CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[Kompilasi] DAGING

 Close [Copy link]
Post time 6-4-2004 02:42 AM | Show all posts
Singgang daging atau tulang [Tok_Janggut]
.
Setengah kilo daging atau tulang lembu
bawang putih 6-8 biji dipotong kecil2
bawang besar sebiji
lada hitam satu sudu besar
ketumbar 2 sudu besar
halia 1 inci
lengkuas 1 inci
asam keping 3-4 keping
garam

1. daging dipotong kecil2 dan direbus, kalau tulang rebus sampai empuk dulu.
2. Lepas tu masukkan bawang putih, lada hitam, ketumbar.halia, lengkuas dan asam keping.
3.  masukkan bawang besar dan garam.
4. Bila dah masak makan ngan nasik
5. masa nak hidang tu perah asam limau sikit....


Tomyam Ayam  Malas [antiQue]

bawang putih
halia
cili padi
bawang besar
ayam
serai
daun limau purut
kiub / paste tomyam
tomato
kobis panjang

1. rebus ayam dalam air dengan serai, halia, bawang putih dan bawang besar.
2. dah agak ayam half cooked tu masukkan daun limau purut, dengan kiub.. kacau-kacau..
3. dah dekat-dekat nak masak tu masukkan tomato dan kobis panjang. Kobis tu tak payah potong-potong.. masukkan ke sekelopak sekelopak tu lagi power.. bior dia panjang-panjang......


Sup Ayam [DugongKota]

1.  tumis bawang putih dengan halia...  sampai kuning,,,
2. masukkan ayam,,, biar sampai kering, ,
3. lepas tu masukkan rempah sup... tak kira la sup bunjut ke,,, kiub sup ke,,  serbukk sup ke,, asalkan dia kata rempah sup...
4. kacau sampai rata then baru masukkan air,,,,
5. masukkan sedikit garam ikut tahap kemasinan sendiri...   
6. biarkan sehingga mendidih dan ayam tu masak,,,   
7. akhir sekali masukkan sedikit serbuk lata putih....


ToM YaM TiTaniC [seribulan]

Bahan-Bahan:

- 1 ketul kiub tomyam knorr or maggie
- Bawang besar, bawang putih
- ayam boneless (orang malas nak siang ayam)
- santan satu cawan

Cara-caranye yek tuan puan:

1. Memula tumiskan bawang besar dan bwang putih.
2. Lepas tuh masukkan air. Kemudia masukkan Ayam.
3. Lepas tuh masukkan kiub tomyam.
4. LAst sekali masukkan Santan. Kacau dan KAcau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2004 12:06 AM | Show all posts
Corned Beef goreng I [Muntz]

Bahan-bahan:
Beberapa ulas bawang merah
Beberapa ulas bawang putih
Sepaket mix vegetable
Setin corned beef
Garam secukup rasa
Ajinomoto (optional)
Minyak

Cara memasak:
Tumis bawang merah dan bawang putih. Dah naik bau sikit, letakkan setin corned beef yg dah dihancur. Masukkan sedikit garam dan ajinomoto. Last sekali masukkan mix vegetable.


Corned Beef goreng II [CoKeLat-RaWkZ]

setin corned-beef
bawang puteh
bawang meghah
bawang besor dihiris buat ring
sebjik telur (nak lebih boleh gak)
garam sket
ajinomotos sket

cara2:

1.  memula tu paneh kan myk mkn, pastu tumiskan bawang meghah, puteh.

2.  masukkan corned-beef yang telah dipecah2kan terlebih dahulu dlm mangkuk dgn menggunakan garpu.

3.  masukkan bawang besor yg telah dihiris jadik ring tadi

4.  masukkan/ pecahkan telur sebijik.

5.  masuk garam & ajinomoto sesedap rasa......
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2004 12:16 AM | Show all posts
Curry Sumatra (Indonesia & M'sian cooking) [Khtan]

1kg (2lb) stewing steak (buffalo is used in Sumatra) or lamb
Curry ingredients
10 fresh chillies (each 15cm/6in long)
1 tablespoon shrimp paste (blachan)
4 onions sliced
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2004 10:47 AM | Show all posts
Indonesia Meat Loaf [khtan]
----------------------------
750g (1
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 09:54 PM | Show all posts
Singgang Daging [ninoZ]

daging btg pinang - hiris agak nipis
bwg putih sket - hiris
ketumbar biji - sangrai pastu tumbuk kasar
lengkuas bior byk sket - hiris
kunyit hidup - hiris
asam keping
garam
air

rebus n renih semua bahan  dalam periuk.. sampai daging empuk
siapp..

