|
Post Last Edit by Rorine at 26-10-2009 09:35
Credit: Murai.Com 16-Oct-2009 | Oleh: Ellyna Ali
Rumah Terbuka, Karaoke Raya Meriah!
![](http://media.mit.net.my/photo/59/10162009_muraiophouse16(a).jpg)
KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER: Kesinambungan daripada program Yok Sahur yang dianjurkan pada bulan Ramadan lalu, portal hiburan Melayu terunggul, murai.com.my, melengkapkan acara Ramadan & Raya (R & R) tahun ini dengan menganjurkan Rumah Terbuka Murai dan Karaoke R & R bersempena sambutan Aidilfitri semalam.
Sekali lagi Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah (RACTAR), di Subang Mewah, USJ, Selangor telah dipilih sebagai lokasi rumah terbuka itu selepas ia menjadi lokasi terakhir Yok Sahur pada hujung Ramadan lalu.
Pada malam ini, ramai selebriti popular tanah air telah diundang untuk meraikan Aidilfitri bersama 50 kanak-kanak yang menghuni RACTAR, GengMurai, pihak media dan rakan penaja.
Apa yang menarik, selain berhari raya, murai.com.my juga menganjurkan pertandingan akhir karaoke lagu-lagu raya yang disertai oleh 7 peserta berbakat daripada pembaca portal hiburan ini.
Mereka yang bertanding ialah Mohd Kamalrul Attan dengan lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Mohd Zulkahfy Azhari (Anugerah Aidilfitri), Ahmad Fayzal Ayup (Air Mata Syawal), Endang Maya Sari (Sesuci Lebaran), Nurul Faraheeda Zulkifli (Selamat Hari Raya), Fatin Syazwani Ahmad Rosli (Suasana Hari Raya) dan Nur Fatirah Mohd Dzahir (Selamat Hari Raya).
Juara akhirnya menjadi milik Ahmad Fayzal Ayup, kedua Endang Maya Sari dan ketiga Mohd Zulkahfy Azhari. Mereka masing-masing menerima tiket penerbangan ke Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching sumbangan AirAsia serta hamper tajaan Penerbitan JAS.
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua rakan penaja terutama Metrowealth International Group (MIG) yang sudi menaja juadah raya pada hari ini. Tidak ketinggalan, AirAsia Berhad yang menaja hadiah tiket penerbangan, Pengedaran JAS Sdn Bhd (hamper karaoke), BHR Bina Resources (kanopi), Taman Budaya Kuala Lumpur (sistem audio) dan juga ERA FM (penyiar rasmi).
Ramai artis hadir malam tadi termasuk Diddy Hirdy, Azwan Ali, Linda Onn, Maya Karin, Lisa Surihani, Erema, Nurfatimah, Alyah, Izwan Pilus, Sheila Abdul, In-Heart, Shazrul, Raja Azmi Raja Sulaiman, Riz AF6, Munir Phyne Ballerz dan ramai lagi.
Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil, berkata, belum pernah pertandingan karaoke lagu raya dicetuskan secara online seperti yang dilakukan oleh portal ini.
"Pertandingan karaoke lagu raya yang menjadi sebahagian daripada segmen Ramadan & Raya (R&R) ini telah dimulakan pada awal Ramadan lagi di mana ia terbuka kepada semua komuniti pembaca murai.com.my. Lebih 100 penyertaan diterima tetapi hanya 50 saja yang layak bertanding dan mereka perlu menghantar maklumat peribadi, foto serta audio lagu raya nyanyian mereka. arikh tutup penyertaan ialah 10 Oktober lalu.
"Peserta juga bebas membawakan apa saja lagu raya yang menjadi pilihan mereka, tidak kira dalam bentuk unplugged mahu pun secara minus-one dan kemudian pembaca murai akan menentukan sendiri siapakah 10 peserta yang dirasakan paling layak masuk ke final.
"Sungguhpun begitu, hanya 8 peserta saja yang bakal bertanding di peringkat akhir malam ini disebabkan cukup syarat. Manakala, 4 peserta pula berpeluang untuk memperdengarkan lagu karaoke nyanyian mereka menerusi ERA FM pada Sabtu ini (17 Oktober).
"Portal murai.com.my juga berbesar hati apabila ERA FM sudi untuk bekerjasama dengan menjadi radio penyiar rasmi bagi pertandingan karaoke yang seumpama ini. Harap-harap kerjasama yang seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang," katanya.
Roslen berkata, Karaoke R&R ini telah diadakan untuk mencungkil bakat di kalangan pembaca murai.com.my, di samping menceriakan suasana sambutan raya pada tahun ini.
