|
khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .
[Copy link]
|
|
Nostradamus tu dia bukan nabi bukan rasul bukan orang soleh bukan orang islam lagi mukmin. ...
salikin Post at 26-9-2010 11:14 
apa dia ramalannya tu yang benar ?  |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak orang India beragama hindu dan orang china beragama buddha suka bergantung pada tukang tilik untuk meramal nasib mereka, banyak ramalan tukang tilik tu yang betul kan, kalau tidak tak adalah profesyen tukang tilik boleh flourish dalam masyarakat manusia .
Isu nya adalah adakah perbuatan itu di redhai Allah walaupun ramalan itu betul sekalipun ? |
|
|
|
|
|
|
|
apa dia ramalannya tu yang benar ?
blastoff Post at 26-9-2010 11:16  Sebagai contoh:-
"Near the gates and within two cities
There will be scourges the like of which was never seen,
Famine within plague, people put out by steel,
Crying to the great immortal God for relief."
Hiroshima dan Nagasaki ("Two Cities") dibom atom pada tanggal 6 dan 9 Agustus 1945.
(Tapi teman mati hidup balik pon tetap tak caya ngan puak2 nih) |
|
|
|
|
|
|
|
1. menggunakan garam dan lada hitam untuk menghalau jin/syaiton dari dalam bangunan (pagar rumah).
2. gangguan sihir pada individu, kesurupan akibat gangguan jin/syaiton dalam badan manusia.
dua kriteria yang berbeda... fokus pada persoalan nombor satu sahaja... ko orang attack blastoff dengan kebanyakan soalan no 2 unfair pada dia single handedly nak jawab semua. Just ignore them blast...
tu dah ada yang tuduh blastoff mengharamkan GARAM... baca balik topik asal...
kalau nak bahas topik no 2 sila buka thread baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Kau baca betul-betul hadis ni , Abu Hurairah hanya tahu bahwa "orang lelaki ( someone, him, he) ...
blastoff Post at 26-9-2010 10:29 
Habis macamana dgn kisah yang Nabi pernah pergi berdakwah pada golongan jin. Aku tak ingat hadis mana tapi memang pernah belajar dulu. Mungkin ko boleh jelaskan. Sebab kalau ikut kisah ni macam Nabi pun boleh berkomunikasi dgn Jin |
|
|
|
|
|
|
|
Harun din ada sixth sense yang Nabi pun tak dak ! Sebab tu dia boleh tahu jin tipu ka ata ...
blastoff Post at 26-9-2010 10:51 
Itu ler pasal ko kena pengesahan dgn tuan empunya badan. Sbb benda2 ghaib ni memang tiada saper yg dapat bagi penjelasan sejelas-jelasnya. Ust Harun pun tak pernah cakap dia tau samada jin tipu ke tak. Dia pun selalu bagi peringatan bahawa jgn percaya sangat dgn kata-kata jin. Jenis makhluk yg degil. Itu pasal kadang2 gangguan tu berulang. Dia kata dah pergi, sebenarnya keluar sekejap jer. Sebab tak tahan diazab dengan ayat quran. Selepas nampak line clear, dia masuk balik. Dia cuma confirm jin tu dah pergi apabila dah takde gangguan lagi selepas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenuh nak khatam......
Apa yang aku nampak isunya ialah....
- Apakah amalan menabur garam untuk menghalau hantu syaitan ini menyerupai amalan agama nasrani/yahudi/shinto & pagan ? Dengan kata lain perbuatan ini ialah meniru2 (tasabuh) ritual agama lain yang menyebabkan kita terjerumus masuk ke dalam golongan mereka..
