|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
Pertamanya.. Ayat ini (Al-Talaq) secara khasnya berkaitan dengan jaminan Allah akan 'jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) kepada mereka yang menempuhi perceraian dengan mempertahank ...
Nazrulism Post at 2-12-2009 21:17
Salam sejahtera.
Maaf naz Bidaah dunia spt yg anda nyatakan ada ke....?
Tidak kah perkataan bidaah ini yg dimaksudkan dng rasul yg bersangkut paut dng agama...?
Dan mengatakan bidaah dunia, seumpama tak kena kata2 itu...atas sebab ia tak leh diterima akal.
Apa yg ada pd waktu ini sememangnya layak ada pd zaman ini... Pd zaman silam lum ada...
Bermakna, rasul tak akan dpt buat pun...
Urusan dunia pandai2 lah kita atur...( yg layak pd zaman kita)
Bukan apa takut sangat disalah ertikan.... kerana bidaah itu bnyk dianggap sesat oleh segolongan
umat islam... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by baghal at 3-12-2009 13:59
jalaluddin rumi pun cari sirotol mustaqim tapi dia menari.....dengarmuzik.....bukannya dia org jahat.....jelas dia org rohani ygbaik.....susah kita nak capai....
berani ker ikut cara dia?
ussopp Post at 27-11-2009 02:16
Apa Yang mesti Ku lakukan
Apa yang mesti kulakukan, O Muslim? Aku tak mengenal diriku sendiri
Aku bukan Kristen, bukan Yahudi, bukan Gabar, bukan Muslim
Aku bukan dari Timur, bukan dari Barat, bukan dari darat, bukan dari laut,
Aku bukan dari alam, bukan dari langit berputar,
Aku bukan dari tanah, bukan dari air, bukan dari udara, bukan dari api,
Aku bukan dari cahaya, bukan dari debu, bukan dari wujud dan bukan dari hal
Aku bukan dari India, bukan dari Cina, bukan dari Bulgaria, bukan dari Saqsin,
Aku bukan dari Kerajaan Iraq, bukan dari negeri Korazan.
Aku bukan dari dunia in ataupun dari akhirat, bukan dari Sorga ataupun Neraka
Aku bukan dari Adam, bukan dari Hawa, bukan dari Firdaus bukan dari Rizwan
Tempatku adalah Tanpa tempat, jejakku adalah tak berjejak
Saudara ucopp, kat atas tu adalah antara nukilan Jalaluddin Rumi yg saudara dan saya sayangi..
boleh saudara jelaskan, apa mesej nukilan di atas? adakah Rasulullah ajar kita mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam sejahtera.
Maaf naz Bidaah dunia spt yg anda nyatakan ada ke....?
Tidak kah perkataan bidaah ini yg dimaksudkan dng rasul yg bersangkut paut dng agama...?
Dan mengatakan bidaah duni ...
izzansdy Post at 3-12-2009 09:58
Bid'ah.. kalau disegi bahasa boleh kita kaitkan dengan Bid'ah Hasanah atau Bid'ah mahmudah.
Inilah yang dimaksudkan oleh Imam As-Syafie bila disebut Bid'ah terbahagi kepada dua, tetapi disalah fahamkan oleh kita seolah-olah As-Syafie bertentangan dengan Sabda Rasul "Setiap Bid'ah itu sesat"
Kalau disegi syara'.. kita harus berpegang kepada Sunnah, Tidak boleh ada Bid'ah dalam Agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukannya menyerah bulat-bulat menunggu rezeki dari langit tanpa berusaha mencari rezeki.
Nazrulism Post at 3-12-2009 13:59
Mu'tazilah
Mazhab ni mengiktiqadkan bahawa segala apapun yg terjadi adalah pada hakikatnya terjadi kerana adanya kudrat(dayaupaya) makhluk itu sendiri. Kudrat Hamba yg hawadist (yg baharu) itu, menurut mereka adalah memberi bekas/menentukan.
Mu'tazilah menurut erti bahasa ialah "org yg terpisah/terasing" pembangun mazhab ini ialah WASHIL BIN 'ATHA. menurut sejarah, washil pernah mengaji dan menjadi murid kepada Tuan Guru Haji Imam Hassan Basri r.a. pembangun mazhab ASWJ.