"Malah ia juga turut diadakan sebagai aktiviti sampingan untuk pembaca. Mereka bukan saja berpeluang membaca pelbagai paparan menarik dan terkini yang terdapat di dalam laman portal ini pada setiap hari tetapi mereka juga berpeluang untuk terbabit secara langsung di dalam program interaktif yang dianjurkan murai.com.my.
"Pada waktu yang sama, ini juga satu peluang untuk pembaca menunjukkan bakat nyanyian mereka di khalayak ramai khususnya di kalangan selebriti sendiri dalam sebuah majlis yang meriah. Menariknya, penyertaan yang diterima bukan saja dari Lembah Klang tapi dari negeri lain iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Pahang," katanya.
Pada majlis amal ini juga beberapa artis termasuk Umie Aida, Syazliana dan usahawan dari 369 HIO Marketing juga telah bermurah hati memberikan sumbangan duit raya kepada penghuni RACTAR. Artis yang membuat persembahan termasuklah Erema, Alyah dan artis baru, Shahzrul. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 26-10-2009 13:16
Gambar Lisa Surihani di belakang tabir film Zoo
Credit: My gosip.Com
![](http://3.bp.blogspot.com/_rrWobdCnCK0/Stfn1AsB-_I/AAAAAAAACYI/YlbY9i_h_8I/s400/lisa+surihani+makeup+1.jpg)
Lisa Surihani yang baru sahaja habis shooting filem Zoo arahan Azhari Zain yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.. filem yang bergenre komedi ni pasti ditunggu oleh ramai peminat setia Lisa Surihani kan.. Tak sabar rasanya nak tengok bagaimana Lisa Surihani berlakon dalam filem komedi pulak kan..
Sementara kita menunggu kemunculan filem zoo ni, kami ada selitkan gambar Lisa Surihani yang dimakeupkan oleh Dila Ramli semasa pengambaran filem zoo ni berlangsung.. selain itu kami juga ada menyediakan sinopsis filem zoo ni jugak.. Jom kita layan...
![](http://2.bp.blogspot.com/_rrWobdCnCK0/Stfn0g6yC2I/AAAAAAAACYA/qkVZta1YGcM/s400/lisa+surihani+makeup+2.jpg)
![](http://4.bp.blogspot.com/_rrWobdCnCK0/Stfn0Q2JY2I/AAAAAAAACX4/X6v3usFw1Vg/s400/lisa+surihani+makeup+3.jpg)
![](http://1.bp.blogspot.com/_rrWobdCnCK0/Stfnz4msVJI/AAAAAAAACXw/eZOb-o5Yaz8/s400/lisa+surihani+makeup+4.jpg)
pelakon:Lisa Surihani
Azli senario
Lan Pet Pet
Bob Lokman
Angah Raja Lawak
SINOPSIS FILEM ZOO LAKONAN LAN PET PET DAN LISA SURIHANI
Zoo merupakan sebuah filem komedi fantasi. Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.
Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan zoo, Lan secara tidak sengaja telah menyertai satu sesi temuduga yang dikendalikan pengurus zoo, Encik Din. Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itulah bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan. Lan telah diperkenalkan kepada seorang pekerja di situ iaitu Shila.
Menurut Shila, ramal pengawal di zoo telah lari selepas semalaman bekerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita daripada Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawalkannya. Pelbagai insiden lucu berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut.
Lan sendiri melihat haiwan-haiwan seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan. Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara itu kepada Shila dan Encik Din tetapi mereka tidak mempercayainya. Begitu juga dengan Encik Osman yang turut bekerja di zoo tidak mempercayai kata-kata Lan.
Osman pula pandai membodek Encik Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik.
Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut. Encik Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberikan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan haiwan-haiwan tersebut untuk membuktikannya tidak bersalah.
Menerusi siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di zoo, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar dengan bantuan orang dalaman. Lan telah menamakan beberapa suspek yang dicurigai tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
walopon aku pompuan, suke sgt ngan lisa xpenah aku tgk dier menyeksa tak tentu arah![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 26-10-2009 12:19
Pelat sudah sebati sejak kecil
Oleh HARYATI KARIM
Credit: [email protected] 15 Oktober 2009
"Apa yang saya suka kalau dia temankan saya, dia akan berikan pendapat yang jujur tentang progresif kerja saya. Kadangkala dia kata lakonan saya tak cukup bagus dan suruh saya perbaiki pada masa itu juga" – LISA SURIHANI
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1015/Kosmo/Hiburan/hi_01.1.jpg)
NAMPAKNYA rezeki pelakon jelita Lisa Surihani semakin melimpah ruah. Baru dua tahun bergelar pelakon sudah berderet filem dan drama yang menggunakan khidmatnya.