Kalau dulu dalam tahun 70an atau mungkin sebelum itu lagi, para bomoh/dukun/pawang malahan ustaz2 kampung menggunakan beras kunyit & air yang juga telah dibacakan ayat2 al-quran untuk menghalau hantu syaitan ini. Tapi bila golongan agamawan menyatakan bahawa amalan menabur beras kunyit ini menyerupai amalan agama hindu, maka secara beransur2 amalan ini sudah berkurangan walaupun belum terhapus sepenuhnya. Dan sekarang seakan amalan menabur beras kunyit ini nampaknya seperti sudah ditukar kepada ritual menabur garam dan lada supaya nampak lebih 'islami' barangkali.
Thread ini membuatkan aku berfikir. Jika amalan menabur garam & lada ini bererti tasabuh kepada golongan kafir, maka amat banyak dosa yang perlu aku minta ampun dari Ilahi kerana aku pun penah terlibat dalam ritual ini. Next time aku akan lebih berhati-hati dalam soal ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 26-9-2010 16:51
Saya tak rasa kerana nak tiru Nasrani. Bukan Haron Din saja yang guna garam tu. Lagipun ada bukti ka dia belajar dari Nasrani walaupun Nasrani guna garam?
mnm77 Post at 26-9-2010 00:55 
Dia belajar dari nenek moyang ka , dari nasrani ka, dari shinto ka , yang jelas apabila Nabi dah tunjukkan sesatu kaedah dalam beramal agama maka haramlah untuk sesiapa pun mencari kaedah lain menggantikan kaedah yang Nabi tunjuk itu . Orang Islam ni dia kena "kami dengar dan kami taat" , bukannya "kami dengar tapi kami tak nak ikut kerana kami cari cara lain ikut nenek moyang, ikut nasrani, ikut shinto , ikut hawa nafsu etc "
Maksud ayat-ayat Quran bawah ni jelas Allah melarang manusia dari ikut hawa nafsu , ikut hukum jahiliah, ikut kehendak nasrani yahudi, ikut nenek moyang , ikut pendapat manusia apabila telah jelas ada cara dan kaedah dalam Quran Sunnah maka tak boleh guna cara lain lagi dah terutama dalam deal dengan perkara yang ghaib .
Quran 5:48 Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.
Quran 2:120 Katakanlah: ""Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)"". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."
Quran 5:50 Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?
Nabi tak tunjuk kah cara nak hindari gangguan syaitan ? Tak cukup ayat Quran kah yang menerangkan cara menghindari gangguan syaitan ? Bukankah Allah telah menyatakan agama Islam ini lengkap ? Lengkap tu maksud apa kalau masih mencari cara lain nak halau hantu sedangkan dah terbentang cara yang Allah dan RasulNya redhai dan tunjukkan pada kita semua?
Sila fokus pada bab menghalau hantu ya, tak payah lah heret isu cara teknologi barat ubat rawatan sakit fizikal itu ini tak boleh guna ka bla bla bla , kerana yang di perbincang disini adalah bab menghalau hantu .
Sebelum nak khurafatkan amalan tersebut, kena tahu juga bacaan dan doa mereka. Kalau ada dari Al-Quran dan Sunnah, yang beri kesan tu mungkin ayat-ayat Al-Quran. Garam tu sebagai medium saja, macam air. Ada yang guna lada hitam, ada guna beras kunyit. Itu berdasarkan pengalaman mereka. mnm77 Post at 26-9-2010 00:55 
Ayat-ayat Quran yang di baca manusia boleh beri kesan ? Kau nak sekutukan Allah dengan bacaan ayat-ayat yang keluar dari mulut manusia kah ? Allah saja yang boleh beri kesan . Perbuatan manusia baik pun berupa amalan atau kata-kata tak boleh bagi kesan kerana perbuatan manusia bukan Tuhan yang punya kuasa untuk bagi kesan itu ini ok .
Perbuatan manusia adalah action, actions tak boleh menentukan effect , baca suratul kursi adalah action, yang manusia boleh kawal adalah ketika membaca tu saja kerana manusia cuma boleh kawal action nya sendiri saja, result atau effectnya di tentukan oleh Allah sepenuhnya, gangguan hilang maka itu result atau effect maka itu yang ditentukan Allah sepenuhnya.
