CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: MAGIC WORLD

 Close [Copy link]
Post time 9-10-2024 11:03 PM | Show all posts

selamat malam mod vell
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 11:06 PM | Show all posts

selamat malam..
belum tidur?

saya kejap lagi nak tidur...
rasa penat dah badan ni..
dari pagi tadi sana sini urus itu ini
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:09 PM | Show all posts
Adik Madrafataha hilang selepas turun ambil makanan dari kereta






Madrafataha,12, dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di Flat Bandar Bukit Tinggi 1, semalam. - Foto ihsan polis





SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bernama Madrafataha Indal Bangsawan dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.59 malam tadi.
"Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan warga tempatan turun ke tempat parkir selepas disuruh ibunya untuk mengambil makanan dalam kereta sekitar jam 2.20 petang.
"Kanak-kanak itu turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemuinya.



"Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas enkuiri polis orang hilang untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa digambarkan berbadan kurus, berkulit cerah, rambut di paras bahu serta berketinggian 150 sentimeter.
Katanya, mangsa kali terakhir dilihat berpakaian baju t-shirt berwarna hijau dan berseluar 'track' hitam.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1308830/adik-madrafataha-hilang-selepas-turun-ambil-makanan-dari-kereta


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:11 PM | Show all posts
Anwar, Xanana bincang kemasukan Timor-Leste sebagai anggota tetap ASEAN




Anwar (dua, kiri) bertemu Xanana pada Mesyuarat Dua Hala antara Malaysia dan Timor-Leste sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Nasional, hari ini. Turut serta, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri), Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (tiga, kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud (kiri). - Foto BERNAMAATHIN SUHAIRA ABD RAHIM







VIENTIANE: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya Perdana Menteri Timor-Leste, Xanana Gusmao.
Antara perkara dibincangkan dalam pertemuan di Pusat Persidangan Kebangsaan (NCC) itu mengenai permohonan keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan lebih kurang 15 minit ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di NCC.
Timor-Leste ketika ini masih menunggu keputusan konsensus negara-negara ASEAN untuk diterima sebagai anggota penuh badan serantau itu.





Negara itu juga diiktiraf sebagai pemerhati ASEAN dan menyertai Forum Serantau ASEAN pada 2005 sebelum secara rasmi memohon keahlian pada 4 Mac 2011.
Pada 2022, pemimpin ASEAN yang berhimpun di Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada dasarnya bersetuju Timor-Leste menjadi anggota ke-11 kumpulan itu.
Timor-Leste juga diberikan status pemerhati bagi mengambil bahagian dalam semua Mesyuarat ASEAN termasuk sesi pleno.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308840/anwar-xanana-bincang-kemasukan-timor-leste-sebagai-anggota-tetap









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:12 PM | Show all posts
Vellfire replied at 9-10-2024 11:06 PM
selamat malam..
belum tidur?

baru bangun

tadi lepas isyak terlelap

tak boleh nak tidur balik

so, buka forum lah




Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:14 PM | Show all posts
Vellfire replied at 9-10-2024 11:06 PM
selamat malam..
belum tidur?

harap mod vell jaga kesihatan

sibuk dgn urusan kesana sini

nanti nak jalan jauh lagi

dengan cuaca tak menentu


penat sangat pun bahaya jugak


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2024 11:15 PM | Show all posts
tapi ckp pasal anak2 selagi urusan diaorang tak selesai

selagi tu rasa gelisah duk memikir
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:15 PM | Show all posts
last2 dengan kita2 stress
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 11:18 PM | Show all posts
nuki12 replied at 9-10-2024 03:12 PM
baru bangun

tadi lepas isyak terlelap

saya last tidu kul 5 pagi tadi
mengantuk sangat2
tapi hati tahan jangan tidur dulu

tengah baca bodgos
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:20 PM | Show all posts
nuki12 replied at 9-10-2024 03:14 PM
harap mod vell jaga kesihatan

sibuk dgn urusan kesana sini

yang penting dipermudah semua urusan kan..
saya risau itu jer..

dah selesai semua nanti..
mesti saya rindu anak2 semua
yg sulung dan isteri 26oct pindah kch
yang no 2 di KK
no 3 bungsu di Johor
saya dan hubby di miri
rumah di btu.. tak ada orang jaga
kita berdua balik hujung minggu jer..

teringat ceramah samsul debat..
rumah makin besar.. orang makin tak ada
sebab semua anak2 sambung belajar
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:20 PM | Show all posts
RUU berkaitan kewarganegaraan akan dibahas, diputuskan pada sidang Parlimen kali ini - Saifuddin Nasution











KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan akan menjadi tumpuan utama untuk dibahaskan dan diputuskan dalam sidang Parlimen minggu hadapan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tumpuan pindaan itu diberikan dalam usaha membolehkan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan wanita rakyat tempatan dengan lelaki warga asing mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang atau secara automatik.
Sebelum pindaan itu dilakukan, beliau berkata, anak yang lahir di luar negara akan mendapat kewarganegaraan secara pendaftaran iaitu dilakukan melalui permohonan.
"Bagaimanapun kali ini, apabila pindaan rang undang-undang ini diluluskan dengan sokongan dua pertiga Ahli Dewan, anak ini akan mendapat status kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang atau automatik.