Memang ramai yang mengakui, kini Lisa antara pelakon terhangat di pasaran. Dia boleh diibaratkan sebagai pelaris produk.
Namun, sebagai manusia biasa, Lisa juga ada kekurangan diri yang tidak boleh disembunyikan. Mungkin ramai yang tidak perasaan akan kekurangan pada diri gadis berusia 23 tahun itu di layar perak dan kaca TV tetapi sebenarnya Lisa mengalami kesukaran untuk menyebut huruf 'r' dengan betul.
Walaupun begitu, pemenang anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-21 menerusi filem I'm Not Single itu langsung tidak terkejut dengan pertanyaan itu malah, mengakui pelat huruf 'r' memang sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi.
Baginya itu bukanlah satu masalah yang besar kerana kebanyakan penerbit dan pengarah filem menganggap pelatnya itu bukan satu perkara yang besar kerana ramai lagi pelakon dan penyanyi turut menghadapi masalah yang sama.
"Saya tak terasa hati langsung dengan soalan itu. Ini pertama kali orang tanya. Saya juga tak terfikir pula untuk melakukan rawatan untuk mengubat pelat huruf 'r' ini.
"Saya tanamkan dalam diri yang pelat huruf 'r' ini bukannya perkara negatif mungkin ada boleh dijadikan sebagai identiti saya kerana ada juga pelakon yang mempunyai pelat 's'.
"Memang saya pernah maklumkan kepada pengarah tentang hal ini tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai masalah dengan sebutan saya dan belum pernah lagi saya mendapat komen negatif tentang itu," ujarnya.
Oleh itu, untuk menyebut setiap perkataan tanpa kesalahan di hadapan kamera, Lisa selalu melatih skrip yang mempunyai sebutan 'r'.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1015/Kosmo/Hiburan/hi_01.2.jpg)
Bagaimanapun, Lisa menganggap semua komen negatif yang diterimanya sebagai satu motivasi diri yang perlu dipandang serius.
"Jika orang fikir pelat saya satu masalah yang besar, saya hormat pandangan mereka dan apa yang kurang saya akan perbaiki.
"Setiap individu ada hak untuk bercakap dan ia bergantung kepada saya untuk mengambil perkara itu sebagai menjatuhkan saya atau membina. Ramai peminat yang menyokong dan berpesan kepada saya supaya jangan berputus asa dengan mudah," ujarnya.
Ibu bukan pengurus peribadi!
Sejak mula melibatkan diri dalam dunia seni, Lisa sentiasa diekori ibunya. Tiada satu penggambaran, majlis sidang media mahupun majlis hiburan lain tanpa kelibat ibunya, Siti Amira Ahmad yang berusia 59 tahun.
Ramai yang menganggap ibunya adalah pengurus peribadinya seperti mana beberapa artis muda yang lain tetapi bagi Lisa dakwaan itu tidak tepat meskipun dia senang ditemani ibunya sejak berlakon pada usia seawal 11 tahun.
"Arwah ayah saya telah amanahkan 'mummy' untuk menjaga saya. Jadi tiada kaitan tentang 'mummy' tidak percaya untuk melepaskan saya seorang diri. Dia juga bukannya pembantu peribadi saya.
"Saya harap hal ini sudah jelas. 'Mummy' sekadar teman dan saya rasa selamat bila dia berada dekat dengan saya. Memang saya tahu apabila di lokasi pengambaran semua orang akan perhatikan dia tetapi dia tidak membawa apa-apa masalah pun.
"Bila selalu ikut saya pergi penggambaran, dia pula secara tidak langsung belajar tentang selok belok penggambaran. 'Mummy' sudah pandai komen 'conti (continuity) lari'. Saya rasa tak salah untuk dia temankan saya. Tambahan, arwah 'daddy' sudah tiada, jadi saya suka dia temankan saya daripada duduk seorang diri di rumah," luahnya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1015/Kosmo/Hiburan/hi_01.3.jpg)
Selain itu, Lisa yang bakal muncul dalam beberapa buah filem yang masih belum ditayangkan seperti V3: Samseng Jalanan, Kapoww!, Lagenda Budak Setan, Zoo dan Semerah Cinta Stilleto berkata meskipun ibunya bukan pengurus peribadi tetapi dia cukup selesa untuk berbincang tentang sesuatu perkara bersama ibunya.
"Apa yang saya suka kalau dia temankan saya, dia akan berikan pendapat yang jujur tentang progresif kerja saya. Kadangkala dia kata lakonan saya tak cukup bagus dan suruh saya perbaiki pada masa itu juga
"Selebihnya, saya rasa tenang jika setiap pekerjaan yang saya lakukan mendapat restunya," katanya.
