CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: GhostWalking

[Tempatan] Budak Perempuan Maut DiSyaki DiJangkiti Kencing Tikus UPDATE#25&#26

[Copy link]
Post time 7-12-2014 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom posted on 7-12-2014 12:10 AM
Good kak..skang ni ramai org santau menyantau..pukau memukau..pakai bomoh siam..kasi sepering dior ...

Ilmu batin xkuat lg. Kau nk ilmu cmni senang je. Lepas maghrib amal 7 ayat kursi senafas. Lepas tu hembus  kt badan. Kalau blh minta perlindungan daripada sihir.

Baca dlm hati lg bagus. Lama2 dpt jgn riak.

Akak ambl basic je dulu.lama2 upgrade.

Dulu kalau perasan akak mmg anti ilmu cmni.

Bila akak selidik ada jenis ilmu syaitan jin iblis khadam malaikat.

Terpulang nk pilih jalan mana.salah pilih jd isim atau syirik.

Bila salah pilih pengamal akan makan diri binasa.

Biasanya pengamal ilmu syaitan ni dia akan panas baran. Emosi tk stabil. Mahluk halus masuk melalui rongga bdan pernafasan .

Ada hadis nabi pasal ni . maafkan kejahilan akak dulu anti ilmu kebatinan melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2014 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 7-12-2014 12:17 AM
Ilmu batin xkuat lg. Kau nk ilmu cmni senang je. Lepas maghrib amal 7 ayat kursi senafas. Lepas tu ...

Betul tu sis...lagi satu yang i perasan kalau x solat kita akan jadi panas baran dan pemalas..bila i google memang ada yg kata ada rongga halus pada badan kita terbuka ytk benda tu masuk.

Sbb tu kita digalakkan berwudhuk dgn sempurna n solat utk pelihara dr perbuatan berdosa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:09 AM | Show all posts
macamana la tikus tak membiak... dah memasing pakat bawak makanan ala2 piknik katanya... pastu sisa2 n sampah buah bersepah... skang ni amek la jajan semua sungai kotor...

skang ni nak daki gunung pun malas... sebab bersepah sampah sarap dibuanh merata2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:12 AM | Show all posts
Sekarang ni pun aku nak pijak lecah / lopak air pun rasa gerun ya amat. takut kes kes cenggini la  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2014 08:15 PM | Show all posts
Alor Setar: Dua beradik kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan virus kencing tikus atau ‘leptospirosis’ Jumaat lalu dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai turut dijangkiti virus itu.
Nur Syazana Zir Omar Khan, 5, dan adiknya Zaharah, 2, dimasukkan ke HSB, Rabu lalu dan semalam kerana demam panas selepas berkelah bersama keluarganya di pusat rekreasi Titi Hayun, Yan di sini, pada 20 November lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, adik mangsa berusia lima tahun mengadu demam, batuk, selesema dan muntah kini dirawat di wad kanak-kanak HSB dalam keadaan stabil.
“Kes di bawah penjagaan pakar kanak-kanak dan rawatan antibiotik sudah dimulakan. Ujian darah untuk leptospirosis adalah ‘inconclusive’ dan sudah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur untuk pengesahan.
“Adik mangsa yang berusia dua tahun juga sedang dirawat di wad kanak-kanak HSB dalam keadaan stabil. Dia dimasukkan ke wad di bawah penjagaan pakar kanak-kanak sebab mengalami demam panas.
“Kami sudah memberikan rawatan antibiotik dan ujian awal menunjukkan kemungkinan mangsa dijangkiti leptospirosis dan sampel darah turut dihantar ke IMR untuk ujian pengesahan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, semalam.
Dr Norhizan berkata, ketiga-tiga keputusan ujian pengesahan untuk leptospirosis ke IMR dijangka diperolehi dalam tempoh seminggu.
“Di samping itu, Jabatan Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mematuhi nasihat diberikan semasa mengunjungi pusat rekreasi air di negeri ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan negeri Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, kes jangkitan kencing tikus semakin banyak dikesan dalam kalangan mereka yang pernah mengunjungi kawasan air terjun.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mandi di kawasan air terjun di negeri ini buat sementara waktu berikutan peningkatan kes jangkitan kencing tikus yang boleh menyebabkan maut.
“Sejak kebelakangan ini cuaca tidak menentu dan kita tidak tahu bahan apa yang mencemari air itu dan keadaan cuaca ini boleh menjadi antara punca kepada penyebaran virus kencing tikus.
“Jumlah pengunjung ke kawasan air terjun semakin bertambah sekali gus menyebabkan jumlah sampah (sisa makanan) yang dibuang semakin banyak yang menjadi punca kehadiran banyak tikus. Perbincangan akan dijalankan bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perhutanan bagi menangani masalah ini,” katanya.
Tinjauan Harian Metro di pusat rekreasi Titi Hayun, Yan semalam mendapati, orang ramai masih mengunjungi pusat berkenaan walaupun ada kes kematian seorang kanak-kanak perempuan akibat kencing tikus.
Seorang pengunjung, Nazru Abdullah, 42, dari Sungai Petani, berkata dia tidak menyedari kejadian berkenaan kerana air terjun itu masih dibuka kepada orang ramai.
“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera termasuk menutup pusat berkenaan bagi mengelak lebih ramai yang menjadi mangsa. Kami sekeluargabergegas pulang apabila mengetahui kejadian berkenaan daripada media,” katanya.





Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Disember 2014 @ 9:02 AM

UMUM tetap mengunjungi di Kawasan Air Terjun Titi Hayun walaupun papan tanda amaran tentang risiko penyakit berjangkit telah diletakkan.





http://www.hmetro.com.my/node/14646






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2014 08:17 PM | Show all posts
Pusat rekreasi lengang


Alor Setar: Beberapa kawasan pusat rekreasi hutan lipur di negeri ini lengang berikutan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dijangkiti virus kencing tikus atau ‘leptospirosis’ selepas berkelah bersama keluarganya di Titi Hayun, di sini, pada 20 November lalu.


Tinjauan Harian Metro di Pusat Peranginan Puncak Janing di Padang Terap, di sini, semalam mendapati kawasan itu kurang pengunjung walaupun cuti persekolahan berbanding sebelum ini.


Malah, beberapa kedai makan dan kedai menjual cenderahati turut ditutup disebabkan kekurangan pelanggan yang bimbang untuk mandi di kawasan itu.
Penjaga hutan lipur berkenaan, Mohd Tarmizi Keria, 37, berkata jumlah pengunjung berkurangan walaupun pihaknya sentiasa membersihkan kawasan itu setiap hari bagi mengelakkan dicemari kencing tikus.


Katanya, sebelum ini kawasan itu pernah ditutup kira-kira dua tahun lalu berikutan berlakunya kes kencing tikus di kawasan itu menyebabkan kawasan itu tidak lagi menjadi tumpuan pengunjung.


“Sebelum ini, kereta dan bas pelancong terpaksa diparkir jauh sehingga dua kilometer terutama ketika cuti sekolah tetapi ia semakin berkurangan.


“Papan tanda amaran mengenai virus kencing tikus ini sudah lama dipasang di sini sebagai peringatan kepada pengunjung supaya berhati-hati ,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.






- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14644#sthash.Wi9o9El6.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2014 12:37 PM | Show all posts
Dah risau sekarang nak bawa kanak2 g mandi manda..sasaran sekarang ni cuma di kawasan pantai je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:53 PM | Show all posts
nak tanya la, kepada yang pakar especially stap KKM
apa sebenarnya punca penyakit ni kencing tikus ni? aku dah mula kompius
zaman dulu-dulu tak ada pun.. dah berapa banyak kes, tak ada penyelesaian ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 01:02 PM | Show all posts
biarkan binatang je berekreasi kat situ...
mandi kat umah sudah la....
aku last g gabai....
but since kes kat Maran tu
aku rasa x perlu pergi lagi la...
mmg haprak org yg buang pampers..
tinggalkan sisa makanan kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit kencing tikus or leptospirosis ni bkn takat tikus jek...hewan2 lain jgk..kucing,anjing...
Mak mertua i beb bln lepas disyaki kene jgk...tambah plak ngan jangkitan kuman apa ntah dr air kencing dia sendiri sbb dia pakai pampers lgk...padahal dia tak pi mana pun...dekat sebulan dlm icu...sib baik Allah bg panjang umur...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049236 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list