Kalau guna garam dan lada gangguan hilang maka itu kerana syaitan nak tipu orang tu agar orang tu menyangka dia dah berjaya kawal syaitan !Itu merupakan lakonan syaitan semata-mata bukannya hilangnya gangguan tu dari pertolongan Allah sebaliknya ia cuma dari lakonan dan perdayaan syaitan semata-mata !
Tolong belajar bezakan antara petunjuk Allah dengan cara nenek moyang atau cara agama lain . Jangan lah samakan antara keduanya . Jangan kata ini dari Allah dan itu pun dari Allah . Kerana Allah tak suruh manusia guna garam dan lada untuk halau syaitan , malah Allah menegaskan dalam Al Quran hanya orang yang ikut patuh pada Quran Sunnah saja yang akan ditolongNya ! Maka orang yang ikut cara nenek moyang atau cara agama lain untuk menghalau hantu pasti takkan dapat pertolongan Allah dan hanya akan dipermainkan syaitan semata-mata
Quran 7:28 "Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: ""Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya. Katakanlah: ""Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji."" Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?"
Quran 18:5 "Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta."
Selagi tidak meletakkan keyakinan pada benda-benda tersebut, pada saya tiada salahnya. Mungkin ada jenis-jenis Jin yang menjelma tu tidak selesa dengan benda-benda tu WAllahu a'lam. BUKAN semua Jin yang boleh terkesan dengan benda-benda fizikal tu. Kalau ayat Al-Quran dan Sunnah, ya Insha Allah akan berkesan. Namun adakalanya perlukan kesabaran, samada guna ayat Al-Quran semata-mata ataupun ikhtiar yang tidak langgar hukum syarak.
mnm77 Post at 26-9-2010 00:55 
Kalau mereka tak yakin guna garam dan lada boleh halau hantu pastinya mereka takkan guna dua benda tu ! Kalau mereka nak kata Allah yang tolong mereka halau hantu dengan dua benda tu, maka Allah tak pernah kata pun dalam Quran mahupun hadis yang Dia akan tolong sesiapa yang guna garam dan lada untuk halau hantu !
Allah kata dalam Quran dia akan tolong orang yang ikut Quran Sunnah, bukannya orang yang ikut agama lain atau nenek moyang atau hawa nafsu sambil membelakangkan Quran Sunnah, mereka pasti tak dapat pertolongan Allah lalu tuhan manakah yang mereka harapkan untuk tolong mereka dengan guna lada dan garam tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
Kau baca betul-betul hadis ni , Abu Hurairah hanya tahu bahwa "orang lelaki ( someone, him, he) " yang curi makanan tu adalah syaitan hanya setelah di beritahu oleh Nabi sendiri , TAPI ketika dia terserempak dengan pencuri tu dan ketika dia tangkap pencuri tu dia hanya melihat pencuri tu sebagai manusia sahaja sebab syaitan tu menyerupa seorang lelaki ketika tu !
blastoff Post at 26-9-2010 10:29 
Kalau kau baca betul-betul walaupun Abu Hurairah asalnya tidak tahu itu Syiatan, tapi dia telah menangkap Syaitan. Tak mustahil kan, walaupun bukan seorang Nabi.
Kalau kau baca riwayat yang sama dari kitab yang lain, ada riwayat yang lebih panjang. Riwayat Bukhari tu ringkasan saja kisah tu. Riwayat yang panjang tu Abu Hurairah nekad nak bawa orang itu (Syaitan) berjumpa Nabi sehinggalah orang itu menyampaikan satu ilmu yang Abu Hurairah puas hati untuk melepaskannya. Peristiwa tu berlaku dengan izin Allah.