Walaupun sentiasa diekori ibu, itu tidak bermakna segala pergerakan Lisa dikawal ketat oleh ibunya.
"Tolong jangan salah faham, 'mummy' hanya teman saya masa kerja seni sahaja seperti penggambaran, majlis hiburan dan sesi fotografi.
"Kalau saya nak keluar bersama teman-teman, mummy' tidak ikut. Saya tidaklah dikongkong seperti yang didakwa," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Mertua Vs Menantu 2 di Seri Kembangan, baru-baru ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 23-10-2009 00:24
![](http://mediamalaya.com/wp-content/uploads/2008/11/1lisa-surihani.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 23-10-2009 00:26
![](http://mediamalaya.com/wp-content/uploads/2008/11/2lisa-surihani.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Nk join gak.... Love Lisa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 26-10-2009 11:28
Red-hot chemistry
Credit: MALAY MAIL Online Thursday, October 8th, 2009
![](http://www.mmail.com.my/sites/default/files/imagecache/medium/lisa_0.jpg)
ON-SCREEN romantic chemistry is often elusive among leading couples for most local productions.
In decades of Malaysian cinema, there have been only a handful of screen couples, almost iconic for their uncanny ability to convince cinemagoers that they’re a match made in heaven.
Into their fourth attempt, Lisa Surihani (pic) and Farid Kamil seem to be headed down this path, thanks to producer David Teo, who’s continuing his role as their ‘matchmaker’.
The head honcho of MIG Production Sdn Bhd (MIG) had previously put the two together for its previous films such as I’m Not Single and Remp-It V3.
This formula was recently borrowed by Tarantella Pictures for, Lagenda Budak Setan as well as a serial drama in Tiga Janda.
Now the couple are reunited in MIG’s upcoming 37th feature film release, Semerah Cinta Stileto.
Directed by Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Lisa and Farid play characters Stila and Leto in what Teo calls ‘the screen dream’ and the perfect couple.
“I want to make them the romantic couple icon. Their chemistry on-screen is obvious and I know they will woo the audience with the believability of their match-up.”
For Farid, Teo’s expectations are not exactly far-fetched. “It’s actually a good thing because we are familiar with the way each other works and our chemistry has been apparent from our first time in I’m Not Single.
“What David Teo sees in us, is for him, but I do feel that we are compatible in that sense and we don’t have to try harder than we have to as it just comes naturally for us to act across from each other,” Farid added.
Shooting for Semerah Cinta Stileto began on Aug 12 and features a cast of familiar names like Nanu Baharudin, Cat Farish, Shaharudin Thamby, Datuk Jamali Shadat, Maimon Muttalib, Angah and Mie from Raja Lawak, Rama as well as Kenchana Dewi.
Farid said, “Lisa has matured in her acting, especially since she has done a lot more acting since then, and it really does show.”
He plays a middle income fishmonger who lives in a flat, that through a series of events, gets acquainted with Stila, who resides in a bungalow just in across from his flat.
The movie’s storyline revolves around the differences between them which actually draws the couple
closer.
As usual, family opposition is expected to add to the drama. For Lisa, while giving it her all, getting into character for Semerah Cinta Stileto was not too much of a challenge.
“We (Farid and I) have worked together, so any ‘on-screen love affairs’ are not exactly new to us as a couple.
“Still, it’s my responsibility to deliver and I keep finding something new each time to put into my acting. And I think that with every film, I get a little better at it.”
For director Ahmad Idham, the movie’s theme does not centre so much on the simple boy meets girl major drama awaits as family oppose theme.
“It’s also a social commentary,” he said.
“We lace a popcorn appeal film like this, to send out stronger messages. For Semerah Cinta Stileto, it revolves more about ‘does your fate or where you were born make you who you are?
Do you get a leg-up in life, just because you are more fortunate?’” He said this approach was to enable the audience to think without burdening them too much with more serious approaches. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 26-10-2009 09:40
'Maaf jika saya bersalah' - Lisa Surihani
Credit: mStar Online Rabu Oktober 21, 2009
MENGENALI aktres muda ini, tidak dinafikan dia adalah seorang yang cukup peramah. Malah, ramai produser juga akui cukup senang bekerja dengan pelakon berusia 23 tahun ini kerana sikap profesionalnya.
Namun, tatkala karier seninya sedang menuju ke puncak, Lisa Surihani akui sedikit terguris bila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia sudah mula berlagak.
Tutur pelakon ini, dia sendiri agak terkejut apabila membaca tentang kisah itu di dalam sebuah akhbar baru-baru ini, sedangkan hakikatnya, dia seboleh mungkin tidak pernah 'mengabaikan' peminat-peminat atau pun tetamu lain andai kata bertemu di mana-mana majlis.
