|
Konsert Minggu 1
Glam Gempak AF2014Fesyen meter : 6.5/10
Sedikit mengingatkan kepada beberapa gaya kumpulan Jonas Brothers. Sentuhan t-shirt bercetak Indie yang berlapis shirt berwarna hitam dan denim Slim Fit. Sedikit kontra pada seluarnya mungkin akan memberikan merangsangkan impak yang dinamik pada gaya pentasnya. Tambahan apabila rambutnya tidak begitu serasi dengan lagu yang dibawakan. Terlalu KPOP mungkin?
Sumber dari AF Glam Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Foto Diary Ewal Minggu 3
|
|
|
|
|
|
|
|
Foto Diary Ewal Minggu 3
|
|
|
|
|
|
|
|
Foto Diary Ewal Minggu 3
|
|
|
|
|
|
|
|
Foto Diary Ewal Minggu 3
|
|
|
|
|
|
|
|
Konsert Minggu 3
Glam Gempak AF2014Fesyen meter : 8.5/10
WOW. Dandan baru rambut beliau menjadikan Ewal tampak matang. Sekali imbas dia seriras David Archuleta. Minggu ini, Ewal begitu “sleek-casual”. Namun denim biru yang disarungkan menampakkan pehanya yang agak lebar. Mungkin Ewal lebih sesuai dengan denim gelap. “Biker Jeans” mungkin?
Sumber dari AF Glam Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert Minggu 4
Glam Gempak AF2014Fesyen meter : 7.0/10
Persis David Archuleta. Minggu ini, Ewal begitu “kasual” Black Cardigan , denim biru “gradient” dan kemeja putih. Ewal tampak kemas dan bergaya selamat. Apa yang pasti, aura beliau kini mula menyerlah!
Sumber dari AF Glam Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Foto Diary Ewal Minggu 4
|
|
|
|
|
|
|
|
Foto Diary Ewal Minggu 4
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by Balqis_91 on 2-10-2014 06:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by Balqis_91 on 2-10-2014 06:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Badrul: Konsert Ketiga #AF2014, Macam Kena Bomoh!
Konsert Minggu Ketiga #AF2014
Serius, macam pelik bila tengok konsert ketiga Akademi Fantasia! Pelajar macam tak bermaya. Tidak seperti konsert sebelumnya, semangat juang mereka nampak lemah. Macam saya kata, seperti kena bomoh! Kalau kita dah dua kali pergi makan kat kedai yang sedap, kali ketiga kita pergi dengan harapan yang tinggi, tiba-tiba semuanya rasa hambar. Padahal kita tahu makanannya lazat, menunya menyelerakan. Tapi semua tu macam hilang. Dan kita tidak tahu apa puncanya. Begitulah yang saya rasa untuk konsert minggu ketiga ini!
Pembukaan konsert dengan persembahan bekas-bekas juara seperti Mawi (Kian), Zahid (Milikku), Faizul (Perempuan), Mila (Persis Mutiara) dan Hazama (Malaikat) membawa tanda tema konsert minggu ini. Kehadiran Datuk Aznil Hj. Nawawi sebagai juri jemputan juga sebagai pelengkap tema hits Akademi Fantasia.
Adel – Jahat (Stacy)
Mimik muka Adel mungkin lebih baik daripada minggu sebelumnya. Tetapi negatifnya bila Adel mendapat lagu Stacy, perbandingan secara langsung pasti berlaku apatah lagi kedua-duanya dari Sabah. Paling menonjol apabila stamina Adel jauh dan tidak termampu untuk menggerakkan lagu 'Jahat'. Boleh nampak dia termengah-mengah. Pancit di separuh persembahan. 'Jahat' yang tidak cukup 'jahat'nya.
2 1⁄2 bintang
Firman – Relakan Jiwa (Hazama)
Persembahan Firman semakin baik dan dia mampu memberikan rasa pada lagu yang disampaikan. Penyampaiannya jujur tetapi dia mungkin terlupa bahawa ini juga adalah pertandingan. Dia perlu menyanyi kepada penonton. Kelemahan ketara adalah dari sudut sebutan yang tidak jelas. Tapi bukan masalah yang besar untuk diperbaiki.
3 1⁄2 bintang
Zarif – Aduh Saleha (Mawi)
Minggu lepas saya ada sentuh tentang 'make-over' untuk Zarif dan terima kasih kerana ada orang yang mendengar. Sudah hilang kumis tipis Zarif yang meletakkan dia antara remaja dan tua. Sekurang-kurangnya sudah nampak sedikit nilai-nilai komersial pada Zarif. Dia boleh sampaikan low note dengan baik, tetapi Zarif perlu menyanyikan lagu dengan gaya yang tersendiri. Dia masih tercari-cari. Terlalu biasa sangat persembahannya.
2 1⁄2 bintang
Muna – Percayalah (Indah)
Saya sempat Afundi10 Muna minggu ini. Saya melihat graf persembahan Muna sentiasa meningkat saban minggu. Saya rasa mungkin Dato' Ramli MS salah dengar persembahan Muna minggu ini, mungkin ada sedikit kerosakan pada 'headphone' beliau. Saya pasti kalau 'headphone' Dato' diperbetulkan, dia akan kata suara Muna secantik pakaiannya. Terus terang saya katakan, kawalan suara Muna bagus. Mungkin key suaranya tidak setinggi Indah, tetapi dia menyanyikan lagu 'Percayalah' dengan baik dan tidak 'over'.
