CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 4-12-2009 09:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by baghal at 4-12-2009 09:52
dalam hal furu' yakni perkara cabang dan fikah, jika berlaku bidaah, ianya tidaklah mengancam sgt....

contohlah rasul tidak pernah kata bt yassin mlm jumaat, tp ada dikalangan kita yg membuatkan or ...
ussopp Post at 3-12-2009 23:51


Saya faham kerisauan tuan tentang perkara2 yg akan merosakan agama tp itu tidak bermakna kita harus mengabaikan perkara yg kita tidak tahu, terutamanya dlm bab akidah..

Kita tidak akan sesat selagi kita merujuk kpd;  1. Al-Quran
                                                                  2. Hadis Rasulullah
                                                                  3. Ijmak ulama yg bersendikan Al-Quran dan Hadis
                                                                  4. Qias yg bersendikan Al-Quran dan Hadis
Umat Muhammad akan berpecah kpd 72 puak yg sesat akidah;

1. Kaum Rafidhiyah - 12 puak
2. Kaum Jabariah    - 12 puak
3. Kaum Kharijiah   - 12 puak
4. Kaum Qadariah   - 12 puak
5. Kaum Jahmiah    - 12 puak
6. Kaum Murji'ah    - 12 puak

Asas seseorang menjadi kufur atau murtad dan bidaah dholalah iaitu;

1. Jahil Murakab - menerima dan beramal sesuatu yg baik dan jahat dgn tidak berbetulan sasarnya atau perkataan            
                         dan perbuatan orang itu tidak bertepatan dan tidak selari seperti asalnya samada dlm bab aqidah,
                         syariat dan akhlak.
                        
2. Jahil Basit - Berdegil atau keras hati di dlm menerima ilmu dan amal yg baik sehingga diberitahu berita gembira atau takut
                     sama shj, tidak ada apa2 kesan dan tidak boleh menerima atau melaksanakan sesuatu yg betul di dlm bab
                     aqidah, syariat dan akhlak, samada di ajar atau di tegur.

3. Rabtul A'di - Berpegang teguh pd hukum adat dlm hidup dan kehidupan dgn menolak semua sekali hukum syarak dan
                      hukum akal.

4. Taqlidur Rad'di - Ikut membabi buta tanpa merujuk kpd hukum syarak dan hukum akal serta kpd ulama2 yg faham dan
                            beramal dgn ilmunya.

5. Tahsinul Aqli - Mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias dlm aqidah,
                         syariat dan akhlak.

6. Hululliah - Mengiktiqad zat Allah itu menjelma di dlm alam, menyerupai sesuatu drpd alam zahir dan batinnya.
                   Umpama iktiqad yahudi iaitu zat Allah menjelma dlm alam menyerupai nabi Allah Uzair as.
                   Iktiqad kristian zat Allah menjelma dlm alam menyerupai Mariam dan Isa as.

7. Tanasikhul Arwah - Mengiktiqad zat nabi2, wali2 dan malaikat menjelma masuk dlm diri seseorang dan orang yg
                                mendapat penjelmaan itu boleh menzahirkan beberapa yg menyalahi kebiasaan bg membuktikan
                                kebenarannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2009 12:12 PM | Show all posts
Takkan sumber google jer cek Ibnur.....tapi kalau iapun bak mai lah adressnya boleh kita pakat2 lihat semuanya. Ini dikatakan khianat sebab ambil sekerat2 kemudian buat kesimpulan sendiri pulak tu ...
Gravedigger Post at 4-12-2009 07:35


ko yang pakar google tak nak ngaku pulak.  quote tu aku ambil dari website al-shia dot com la.  itu sahaja yang dia tulis dan bukan aku edit sekerat-sekerat, shiah yang edit tok grave oooiii.  dan memang aku ada bookmark lagi website tu.  sebab korang bukannya tau apa yang dia orang tulis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 12:17 PM | Show all posts
Anyway diulang lagi beberapa kali bahawa dalam kaedah pencinta Ahlul-Bait, sumber kebenaran hanya daripada al-quran saja. Mana2 hadis yang bertentangan dengan al-quran maka ianya di tolak. Mereka merujuk kepada seorang mujtahid yang hidup dan tentu saja seorang mujtahid tu tak boleh bertaqlid. Tak macam wahabi yang semua ulama mereka tu mujtahid2 belaka..  Gravedigger Post at 4-12-2009 07:35


yer la tu...  ponat-ponat kulaini menulis, last-last kata tak leh pakai.  dulu zaman kulaini kata okay, bila dia dah tak ada, jadi tak leh pakai pulak.  

aku malas la nak quote lagik.  ko boleh rujuk balik di thread takrif al-quran.  Kat situ pun aku ada paste pasal kulaini dan al kahfi dia.  bukan aku ambil dari website sunni, aku ambil dari website shiah.  kalau ko berminat...  sila kan lah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 07:39 PM | Show all posts
384# salikin
Shiekh ingat tulang 4 kerat dgn akai yang singkat tuan dapat mengubah takdir Allah S.W.T ker? terer sangat ke usaha dan iktiar miker nie?????