![](http://mstar.com.my/archives/2009/10/21/mstar_hiburan/lisa11.jpg)
Kata Lisa, dia sedar tahap yang dikecapinya sehingga hari ini banyak dibantu oleh peminat. Tidak mungkin segala sokongan yang dicurahkan kepadanya selama ini diambil lewa oleh dirinya.
"Sejujurnya, saya terkejut dan agak keliru sebenarnya bila timbul cerita seperti ini. Di dalam cerita tersebut, saya dikatakan berlagak dan seperti malas layan peminat ketika berada di satu majlis hari raya.
"Malah, saya juga dikatakan telah mengecilkan hati orang kuat sebuah produk kosmetik kerana sikap tidak mesra saya. Rasanya, biarlah saya perbetulkan tentang perkara ini.
"Baru-baru ini, saya menghadiri dua buah majlis hari raya pada hari yang sama. Jadi, saya tidak nafikan, mungkin agak penat sedikit kerana pergi ke dua buah majlis.
"Tetapi, setahu saya, tidak pula saya 'kekwat' atau tidak layan orang lain ketika di sana. Dan saya sendiri tidak pasti di majlis yang mana satu saya dilihat tidak 'mesra'.
"Rasanya, saya tidak pula diperkenalkan dengan mana-mana wakil produk kecantikan ketika di mana-mana majlis itu.
"Selama ini, sepenat mana pun saya, tetap saya akan cuba melayan dan menegur peminat serta tetamu di mana-mana majlis yang saya hadiri," kata Lisa dalam nada perlahan.
Kata pelakon yang sedang sibuk menjalani penggambaran Mertua VS Menantu musim kedua ini, mereka yang mengenali peribadinya yang sebenar akan tahu sama ada dia adalah orang seperti yang dikatakan atau tidak.
"Bukan ingin mengangkat diri sendiri, tetapi hakikatnya, saya memang seorang yang peramah. Cuma mungkin jika ada masanya saya tidak tersenyum, itu mungkin menandakan saya sedang letih.
"Tetapi, saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat tentang perkara ini. Lagipun, saya sedar, berada dalam industri ini, saya memang akan terdedah dengan kisah-kisah seperti ini.
"Apapun, saya masih 'hijau' dalam bidang ini. Masih banyak perkara yang mungkin akan saya lalui kelak. Dan ini pula adalah kali pertama saya 'kena' macam ni.
"Cuma saya harap, ia tidak memberi kesan kepada perjalan karier saya," ujar pemenang anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-21 ini.
Menurut Lisa lagi, dia sendiri sudah menjelaskan kepada peminat-peminatnya di laman web Facebook agar mereka tidak salah anggap terhadap dirinya.
"Apapun, maaf jika saya bersalah. Alhamdulillah, respon yang saya dapat setakat ini amat positif. Dan saya sendiri akan cuba perbaiki kekurangan diri dari semasa ke semasa," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 26-10-2009 11:26
Lisa dikritik lakonan tak cukup ‘ummph’
Credit: Mstar Online Mon 12 Oct 2009
![](http://i83.servimg.com/u/f83/12/83/18/86/lisa0110.jpg)
BUKAN mudah untuk dinobatkan sebagai pelakon yang terhebat dan profesional kerana setiap perkara serta gerak-geri akan diperhatikan oleh peminat industri perfileman tempatan.
Sebut tentang pelakon terhebat, baru-baru ini pelakon terkenal Lisa Surihani akui kagum apabila dapat berlakon buat pertama kalinya dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira menerusi drama ‘Mertua Vs Menantu musim kedua’.
Katanya, dia berharap dapat dipertemukan dengan Erra dalam satu babak kerana pelakon itu pernah dinobat sebagai pelakon terhebat.
Tambahan pula, gandingan ini juga merupakan kerjasama pertama Lisa bersama dengan dua watak baru lain lakonan Farid Kamil dan Ezani Nizariff selepas drama ini mengutip kutipan rating tertinggi dalam sejarah Astro iaitu 2.7 juta penonton.
“Saya 'komited' untuk laksana tanggungjawab ini kerana peluang ini hanya datang sekali, jadi saya rasa berbesar hati dan ‘excited’.
“Saya memulakan penggambaran dengan cerita yang mempunyai rating tinggi dan pelakon yang gah dan senior seperti Erra, yang walaupun dia ada status tersendiri tetapi dia amat merendah diri.
“Saya kagum dengan dia. Saya tak habis baca skrip lagi dan tidak tahu kami berdua mempunyai babak bersama atau tidak tetapi saya harap ada kerana dia pernah dinobat sebagai pelakon terhebat,” katanya yang berlakon dalam drama itu sebagai salah satu kontrak eksklusif dengan Astro Megadrama.
