CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

update: tuanku muhammad faris petra - Sultan Muhammad V!!

  [Copy link]
Post time 21-9-2010 05:16 PM | Show all posts
doakan yang terbaik untuk kesultanan kelantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 05:46 PM | Show all posts
Haku doa 'pengarah' filem ni insaf n bo lah dok guna nama tok laki dio....bunyi konon saye ko tok laki tp dok punoh nama tok laki tak kaba ingat!
fail petisen guna nama SI....rkyat hok bodo msti ingat SI msh nk jd rajo agi,tk pade ngo sakit!walhal SI x tau gapo satu pun.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 06:13 PM | Show all posts
Tuanku Ismail fail petisyen lantikan Sultan Kelantan tak sah


2010/09/21


KUALA LUMPUR: Tuanku Ismail Petra memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan semalam, bagi mendapatkan pengisytiharan pelantikan anakandanya Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan sebagai tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Peguam mewakili Tuanku Ismail Petra, Datuk Param Cumaraswamy, berkata pihaknya memohon mahkamah untuk campur tangan dan mengisytiharkan Tuanku Ismail Petra masih menjadi Sultan Kelantan yang sah. Katanya, Tengku Muhammad Faris Petra ketika menjadi Pemangku Raja tidak mempunyai kuasa meminda perlembagaan negeri atau berkuasa melantik anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Dalam petisyen ini, Tuanku Ismail Petra tidak menerima dan mengiktiraf pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan kemelut Istana Kelantan berakhir apabila Pemangku Raja, Tuanku Muhammad Faris Petra, 41, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Ke-29 pada 13 September lalu, menggantikan ayahanda baginda, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak lebih setahun lalu.

Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Shukri Mohamad sebelum ini menegaskan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah kerana dibuat berdasarkan perlembagaan negeri.

Tuanku Ismail Petra sebelum ini sudah memfailkan dua petisyen di mahkamah sama masing-masing pada 5 Mei dan 22 Jun lalu bagi mencabar Tuanku Muhammad Faris Petra ketika menjadi Pemangku Raja sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Sementara itu, Param berkata, Mahkamah Persekutuan menetapkan 25 Oktober depan untuk mendengar hujahan daripada peguam kedua-dua pihak bagi memutuskan sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mengendalikan kes berkenaan.

Kita berharap panel penuh hakim di Mahkamah Persekutuan akan membincangkan isu berkenaan yang mungkin memberi impak kepada negeri lain yang mempunyai Sultan. Seluruh isu ini juga akan menjadi ujian kepada sistem kehakiman, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 06:35 PM | Show all posts
Reply 423# amazed

bukan SI yg fail petisyen tuh!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:43 PM | Show all posts
Tuanku Muhammad Faris Petra guna gelaran Sultan Muhammad Ke-V


2010/09/22

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-V berkuat kuasa hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 04:00 PM | Show all posts
Tuanku Faris Petra guna gelaran Sultan Muhammad Ke-5
22/09/2010

KOTA BHARU 22 Sept. - Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran itu berkuat kuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

"Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ia akan menjadi nama rasmi bagi gelaran Baginda untuk sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, baginda berkenan untuk menggunakan nama itu atas kehendak sendiri dan untuk mendapatkan berkat kerana nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu lagi.

"Kita akan memaklumkan kepada seluruh jabatan kerajaan negeri penggunaan nama Al-Sultan dan ia telah diwartakan untuk kegunaan rasmi,” katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2010 11:22 AM | Show all posts
kalau Sultan Ismail sihat dan tahu perkara sebenar, tentu beliau murka orang guna nama dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:30 PM | Show all posts
kalau Sultan Ismail sihat dan tahu perkara sebenar, tentu beliau murka orang guna nama dia..
allsparks Post at 23-9-2010 11:22


correction: mesti sebut BAGINDA,bukannya beliau! utk bonda Tuanku Faris po sama,baginda bukan beliau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 01:50 PM | Show all posts
Alhamdullillah ..nama Muhammad  ialah nama Rasul kesayangan kita... Sesuai sangat lah.. Walaupun Tuanku Sultan tak dapat menandingi Baginda Rasullullah dan Para Sahabat, tapi  Tuanku tidak engkar pada perintahNya,..Semoga hidupnya terus dilindungi Allah sepertimana Allah  telah melindungi  Rasullullah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:51 PM | Show all posts
sultan muhammad iv
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:53 PM | Show all posts
selamat memerintah.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:54 PM | Show all posts
Nk guna gelaran apa pun guna lah! Cuma harap nama Tengku Faris tak luput dek zaman!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 05:33 PM | Show all posts
just nak tanye, btul ke Tuanku Faris dah ade isteri lepas bercerai dgn puteri pattani tu ? Sorry kalo soklan ni dah lapok ...

Ape2pon mmg molek sgt peribadi zahir tuanku ni, sesuai la dgn gelaran Pemerintah Serambi Makkah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 01:42 PM | Show all posts
just nak tanye, btul ke Tuanku Faris dah ade isteri lepas bercerai dgn puteri pattani tu ? Sorry kal ...
kakigebang Post at 23-9-2010 17:33



tak de bini nyer....tu semo gosip......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 02:29 PM | Show all posts
lepas settle semua krisis sultan kelantan ni..

xbole ke pasni kelantan isytihar keluar dari negara Malaysia..
pstu tubuhkn negara sendiri cm Brunei.. atau singapore..

aku rase dh cukupla kelantan ni asyik kene attack ngn kerajaan..
xabis2 smpai skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 02:39 PM | Show all posts
Reply 435# batmana

haku cam setuju je ko ckp gitu.....lbh baik jd Negara Kelantan dr jd Negeri Kelantan..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2010 05:23 PM | Show all posts

Al-Sultan Tuanku Faris dah slim......berkat bln Ramadhan........
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 05:27 PM | Show all posts

Adinda kesayangan Tuanku Faris...........
lawa sgt Tg Amalin ni dihhhh........
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 05:27 PM | Show all posts
negeri idup segan mati tak mau pun mau rebut2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 05:28 PM | Show all posts

Bonda Tuanku Faris......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.295251 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list