CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_herrhughie

Aku nak gelak bila terbaca berita ni...

  [Copy link]
Post time 16-5-2012 11:17 AM | Show all posts
sib baik x kena halau ekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 11:20 AM | Show all posts
apapun tindakan NIZAR memang berani...banner dah terang2 nak buktikan NIZAR pembohong..kalau orang buat jahat tak beraninya dia jengukkan muka...

ni baru contoh BERANI walaupun tau orang kat ceramah tu nak memburukkan dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:27 AM | Show all posts
Okey.. Kalau orang UMNO pertikaikan keberanian Nizar dtg ceramah UMNO wa tadak hal, tapi...berani tak org UMNO letak full video ceramah tu.. tanpa diedit..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:32 AM | Show all posts
Okey.. Kalau orang UMNO pertikaikan keberanian Nizar dtg ceramah UMNO wa tadak hal, tapi...berani ta ...
highcastle Post at 16-5-2012 11:27


edit selagi bulehhh... yg pasti tindakan nizar menjenguk ceramah tu je dah boleh buat orang berfikir...


tu pun kalau orang normal berfikir la...ikut logik je tak mungkin penipu sanggup membiarkan diri dia ditelanjangkan pastu  sengih2...veteran punggung mungkin la
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:35 AM | Show all posts
apapun tindakan NIZAR memang berani...banner dah terang2 nak buktikan NIZAR pembohong....
byeyou Post at 16-5-2012 11:20 AM


btol2.. klu nk buktikan NIZAR pembohong,
harus cakap berdepan dgn dia..
baru la 100 hadirin kt situ percaya...
ini x, ckp blkg jer berani.. bila berdepan terus kecut teloq...
taw plak nk klentong kes ambiga bagaii...
dari org atas smpai org bawah, puak2 umno ni takut nk berdepan dgn org2 pakatan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:08 PM | Show all posts
Syabas Nizar.... baru korang tahu.... berani kerana benar, takut kerana salah..... lagi best kalau dia menjawap semua pembohongan yg derang dok canang2 tu kan.... sekali alih topik daa..... takut la tu.... bila buat pitenah tak takut pulak yg nnti Allah balas.... lawak2.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2012 12:11 PM | Show all posts
harus dapat anugerah cemerlang si terompah ni…sungguh sabar menghadapi rintangan tiap penjuru…tiap ...
cakkobeng Post at 16-5-2012 11:01



    sapa??
dzeck ke?

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:15 PM | Show all posts
kan dah terang2 tajuk kt banner tu 'Nizar Pembohong Bersiri'. Psl plak tuko tajok ke Ambiga masa Nizar ada? Terang2 telog masuk dlm kerandut!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 12:23 PM | Show all posts
sapa??
dzeck ke?
atira Post at 16-5-2012 12:11


kali ni ko tak lampi…pikap banget!haha!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:34 PM | Show all posts
masalahnya kalau nizar datang tiap kali siri bila masanya yeop, pencacai dapat tabur fitnah?? {: ...
byeyou Post at 16-5-2012 11:01

fitnah habah ko

geng korang lain la,
tak boleh hidup kalo tak ada
bahan fitnah

nizar ni memang kaki bohong
tak ada maruah diri

tuhan nak tunjuk yang dia memang
tak layak jadi pemimpin, jadi mb di perak

sebagaimana tuhan tunjukkan yang anwar
juga tak layak jadi pm malaysia

alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:37 PM | Show all posts
TERBAIKKKKK...
sakit perut ketawa ms tgk gmbo ni
lepas ni agak2 klu ada sesi kutuk mengutuk adalah lebih baik org yg di kutuk join sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 05:31 PM | Show all posts
fitnah habah ko

geng korang lain la,
tak boleh hidup kalo tak ada
bahan fitnah

nizar ni me ...
d'zeck Post at 16-5-2012 12:34



    luncai...ang merapu apa nih??mhuahuahuauh!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 06:22 PM | Show all posts
dia crash ceramah konon berani la...berani kerana benar la katakan...tup2 orang pasang rakaman ceramah dia dok tengah membohong...
angkat kaki la beb..!!!!
pastu ada hati nak bohong lagi konon orang terkedu tengok dia muncul kat ceramah..
something wrong la dengan nizar ni...something really wrong..
tu laaa...jadi lagi keldai ngeh ngeh ngan nga nga...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 07:19 PM | Show all posts
Reply 414# geolimarkisa

video ni ke bang?