Pendapat puak mu'tazilah mengenai "perbuatan hamba" yang mereka yakini bertentangan dengan ajaran Al-Quran:-
"Allah yang menciptakan aku dan memberi petunjuk kepada aku, DIA pula yang memberi aku makan dan minum kepada aku, Bila aku sakit DIA yang menyembuhkan aku, DIA yang mematikan aku dan kemudian menghidukan aku, DIA pula yang aku harap memberi ampunan kepada aku hingga hari pembalasan" SURAH ASY SYU'ARA 78-82
Jabariah
Mazhab ini pula beriktikad bahawa segala macam perbuatan adalah "perbuatan Allah sendiri". Mereka tidak memandang adanya kenyataan Tuhan pada hamba sebagai sandaran.
Jabarian menurut erti bahasa ialah "Paksaan". maksudnya ialah manusia dipaksa oleh Allah untuk berbuat. mengenai pengertian "perbuatan Allah sendiri" misalnya makan ertinya Allah makan, minum ertinya Allah minum demikian seturusnya. Apabila mengerjakan maksiat tidak perlu mintak ampun, kerana ini adalah kehendak Allah. maka jelaslah bahawa iktiqad demikian adalah ZINDIK/ kafir zindik.....
Pembangun mazhab ini ialah JAHAM BIN SOFWAN oleh sbb itu paham ini dinamakan juga dengan nama JAHMIAH. Pengajurnya yang terkenal ialah JU'DI BIN SAM'AN yang dipelajarinya dari seorang yahudi bernama THALUD BIN 'ASHAM.
Jaham bin Sofwan adalah seorang yang berasal dari parsi berketurunan yahudi. kerana kalah dlm peperangan dengan tentera islam serta ditawan lalu dia memeluk Agama Islam. Beberapa lama kemudian dia diangat menjadi setiausaha kepada SURAIH BIN HARIS. Pada kesempatan itulah dia mengembangkan pahamanya. Kerana kesesatan ajaran itu, dia telah dibunuh oleh panglima Islam yang mahsyur ketika itu ialah MUSLIM BIN AHWAZ AL MAZANI pada akhir kerajaan Bani Marwan.
Ibnu 'Abbas r.a. pada waktu menghadapi puak2 ini di negeri Syam.Beliau bertempik " wahai orang2 munafik di zaman lampau dan pengunjung masjid yang fasik, kenapa kamu melemparkan kejahatan kepada Tuhan? Sedang kamu nyata-nyata berbuat kejahatan. Nabi Muhammad S.A.W bersabda beliau " Akan datang suatu masa nanti suatu puak yang melakukan maksiat, kemudian mereka berkata " Allah yang menakdirkan demikian" maka siapa yang menentang puak ini, sama ertinya mereka mencabut pedang dalmsuatu perang fisabilillah."
Tuan Nazrulism agak2 ucapan miker ni dari pihak mana? Wahabi sama idak? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 3-12-2009 23:02
382# baghal
aku sendiri yg wahabie nie pun tak berani nak letak mereka yg wat bidaah itu terus sesaat...tetapi aku mengatakan yg aku tak tahu.....
yg aku tahu apa yg mereka wat rasul tak wat.....jadi aku tak berani ikut cara mereka...pada masa yg sama tak cukup yakin utk kata mereka sesat .....
tapi yg nak bertarikat nie kenapa tak bela pulak geng sufi2 nie...rumi kan menurut jalan sufi....?
bidaah paling bahaya apabila masuk bab akidah. ini adalah contoh bab akidah.....
tp still aku tak berani kata depa sesat, tu biar Tuhan jawap...
terus terang saudara, sy sudah pening, kerana bila sy sebut pasal hal bidaaah ni hanyalah larangan utk merekacipta dlm agama, tetapi bukan hal2 seperti kereta, handphone dan lain2, saudara kata sy memisahkan dunia dan akhirat...
bila sy sebut pasal rumi saudara ingat sy sokong rumi pulak, padahal sy tak boleh terima bidaaah, tentulah cara rumi sy tidak berani nak ikut....
sy cuma tanya balik kat mereka yg suka bertarikat dan sufi, tidak sedarkah anda, jikalau anda tidak membela agama seperti sunnah, di suatu sudut yg jauh, anda akan jadi seperti rumi.....
sy rasa saudara kena digest lg betul2......saudara masih tidak faham. kalau dok kata sy sekular lagi, atau kata sy sokong rumi,saudara harus duduk sat, pikiaq balik....
