RAMALAN CUACA UNTUK TEMPOH BEBERAPA JAM BERIKUTNYA(Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia)Sistem bertekanan rendah yang terbentuk di Timur Filipina telah dinaiktarafkan kepadaribut tropika (MUJIGAE) dan dijangka membadai kepulauan Hainan, China pada awal pagi5 Oktober 2015. Kehadiran ribut tropika ini akan mempengaruhi corak tiupan angin di kawasan serantau negara kita untuk beberapa hari dalam tempoh tinjauan. Taburan hujan juga dijangka berkurangan kerana kawasan serantau negara kita akan dipengaruhi oleh tiupan angin dari arah Barat Daya dengan kelajuan yang sederhana sahaja pada masa tersebut.
Selepas ribut tropika MUJIGAE membadai kawasan daratan, tiupan angin Barat Daya yang mempengaruhi kawasan serantau negara kita akan menjadi lemah dan corak tiupan angin dijangka berubah kepada pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah dan kawasan serantau negara kita dijangka kembali lembap dengan hujan dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung dan bahagian Barat Sarawak serta bahagian Pantai Barat di Sabah. Walau bagaimanapun, taburan hujan yang diterima dalam tempoh di atas tidak boleh menghilangkan keadaan berjerebu yang dialami sekarang sekiranya punca kebakaran terbuka yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan tidak dipadamkan sepenuhnya.
[url=http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:vkk-NCFRL6kJ:www.doe.gov.my/portalv1/wp-conte ... p;hl=ms&ct=clnk]Sumber[/url]
Selagi punca tak hilang, selagi tu la akan ada jerebu...
|