Adakah Harun Din lebih power dari Nabi dan Abu Hurairah sehinggakan Harun Din berjaya membuatkan jin-jin yang dalam bentuk asalnya tu yang tidak kelihatan di mata manusia bersetuju untuk ikut cakapnya untuk di pindahkan ke sana sini sedangkan Nabi dan Abu Hurairah sendiri pun tak berjaya berbuat gitu terhadap jin yang menyerupa yang boleh di lihat oleh mata mereka sendiri ?
Nabi tak halau pun jin yang di ikatnya tu keluar dari masjid tu ! Sebaliknya Nabi lepaskan jin tu begitu saja ! Dan Abu Hurairah sendiri tak berjaya menghalau jin tu dari datang mencuri berkali-kali kan ! Hanya setelah dia amalkan membaca ayat kursi maka kejadian kecurian tu terhenti tapi tak bermakna jin itu di halau , cuma Allah lindungilah manusia yang membaca ayat kursi dari gangguan syaitan tapi tak bermakna syaitan setuju untuk tak ganggu , cuma memberi makna syaitan nak ganggu pun tak berkesan gangguan tu .
Apa yang Nabi dan Abu Hurairah nak buat ialah untuk zahirkan Jin yang telah ditangkap tersebut, tapi tidak terjadi peristiwa tersebut. Apa yang Harun Din buat hanyalah untuk kurangkan gannguan. Saya taktau kalau ada betul Harun Din boleh zahirkan Jin yang ditangkap, saya rasa tak boleh.
Wallahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
dalam mnm 77 mengaku kata dia tak tahu banyak berkenaan jin , tapi dia berbicara seolah-olah dia pasti dan yakin benar apa yang di buat harun din terhadap jin-jin tu betul tanpa sedikit keraguan pun ! Punya nak pertahankan harun din nampaknya dia ya !
blastoff Post at 26-9-2010 10:38 
Ya benar saya tak tahu banyak ilmu berkaitan Jin, walaupun saya ada pengalaman berdialog dengan Jin kafir.
Yang saya nampak, kau yang beria-ia sangat nak menyesatkan dan khurafatkan Harun Din dengan alasan GARAM tu. Sedangkan awal-awal lagi saya dah bagi contoh bahawa perawat-perawat lain pun ada juga yang guna garam, so bukannya saya nak pertahankan Harun Din sangat pun, tapi nak lihat sejauh mana kau nak sesatkan Harun Din.
Ulama salafi pun ada benarkan rawatan guna daun, kurma dalam merawat Jin. Kau taknak sesatkan mereka sama kah sebab tiada jumpa riwayat Nabi rawat yang kena Jin macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat-ayat Quran yang di baca manusia boleh beri kesan ? Kau nak sekutukan Allah dengan bacaan ayat-ayat yang keluar dari mulut manusia kah ? Allah saja yang boleh beri kesan . Perbuatan manusia baik pun berupa amalan atau kata-kata tak boleh bagi kesan kerana perbuatan manusia bukan Tuhan yang punya kuasa untuk bagi kesan itu ini ok .
blastoff Post at 26-9-2010 16:15 
Patutlah kau ni selalu faham literal nampaknya. Hmmm... baca sekerat pastu buat kesimpulan. Kalau betul takat baca boleh bagi kesan, pi suruh orang Kristian baca tengok. Ini pemahaman kau bila saya tulis macam tu? Sungguh 'ultra zohiri' (bak kata seorang forumer)...
Aku nak gi solat Asar pulak ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 424# kupia
rasanya, dr yg sya faham... kedua2 isu ni sama je.. gunakan garam utk halau/halang jin/setan/hantu etc ... tak kisah la dr bangunan ke or dr badan org |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 26-9-2010 18:13
rasanya, dr yg sya faham... kedua2 isu ni sama je.. gunakan garam utk halau/halang jin/setan/hantu etc ... tak kisah la dr bangunan ke or dr badan orghappydot Post at 26-9-2010 17:52 
terkena sihir bukan bermakna hantu masuk dalam badan macam merasuk tu , tapi ia bermakna menggunakan kaedah tertentu dengan bantuan syaitan (kerana teknik sihir datangnya dari syaitan) untuk menyebabkan minda dan badan seseorang terganggu dari segi kesihatannya .