mohon maaf salah silap. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by baghal at 3-12-2009 13:59
Apa Yang mesti Ku lakukan
Apa yang mesti kulakukan, O Muslim? Aku tak mengenal diriku sendiri
Aku bukan Kristen, bukan Yahudi, bukan Gabar, bukan Muslim
Aku bukan dari Timur, bukan dari Barat, bukan dari darat, bukan dari laut,
Aku bukan dari alam, bukan dari langit berputar,
Aku bukan dari tanah, bukan dari air, bukan dari udara, bukan dari api,
Aku bukan dari cahaya, bukan dari debu, bukan dari wujud dan bukan dari hal
Aku bukan dari India, bukan dari Cina, bukan dari Bulgaria, bukan dari Saqsin,
Aku bukan dari Kerajaan Iraq, bukan dari negeri Korazan.
Aku bukan dari dunia in ataupun dari akhirat, bukan dari Sorga ataupun Neraka
Aku bukan dari Adam, bukan dari Hawa, bukan dari Firdaus bukan dari Rizwan
Tempatku adalah Tanpa tempat, jejakku adalah tak berjejak
baghal Post at 3-12-2009 13:57
Salam Sahabat.....
Mungkin saya bleh beri sedikit pandangan berhubung puisi ini. Dalam kesusasteraan Arab khususnya bahasa dan jalan cerita yang ditulis agak sukar difahami jika kita menggunakan kaedah mantiq/logik dalam pemahaman tulisan tersebut. Jesteru itu beberapa kaedah lain seperti 'lughoh, nahu, saraf, ma'ni badi' dan bayan banyak digunakan dalam menganalisa puisi-puisi kesufian.
Untuk puisi yang sahabat paparkan pada pendapat saya ia terbahagi kepada 2 bahagian.
Aku pada baris pertama merujuk kepada diri penulis, dan Aku pada baris/bait seterusnya merujuk kepada Sang Pencipta. Jesteru itu pemahaman dan ilmu yang mantap perlu bagi kita apabila membaca karya-karya sufi. Jalaludin Rumi menjadi seperti itu dalam penulisannya kerana dia merasa begitu sedih apabila gurunya Syamzi Tabriz yang membimbingnya kearah kesufian telah dibunuh. Akibat daripada itu, Jalaludin Rumi mula memutuskan dirinya daripada kehidupan dunia dan menumpukan kepada Ibadahnya kepada Allah. Kalau kita baca karya beliau yang berjudul 'Mastnawi' pasti bagi mereka yang mempunyai hati dan iman akan mengeluarkan air mata kerana puitisnya bahasa yang digunakan bagi describe hubungan cinta antara 'hamba' dan 'tuhan'
Antara bait-bait puisi yang masih saya ingat adalah seperti di bawah ini.
Telah lama pintuMu kuketuk
Namun tidak pernah Engkau buka
Sekian lama baru ku tersedar
Rupanya pintu kuketuk dari dalam
Kuingin dadaku terbelah oleh perpisahan
Agar bisa kuungkapkan derita kerinduan cinta
Setiap orang yang jauh dari sumbernya
Ingin kembali bersatu dengannya seperti semula
Maaf kalau ada kesilapan, silalah sahabat merujuk kepada mereka yang ahli...
wassalam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 3-12-2009 22:58
386# sigila
sebab tu sy tidak pantas menyesatkan org2 rohani sebegini, cuma sy tidak berani mengikuti mereka kerana nabi pun tidak begitu....
kerana takut salah jalan, sy tak berani.....rumi terkenal dgn zikir2 nya menari sambil pusing2....
siapa sy nak kata dia salah, siapa pula sy nak kata yg dia ikut cara nabi.....jelas itu bukan ajaran nabi, tp masih sy tidak mahu berbicang samada dia sesat atau tidak.....
yg jelas hanya satu, bukan cara nabi......itu boleh bincang.
jadi sy terpaksa pilih jalan selamat... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 3-12-2009 22:45
terus terang saudara, sy sudah pening, kerana bila sy sebut pasal halbidaaah ni hanyalah larangan utk merekacipta dlm agama, tetapi bukanhal2 seperti kereta, handphone dan lain2, saudara kata sy memisahkandunia dan akhirat...