makan dgn budu pastu taruk durian sket dlm budu tu..

info tambahan..

bwg putih taruk byk2 baru sedap..bwg merah taruk sket je
lengkuas taruk byk2..kunyit tu takyah taruk..ketumbar tu just pecah2kan atau taruk je bulat2 camtu..asam keping taruk towards the end..kalau tak daging nanti lambat empuk..serai nak taruk bleh..tak taruk pun bleh

[ Last edited by CatLady on 18-1-2005 at 09:55 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2005 06:30 PM | Show all posts
Kambing Itam Bulan Madu [idiika]

Bahan bahan :
Dua cawan daging kambing itam - dicincang kecil2 (kambing biasa pun bolehlah)
Dua ulas bawang besar (potong dadu)
Empat ulas bawang putih (cincang halus)
Dua cm halia (cincang gak)
Empat batang cili merah (potong halus)
Empat batang cili hijau (potong halus)
Mixed vege
Lada sulah
Daun sup & bawang (hiris halus ikut suka)
dua helai daun pudina
2 helai Bay leaves
satu sudu teh rempah briyani (Faiza)
Telur 4 biji
minyak masak (secukupnya)
garam, gula

Cara memasak :
1.  Panaskan minyak utk menumis hirisan bawang & halia
2.  Dah naik bau, masukkan daging kambing (semestinya yg itam tuhhhhhhh)
3.  masukkan rempah briyani, bay leaves, mixed vege kemudian gaulkan
4.  masukkan lada sulah sesedap rasa, hirisan lada & daun sup/bawang
5.  Agak agak dlm 5 - 6 minit padam api & tuangkan bahan tadi dlm pyrex utk dibakar dlm oven pula, tapi sebelum dimasukkan dlm oven buat 4 lubang di semua sudut pyrex tu, kemudian pecahkan telur satu persatu di lubang yg empat tu.
6.  Bakar ikut suhu yg sesuai dan keluarkan dari oven bila telur dah mula memutih dikeliling & atas pyrex.
7.  Daging Kambing Bulan Madu wa ni cukup best dimakan dgn roti atau soft bun.

Selamat mencuba !

ps : kalau yg tak suka kambing ni (erk sebab kaler dia itam) maka bolehlah tukar dgn daging lembu ataupun arnab.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2005 12:37 AM | Show all posts
RENDANG [ Jonah]

2 kilo daging lembu / ayam
3 biji santan - boleh kurangkan

BAHAN2 DI MESIN:

15 biji bawang kecil
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
15 - 20 biji cili padi (terpulang - tak nak pun tak pe)
2 sudu cili mesin (ikut suka - tak nak pun tak pe)
halia sebesar ibu jari
kunyit hidup sebesar ibu jari
3 batang serai - bhgn ubinya - di hiris2 dulu sebelum mesin - bahagian batang bhgn atas serai tu bolehlah di titik2 je.


lengkuas - di titik
3 helai daun kunyit - di hiris
5 - 7 helai daun limau purut - siat2

CARA MEMASAK:

1.  Masukkan semua bahan2 yang di mesin ke dalam kuali.

2.  Masukkan sekali santan.

3.  Kalau pakai daging, masukkan sekali daging.  Kalau ayam, masukkan bila
     rendang hampir kering - sebab takut ayam hancur kalau masuk awal2.
     Ataupun boleh goreng 3/4 masak dulu ayam tu.  Kalau guna ayam
     kampung, no problem masuk awal.

4.  Sesekali kacau - biar hingga pecah minyak.

5.  Masukkan daun limau purut.

6.  Masukkan garam.

7.  Last sekali, sebelum matikan api, masukkan daun kunyit dan kacau rata2.

8.  Rendang ini boleh di masak kering atauberkuah.  Mana2 pun sodap.  
    Tapi yang penting mesti naik minyak dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 07:42 AM | Show all posts
PARU BEREMPAH [Jonah]

1 kilo paru goreng
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
7 - 10 ulas bawang kecil   )
3 ulas bawang putih        )    di mesin
halia sebesar ibu jari         )
15 biji cili padi - jika suka   )
2 biji tomato
1 sudu besar serbuk jintan manis          )
2 sudu besar serbuk jintan putih           )   bancuh dengan air sikit
1 sudu besar serbuk ketumbar              )
garam secukup rasa
1 sudu besar kicap

CARA MEMASAK

1.  Tumiskan bahan yang di mesin hingga naik bau.

2.  Masukkan bancuhan jintan dan ketumbar sehingga pecah minyak.

3.  Masukkan paru goreng dan hirisan bawang besar dan gaul rata.  

4.  Masukkan kicap, tomato dan garam secukup rasa


Paru goreng lada kering [gRaVEyaRD]