Menyentuh tentang pelakon profesional pula, ada yang menyangkal Lisa mampu menggalas tugasnya sebagai pelakon dengan baik.
![](http://i83.servimg.com/u/f83/12/83/18/86/lisa0210.jpg)
Hal ini berlaku bilamana pelat huruf ‘r’ yang dialami oleh Lisa didakwa kurang memenuhi kriteria untuk menjadi pelakon profesional.
Walaupun begitu, pemenang anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-21 menerusi filem ‘I’m Not Single’ ini akui pelat huruf ‘r’ memang sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi.
Lantas dia tidak terlalu mengambil keadaan itu sebagai suatu masalah besar.
“Saya tak terasa hati langsung dengan dakwaan itu. Saya juga tak terfikir pula untuk melakukan rawatan untuk mengubat pelat huruf ‘r’ ini.
“Saya selalu beritahu diri-sendiri yang pelat huruf ‘r’ ini bukannya untuk jatuhkan diri saya tetapi saya perlu tingkatkan diri. Saya harap dapat ‘improve’ melalui praktis.
“Saya juga pernah maklumkan kepada pengarah tentang hal ini tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai masalah dengan sebutan ‘r’ saya dan belum pernah lagi saya mendapat komen negatif tentang itu,” luahnya sambil tersenyum.
Tambah Lisa, sebagai manusia biasa dia hanya mampu mengambil setiap komen dengan tujuan untuk memperbaiki dirinya dari masa ke semasa.
“Jika orang fikir macam tu, saya hormat pandangan mereka dan apa yang kurang saya akan perbaiki.
“Setiap individu ada hak untuk bercakap dan ia bergantung kepada saya untuk mengambil perkara itu sebagai menjatuhkan saya atau membina.
“Saya kena anggap positif. Lagipun, ramai peminat saya di FaceBook dan Twitter yang menyokong saya dan selalu berpesan supaya jangan ‘give up’,” katanya yang teringin berlakon dengan pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Adlin Aman Ramli, Afdlin Shauki dan Shaheizy Sam.
Setakat ini, Lisa berkata secara kebetulan skrip drama dan filem lakonannya adalah bersama Farid Kamil.
Jadi, dia tidak mampu menolak gandingan itu atas kehendak skrip tetapi dia tidak menafikan mahu berlakon lagi dengan pelakon hebat lain seperti Que Haidar.
“Saya pernah berlakon dengan Que dalam filem ‘Lagenda Budak Setan’ dan kalau boleh saya nak berlakon bersamanya lagi sebab dia sangat berdedikasi dan bagus.
“Saya juga nak belajar cara kerja Adlin, Afdlin dan Rosyam serta suka melihat Shaheizy dengan unsur lakonan yang semulajadi,” ujarnya yang telah dua tahun aktif dalam industri ini.
Sejak mula-mula memasuki dunia seni ini, diperhatikan ibu Lisa sentiasa mengekori ke mana anak gadisnya itu pergi.
Namun, Lisa hanya mampu meminta semua peminat supaya lebih berfikiran positif dengan menerangkan yang ibunya itu telah mengikutinya sejak dia terlibat dalam industri semasa berusia 10 tahun.
“Arwah ayah saya telah mengamanahkan ‘mummy’ untuk menjaga saya. Jadi tiada kaitan tentang ‘mummy’ tidak percaya untuk melepaskan saya seorang diri. Dia juga bukannya pembantu peribadi saya.
“Saya harap hal ini sudah jelas. ‘Mummy’ sekadar teman saya. Saya tahu apabila di lokasi pengambaran semua orang akan perhatikan dia tetapi dia tidak membawa apa-apa masalah pun.
“Dia pun ada belajar kerja seni seperti syot dan dah pandai komen ‘conti (continuety) lari’. Saya rasa tak salah untuk dia temankan saya. Nak-nak arwah ‘daddy’ dah tiada, jadi saya suka dia temankan saya.
“Saya rasa lebih selamat kerana ahli keluarga ada bersama,” jelas pelakon filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ ini.
Lisa berkata dia lebih selesa berbincang dan meminta pendapat daripada ibunya. Selebihnya adalah untuk mendapatkan restunya.
“Apa yang saya suka kalau dia temankan saya, dia akan berikan pendapat yang jujur tentang progresif kerja saya. Kadangkala dia kata lakonan saya tak cukup ‘ummph’,” cerita Lisa.