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 07:59 PM | Show all posts
Nizar dimalukan ketika hadir ceramah UMNO


Mohammad Nizar Jamaluddin (kanan) duduk di meja penceramah ketika hadir secara mengejut pada majlis anjuran UMNO ketika Saarani Mohamad (kiri) menyampaikan ceramah di Tualang Sekah, Kampar, Perak, baru-baru ini.

IPOH 15 Mei - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang hadir secara mengejut pada satu majlis ceramah anjuran UMNO di Tualang Sekah, Kampar, kelmarin memakan diri sendiri apabila dimalukan oleh penceramah dan 'diboo' oleh hadirin pada majlis itu.

Insiden berlaku ketika majlis ceramah bertajuk Nizar Pembohong Bersiri sedang dijalankan sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu tiba-tiba muncul bersama beberapa penyokong dan duduk di meja utama.

Kehadiran Mohammad Nizar menyebabkan suasana majlis ceramah itu menjadi riuh-rendah dengan ada hadirin yang menjerit perkataan seperti hoi, baliklah, pembohong dan penipu.

Video insiden itu dimuat naik di dalam Youtube tidak lama selepas Mohammad Nizar menulis dalam Twitternya mendakwa kehadirannya ke majlis ceramah itu kononnya menyebabkan para penceramah panik dan pucat.

Bagaimanapun, video berkenaan yang turut disiarkan di dalam beberapa blog menunjukkan keadaan sebaliknya apabila penceramah mengambil kesempatan kehadiran Mohammad Nizar untuk mendedahkan segala pembohongan yang dikaitkan dengan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu.

Antara blog yang menyiarkan video tersebut termasuklah pisau.net, badutrakyat.blogspot.com, 1Taipingmali.com dan khairulryezal.blogspot.com.

Dalam video itu, penceramah yang juga bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hanafiah Man mendedahkan pembohongan Mohammad Nizar termasuk dakwaan kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir melakukan perbuatan khurafat dalam satu majlis pada 2011.

Turut hadir untuk memberi ceramah ialah ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan negeri.

Mohammad Nizar kelihatan terkedu apabila penganjur memainkan video ceramahnya yang bersumpah dan menuduh Zambry enggan menjawab dakwaan syirik sebelum satu lagi video menunjukkan Menteri Besar menjawab tuduhan tersebut secara panjang lebar pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sekali lagi Mohammad Nizar yang hanya melemparkan senyuman tiba-tiba terdiam apabila penceramah membangkitkan kenyataan beliau dalam satu ceramah kononnya tiga daripada empat ahli Jawatankuasa Fatwa Perak memutuskan Zambry melakukan perbuatan syirik.

Hanafiah dalam video itu dipetik berkata: "Tapi selepas disiasat, jawatankuasa fatwa yang bermesyuarat pada Januari 2011 memutuskan apa yang dilakukan oleh Zambry bukan khurafat. Dia (Mohammad Nizar) boleh fitnah jawatankuasa fatwa, ini saya berani cakap depan-depan."

Video itu kemudiannya menunjukkan Mohammad Nizar bersalam dengan penceramah sebelum meninggalkan majlis sambil 'diboo' oleh hadirin, selain ada yang bersorak dan menjerit hey nak ke mana, tak habis lagi dan baliklah... baliklah.

Sebuah portal berita propembangkang memetik Mohammad Nizar sebagai berkata, beliau dalam perjalanan menuju ke tempat ceramah pakatan pembangkang tidak jauh dari situ sebelum singgah kerana diberitahu ceramah anjuran UMNO itu khusus mengenai dirinya.

