|
[Tempatan]
Dr M drags Najib to court, seeks RM2.6b in damages
[Copy link]
|
|
TUN M HERET NAJIB KE MAHKAMAH ATAS 1MDB, 2.6 BILION
Mantan Perdana Menteri dan negarawan ulung negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengheret Perdana Menteri Najib Razak ke muka pengadilan atas skandal-skandal salah laku dan amalan korupnya berhubung 1MDB, dana berjumlah RM2.6 bilion, serta RM42 juta yang masuk ke akaun-akaun peribadi Najib Razak.
Writ Saman tersebut difailkan oleh Tun Dr. M bersama-sama dengan Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina binti Saadudin sebagai Plaintif bersama. Najib Razak dinamakan sebagai Defendan dalam kapasiti peribadinya.
Tindakan guaman ini adalah berhubung dengan salah laku tort misfeasans dan kemungkiran fidusiari dalam jawatan awam — iaitu kausa tindakan dalam perundangan sivil bagi mendapatkan seseorang penjawat awam yang telah menyalah-gunakan kuasa serta kedudukannya, supaya mengambil dan menggalas tanggung jawab atas segala salah-laku yang timbul.
Dalam Writ Saman dan Penyata Tuntutan yang difailkan pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ketiga-tiga Plaintif menegaskan bahawa melalui amalan korup, Najib Razak telah secara aktif, berniat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri yang telah dikelolakan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan-badan berkanun berhubung dengan alegasi skandal-skandal tersebut.
Ini termasuklah pelumpuhan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), pemecatan tiba-tiba Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara hanya 69 hari sebelum persaraannya dijadualkan, perlantikan meragukan Apandi Ali sebagai Peguam Negara (yang kemudiannya telah membebaskan Najib Razak dari sebarang salah laku), serta kacau-ganggu, tangkapan, serbuan dan rampasan terhadap pegawai penyiasat dan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Untuk segala salah laku jenayah tersebut, selain memohon pengisytiharan terhadap salah laku tort misfeasans dan kemungkiran fudisiari, Tun Dr. M, Khairuddin dan Anina turut menuntut agar Najib Razak membayar ganti rugi tauladan dalam jumlah RM2.6 bilion dan ganti rugi berpanjangan dalam jumlah RM42 juta (atau mana-mana jumlah yang ditaksirkan oleh Mahkamah) kepada Kerajaan Malaysia. - CLJ |
|
|
|
|
|
|
|
ahaha..adui..celah mana nk bukti breach fiduciary duty ni...ke takut org2 pak jib korek rahsia lama, since ramai jgk dh mula kne tangkap rasuah ni? ops |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu hari Selasa, terlajak hari Rabu
|
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah.. Boleh dakwa ke orang kebal tu? Kalau semua di bawah arahan dan pemerhatian dia.. Huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
gelak jer la tgk... yg malas nak membaca boleh la melompat dan klimaks dgn tindakan Tun Det ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
peguam negara kan...bkn hakim negara...
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha hakim negara ... ko ni pantang orang silap sikit ... |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.kinitv.com/video/31226O8
Nur Jazlan: Why would Mahathir bring Najib to court?
Published on 23 March 2016 14:12 89 views
Deputy Home Minister Nur Jazlan Mohamed says he's puzzled over Dr Mahathir Mohamad's motive to bring Prime Minister Najib Abdul Razak to court. |
|
|
|
|
|
|
|
good luck lah pada tun tua ni............tiba tiba pulak berlagak suci |
|
|
|
|
|
|
|
ketekodok replied at 23-3-2016 02:30 PM
good luck lah pada tun tua ni............tiba tiba pulak berlagak suci
Dah join pembngkang..suci terus |
|
|
|
|
|
|
|
najib tak risau.. AG kan ada..
lagi pun.. negara masih sibuk dengan kes rumah 2.8 juta lim guan eng.. |
|
|
|
|
|
|
|
SubahanangAllah...sudah sudah lah tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
How nice when the kids in 2099 read the political history text books. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakapla awal2 yg dia nak 2.6 bil tu masuk account dia. Ironic kan sue for that amount. Ala sure kena drop sebab if not it would be a real shirfest la
Dah BN and unmo kena telanjang ni oppo pulak pi beli rumah atas kickback
Bangsa malaysia = bangsa yg tak boleh harap. |
|
|
|
|
|
|
|
mahathir ni macam buat lawak pun ada.. sengaja pilih angka 2.6 bil.. 42 juta.. main2 ler dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mari makan pop corn... nasik tambah pon ada, lauk pon banyak lagi... muahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
popcorn lebih caramel 5, opps kurangkan gula nanti ada yg kata mengharamkan |
|
|
|
|
|
|
|
Statement by Minister of Communications and Multimedia
23 March 2016
Tun Mahathir's latest action demonstrates how desperate he is. He is clutching at straws.
Tun Mahathir tried to topple the Prime Minister through UMNO. He failed. Tun Mahathir tried a parliamentary vote of no confidence. He failed. Now Tun Mahathir is trying to sue. His accusations are false, so he will fail yet again.
Tun Mahathir has run out of options. This action shows that he has no political channels left.
Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak
Minister of Communications and Multimedia
|
|
|
|
|
|
|
|
Former premier Dr Mahatahir Mohamad's decision to drag Prime Minister Najib Abdul Razak to court is "shocking" to Minister in the Prime Minister's Department Azalina Othman.
Mahathir and two others today filed a suit against Najib for malfeasance and failure to uphold fiduciary duties.
"I am shocked but not surprised," Azalina told reporters in the Parliament lobby, adding that she would issue a press statement on this later. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni saper lagi yang najib nak seret dalam kancah ambik rasuah in order to check-mate the game. |
|
|
|
|
|
|
| |
|