Apa shiekh ingat ciptaan Allah ni sia-sia jer ke?.. kena berusaha kerana kita diberikan kemerdekaan berkehendak!.. dan segala-galanya atas keizinanNya.
Ash-Shams
7 Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);  
8 Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;

Al-Fussilat : 46
Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.

Bukannya menyerah bulat-bulat menunggu rezeki dari langit tanpa berusaha mencari rezeki.
Nazrulism Post at 3-12-2009 13:59
Nazrulism agak2 ucapan miker ni dari pihak mana? Wahabi sama idak?


Kalau sheikh hanya menyerah bulat-bulat menunggu rezeki jatuh dari langit umpama mengatakan manusia ini 'musayyar'-mengikut sahaja seperti setangkai bulu ditengah angin bertiup kencang, terumbang ambing kesana sini mengikut angin.
setahu aku.. inilah fahaman Jabariah.

Miker kena check balik.. adakah fahaman miker macam tu!

Jika manusia dianggap 'mukhayyar'-iaitu ia dapat melaksanakan perbuatannya, semata-mata dengan iradah dan kemahuannya sahaja... ini barulah kena dengan fahaman Muktazilah dan Imamiyah yang terlupa setiap perbuatan dan hasilnya (sebab-akibat) atas kehendak (keizinan) Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 09:46 PM | Show all posts
384# salikin  


Apa shiekh ingat ciptaan Allah ni sia-sia jer ke?.. kena berusahakerana kita diberikan kemerdekaan berkehendak!.. dan segala-galanyaatas keizinanNya.
Nazrulism Post at 4-12-2009 19:39


Jadi mcmana kita nak amalkan " tiada dayaupaya melainkan daya upaya Allah"..merdekakah kita?

Dan adakah makhluk ni ada upayanya sendiri?

Apa beza kehendak Allah dgn keizinan Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:06 PM | Show all posts
384# salikin  


Apa shiekh ingat ciptaan Allah ni sia-sia jer ke?.. kena berusaha kerana kita diberikan kemerdekaan berkehendak!.. dan segala-galanya atas keizinanNya.
Ash-Shams
7 Demi diri man ...
Nazrulism Post at 4-12-2009 19:39


petikan dari Al-Hikam, karangan Syeikh Ibnu Atho'illah;

         "Kekerasan semangat perjuangan itu, tidak dapat menembus tirai takdir, kekeramatan atau kejadian2
          yg luar biasa dr seorang wali itu, tidak dpt menembus keluar dr takdir, maka segala apa yg terjadi
          semata-mata dgn takdir Allah"

Firman Allah; " Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yg di kehendaki Allah, Tuhan yg mengatur seisi alam"
                     (At-Takwir : 29)

                   " Dan tiada kamu mengkehendaki kecuali apa yg dikehendaki oleh Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui
                     lagi Bijaksana. (Al Insaan :30);)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2009 11:27 PM | Show all posts
384# salikin  


Kalau sheikh hanya menyerah bulat-bulat menunggu rezeki jatuh dari langit umpama mengatakan manusia ini 'musayyar'-mengikut sahaja seperti setangkai bulu ditengah angin bertiup kencang, terumbang ambing kesana sini mengikut angin.
setahu aku.. inilah fahaman Jabariah.

Miker kena check balik.. adakah fahaman miker macam tu!
Nazrulism Post at 4-12-2009 19:39


Syeikh Nazrulism..hang yg kena faham betui2, jabariah dgn menyerah bulat2 kpd Allah..:@

Jabariah ni, depa sebenarnya dah bersekutu ngan Allah..muhaddas dan Qadim dah sama saja, dah bercampur...depa dah keliru dalam bab syuhud dan iktiqad..

Zahir syariat, menyuruh kita kita berusaha, beramal (iktiqad), sedangkan hakikat syariat melarang kita menyandarkan diri pd amal usaha itu, supaya tetap bersandar pd kurnia rahmat Allah swt (syuhud)..