Sementara itu, Saarani ketika dihubungi menjelaskan, pihaknya sengaja menganjurkan majlis itu berhampiran ceramah pembangkang yang dihadiri Mohammad Nizar bagi menjelaskan segala pembohongan yang dilakukan pemimpin Pas itu.

"Dia (Mohammad Nizar) datang dan bisik kata nak dengar (ceramah), saya kata kalau tahan telinga, dengarlah sebab kita tiada masalah pun. Mulanya kita bimbang kerana hadirin nampak agresif, tetapi kita minta bertenang dan teruskan macam biasa.

"Ketika berada di situ, kita tayangkan semula video-video ceramah yang dia berbohong dan kita buktikan fakta-fakta termasuk dengan video untuk menjelaskan kepada rakyat. Mungkin dia tidak tahan, lalu angkat kaki tinggalkan majlis," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Mohammad Nizar dalam Twitter kononnya penceramah menjadi pucat ketika beliau tiba, Saarani berkata, ia adalah satu lagi pembohongan besar oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu.

"Apa yang dia tweet itu adalah apa yang dia harap berlaku. Dia nak tunjuk dia hebat tetapi realitinya tidak. Kita tidak terkesan pun, malah kita dedahkan satu persatu pembohongannya secara berdepan. Akhir sekali dia tinggalkan majlis walaupun pendedahan kita belum habis lagi," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 08:30 PM | Show all posts
Reply  geolimarkisa

video ni ke bang?
animaniac Post at 16-5-2012 19:19


chronic attention seeker=nizar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 10:30 PM | Show all posts
Nizar: Tindakan saya tak salah

NORMAWATI ADNAN & NOOR ‘AINON MOHAMED YUSOF
16 Mei 2012




Mohammad Nizar (dua, kanan) dilihat duduk sebaris bersama Mohd Radzi (tiga, kanan) dan Shaarani (empat, kanan)

IPOH – “Saya hadir bukan dengan niat mengganggu kelancaran program, lagi pula ceramah itu mengalu-alukan orang ramai, tidak terkecuali saya sendiri.”

Demikian ulasan bersahaja yang diberikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kehadirannya dalam satu ceramah anjuran Umno di Tualang Sekah, 13 Mei lalu.

Mengakui kehadirannya menyebabkan orang ramai termasuk pemimpin Umno kawasan itu terkejut, Mohammad Nizar berkata, kunjungan­nya ke program itu tidak lain, hanya untuk mendengar pendedahan yang dibuat berkaitan dirinya.

“Apa salahnya saya duduk dan dengar sesuatu yang ada kaitan dengan saya, kebetulan ada kerusi kosong di bahagian hadapan pentas, saya pun duduklah,” katanya.

Pada malam 13 Mei lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Adun Pasir Panjang itu hadir dalam ceramah anjuran Umno bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’.

Turut berada dalam ceramah itu adalah Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Shaarani Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Kampar, Datuk Mohd Radzi Manan.

Mohammad Nizar berkata, beliau terpanggil untuk hadir ke ceramah itu kerana secara kebetulan sedang menunggu giliran untuk memberi ceramah anjuran Pas Kampar yang diadakan kira-kira 150 meter dari lokasi.

Menurutnya, meskipun ada pihak yang tidak senang dengan kehadirannya dan memintanya beredar, beliau mengambil pendekatan untuk terus dengar dan lihat.

“Pandangan hadirin secara tiba-tiba tertumpu kepada saya, tetapi saya minta penceramah teruskan sesinya yang jelas sedang menghentam diri saya.

“Jika berlaku sebaliknya, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya, lebih mudah untuk saya sampaikan maklumat,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:25 PM | Show all posts
lalu penyokong beliau angguk2 mempercayai tweet beliau yg kengkonon hero ittew.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 08:09 AM | Show all posts
aku pon pi klu ade name aku kat kain rentang tue.;...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 08:25 AM | Show all posts
patut kat banner tu tulis...
sila hadir beramai2 kecuali nizar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.099804 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list