ussopp Post at 3-12-2009 22:43
Ok ler yop tolong cite bid'ah dlm merekacipta agama? berikan contoh2 kot-kot ada puak ASWJ sebut apa2 yang pelik dalam solat ke pose ke ape-ape aje la bole? bait ke mubai'at kot-kot nje yang sesat ke? kite sama2 nilai dan kite bole rujuk kat pakar ye dak..... |
|
|
|
|
|
|
|
389# sigila
terimakasih saudara.....
baik , sy dengan terbuka hati sudi merujuk sesiapa saja yg ahli......maaf kerana memberi pendapat dlm bentuk peribadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam hal furu' yakni perkara cabang dan fikah, jika berlaku bidaah, ianya tidaklah mengancam sgt....
contohlah rasul tidak pernah kata bt yassin mlm jumaat, tp ada dikalangan kita yg membuatkan org lain faham bahawa seolah2 baca yasin mlm jumaat itu sunat( sy ambil contoh yg biasa), maka ada org faham nabi buat benda itu....ini bidaah dlm furu'....
ia tidak mengancam sgt.....sy sendiri meluat dgn geng wahabi bila asyik2 membuatkan org2 yg ingin beribadat ni mcm jahat sgt....nak wat tu tak leh...nak wat ni takleh....
okay ini dlm hal furu.....tidak nampak nya bahaya bidaah dlm hal ini....
namun,
apabila idea modified agama ini jadi ringan dan dianggap baik.....mulalah penambahan yg banyak akan mucul....
mana2 hal yg nabi tak buat akan semakin suka ditambah, lantaran tidad org yg menghalang secara keras....kerana pemahaman kita, lagi ditambah kan lagi bagus, lagipun mana ada dalil haramkan perkara2 harus, contohnya bernafas sambil berzikir, ESQ.....
apa lagi.....?
mucul lagi zikir2 nyanyian yg syahdu, masyaAllah, siapa nak kata ia salah kalau ianya membuat jwia syahdu terhadap Tuhan...sy pun suka........zikir2 ini dinyanyi dlm masjid selepas solat....
lagi merdu lagi baguss....
setakat nie, bertambah dah bidaah, rilek dulu, sy nak tambah lagi nie.....
menonton nona hari ahad bila tah, sy tak ingat, tapi menunjukkan satu pesantren di perak......
zikir2 nyayiannya arrangementnya berbeza dari yg sy biasa dengar.....itu baru satu pesantern, kalau ada sepuluh sekolah pondok Al-polan bin al-polan, berapa banyak arrangement lagu yg berbeza.....
masuk bab tarikat, ada tarikat al-polan bin al-polan......kaedahnya begini2....
tarikat di hujung sana pulak kaedahnya walopun berlandaskan niat yg sama mencari Tuhan yg Esa, namun kaedahnya begini2begitu pulak.....manakan sama....
la ni dan banyak cabang jalan dah nie.....pastu bukak buku sufi......
ada sufi kata mcm nie, ada kata mcm tu, nabi tak kata takpa, asalkan tak bercanggah....
last2 agama namanya Islam, jalannya ada 10000001......
bila seorang kafir dengar indahnya zikir nyanyi di pesantern polan bin polan, dia rasa nak masuk Islam....kemudian dia jalan pi pesantern lain, dia tanya , awat lagu dia lain...?
pastu dia jumpa geng tarikat kata takyah semayang takpa.....dia kata oh, camnie....tapi tak nyayi pulak...
pastu dia jumpa geng kata aku dan Tuhan adalah satu, bagus...memang bagus agama nie.....
pastu dia jumpa plak geng kata Tuhan tidak serupa hamba, pastu jumpa plak geng menari....
pastu jumpa pulak geng semayang lima waktu, eh ni Islam mana plak nie.....
berapa banyak islam daa....
amalan2 yahudi dan kristian adalah contoh bidaaah hasanah yg tidak dihalang.....seronok tokok tambah dalam bidang agama, sampai apa amalan yg sahih dari nabi musa dan nabi isa, habis semua dah tak tauw dah....
org yahudi dgn niat yg suci menghangguk2 kepala di dinding apa tah kat baitul muqaddis tue, bukannya nabi musa suruh buat pun.....bidaah la tuh....
kristian pulak, main piano dgn niat suci ingin menambahkan iman dan syahdu terhadap tuhan...depa pun mainlah, nabi isa tak suruh pun.....bidaah la tuh....