Firman Allah; " Katakanlah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allahlah kamu boleh bergembira, dan itulah yg lebih baik ( berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri." ( Yunus: 58)
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:40 PM | Show all posts
Firman Allah; " Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yg di kehendaki Allah, Tuhan yg mengatur seisi alam"
                     (At-Takwir : 29)


                   " Dan tiada kamu mengkehendaki kecuali apa yg dikehendaki oleh Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui
                     lagi Bijaksana. (Al Insaan :30)

baghal Post at 4-12-2009 23:06


Salam Sahabat....

Maaf kalau saya bertanya sedikit.... mengikut kefahaman sahabat, adakah ayat-ayat yang dinyatakan itu ayat muhkamat atau mutashabihat?

Wassalam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2009 11:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 5-12-2009 00:43
  
7 Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);  
8 Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
Nazrulism Post at 4-12-2009 19:39

Tuan tlg cite bila ayat nie turun dan sejarah wahyu nie turun.........jgn main bubuh jer.......dan tlg huraikan cikit serta mengilhamkannya....??

"Allah yang menciptakan aku dan memberi petunjuk kepada aku,DIA pula yang memberi aku makan dan minum kepada aku, Bila aku sakitDIA yang menyembuhkan aku, DIA yang mematikan aku dan kemudianmenghidukan aku, DIA pula yang aku harap memberi ampunan kepada akuhingga hari pembalasan" Asy Syu'ara...78-82

Yang nie Firman Allah Jgk....cmne....SAPE JABARIAH tlg hurai ckit..........jgn main copy paste jer chor.....mengaji kalo tatau.

Portugis dan Inggris datang ke tanah melayu 500th yang lalu bkn nk berniaga rempah atau syok2 gila kuasa tp di menbawa agenda tersendiri iaitu menanam pahaman sekuler mengajar org melayu memisahkan agama dan politik yang diterima pakai sehingga kini, dan org melayu ketika itu adalah satu bangsa yang maju (advanced). sebelum inggris mengetahui ilmu pelayaran (voyage) org melayu udh berlayar di negeri china. Org melayu jg adalah satu bangsa yang sangat berpegang teguh dengan agama(Islam).  Pada tahun1187 masihi perang salib yang ketiga tentera Sultan Salahuddin Al Ayubi tawan baitul maqdis Sultan kedah iaitu sultan Muzafar pernah menghantar 10,000 mujahid dari kalangan org melayu dari tanah melayu berjuang bersama-sama tentera salahuddin jd puak2 Yahudi, Nasrani Majusi dan sekutu2nya menyimpan dendam pada org melayu salah 1 sbb lg mengapa mereka dtg sini. dlm internet tak akan jmpe fakta nie chor. sewaktu kite dijajah dema dah bakar kitab2 buku nie.

Tok Janggut, Mat Kilau, Mat lela, Tok Gajah, Dato Behaman, Dato Maharajalela, si Puntung(bkn Org Asli) dan byk lg yang tak di catat dlm sejarah tanah melayu. mereka ini digelar pemberontak oleh Inggris. Sedangkan mereka ini menpertahankan tanah air mereka, dan mereka ni tahu muslihat sebenar kedatangan Inggris.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 12:09 AM | Show all posts
Salam Sahabat....

Maaf kalau saya bertanya sedikit.... mengikut kefahaman sahabat, adakah ayat-ayat yang dinyatakan itu ayat muhkamat atau mutashabihat?

Wassalam...
sigila Post at 4-12-2009 23:40


Tuan nie mcm kawan saya Si sirikapi jer......

tape tuan jawab dlu.....

jmpe dlm mn, internet ke soalan nie?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 12:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 5-12-2009 01:12
Maaf kalau saya bertanya sedikit.... mengikut kefahaman sahabat, adakah ayat-ayat yang dinyatakan itu ayat muhkamat atau mutashabihat?
sigila Post at 4-12-2009 23:40

Chor
Firman Allah; " Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yg di kehendaki Allah, Tuhan yg mengatur seisi alam"
                     (At-Takwir : 29)

                   " Dan tiada kamu mengkehendaki kecuali apa yg dikehendaki oleh Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui
                     lagi Bijaksana. (Al Insaan :30)

Ayat-ayat nie jelas sangat2 dan jgk tidak termasuk dlm Muhkamat atau mutashabihat......
nie ayat tentang akidah atau tauhid.....
Contoh "tangan-tangan aku atas tangan mereka itu" ayat ni mutashabihat (allegorise,imply)
Muhkamat ayat hukum (infliction)......dey aney belajo mn dlu.......sekolah tamil ka....
chor miker nie yang tak jelas nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 01:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 5-12-2009 01:52