Paru yang telah direbus, dipotong memanjang anggaran setengah jari gitu
sedikit(ikut suka) lada kering di potong, di celur dan ditoskan
bawang merah, putih, halia, lengkuas - blend
bawang besar sebiji dua, dipotong bulat

Tumis barang yang diblend sampai kekuningan.
Masukkan lada kering dengan bawang besar.
Dah kuning sket, masukkan paru.
Letak garam, msg secukup rasa.
Kalau kering sangat letak sedikit (sedikit saja) air.
Bila dah sebati paru dan rempah2 dia...dah boleh angkat.
Masakan ni memang tak berkuah.
Hidang. Makan dengan nasi panas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2005 07:47 AM | Show all posts
Paru Goreng Kicap [bebop]

Paru - rebus then potong nipis then goreng sekejap je.
cili kering -  kisar halus
3 biji bawang putih  -  hiris
3 biji bawang besar  -  hiris
1 inci halia  -  hiris
cili padi sebijik-sebijik

1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga

kicap pekat manis
sos tiram
asam keping
air 1/2 cawan

mula-mula tumis rempah ratus, then masuk bawang putih, halia n cili kisar.  dah masak cili then masukkan paru, kicap, sos tiram, asam keping n air.  dah sebati semuanya, baru masukkan bawang besar, cili padi n garam.  gaul rata dan hidangkan bersama hirisan daun bawang.  Kalau suka boleh campur ubi kentang yg dah di goreng.



PARU BEREMPAH [versi kak liza @hanieliza]



500 gm paru [rebus dan potong kecil & nipis]
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
4 biji tomato buah [belah 4
5 biji lada hijau [potong 2 serung]
1/2 cawan air
daun kari
minyak
garam

bahan mesin
2 cm halia
5 ulas bawng merah
3 ulas bawang putih
2 s/b rempah kari daging
1 s/b jintan manis

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari . Masukkan bahn mesin dan kacau sehingga naik minyak.
2. Masukkan paru rebus dan air. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak.
3. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato dan garam.
4. Kacau lagi dan biarkan naik minyak semula.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.

[ Last edited by CatLady on 6-3-2005 at 07:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 05:25 PM | Show all posts
DAGING DENDENG[hanieliza]



Bahan-Bahan:
1 kg daging lembu [yg tiada lemak]


bahan mesin [kasar]
15 tangkai cili kering
15 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 s/b  gula merah

garam dan kunyit

Cara:
1. Daging lembu dibersih,kemudian digaulkan sedikit garam & direbus hingga empuk dikeluarkan& dihiris nipis-nipis serta lebar.
2. Kemudian digoreng hingga garing dan angkat.
3. Tumbukkan daging dalam lesung supaya lembut sikit lagi.
4. Panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumiskan bahan yg dimesin kasar tadii sehingga naik baunya.
5. Masukkan daging tadi dan digaulkan hingga rata sesuaikan rasanya.Bila telah garing bolehlah diangkat dan hidangkan.

[ Last edited by Kacip_Fatimah on 24-5-2005 at 06:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 05:29 PM | Show all posts
Daging dendeng [bebop]



1 kg daging batang pinang

Rebus daging sekejap, lepas tu potong nipis-nipis.  Kemudian gaul daging dengan kicap pekat manis (Cap ABC lagi sedap) dan perap sebentar.  Lepas tu goreng separuh garing.  Angkat, ketepikan.  Minyak menggoreng dan juga air rebusan jgn di buang.

Bahan tumis :

Cili kering + cili padi      }
8 biji bawang kecil       }
3 biji bawang putih      }
2 inci halia                  }     di kisar halus
2 batang serai             }
1 sdb jintan putih        }
1 sdb jintan manis        }
1 sdb ketumbar           }

2 keping asam keping
garam, gula

Tumis bahan kisar sampai naik minyak (gunakan minyak menggoreng tadi), lepas tu masukkan daging yg diperap bersama air rebusan dlm 1 mangkuk, kacau sebati.  Tuangkan kicap pekat ikut memasing punya selera (selalunya saya letak banyak kicap sebab lagi hitam lagi menarik).  Gaul sebati dan  masukkan asam keping, garam dan gula.  Biarkan sebentar sehingga menggelegak.  Daging dendeng ni lebih elok lembab berkuah pekat sikit (maknanya tidak terlalu kering macam rendang daging tu).  Tapi bukanlah berkuah macam kuah kari!  Dah siap sedap dimakan dengan ketupat, lontong dan juga lemang.  Nak makan denga apa-apa nasi pun boleh dan juga roti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 05:30 PM | Show all posts
Daging dendeng [mias_2004]

my MIL's recipe (sukatan agak2)
------------------------
daging batang pinang- rebus then potong nipis2
serai - hiris kasar2
kicap
bawang merah - hiris nipis2 dan goreng garing

blend;
cili kering
serai(nak sedap, letak banyak2)
halia
bawang merah
bawang putih (nak sedap, letak banyak2)
air rebusan daging