Rasukan dalam badan pula adalah wujudnya jin dalam badan yang dah take over badan tu secara total sampai orang tu tak sedar diri dan itu bukan membabitkan masaalah kesihatan fizikal badan orang itu kerana orang tu sihat aje fizikal nya . Dan jin dalam bangunan , pokok , rumah itu ini lagilah tak membabitkan kesihatan fizikal manusia langsung ! So tak sama . Di thread ini tak dibincangkan bab sihir ya . |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 26-9-2010 18:44
Ni satu hadith SAHIH MUSLIM
Jabir reported: I heard Allah's Apostle (may peace be upon him) as saying: The Satan is present with any one of you in everything he does; he is present even when he eats food; so if any one of you drops a mouthful he should remove away anything filthy on it and eat it and not leave for the devil; and when he finishes (food) he should lick his fingers, for he does not know in what portion of his food the blessing lies.
Sekali imbas, kalau ikut hadith sahih ni, setiap masa ada Syaitan bersama kita. Tapi adakah SEMUA jenis JIN/Syaitan bersama kita? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hadith ni? Sebenarnya ia berkaitan dengan berkat dan juga sisa makanan kita boleh jadi makanan Syaitan. Syaitan jenis apa kita tak tahu.
mnm77 Post at 26-9-2010 00:39 
"The Satan is present with any one of you in everything he does" -- kalau kau cuma nak kata hadis ni berkaitan dengan berkat makan dan sisa makanan semata-mata maka adakah "in everything he does" tu maksudnya manusia makan dalam semua perbuatannya atau buat apa pun kena involve makan kaa ? {:1_126:} Uish orang kafir pun tak makan 24 jam inikan pulak orang Islam !
Alahai bukan payah nak faham ayat tu kan, syaitan hadir dalam setiap apa yang manusia lakukan , bukan waktu makan saja ! Ayat tu punyalah mudah nak faham secara literal, tapi kau payah nak faham bab -bab literal kah ? Syaitan dari golongan jin mana satu pun semua tujuannya satu yakni untuk menyesatkan manusia . Itu peranan dan fungsi syaitan kalau nak di kaitkan dengan manusia seperti yang di tekankan oleh Al Quran . |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 27-9-2010 07:02
Ada jenis-jenis Jin dan Syaitan. Ada yang buat gangguan ghaib, ada yang buat gangguan fizikal. Ada yang buat tugas tertentu. Boleh borong semua tu sama saja ka bila tengok hadith kata 'Syaitan'?mnm77 Post at 26-9-2010 00:39 
Alahai , Allah dan RasulNya tak suruh pun kita selidik jin syaitan mana satu yang ada kat mana pun kerana bukannya kita boleh nampak jin syaitan 24/7 untuk membolehkan kita bezakan jin syaitan tu semua !
Sebab tu Nabi cuma sebut syaitan atau syaitan-syaitan secara umum dalam banyak hadis. Dan Nabi bagitahu nama jin syaitan pun pada certain hadis adalah sebagai ilmu mengenai perkara ghaib agar kita sedar jin syaitan ni berbagai tugasannya .
Pembahagian tugasan para jin syaitan itu ini memperlihatkan mereka boleh fokus sungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan mereka , sedangkan kita para manusia ni fikir banyak benda dan perkara dalam hidup kita lalu kita mudah jadi lalai pada tugasan kita selaku khalifah Allah , tapi jin syaitan mereka fokus sungguh-sungguh sepanjang masa pada tugasan mereka untuk menyesatkan manusia .
Tapi matlamat jin syaitan tak kira tugasan apa pun yang di pegang mereka memasing adalah cuma mahu menyesatkan manusia , dan itu peranan utama jin syaitan yang kita perlu sedar.