401# baghal

first sekali sy memohon maaf pada semua, lantaran penerangan sy yg tidak begitu berhemah.....dlm post yg panjang lebar tu....

terima kasih kerana reply post sy.......

saudara kata bahawa kita tidak harus mengabaikan perkara yg kita tidak tahu.....iaitu dlm bab akidah.....

ya, itu satu pernyataan yg bagus, cukup lumrah dan sesuai dgn naluri hamba ingin mencari kebenaran hakiki, siapa Tuhan, siapa kita apa tujuan alam dan lain2.....

sy tidak dapat menghalang hal itu, lantaran ia merupakan kepuasan rohani.....seandai dihalang pun org tetap nak pikir jugak...iaitu tentang perkara yg kita tidak tahu, ilmu hikmah, laduni dan lain2....

di sini biar sy mengaku, walopun sy sendiri yg menyokong wahabie kini utk menghalang penokok tambahan dlm hal akidah,  tetaPI pada asalnya  sy sendiri adalah seorang yg cukup suka mengambil tahu hal2 yg kita tidak tahu dlm akidah seperti yg saudara maksudkan tu...

bagi sy apa guna hidup kalo akal DImatiKan dalam hal akidah, iaitu tak boleh ambil tahu hal akidah.....

namun, kerana sy mengambil tahu hal akidah seperti yg saudra maksudkan tulah, sy mencapai satu tahap keyakinan bahawa  yg sebenarnya apa yg nabi cakap sudah memadai, tidak boleh lebih dari itu.....

jikalau sy tidak  melalui pengalaman mengambil tahu hal akidah seperti yg saudara maksudkan tu, tentu sy tidak ada keyakinan yg sebegini kuat utk menolak bidaah.....

satu yg sy sendiri musykilkan di sini ialah, apakah cara sebenar utk mendapatkan keyakinan sebenar, adakah melalui kata2 (samikna wa atokna) atau melalui sendiri pengalaman mempersoalkan, dan berfikir mengenai  akidah(seperti yg dilalui geng2 sufi)......???

kerana saya masuk wahabiie pun bukanlah kerana samikna waatokna, tapi melalui pengalaman mempersoalkan akidah di mana sy sendiri menyelami pemikiran rumi, dan lain2......
tanpa menyelami pemikiran rumi dan lain2(sufi), tentu sy tidak dpt keyakinan sebegini tinggi utk menolak bidaah.

jadi sy tidak tahu utk menjawap soalan saudra, samada utk menjadi seorang yg samikna waatokna, atau saudara ingin mengambil tahu hal akidah.....

sebab samikna waatokna tidak akan menggunakan akal, dan mengambil tahu itu sifat menggunakan akal.....ia berlawanan....

mungkin jawapan  nya ialah di tengah2 nya iaitu, mengambil tahu, tapi mengambil tahu menurut pemahaman sahabat dan rasul.... mungkin itu tengah2 nya.....

dimana tidak ada unsur samikna waatokna 100%, dan tidak pula guna akal kita 100%....

tetapi guna akal utk patuh......ada peranan akal, dan  ada peranan patuh.


masyaAllah, sy risau betul kerana sy takut ini pendapat peribadi........jikalau pemahaman ini jauh dari sunnah, bakul sampahkan saja.

macamana sy nak halang anda semua mengambil tahu secara berlebih-lebihan dlm bab akidah(seperti yg dihalang wahabie),
sedangkan sy sendiri masuk wahabie pun kerana sy cuba bersungguh-sungguh dlm memikirkan hal akidah, bukan samikna waatokna....

kalo sy ikut wahabie, yakni samikna waatokna, tentu sy tak masuk wahabie, tapi sy masuk wahabie sebab sy lawan depa....
hai.....

innalillah.......

la haula wala.....

serabut gak rasa....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 02:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 5-12-2009 01:52

401# baghal

first sekali sy memohon maaf pada semua, lantaran penerangan sy yg tidak begitu berhemah.....dlm post yg panjang lebar tu....

terima  ...
ussopp Post at 5-12-2009 01:43


"kami dengar dan kami taat"  adalah ungkapan murni bagi hamba yg mengenal dirinya dan Tuhannya. Tidak mempersoalkan risalah yg di bawa oleh Rasulullah, menerima dan mengamalkannya. Tp untuk mengamalkan sesuatu kita perlu ada ilmu.