apabila bidaaah bercambah dlm agama, ajaran asal akan luput....
bila hal furuk dah tunggang terbalik, masuk pulak bab akidah, Tuhan elok2 dari satu jadi tiga....(bidaah lah tu) mula2 katanya isa itu imej Tuhan.....lama2 jadi anak tuhan, last2 tuhan terus....
nampak tak bahaya bidaah dlm urusan agama....?
bila ditambah dgn harapan ada kebaikan, perlahan2 ia akan menjadi semakin lain dari ajaran asal.....
boleh kata semua ajran yg menyeleweng di bumi bermula dgn bidaah(rekacipta)....
agama hindu, pun sembah satu tuhan, tp bidaahnya ialah merekacipta berhala, kerana lebih dekat dgn tuhan jika nampak sifat2 tuhan.....
kita berdoa dgn 99 nama Allah....geng hindu pun berdoa dgn bermacam2 sifat2 tuhan mereka, ada tuhan penghukum, ada tuhan baik, ada tuhan bagi rezeki.....
lebih kurang je asalnya sebab satu Tuhan(brahman=nama tuhan hindu)....tapi berhala tu keluar sebab apa, bidaah lah.....
last2 jadi agama yg ada patung pulak....mengimejkan sifat2 tuhan utk lebih khusyuk....
bidaah lah tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 3-12-2009 22:58
jadi sy terpaksa pilih jalan selamat...
ussopp Post at 3-12-2009 22:57
Atas Dasar/Bukti apa yang Tuan kata, Tuan masuk jalan selamat? |
|
|
|
|
|
|
|
malas nak bertengkaq siapa lebih selamat........
yg saya tauw satu ja..... takleh wat bidaah, ikut betui2 Al-Quran dan pemahamannya ketika nabi menerangkannya...(al-hadis)...
adapun pemahaman lain yg seakan2 betul tetapi lain dari pemahaman nabi(hadis), maka sy tak berani....
satu ayat quran kekadang boleh keluar sepuluh tafsiran, maka nak tak nak kena tgk camna nabi faham itulah yg paling selamat....
bukankah? |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang je asalnya sebab satu Tuhan(brahman=nama tuhan hindu)....tapi berhala tu keluar sebab apa, bidaah lah.....
last2 jadi agama yg ada patung pulak....mengimejkan sifat2 tuhan utk lebih khusyuk....
bidaah lah tu.....
ussopp Post at 3-12-2009 23:51
Tuan/Bro/ Shiekh....yang saya sangat2 hormati.....
Yang sedara sebut tu bukan bid'ah tu sesat dolalah koraha....
saudara ucoop baca balik bab iktiqad puak-puak jabariah, Mu'tazilah dan ASWJ. Sumber rujukan (Quran dan Hadis) dah Nabi kite Muhammad S.A.W tinggalkan zaman sahabat2, taiin, tabiin-tabiin, Ulama salaf hingga ulama khalaf....tok-tok guru, kitab-kitab berlambak di pasaran.....jd patut ke sampai nk sembah berhala.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Sahabat ....
Dari Aisyah rodhiyallohu ‘anha, dia berkata: ”Rosululloh shollallohu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: ”Barang siapa yang mengada-adakan sesuatu (amalan) dalam urusan (agama) kami yang bukan dari kami, maka (amalan) itu tertolak.” (HR. Bukhori dan Muslim). Dan dalam riwayat Muslim: “Barangsiapa melakukan suatu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami, maka itu tertolak.”