Dalam perkembangan lain, Lisa yang membawakan watak Maya dalam ‘Mertua Vs Menantu 2’ ini sedang menantikan tayangan filemnya di pawagam seperti ‘V3’, ‘Kapoww!’, ‘Lagenda Budak Setan’, ‘Zoo’ dan ‘Semerah Cinta Stilleto’. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 26-10-2009 11:31
Prebiu Astro Megadrama Gadis Cuci & Dua Marhalah
Credit: Budiey.Com
Baru sahaja pulang dari Cineileisure, Damansara. Ada event Tayangan Eksklusif Drama Terbaru di Astro Ria dan Astro Oasis, GADIS CUCI dan DUA MARHALAH pada jam 3 petang tadi. Sebetulnya, bukan setakat 2 drama tu sahaja yang ditayangkan kepada media, tetapi banyak lagi drama yang akan dipertontonkan sepanjang bulan Mei ini. Semuanya drama yang segar dan mantap-mantap.
![](http://farm4.static.flickr.com/3409/3503692797_dc6dd70bb2_o.jpg)
Maka, ramailah pelakon drama yang datang. Antaranya… Lisa Surihani
![](http://farm4.static.flickr.com/3646/3504505638_99f6b14bcc_o.jpg)
LISA SURIHANI, yang kononnya digossipkan bercinta dengan Farid Kamil. Padahal, tidak… Lisa masih lagi tidak punya kekasih hati…
Tapi apa yang pasti, Lisa sangat sibuk. Masa dalam hall pawagam tadi pun, Lisa Surihani sibuk sekali berbalas SMS. Dengan siapa? Dengan buah hati ke? Kata tak bercinta? Ish, dengan famili… Ooo… ada tawaran berlakon masuk lagi…
![](http://farm4.static.flickr.com/3586/3503693455_6f16c50d66_o.jpg)
Paling best, tengok sedutan hebat yang kelakar giler dari drama Gadis Cuci… memang gelak habis tengok gelagat gadis-gadis cantik yang kononnya mahu menjadi pencuci kereta terbaik di Malaysia.
Paling sedih, tengok sedutan drama lakonan Aaron Aziz dalam drama Oh Ibu yang ditayangkan di Astro Prima. Memang menginsafkan dan mengingatkan kita betapa besar jasa ibu. Hargailah jasa bakti dan curahkan kasih sayang semasa ibu masih ada di dunia ini.
![](http://farm4.static.flickr.com/3326/3503693033_70d82ebece_o.jpg)
Fuyo… seksinya pelakon drama ni… sedang drama ini akan ditayangkan di Astro Oasis. Jangan lupa saksikan drama Dua Marhalah yang menampilkan Zizie Izette bertudung. Manis betul dia bila bertudung. |
|
|
|
|
|
|
|
bgmot harap lisa tak end up dgn dato2 atau anak datok sekalipun...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 26-10-2009 13:22
Lisa Surihani sebelum sessi PhotoshootCredit: My gosip.Com
Lisa Surihani pelakon dan model remaja yang sememangnya popular di Malaysia, siapa yang tak kenal dengan Lisa Surihani?. Lisa Surihani semakin hari semakin laku didalam dunia hiburan tanah air kita sekarang, satu persatu tawaran yang datang kepada Lisa Surihani. Bagai air paip yang mencurah-curah.. Mungkin juga Lisa Surihani bakal mengantikan tempat Erra Fazira dimasa akan datang. ianya tidak mustahil kerana Lisa Surihani sememangnya cantik dan berbakat.
kita selalu lihat Lisa Surihani didalam film, drama atau pun poster-poster bagi produk popular. jarang sekali kita lihat Lisa Surihani dibelakang tabir sebelum sessi photoshoot dilakukan. MyGosip dengan senang hati menyiarkan gambar Lisa Surihani yang membuat persiapan sebelum sessi photoshoot dilakukan
Sungguh cantik Lisa Surihani kan, dengan usaha gigih para makeup artis dan staf-staf yang bertugas berjaya mencantikkan lagi Lisa Surihani. Taniah buat korang.
lisa surihani sedang dimakeupkan
lisa surihani sedang dimakeupkan
lisa surihani
lisa surihani setelah dimakeupkan
lisa surihani dan tenaga kerja |
|
|
|
|
|
|
|
414# 033589
suke ati lisa lar .. nape plak ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 26-10-2009 12:34
VIP, Selebriti Terkenal Banjiri DFP
Credit: Murai.Com 13-Oct-2009
![](http://media.mit.net.my/photo/59/1082009_irfan(a).jpg)
![](http://media.mit.net.my/photo/59/1082009_irfan14(a).jpg)
![](http://media.mit.net.my/photo/59/1082009_irfan9(a).jpg)
![](http://media.mit.net.my/photo/59/1082009_irfan8(a).jpg)
Suasana glamour telah menghiasi Dewan Filharmonik Petronas (DFP), di KLCC, baru-baru ini apabila tetamu daripada kalangan VIP dan selebriti diundang ke Malam Gala Concert 09/10.