Kita perlu akui, banyak juga persoalan yg tidak dapat di fikirkan guna akal selain dari Zat Allah swt..misalnya dosa dan pahala, syurga dan neraka, malaikat dan syaitan, ludh mahfuz...semua ini kita terima sebagaimana yg disampaikan oleh Rasulullah saw.

Saya bukanlah dr golongan yg mengkaji Zat Allah tetapi saya seorang hamba yg mahu mengenal Tuan saya. Maka saya mengikut jalan2 org2 terdahulu yg arifinbillah ( yg sgt arif tentang Allah)..Orang yg paling mengenal Allah adalah Rasulullah. Orang yg paling mengenal Rasulullah adalah para sahabat. Orang yg paling mengenal sahabat adalah para tabien dan seterusnya tabien-tabien hinggalah ke zaman sekarang yg kebanyakannya kita kenali sebagai Tok guru.

Jadi untuk mengenal Allah kita perlu belajar melalui mereka, bukan dari kitab2 bisu atau menterjemah Al-Quran dgn akal logika..

Golongan wahabi, yg jahil tentang perkara ghaib dan cuba menjelaskan perkara itu dgn akal logika, pasti bertemu jalan buntu, tambahan pula berguru dgn org yg bukan ahli dlm bab ini. Kalau kita mengambil mudah dgn menolak perkara2 yg kita tidak tahu, memang senang..Orang kafir yg menyembah berhala lebih lagi yakin dgn tuhan depa sebab jelas berbentuk dan mudah untuk di sembah berbanding agama Islam..tp kita nak jadi mcm tu ka?

Mungkin tuan pernah belajar sebelum ni, tp saya sangat yakin tuan bertemu dgn org yg salah dan sesat atau tuan salah faham dgn ajarannya..umpama saya dah sampai di Ipoh, dan saya sangat kenal selok belok bandaraya Ipoh..tp tuan kata tuan pernah sampai Ipoh, dan tuan bagitau orang lain yg Ipoh ni adalah hutan rimba yg banyak binatang buas dan tuan terus mempertahankan hujah tuan dengan dalil2 yg tuan cedok dan terjemah mengikut faham tuan..rupa2nya tuan menceritakan tentang pokok ipoh, bukan bandaraya ipoh..saya sebagai orang yg dah sampai ipoh tentu hairan dgn cerita tuan dan saya nilaikan yg tuan ni telah tersesat jalan. Jadi kesimpulannya, tuan perlu berjumpa dgn org yg betul2 arif tentang hal ini. kita boleh berjumpa kalu tuan mahu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 02:37 AM | Show all posts
411# salikin

Salam Saudara Salikin ....

Alhamdulillah, saudara seorang yang mahir dalam meng ’class’ kan ayat Al Quran berdasarkan kepada Muhkamat, Mutasyabihat dan tauhid. Bersyukurlah dengan kemampuan yang saudara ada.

Berhubung dengan surah At Takwir itu yang membawa maksud terbelah yang menjadi nama bagi surat ini adalah dari kata asal (mashdar) dari kata kerja kuwwirat (digulung) yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Kalau kita lihat ayat 29 itu adalah merujuk kepada ayat 28 yang bermaksud ” Bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus” dimana apabila turun sahaja wahyu ini maka Abu Jahal telah berkata "Kalau demikian, kitalah yang menentukan apakah hendak lurus atau tidak." . Selepas itu turunlah ayat 29 sebagaimana yang telah saudara sampaikan.

Saya tidak mahu membincangkan ayat 30 Surat Al Insaan kerana secara konsepnya adalah sama tetapi huraiannya berbeza. Ayat 30 Surah Al Insaan itu adalah kisah Rasul SAW yang bermula dari ayat 23 surah tersebut.

Kedua-dua ayat yang saudara sampaikan itu adalah berkenaan dengan hakikat tauhid bagi sifat Allah yang kita sebut Iradah (Mengkehendaki/Berkemahuan) iaitu sifat tunggal yang azali, yang dengan itu Allah terjauh daripada kekurangan-kekurangan yang menghalangnya daripada berkendak. Dia juga berkaitan dengan segala sesuatu yang dikehendakiNya. Selain daripada itu perlulah kita ketahui bahawa apa jua yang dikehendaki oleh Allah itu ada,
maka tidak mustahil benda itu bakal ada. Sedangkan apa jua yang dikehendakiNya untuk tidak ada, pasti benda itu tidak akan ada. Dan perlu juga kita ketahui tidak boleh sesuatu itu ada tanpa kehendakNya.