Mereka bukan macam tiang letrik yang kita boleh pindah sana sini , dan mereka bukan macam ayam katik yang kita boleh halau sana sini , sebaliknya mereka berfikiran , berkeupayaan dan berkemahuan . Mereka cukup licik dalam merancang dengan plan itu ini dan bijak dalam bertindak.
Mereka degil , kaki hasut , sombong serta paling kuat berbohong , pandai memperdaya dan mempermainkan manusia ! Itu semua sifat mereka yang Allah nyatakan dalam Al Quran ! So macam mana makhluk berperangai gitu nak dikatakan akan tunduk , takut serta taat pada perintah manusia macam harun din tu pulak ? Tak logik la woi !
Kalau kata makhluk sebijak , selicik dan sedegil jin syaitan boleh takut pada garam lada etc lagi tak logik la woiii kerana manusia yang bodoh tahap gaban pun tak takut pada garam lada kan ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 26-9-2010 22:28
tu le pasal..
tuan benang dok sibuk2 psl garam..
kalo Ustaz Harun Din guna gula, jintan manis, jintan putih, halba, limau barli, limau sunkist..
maybe tuan benang tak bising.. 
ana_una Post at 26-9-2010 07:02 
Allah ciptakan jin sama tarafnya dengan manusia tau dari segi daya mereka berfikir, sebab tu mereka terpaksa berdepan dengan perhitungan amalan kat akhirat dan mereka perlu menanggung siksa neraka dan boleh menikmati nikmat syurga, itu kerana mereka boleh bezakan mana yang betul dan mana yang salah , sampai secanggih gitu sekali mereka berkemampuan untuk guna akal fikiran mereka .
Jin bukan macam haiwan yang tak ada pertimbangan logik rasional ! So ada manusia takut pada garam lada jintan putih limau sunkist bla bla bla ka ? Kalau haiwan pun tak pandai takut pada benda-benda tu inikan pula makhluk yang mampu berfikir macam para jin tak kiralah jin kafir atau jin Islam ...
Even orang kafir pun tak reti takut pada garam lada inikan pula jin kafir yang mampu berfikir dan menilai berdasarkan logik segala perkara sama seperti manusia !
Kalau logik akal fikiran manusia mampu membuatkan manusia sedar tiada apa yang perlu di takutkan pada garam lada walau di jampi berbuih mulut pun pada garam dan lada tu, samalah jugak logik akal fikiran jin yang juga pastinya mampu berfikir gitu !
Kalau baca ayat kursi jin syaitan tak ganggu itu kerana Allah neutralkan gangguan jin syaitan tu , bukan kerana jin syaitan takut kat ayat kursi tu, kalau jin syaitan takut apabila dia mendengar kandungan ayat Quran maka dah lama lah jin syaitan akan beriman pada ayat Quran jawabnya !
Macam orang kafir yang tak takut pun pada ayat Quran begitulah juga jin syaitan yang engkar pada Quran Sunnah so makhluk yang engkar nak dikatakan takut pada Quran macam mana pulak kan .
So jin syaitan bukan bengap tak faham bahasa yang dia nak kena takut kat lada garam air jampi etc , even bahasa manusia pun dia boleh pelajari pe sebab tu jin syaitan yang rasuk orang boleh cakap bahasa itu ini , itu menggambarkan betapa canggihnya daya berfikir jin syaitan , segagah dia tak guna ke arah kebajikan kebijaksaan dia tu sebaliknya dia guna untuk menyesatkan orang ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 26-9-2010 22:31
orang yang anggap makhluk jin yang canggih yang Allah cipta yang mampu berfikir secara rasional yang boleh ada tamadun itu ini dalam kehidupan mereka boleh pulak takut pada lada garam bla bla bla sebenarnya orang tu yang bengap tak sudah .. ini secara umum ya tak di tujukan pada yang hidup atau yang mati, kalau ada yang terasa pedas maka jangan makan cili ok  |
|
|
|
|
|
|
| |
|