Bukan sahaja untuk menikmati alunan muzik oleh Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) pimpinan Claus Peter Flor yang mengalunkan lagu-lagu klasikal daripada Ludwig Van Beethoven, tetapi juga untuk menyaksikan kehebatan adik Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal yang berusia 11 tahun tetapi sudah handal menguasai piano.
Sejak jam 7.45 malam lagi, tetamu yang berpakaian sut dan evening dress telah mula sampai di lobi DFP dan menikmati hidangan koktel. Ketika itulah masing-masing bertegur sapa, bertukar cerita malah menghulurkan salam ucapan Selamat Hari Raya kerana masih lagi di bulan Syawal.
Antara mereka yang kelihatan ialah YAM Tengku Puteri Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Ku Yah), YM Toh Puan Seri Diraja Datuk Paduka Noor Aini, Tunku Munira Tunku Mustapha, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Syafinaz Selamat, Helen Yap, Dato Sheila Majid & Acis, Ramli MS, Datuk Rahim Razali, Chef Wan, Lisa Surihani, Anita Sarawak & Mahathir Abdullah, Azharina, Awal Ashaari, Linda Onn dan Fairuz Hussein.
Turut kelihatan Deborah Henry, Adrian Seet, Atilia, Salamiah Hassan, U-Wei Hj Shaari, Mr & Mrs Sin, Gayatri Su-Lin Pillai, Kudsia Kahar, Lah Ahmad, Billbora, Paul Moss, Yasmin Hani, Diana Danielle, Fizo Omar dan Stephanie Chai.
Tidak dinafikan masing-masing teruja untuk melihat bagaimana seorang kanak-kanak yang masih kecil mampu beraksi dengan orkestra 75-piece bertaraf dunia itu. Akhirnya aksi serta kemampuan Irfan itu telah terbukti menerusi segmen yang pertama dan hadirin nyata terpegun dengan kehebatannya itu.
Lagu lain yang dimainkan oleh MPO malam itu adalah Overture: Coriolan (Op.62), Piano Concerto in E flat (wo04) serta Symphony No 5 in C minor (Op.67).
Sedikit tentang sejarah Tengku Ahmad Irfan, beliau telah menunjukkan bakat semulajadi dalam bidang muzik seawal usia 7 tahun. Dalam masa 2 tahun, dia telah dianugerahkan sijil cemerlang dari Trinity Guildhall untuk piano solo Gred 5 sebelum menerima kepujian untuk Gred 8.
Pada awal penglibatannya dalam seni, Tengku Ahmad Irfan telah berjaya mengalunkan repertoire yang hebat tanpa sebarang bimbingan khusus. Bakatnya telah menarik perhatian ramai hingga diundang membuat persembahan di kaca TV dan terlibat dalam Program Pendidikan & Luaran MPO.
Tengku Ahmad Irfan juga pernah menghadiri masterclass di bawah bimbingan Professor Dr Arbo Valdma dan kini berada di bawah bimbingan Professor Snezana Panovska.
Menariknya pada malam gala itu, Tengku Ahmad Irfan turut mempamerkan bakatnya dalam mengalunkan cadenza piano ciptaan beliau sendiri. Kemampuan adik kecil itu jelas membuka mata ramai pihak termasuk komposer handalan seperti Ramli MS dan Helen Yap.
"Saya sangat kagum dengan bakat Tengku. Dia memang boleh pergi jauh dan seharusnya diberikan sokongan berterusan kerana jarang sekali saya melihat kanak-kanak kecil sepertinya mampu bermain muzik dengan sebuah orkestra yang besar," kata Ramli MS.
Kenyataan itu disokong oleh Helen Yap yang berkata, kemampuan Tengku Ahmad Irfan sangat mempesonakan.
Tahniah murai.com.my ucapkan kepada semua team DFP terutama CEOnya, Karina Ridzuan dan Eksekutif Perhubungan Medianya, Hisham Abdul Jalil (Harry), kerana berjaya menganjurkan malam gala yang sungguh bermakna itu dan mencetuskan sesuatu yang positif untuk dunia seni Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
MEDIA HIBURAN 10-16 OKTOBER 2009
![](http://i695.photobucket.com/albums/vv315/srisaujana4/IMG_0010-7.jpg)
![](http://i695.photobucket.com/albums/vv315/srisaujana4/IMG_0011-6.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 26-10-2009 13:30
B POP BERITA MINGGU
AHAD 18 OKTOBER 2009
![](http://i695.photobucket.com/albums/vv315/srisaujana4/IMG_0012-4.jpg) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|