Secara umum saya rasa semua mengetahui bahawa bid’ah itu ada dua pengertian iaitu secara lughoh dan secara syar’i. Bid’ah secara lughoh itu membawa maksud sesuatu yang tiada contoh atau tidak ada yang mendahuluinya pada masanya. Manakala bid’ah secara syar’i pula adalah mengandungi 3 kriteria yang telah digariskan oleh ulamak seperti berikut:
- Dilakukan perbuatan itu secara terus menerus
- Satu perbuatan yang baru, yang sebelumnya tiada perbuatan seumpama itu
- Menyerupai syari’at yang baik dari sisi sifat dan atsarnya. Sifat membawa maksud sudah tertentu waktu, tempat, jenis,jumlah dan tatacara lakunya. Dari sisi atsarnya pula membawa maksud diniatkan untuk dekat kepada Allah dan mencari pahala
Secara umumnya bid’ah itu adalah perbuatan dosa yang mengharapkan pahala. Walaupun begitu kalau kita tidak benar-benar faham hakikat bid’ah itu, maka kita boleh terkeliru dengan perkara yang disebut sebagai ’Mashalihul Mursalah’. Secara ringkas, antara bid’ah dan Mashalihul Mursalah adalah sesuatu yang hampir sama namun pada hakikat ia adalah berbeza. Perbezaan itu adalah seperti berikut
- Mashalihul Mursalah ini terjadi pada perkara duniawi atau pada saranan wasilah demi menjaga agama, jiwa, harta, keturunan dan akal. Manakala bid’ah itu pula terjadi pada bab ibadah.
- Mashalihul Mursalah tidak ada tuntutan untuk dikerjakan pada zaman Rasulullah, manaka Bid’ah itu pula sudah ada yang melakukannya pada di zaman rasulullah.
Untuk lebih lanjut sahabat-sahabat boleh merujuk kepada kitab-kitab seperti ‘Mashalihul Mursalah wa Atsaruha fi Marunatil Fiqh Al-Islami’, by Dr Muhammad Ahmad Burk, ‘Al-Mustasfa min ‘Ilmi Ushul’ by Imam Ghazali, ‘Al-Wajiz fi Ushul Al-Fiqh’ by Abdul Karem zaedan dan ‘Siyasah Syar’iyah fi Dhoi Nushus Asy-Syari’ah wa Maqashidiha’, by Dr Yusof Qardawi
Maaf sekiranya ada yang tersilap, silalah sahabat rujuk kepada mereka yang benar-benar ahli
Wassalam...... |
|
|
|
|
|
|
|
malas nak bertengkaq siapa lebih selamat........
ussopp Post at 3-12-2009 23:58
kite bkn nk bertekak yop.....
kite cuma nk jernih kan tasawuf......tarikat......jangan sampai salah paham.....
jgn cop mcm agama hindu....sami2...dan mcm2 lg taktau tanya pada yang pakar diluar sana byk......
selain agama islam yang lain tak sesuai mengunakan perkataan Agama pun pahaman bole...
sbb Agama terdiri dari empat sendi dan dikatakan agama mesti Iman, Islam, Tauhid dan Makrifah...
Agama
1. Iman
2. Islam
3. Tauhid
4. Makrifah
barulah di gelar beragama.....
Telah berkata Abi Musameriwayatkan kepada aku Abi Jaffar telah berkata ia meriwayatkan kepadaaku Abi Baqir telah berkata ia meriwayatkan kepada aku Ali ZainalAbidin telah berkata ia meriwayatkan kepada bapa aku Abi Hussin telahberkata ia meriwayatkan kepada aku bapa aku Ali bin Abi Thalib telahberkata ia aku dengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya:-
"Bermula iman itu makrifah dengan hati dan ikrar dengan lidah dan beramal dengan segala rukun" |
|
|
|
|
|
|
|
396# salikin
Salam Saudara Salikin …..
Jika dirujuk kepada Hadis nabi SAW berkaitan Islam, Iman dan Ihsan dibawah ini adalah hadis yang mutawatir dan sebahagian ulamak telah menjadikannya sebagai ‘induk sunnah’ kerana seluruh sunnah itu merujuk kepada hadis ini.
Dari Umar rodhiyallohu’anhu, beliau berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk di dekat Rosululloh shollallohu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Pada dirinya tidak nampak bekas dari perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk di hadapan Nabi shollallohu ‘alaihi wasallam, lalu merapatkan
kedua lututnya ke lutut Nabi, dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya, kemudian berkata:
”Wahai Muhammad, terangkanlah kepadaku tentang Islam.” Kemudian Rosululloh shollallohu’alaihi wasallam menjawab:
”Islam iaitu: hendaklah engkau bersaksi tiada yang haq disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah engkau mendirikan sholat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Romadhon, dan mengerjakan haji ke baitullah
jika engkau mampu mengerjakannya.”
Orang itu berkata: ”Engkau benar.”
Kami menjadi hairan, karena dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Orang itu bertanya lagi:
”Lalu terangkanlah kepadaku tentang iman”. (Rosululloh) menjawab:
”Hendaklah engkau beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, hari akhir, dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk.”