Kerana takdir Allah itu bersifat Qadim, dan mencakupi seluruh apa yang telah ditakdirkan, maka tidak boleh ada apa yang dikendakinya itu keluar daripada takdirNya. Demikian jelaslah bahawa mustahil adanya sesuatu yang tidak dikehendaki adanya oleh Allah. Kalau ada yang berpendapat bahawa kekafiran dan kemaksiatan semuanya Kehendak Allah, saya secara peribadi berpendapat mereka ini telah keliru dengan sifat Iradah Allah ini.

Perlu kita faham bahawa segala sesuatu yang terjadi dan berlaku itu adalah atas Iradah (Kemahuan) dan Masyi’ah (kehendaknya) Nya. Kita perlu akui bahawa kemaksiatan dan kekafiran itu Allah yang mengkehendakinya begitu. Ini adalah kenyataan yang saya rasa tidak ada siapapun yang mengaku Islam dan beriman berani menyangkalnya. Akan tetapi Allah melarang kita dari menjadi kafir dan melakukan maksiat. Sesiapa yang melakukannya akan mendapat dosa dan balasan neraka di akhirat kelak. Sebab itu Allah kurniakan kita akal dan diutuskanNya rasul untuk memberi peringatan dan menyampaikan keterangan Allah. Kita harus seboleh-bolehnya mengelakkan diri dari keliru dan mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan mengelak daripada melakukan kekeliruan itu sendiri.

Bab tauhid ini adalah berat, kalau tiada penerangan dari guru yang benar-benar faham tentang tauhid. Jesteru saya cuba mengelakkan diri dari membicarakan bab tauhid kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan dari segi kefahaman dan istilah yang digunakan...

Maaf sekiranya saudara tidak berpuas hati di atas pertanyaan dan kenyataan yang telah saya tuliskan itu. Saya akui saya bersekolah tak setinggi mana dan masih banyak cabang ilmu yang saya tidak tahu. Kalau ada persoalan saudara tanyalah kepada yang lebih Ahli.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 02:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 5-12-2009 01:12


Chor
Firman Allah; " Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yg di kehendaki Allah, Tuhan yg mengatur seisi alam"
                     (At-Takwi ...
salikin Post at 5-12-2009 00:30


terima kasih sahabat ku..mmmuuuach!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 02:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 5-12-2009 02:58

394# salikin

saudara kata ----->tak sampai sembah berhala.....???

ya, itulah yg sy rasakan dan fikirkan ketika sy mula2 lawan wahabie(samikna waatokna).....ketika itu sy pikirkan, takkanlah sampai sembah berhala kalo setakat nak menambah2 dalam hal agama utk kebaikan........
kita pun cuba sedaya upaya ikut Quran jugak, bukan geng wahabie je yg ikut QUran dan sunnah....itulah yg sy fikirkan.....

ketika itu(ketika melawan wahabie), sy sendiri sedar, mungkin kekadang kata2 dari ahli tarikat/sufi kedengaran mcm hyper atau sesat....tetapi sebenarnya bukan sesat pun, cuma org biasa tak faham.......(ketika nie sy sokong sufi).... kita ambil contoh pemahaman wahdatul wujud, katanya : aku dan Tuhan adalah satu....

kedengaran sesat, tetapi jika kita mencapai pemahaman2 tertentu, kita akan sedar bahawa ianya tidak berlawanan dgn akidah langsung, pada itulah yg lebih baik utk Tuhan dan hambanya.....tuhan tu lebih hampir dari urat leher.....
maka tak salah langsung pemahaman itu.....

sy juga ketika itu amat2 meminati perbandingan agama.....dan sains....

apa yg paling ketara bagi sy ketika itu ialah, di peringkat satu pemahaman tertinggi dlm kehidupan, pemahaman milik ahli2 tarikat, dan ahli2 rohani dlm  agama lain, ahli2 sains tahap kepala botak dan metafizik......adalah sama....

amat mengejutkan, pemahaman mereka terhadap kehidupan adalah sama......sama.....
bukan sufi saja sebut bahawa kita nie tidak ada apa2, buddha jugak menyebut tentang nothingness dlm proses pencerahannya, kalau wahdatul wujud pernah sebut tentang aku dan tuhan adalah satu, hindu jugak pernah menyebut tentang alam nirvana, iaitu penyatuan manusia dan tuhan.....
dlm sains pun ada pemahaman2 sufi nie, bahwa kita semua adalah satu entiti yg sama bla, bla, bla.....