"Ia akan dikuatkuasakan sebaik saja Dewan Parlimen, Rakyat dan Negara meluluskan pindaan ini," katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya, di sini, hari ini.
Saifuddin Nasution berkata, pindaan yang akan dibahaskan itu sudah melalui proses yang panjang dan sudah dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.
"Itu sudah berlangsung tidak kurang tiga pusingan. Sebelum pindaan sampai ke tahap ini, ia juga sudah dibentangkan kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak di mana kedua-duanya juga sudah memberikan lampu hijau.
"Malah libat urus dengan badan bukan kerajaan, masyarakat sivil, individu, aktivis dilakukan secara intensif sekali dan ini adalah peringkat terakhir sebelum di bawa ke Dewan Rakyat," katanya.



Beliau juga berkata, apabila pindaan ini diluluskan, anak-anak akan mendapat status mereka sebagai warga negara dengan segera, iaitu suatu perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.
"Ini sebahagian daripada janji Kerajaan MADANI dan kami tunaikan.
"Saya percaya Ahli Parlimen akan letak kepentingan rakyat sebagai keutamaan, jauh mengatasi daripada sentimen dan kepentingan kita sendiri.
"Saya yakin ini keputusan yang betul, tugas Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Dalam Negeri yang diberikan tugas adalah untuk melengkapkan proses itu.
"Mudah-mudahan kelulusan diperoleh akan beri manfaat besar kepada rakyat Malaysia yang terbabit," katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308785/ruu-berkaitan-kewarganegaraan-akan-dibahas-diputuskan-pada-sidang


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:22 PM | Show all posts
nuki12 replied at 9-10-2024 03:09 PM
Adik Madrafataha hilang selepas turun ambil makanan dari kereta

ada satu kes lagi..pi buang sampah then terus hilang..

byk kes mcm ni sekarang ni..
semoga jadi pengajaran untuk kita dan semua orang..

kalau betul2 kena culik semoga dapat dijumpai lagi

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:23 PM | Show all posts
dan kalau kes anak2 yang lari ikut kawan..
semoga anak2 sedar..
fikirkanlah..

umur tu masih muda
kita mak ada keluarga
keluarga sayang kita..
jangan terikut dgn kawan yang
boleh merosakkan..
sedap nikmat tu tak lama dik..
ingat2lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:23 PM | Show all posts
apa aku merepek malam2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:23 PM | Show all posts
merepek ke membebel
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:23 PM | Show all posts
Vellfire replied at 9-10-2024 11:18 PM
saya last tidu kul 5 pagi tadi
mengantuk sangat2
tapi hati tahan jangan tidur dulu

pukul 5  pagi

saya baca pun dah rasa letih seharian ke sana sini


mod baca benang mana?

dah berpuak puak pulak

satu benang walafaz

satu benang walatah

benang lain campur aduk bergaduh dlm tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 11:28 PM | Show all posts
nuki12 replied at 9-10-2024 03:23 PM
pukul 5  pagi

saya baca pun dah rasa letih seharian ke sana sini

baca benang yg selalu kat atas..rasanya situ byk team f


https://b.cari.com.my/forum.php?mod=guide&view=new

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:28 PM | Show all posts
Vellfire replied at 9-10-2024 11:20 PM
yang penting dipermudah semua urusan kan..
saya risau itu jer..

insya allah

semua akan dipermudahkan


sunyi la nanti tingal dua org je dlm rumah



tapi utk future diorg jugak kan

kalau sini diorg pergi kem sekolah pun rasa sunyidah rumah
padahal dua hari je time weekend

ni pulak pergi belajar 3-4 tahun






Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:31 PM | Show all posts
Vellfire replied at 9-10-2024 11:22 PM
ada satu kes lagi..pi buang sampah then terus hilang..

byk kes mcm ni sekarang ni..

tiba2 banyak pulak kes orang hilang

sama ada diorg mmg dah target ataupun nampak je terus ambik tak kira


sbb kalau baca kronologi kes
mangsa2 mmg buat rutin harian  yang sama je dkt kawasan rumah


rutin yg selalu dibuat

buang sampah, beli makanan bwh rumah, haritu ada yang nak pergi sekolah






Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:32 PM | Show all posts
kesian dekat budak2 sbb takkan diorg nak terperuk je dlm rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 1.112917 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list