Orang tadi berkata: ”Engkau benar.”
Lalu orang itu bertanya lagi:
”Lalu terangkanlah kepadaku tentang ihsan.” (Beliau) menjawab:
“Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau.”
Orang itu berkata lagi: ”Beritahukanlah kepadaku tentang hari kiamat.”
(Beliau) mejawab: “Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.”
Orang itu selanjutnya berkata: ”Beritahukanlah kepadaku tanda-tandanya.”
(Beliau) menjawab: ”Apabila budak melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang-orang Badwi yang bertelanjang kaki, yang miskin lagi penggembala berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan.”
Kemudian orang itu pergi, sedangkan aku tetap tinggal beberapa saat lamanya. Lalu Nabi shollallohu ’alaihi wasallam bersabda:
”Wahai Umar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu ?”.
Aku menjawab: ”Alloh dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”
Lalu beliau bersabda: ”Dia itu adalah malaikat Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian.”(HR. Muslim).
Agama Islam sebagai mana yang kita maklum terkandung didalamnya 3 hal, iaitu: Islam, Iman dan Ihsan. Bolehlah kita simpulkan disini Islam berbicara masalah lahir, iman berbicara masalah batin, dan ihsan itu membicarakan akan kedua-duanya.
Kita juga boleh simpulkan disini Ihsan memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari iman, dan iman memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari Islam. Tidaklah keIslaman dianggap sah kecuali jika terdapat padanya iman, karena syarat sah dari syahadat mencakupi lahir dan batin. Demikian juga iman tidak sah kecuali ada Islam, kerana iman adalah meliputi lahir dan batin.
bersambung ........... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sigila at 4-12-2009 02:25
sambungan ......
Kita juga boleh simpulkan disini Ihsan memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari iman, dan iman memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari Islam. Tidaklah keIslaman dianggap sah kecuali jika terdapat padanya iman, karena syarat sah dari syahadat mencakupi lahir dan batin. Demikian juga iman tidak sah kecuali ada Islam, kerana iman adalah meliputi lahir dan batin.
Ahlussunnah juga telah menetapkan kaedah bahwa jika istilah Islam dan Iman disebutkan secara bersamaan, maka masing-masing memiliki pengertian yang berbeza, namun jika disebutkan salah satunya saja, maka keduanya saling berkaitan. Iman dikatakan dapat bertambah dan berkurang, namun tidaklah dikatakan bahwa Islam bertambah dan berkurang, padahal hakikat keduanya adalah sama.
Hal ini disebabkan karena adanya tujuan untuk membedakan antara Ahlussunnah dengan Murjiáh. Murjiáh mengakui bahwa Islam (amalan lahir) boleh bertambah dan berkurang, namun mereka tidak mengakui akan boleh bertambah dan berkurangnya iman (amalan batin). Sementara Ahlussunnah meyakini sebaliknya.
Berhubung dengan Istilah “Rukun” pada dasarnya merupakan hasil ijtihad para ulama untuk memudahkan memahami akan agama Islam itu. Rukun berarti bagian sesuatu yang menjadi syarat terjadinya sesuatu tersebut, jika rukun tidak ada maka sesuatu tersebut tidak terjadi. Istilah rukun seperti ini boleh diterapkan untuk Rukun Iman, artinya jika salah satu dari Rukun Iman tidak ada, maka iman pun tidak ada. Adapun pada Rukun Islam maka istilah rukun ini tidak berlaku secara mutlak, artinya meskipun salah satu Rukun Islam tidak ada, masih memungkinkan Islam itu masih tetap ada.
Demikianlah kefahaman Ahlussunnah berhubung dengan Dienul Islam ini dengan istilah-istilah yang dibuat oleh para ulama, namun istilah-istilah tersebut tidak boleh menjadi hakim kerana tetap harus merujuk kepada ketentuan agama islam itu sendiri, sehingga jika ada ketidaksesuaian antara istilah buatan ulama dengan ketentuan agama, ketentuan agamalah yang dimenangkan.
Jika kita mengkaji akan Ihsan itu, maka ahlussunnah berpendapat sebuah amal dikatakan hasan cukup jika diniati ikhlas karena Allah, adapun selebihnya adalah kesempurnaan ihsan. Kesempurnaan ihsan meliputi 2 keadaan:
1.
