasemboq posted on 5-7-2014 02:34 AM
Petikan dari blog beliau....

3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yeap

ala kesiannya...bertabahla...

semua dia buat serba tak kena...dah namanya manusia...dikelilingi manusia...kita sendiri maklum sifat kita sebagai manusia..

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 11:43 AM | Show all posts
Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu.
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.





Mudah2an benar sebenar-benarnya.....





Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 11:48 AM | Show all posts
batmana posted on 5-7-2014 11:22 AM
technically, org yg berkata cm hang la  yang 100x low self esteem..dari manusia yg paling low self ...

kakaka, lu orang pun tak paham erti low self esteem dan hipokrit.  Ada yg hari mulut tak berhenti2 gelar orang lain "kapir" seolah2 sendiri banyak suci, tapi bila ada "kapir"  masuk agamanya heran dia pulak happy macam kena loteri, ltulah low self esteem dan hipokrit.

Last edited by v(T.T)v on 5-7-2014 12:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 11:51 AM | Show all posts
axl_bach posted on 5-7-2014 11:43 AM
Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang ...
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu.
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.


http://hype.my/newsdesk/felixia- ... name-new-boyfriend/

inilah baru sebab utama dia , hipokrit betul $$$

Last edited by v(T.T)v on 5-7-2014 12:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 11:57 AM | Show all posts
v(T.T)v posted on 5-7-2014 11:51 AM
inilah sebab utama dia masuk islam, hipokrit betul $$$

sapo lak mamat nih????btol ker dia skandal felixsial nih??

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 12:04 PM | Show all posts
axl_bach posted on 5-7-2014 11:57 AM
sapo lak mamat nih????btol ker dia skandal felixsial nih??
Rumours have been rife that she is currently dating Raja Zainal Badri and the main reason behind her wanting to convert to Islam.

Kalau berita ini betul, felixia yeap ni mmg jijik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2014 12:05 PM | Show all posts
v(T.T)v posted on 5-7-2014 12:04 PM
Kalau berita ini betul, felixia yeap ni mmg jijik.

xper, wait n see......for the time being just pray the best for her laa........time will tell the truth...soon, it will...soonnnnnn

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
v(T.T)v posted on 5-7-2014 12:04 PM
Kalau berita ini betul, felixia yeap ni mmg jijik.

Benar bro. Selama ini saya agak gembira sebab kisah Felicia masuk Islam seolah-olah dapat mengeratkan hubungan Cina-Melayu sebab ramai yang sokong dan pujinya. Ramai Melayu Muslim memberikan kata-kata semangat kepada beliau. Ada juga Cina yang ucapkan tahniah. Saya sendiri pun tumpang gembira sebab beliau akhirnya berjumpa ngan agama pilihannya sebab selama ini beliau tak beragama.
Tapi kalau Felicia masuk Isle bertudung bagai cuma sebab ada seorang VVIP Melayu Muslim sedang memikatnya ataupun atas dasar wang ringgit,  maka saya dan ribuan peminatnya yang pernah menyokongnya amat kecewa. Bagi saya, beliau cuma nak wang, bukan ikhlas nak masuk Isle. Jika benar, maka lagilah ramai orang Melayu menyampah tengok orang Cina kafir kelak sebab ingatkan kami orang Cina cuma pandai berlakon dan ambil kesempatan. Ya, kalau memang benar Felecia adalah macam tu, saya berharap kami orang Cina tidak dikutuk dan dikeji oleh kaum Melayu. Seekor dua buat Cadbury tak bererti kesemua puaknya adalah sama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah mahu jadi Cina. Wa nak balik tongsan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 12:39 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 5-7-2014 12:34 PM
Benar bro. Selama ini saya agak gembira sebab kisah Felicia masuk Islam seolah-olah dapat mengerat ...

Saya rasa mereka tak ambil kisahlah, keling mabuk pun ada orang pancing dgn $.

Felisial Yeap ni muka tembok sekaki lebar peluru pun tak masuk.  nak convert tu hal dia sendiri, tapi buatlah dgn low profile, tak payah hari2 tunjuk muka dan beri apa apa alasan pun seolah2 ingin menyembunyi sesuatu.


Selama ini saya agak gembira sebab kisah Felicia masuk Islam seolah-olah dapat mengeratkan hubungan Cina-Melayu sebab ramai yang sokong dan pujinya. Ramai Melayu Muslim memberikan kata-kata semangat kepada beliau

So, kalau ada orang kata hubungan rakyat kurang erat, puncanya dekat siapa sangat obvious. Kawan sejati tidak mengambil kira latarbelakang, sesetengah manusia sendiri ambil kisah, tapi pulak hipokritnya kata orang lain tak nak campur dgnnya, orang lain rasis. Tengoklah layanan mereka terhadap Felisial yeap sebelum dan selepas.
Last edited by v(T.T)v on 5-7-2014 12:52 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.060933 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list