4 bintang
Farez – Awan Nano (Hafiz)
Silap besar bila Farez mengakui tidak suka dengan lagu Awan Nano. Dia sepatutnya lebih arif dengan pertandingan. Tidak menyukai lagu yang menjadi juara pelbagai anugerah, nyanyian penyanyi yang memenangi vokal terbaik pelbagai anugerah dan ditulis pula oleh sifu terkenal (yang mungkin juga merupakan satu anugerah) seolah-olah 'membunuh' afundi diri sendiri. Sayang sekali, kerana Farez ada tone suara yang bagus, tetapi 'tidak profesional' dalam menerima cabaran. Minggu lepas saya sudah sentuh soal menjadi sedikit hipokrit. Mudah sahaja penilaian saya, apa yang diutarakan di dalam diari memakan dirinya sendiri.
3 bintang
Ziha – Hatimu Milikku (Nera)
Lagu ini sedap, tetapi bukan lagu pertandingan kerana lagu ini tidak mencabar vokal. Tetapi bila lagu yang tidak mencabar vokal pun tidak mampu dipersembahkan dengan sempurna apatah lagi lebih bagus, maka tidak ada apa yang mampu dinilaikan. Saya juga rasa kalau topeng Izzue Islam dibuka ketika Ziha masih lagi menyanyi, mungkin dapat membangkitkan lagi semangat atau sekurang-kurangnya menambah lagi sorakan, tetapi dibuka selepas habis menyanyi tidak meninggalkan kesan yang sama.
2 bintang
Nina – Ilusi (Adira)
Kalau lah... Kalau lah... Kalaulah saya boleh menukar siaran! Agak perit telinga mendengar persembahan Nina! Seperti persembahan talent-time di sekolah! Terlalu amatur. Kadang-kadang saya rasa seperti ada orang lain sedang membuat persembahan, lalu memanggil seorang penonton (Nina) untuk menyanyi bersama. Maaf Dato' Hattan, yang ini memang ke laut!
1 1⁄2 bintang
Aman – Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
Memang Aman tidak mampu! Adakah lagu ini terlalu besar untuk Aman? Saya sendiri masih cuba nak memahami apa tujuan Aman memasuki Akademi Fantasia? Mahu jadi penyanyikah? Atau mahu mencari outlet untuk membuang perasaan malu? Persembahan
Aman hanya seperti orang menyanyi di karaoke. Mana perginya keistimewaan yang dilihat ketika audition? Banyak sangat persoalan yang tidak dapat saya jawab.
2 bintang
Ewal – Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)
Sekurang-kurangnya Ewal tahu bahawa konsert Akademi Fantasia adalah satu pertandingan. Bukan setakat mahu terima sorakan penyokong dan teriakan peminat. Sekurang-kurangnya Ewal memberikan sedikit kelainan pada lagu yang disampaikan. Menambah warnanya yang tersendiri. Tidak sempurna, tetapi jauh lebih bagus daripada kebanyakan persembahan sebelumnya. Mungkin dari segi Afundi, dia tidak begitu berjaya, tetapi percayalah, bila keluar dari Akademi nanti, dia akan berdiri di kategorinya yang tersendiri.
4 bintang
Nuha – Aku Lebih Tahu (Mila)
Sangat terkilan dengan persembahan Nuha kali ini. Kelebihan vokalnya tidak digunakan sebaik mungkin. Bila terlalu 'playful' dia sendiri yang membuatkan persembahannya menjadi hambar. Ketahanan mental juga tidak kuat. Bila dia melakukan kesalahan akibat tercepat, terus tumpuannya terganggu. Saya pun menjadi lupa tentang betapa uniknya vokal Nuha. Sayang!
2 1⁄2 bintang
Azwan – Izinku Pergi (Kaer)
Hanya persembahan biasa daripada Azwan. Masih tercari-cari kehebatannya. Masih ternanti-nanti keunikannya. Masih tertanya-tanya punca Afundinya tinggi. Betulkah kerana keenakan vokalnya? Mungkin saya masih belum nampak, tetapi saya amat berharap supaya saya akan nampak. Sekurang-kurangnya biarlah saya mampu melihat auranya sebagai penghibur.
3 bintang.
Persembahan Iwere dengan lagu rap kelantan dan dikir baratnya seolah-olah memecah jampi serapah! Hebat! Sangat menghiburkan. Saya bukanlah orang yang begitu 'faham' tentang hiphop, tetapi persembahan Iwere benar-benar membawa semangat yang tinggi selepas persembahan hambar para pelajar minggu ini.
Ewal dan Muna menjadi pilihan pelajar terbaik saya. Juga, kalau nak ikutkan kepada persembahan mereka pada minggu ini, tiga peserta terbawah yang saya pilih adalah Nina, Ziha dan Aman, tetapi apa nak buat, 'kerana mulut badan binasa'. Walaupun saya tidak rasa Farez memberikan persembahan yang teruk, tetapi terimalah hakikat. Farez terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia. Mungkin dia akan belajar daripada kesilapan bila sudah berada di dalam industri nanti. Last edited by Balqis_91 on 2-10-2014 09:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hebat pencapaian ewal ni sblum msuk af |
|
|
|
|
|
|
|
oooo anak penyanyi.. patutla |
|
|
|
|
|
|
|
check in
|
|
|
|
|
|
|
|
ai peminat Iqwal Hafiz sejak dulu kala |
|
|
|
|
|
|
| |
|