Maqom Muraqobah iaitu senantiasa merasa diawasi dan diperhatikan oleh Allah dalam setiap aktiviti dan gerak gerinya.
2.
Maqom Musyahadah iaitu senantiasa memperhatikan sifat-sifat Allah dan mengaitkan seluruh aktiviti dan gerak-gerinya dengan sifat-sifat tersebut.
Persoalan saya disini, adakah saudara berpendapat bahawa mereka yang tidak mengikuti akan ajaran tarekat itu bukan dari golongan yang dikatakan sebagai Islam yang sebenar? Adakah zikir golongan ini merupakan zikir kulitnya sahaja tidak mendapat akan isi zikir tersebut? Adakah saudara berpendapat bahawa sunnah Rasul SAW itu adalah sebenar-benar tarekat dalam Islam?
Maaf sekiranya posting ini agak panjang kerana saya berpendapat Saudara Salikin ada pointnya yang tersendiri, dan Saudara ussop juga mempunyai pointnya yang tersendiri. Insyallah jika kita semua bermuzakarah secara hikmah dengan mencari titik pertemuan, bukannya titik perbezaan, yang keruh pasti dapat dijernihkan....
Wassalam ..... |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke? cuba tengok ni...
"...You wanted to have a book which would be sufficient (for your religious needs) (kafin), which would include all kinds of knowledge ('ilm) of religion, which would be adequate for the student, and to which the teacher might refer. Thus it could be used by anyone who wanted knowledge of religion and of legal practice ('amal) according to sound traditions (athar) from the truthful ones (the Imams) ..."
tu pasal, bila zaman ni, senang pendek cerita.... hadith riwayat kulaini tak sahih....
ibnur Post at 2-12-2009 15:21
Takkan sumber google jer cek Ibnur.....tapi kalau iapun bak mai lah adressnya boleh kita pakat2 lihat semuanya. Ini dikatakan khianat sebab ambil sekerat2 kemudian buat kesimpulan sendiri pulak tu.
Anyway kalau lihat pada ayat tu pun Kulaini tak habaq bahawa hadis yang dia kumpulkan itu semuanya sahih2 belaka. Sepatutnya dia tulislah....according to the true (sahih) sound tradition from the truthful ones (the Imams)...". memang pun Imam tu the truthful ones...takkanlah the liars pulak nooo.
Anyway diulang lagi beberapa kali bahawa dalam kaedah pencinta Ahlul-Bait, sumber kebenaran hanya daripada al-quran saja. Mana2 hadis yang bertentangan dengan al-quran maka ianya di tolak. Mereka merujuk kepada seorang mujtahid yang hidup dan tentu saja seorang mujtahid tu tak boleh bertaqlid. Tak macam wahabi yang semua ulama mereka tu mujtahid2 belaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 3-12-2009 22:58
386# sigila
sebab tu sy tidak pantas menyesatkan org2 rohani sebegini, cuma sy tidak berani mengikuti mereka kerana nabi pun tidak begitu....
ker ...
ussopp Post at 3-12-2009 22:57
Jamaluddin Rumi sebenarnya sedang fana' dalam kasih sayang Tuhannya..Dirinya sendiri telah binasa(fana) dlm wujud Tuhannya, maka terbitlah kata2 pujangga yg sentiasa memuji Tuhannya dan mengheningkan dirinya...perasaannya tidak dpt di buat2 dan di paksa2 sebab Allah yg lemparkan perasaan itu dlm hati hambaNya yg terpilih..dia tidak rasai lg wujud dirinya, apatah lg wujud makhluk sekelilingnya, umpama org yg berkasih yg tidak lg pedulikan rasa malu lalu bermadu kasih di hadapan org lain krn terlalu asyik di belai perasaannya..
Namun, orang yg di dlm makam fana ini adalah fitrah..belum layak dikatakan orang yg beragama dan mereka2 ini tidak boleh dijadikan contoh tauladan sekiranya mrk tidak berpegang pd akidah, syariat ,akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta seperti yg di ajarkan oleh Rasulullah. Hanya orang2 yg baqa yg layak memfardhukan agama ke atas dirinya.
Jadi, jgnlah kita salah faham mengatakan makam fana ini tinggi..
Hujurat [13]…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, |
|
|
|
|
|
|
| |
|