1 hirisan daging tu digoreng, agak2 garing
2. lepas goreng, tumbuk daging tu dlm lesung batu bagi leper2
3.panaskan minyak, tumiskan serai yg dihiris then masukkan bahan2 yg diblend
4. bila dah naik minyak, masukkan daging, kicap, bawang goreng dan garam. siap
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 03:55 AM | Show all posts
LEMAK PARU BELIMBING...[RasaCinta]

BAHAN2

400 g paru] potong kecil dan rebus empuk
400 ml santan
100 g bemibing buluh] belah dua

bahan tumbuk:
10 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
4 biji buah keras
4 cm kunyit

1. Satukan sumer bahan dan didihkan atas api yg kecil..
2. Masukkan buah belimbing..rasakan masin..
3. Biar masak. bolehlah dihidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 06:44 PM | Show all posts
daging goreng [kEk_KeL@d|]

bahan :
daging yang dihiris nipis2
bawang besar
lada
garam

cara :
daging perlu dikeringkan airnya, pastu bila dah kering masukkan minyak dan goreng. letakkan bawang besar yg dihiris dan kemudian utk lebih kick letakkan hirisan lada. garam jangan lupa. kalo nak kaler tambah kunyit sket. siap!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 06:56 PM | Show all posts
RENDANG LIMPA [hanieliza]

Bahan-Bahan:
600 gm limpa
3 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/b kerisek
2 s/b air asam jawa
1 s/k gula
garam
daun kunyit [mayang halus] atau daun limau purut [koyakkan]

bahan mesin
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
20 biji cili kering
5 biji cili api [jika suka]
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara:
1. Potong limpa kecil  dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan dan renehkan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Masukkan daun kunyit atau daun limau purut.
4. Bila dah nampak naik minyak boleh angkat dan hidangkan.

NOTA.
Sekiranya nak gantikan limpa dengan kerang.. hanya kupaskan kerang dan masukkan bila kuah dah nampak pekat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 09:16 PM | Show all posts
Mutton Anarkali [RasaCinta]

nak rasa masakan d'Tandoor...cuba ler resepi nih.. anyway aku suke makan dgn roti nan

Bahan2

1/2 kg daging kambing] potong kiub
--sblm tu rebus dgn sedikit garam,
  then peram dgn sedikit halia + garlic
100 g serbuk cili
100 g kunyit
2 large onions] kisar
2 tomatoes] potong
2 green chilli] potong
20 g ginger] cincang
20 g garlic] cincang
100 g minyak
50 g yogurt
20 g daun pudina / mint leaves
garam
daun ketumbar

1. Panaskan minyak...tumis bawang besar, tomato, cili ijau, halia + garlic
2. Bila agak kuning sket...taruk daging, serbuk cili + kunyit
3. Tambah air sket
4. Bila hampir masak...taruk yogurt yg dikisar dgn daun pudina.. let cook & leave till thickened
5. Garnish dgn daun ketumbar (kalo nak bau best)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2005 10:13 PM | Show all posts
HATI MASAK BEREMPAH [bebeh]

BAHAN - BAHANNYA:-

- 1/2 KG HATI LEMBU (HATI AYAM PUN BOLEH) - dipotong dadu ikut suka
                                             (kalau guna hati ayam, tak perlu dipotong)
- SEPEKET REMPAH DAGING BABAS - dicampur dgn sedikit air dan kacau
- PATI SANTAN 1/2 CAWAN
- BAWANG KECIL 5 ULAS - dihiris
- BAWANG PUTIH 3 ULAS - dihiris
- HALIA SEBESAR IBU JARI - dihiris
- 3 BATANG SERAI - dititik
- LADA HITAM 1 SUDU  BESAR - ditumbuk
- 3 BIJI CILI MASAK - dibelah dua jgn putus
- 1 BIJI BAWANG BESAR - dipotong bulat bulat
- sedikit air asam jawa
- sedikit garam dan ajinomoto
- secawan minyak masak

CARA MENYEDIAKANNYA:

1.   Panaskan 1 cawan minyak tumiskan segala bahan hiris, bila wangi
      masukkan rempah kari gaul sebati, tambah sedikit air gaul lagi

2.   Masukkan hati gaul sebati masukkan serai gau lagi biarkan seketika

3.   Agak agak hati nampak macam mengeras masukkan santan bawang
      besar dan cili masak. Gaul lagi masukkan air asam. Pengapkan seketika.