ibnu batutta  sendiri pernah berjumpa dgn sami hindu utk bertanya tentang apa sy tak ingat.....

apa yg sy dpt faham(betulkan sy kalo sy salah) cubaan utk pemahanaman peringkat tertinggi dlm hal akidah akan berakhir dgn mengatakan bahawa semua org adalah benar menurut apa yg mereka fikirkan.......salah seorang dari ahli forum ini bernama bateesta juga biasa menyebut perkara ini, iaitu it is wat it is.........

sy terfikir tentang ahli sufi yg banyak berahsia tentang pemahaman mereka....seperti gautama buddha, gautama buddha jugak menyuruh manusia merasa dan expirience sendri kesusahan melawan nafsu utk mencapai pemahamana sejati, sama jugak hindu pun begitu......kristian pun begitu.....



kenapa sama? jikalau begitu, islam bukanlah satu-satunya jalan....ia seolah2 memberitahu bahawa pemahamna peringkat teringgi dlm akidah menyatakan bahawa semua agama, pemahaman atau ideologi adalah sebenarnya adalah jalan2 menuju kebaikan.....dan tuhan itu sama bagi semua.....

jannah milik semua org yg baik2.....

bukan ahli sufi saja boleh terbang naik langit, sami hindu pun boleh, ayah pin pun ada kerajaan langit...hahaha..(bukankah ayah pin salah satu org yg menyatakan semua agama itu adalah sama??) bukan sedikit pengikut dia....
sami pun syg dia, aiyaq kaki ayah pin pun depa minum....

lihat saja agama bahai(agama yg dicipta oleh sufi Islam ) juga menyatakan keseragaman agama....bahawa semua agama itu adalah baik......10001 jalan pun tak apa....asalkan menuju ke kebaikan........tuhan akan syg.....
agama bahai ni israel pun suka, ada office besar kat irael.......

bukan org beragama saja yg boleh terbang pi langit....atheist pun boleh.....dgn ideologi yg tertentu.....mereka boleh menembus alam ghaib....menurut sains, alam ghaib ialah alam pemikiran manusia sendiri, tempat yg ada seribu satu rahsia....

yg ni lagi best, masuk ke alam laduni takyah guna tuhan, cukup dgn pemahaman2 tertentu dan kebolehan2 tertentu yg boleh dipupuk....tak percaya cuba cek NEAR DEATH EXPIRIENCE.....cuba cek OUT OF BODY EXPIRIRENCE........

cuba cek AStRAL PROJECTION......anda akan dapati mempelajari ilmu laduni bukan tanda org islam bagus dan ianya  agama sebenar, sebab atheist pun boleh masuk alam ghaib tanpa susah payah.....

banyak lagi yg ingin sy cakap.....

tp akhirnya sy akan pesan benda yg sama, bagi org akhir zaman mcm kita, sudah ditentukan, apa yg rasul cakap adalah yg terbaik.......itulah pemahaman agama yg sebaik-baiknya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2009 02:50 AM | Show all posts


dimana tidak ada unsur samikna waatokna 100%, dan tidak pula guna akal kita 100%....

tetapi guna akal utk patuh......ada peranan akal, dan  ada peranan patuh.

ussopp Post at 5-12-2009 01:43


HIDAYAH AKAL

Melalui hidayah akal manusia seberapa mampu cuba mengasah, mengilap, menajam, akan perasaannya dan pancainderanya supaya zohir dan nyata pd dirinya sipat2 benci kpd sesuatu yang jahat. hidayah akal ini menjadi perbezaan diantara manusia dengan binatang.

kerjanya asyik memperkilatkan kelakuan menolak jahat, menerima baik melalui sangka2 atau syak, zhon atau wahamnya saja. kerana menambah kuat pada hukum adat dan dijadikan pula suatu kebudayaan bangsa tidak lebih dari itu. sbb akal itu hanya berada didalam tiga hal tersebut. Walau jauh mana, luas mn, panjang mn dan sedlm mn sekalipun.

sbb itulah manusia mudah menerima pengaruh sesuatu yang lebih logik daripada yang sediada di dalam pemikirannya yang di datangkan kepadanya oleh mereka yang lebih logik menikut ukuran pemikirannya, dan diambil terima pakai untuk dirinya atau keluarganya atau untuk bangsanya jika sekiranya tidak dibatas dengan petunjuk Agama Allah Zahir dan Batin dia masih lagi melekat dengan thogut sebagai pimpinannya dalam hidup dan kehidupannya.

Sekadar Renungan dari pada kaca mata Tuan Guru Haji As-Syeikh Mohd Salleh bin Abdulah Mengkabau.

Salah seorang sahabat Nabi S.A.W bertanya " Wahai kekasih Allah, yang manakah dinamakan orang tidak berakal langsung?" Baginda menjawab" Org yang meninggalkan terus menuntut ilmu kerana mencari harta"
Wahai Rasullulah " Apakah sbb org itu tidak berakal?" baginda menjawab " harta itu tidak dapat dibawa mati, tidak dapat menolong kite di hari kemudian, harta itu menyakitkan kite dikemudian hari kecuali ilmu, sebagai bekalan di akhirat dan mendapat kemulian diakhirat."

sbb2 org itu tidak berakal:-
1. Ia meninggalkan yang yang lebih mulia dan mengambil yang kurang mulia.
2. Ia tidak mengetahui bahawa dunia ini akan kiamat, yang hidup akan mati dan akhirat itulah yang kekal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 02:51 AM | Show all posts
Salam Sahabat....

Maaf kalau saya bertanya sedikit.... mengikut kefahaman sahabat, adakah ayat-ayat yang dinyatakan itu ayat muhkamat atau mutashabihat?

Wassalam...
sigila Post at 4-12-2009 23:40


Ayat itu sangat jelas dan tidak menimbulkan keraguan lagi..di sokong oleh terjemahan seorang ulama besar yg juga AB..

petikan dari Al-Hikam, karangan Syeikh Ibnu Atho'illah;

         "Kekerasan semangat perjuangan itu, tidak dapat menembus tirai takdir, kekeramatan atau kejadian2
          yg luar biasa dr seorang wali itu, tidak dpt menembus keluar dr takdir, maka segala apa yg terjadi
          semata-mata dgn takdir Allah"

cubalah tuan huraikan ayat di atas..

Firman Allah; " Katakanlah: Hanya kerana merasakan kurniarahmat Allahlah kamu boleh bergembira, dan itulah yg lebih baik (berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri."( Yunus: 58)

Berdasarkan ayat di atas, di mana peranan akal tuan untuk menentukan amalan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 02:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 5-12-2009 02:59

413# baghal

macamana saudara boleh kata wahabiie nie golongan yg mempersoalkan akidah guna logika.....?

sy hairan.....

haritu sy dah tulis awal2 lagi, bahawa ada dua pandangan yg salah terhadap wahabi.....

ada yg kata wahabie ni liberal(geng guna akal).....

ada pulak kata wahabie ni kolot......buta akal....

dua2 salah.....org masih pening wahabie nie belah mana....

la ni saudara kata wahabi guna akal logika pulak dlm hal ghaib.....sedangkan prinsip wahabie itu yg paling kuat ialah samikna waatokna dlm hal akidah.....
mereka menentang apa2 penggunaan akal dlm hal akidah.......

apabila saudra kata begitu, sy andaikan saudara memang banyak salah faham terhadap wahabie, dari haritu lgi....sy dok habaq yg saudara ni kena duduk dan kaji balik...sy dah suruh saudra duduk sat...kenal wahabie sebelum cakap, kerana kalau saudra tak kenal wahabie, pastu pakai cakap saja, macam mana....cuba cek post sy #382....sy dah suruh saurda digest dulu...

kalau saudara kata wahabie guna logika ikut akai utk bab akidah, jelas, saudara patut cek dulu apa itu wahabie....sedangakn wahabbie amat keras menentang penggunaan akal dlm bab akidah........
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 5-12-2009 03:14

417# salikin


terimakasih saudara......kerana info tersebut....

sebab itulah peringkat teringgi pemikiran manusia terhadap keseluruhan alam berakhir dgn teori kuantum..... teori yg masuk ke alam ghaib dan bersetuju dgn perkara2 mistik..........

ini adalah teori terakhir sains yg dicapai setakat nie, mendahului pemikiran terakhir yg dicpta albert einstein.....perlu diingat bukan sufi saja pikir pasal tuhan, saintis jugak melihat ayat2 tuhan(alam).......

pemikiran terakhir ini , jika sy buat kesimpulan mudah menyatakan, manusia tidak dapat menetukan apa2 guna akal.....
hanya yg boleh dibuat ialah kemungkinan2 yg pelbagai.....

apabila sy mulai  memahami semua ini, sy tolak penggunaan akal dlm bab akidah....dan berserah pada kata2 rasul sahaja....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 2.370052 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list