4.   Akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto kacau sekejap dan bolehlah
      dipadamkan api. Hidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 10:23 PM | Show all posts
DAGING MASAK LADA HITAM [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- 1kg daging - direbus dan di potong nipis nipis & ikut suka
- 1/2 cawan kecil kicap
- 1/4 cawan cuka
- 3 sudu besar lada hitam - ditumbuk lumat
- 1 labu bawang besar - dipotong bulat bulat
- 1/2 inci halia - dihiris halus
- 4 biji bawang kecil  - dihiris halus
- 3 ulas bawang putih - dihiris halus
- 3 batang serai - dititik
- 1/2 cawan air sejuk
- minyak untuk menggoreng garam & ajinomoto  

Cara Menyediakannya:-

1.  Panaskan minyak tumiskan segala bahan2 yang dihiris goreng sehingga
     wangi, masukkan daging, air,kicap dan cuka gaul sebati.  Kemudian
     masukkan lada hitam serai dan bawang besar.

2. Bila melegak masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa padamkan api.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 08:27 PM | Show all posts
daging masak hitam [mayangsari]

Daging diperap same jintan manis, jintan putih (serbuk), bawang besar/putih
dan merah, halia sikit (sume ni diblender), kerisek dalam lima sudu besar kalau
untuk 1 kilo daging. Pastu perap selama 2 - 3 jam. Dalam pada tu, blenderlah
bawang besar, bawang merah, putih. Jangan lah banyak ye, sebab dah ade
diperap tu. Buah pelaga dalam 7 atau 8 biji di buang kulitnye. Ambil hanya
isi pelaga tu, dan tumbuk halus.  Bila dah cukup 2 jam ke, kita tumis yang dah
di blender tu, Pastu masukkan daging, buah tomato yang dah diblender jugak
dalam 3 biji ke.  Oops sorry, tertinggal kicap manis dan garamnya. Masa memerap tadi, bubuhlah kicap manis sedikit dalam daging tu. Pastu renehlah hingga kering airnya. Sedap dimakan dengan pulut.


DAGING MASAK HITAM [NoorMasri]

Bahan-bahan:

500 g daging
35 g kerisik
1/4 cawan kicap pekat manis
sedikit air asam
garam dan secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan tumis:

2 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih } dimayang
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
beberapa helai daun kari

Bahan kisar:

1 1/2 labu bawang besar
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar cili kisar

Cara membuat:

Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan bahan-bahan kisar, tumis sehingga terbit minyak
Masukkan daging, kerisik, dan kicap   
Renehkan sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat
Masukkan garam dan air asam jawa secukup rasa, kacau seketika
Bila hampir kering bolehlah diangkat
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak

Nota: Lagik lama kita reneh atas dapur lagik best..


DAGING MASAK HITAM [hanieliza]

Bahan-Bahan:
500 gm daging (dipotong nipis)

bahan mesin
15 ulas bawang merah
5  ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
20 biji cili kering

3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 ulas bawang merah [mayang]
2 ulas bawang putih [mayang]
Minyak masak
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:34 PM | Show all posts
KUAH DALCA [roz]
(makan bersama Nasi Beryani atau Nasi Minyak)


1/2 kilo daging tetelan
150gm kacang dhal (warna kuning)
sedikit daun kari
Sayoran: kacang panjang, carrot dan terong

BUMBU:
1 biji bawang besar (nak sedap bawang merah)
3 ulas bawang putih
1 tsp ketumbar
1 tsp jintan manis

Cara-nya:
Bahan (A) Daging tetel di-rebus (separoh empuk) diperiok lain (supaya kuah tak hitam) dan tepikan daging-nya.

Bahan (B) Kacang dhal di-rebus bersama air dan daun kari hingga empuk dan kacang dhal nya mulai pecah.

Tumis bahan bumbu hinggga bangkit bau dan tuang-kan tumisan
ini ke bahan (B). Kemudian masokkan daging dan sayoran2.
Garam secukup rasa.

Cuba-lah sedap tau. Kalau nak makan dng Nasi Putih pon boleh. Gandingkan dgn sambal belacan. Meleleh air liur. Hehee..


DALCA [hanieliza]

Bahan-Bahan:
400 gm daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal [rebus lembut]
10  biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih   ] hiriskan
3 cm halia                 ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara:
1. Daging dipotong kecil dan bersihkan.
2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong pendek [1 inci] kacang panjang.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.160530 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list