|
kak ell.....![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #427 bayieng's post
Saper uteh ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #431 houdini's post
ntah la...slalu dgr dorang panggil korie tu rie je..
abg izam tu..dorang panggil abg je..kakak yg kat uk tu..dorang panggil kak na ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
uteh..jumpa esok![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
MSTAR
Konsert Piala Sultan Selangor segar dan menghiburkan!
2008-07-08 11:20:29.0
oleh EHFAN SHAH
BERMACAM memorandum bantahan telah disuarakan namun seperti yang semua maklum, konsert hiburan sempena perlawanan bolasepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam Ahad terlepas jua dipentaskan.
Berlainan senarionya dengan konsert hiburan di perhimpunan memprotes harga minyak yang mensasarkan 1 juta orang di Stadium Kelana Jaya berlangsung dengan kekecohan dan kontroversi, konsert di Shah Alam terserlah kemeriahannya dan berlangsung dengan aman dan mendapat sambutan di luar jangkaan.
Apa saja hasrat untuk berdemonstrasi membantah kehadiran Ella dan Mas Idayu pada konsert hiburan sempena perlawanan bolasepak Piala Sultan Selangor itu, semuanya bagaikan akur dengan ketetapan yang dibuat.
Liuk lentok Ella yang manja begitu disenangi penonton.
(Foto The Star oleh Ehfan Shah) Cuma, sebagai tanda 'bantahan', pihak PAS ada berusaha mengedarkan risalah kepada pengunjung agar menjaga moral sebagai seorang Muslim dengan tidak mengabaikan solat Asar dan Maghrib ketika konsert hiburan itu berlangsung.
Juga turut disisipkan peringatan supaya menjaga nilai-nilai moral agar bersolat hajat meminta dihindarkan daripada segala musibah.
Pemilihan Ella dan Mas Idayu yang dirasakan tidak sesuai pada mulanya tetapi telah mendapat sorakan dari lebih kurang 6 ribu orang penonton yang ternyata riang melihat kelibat penyanyi kesayangan mereka.
Persembahan Mas Idayu tidak menghampakan. Katalah apa saja pada Ella. Liuk lentoknya yang manja membuat penyanyi rock ini begitu disenangi.
Ternyata, Ella masih popular dan sikapnya yang spontan memberi pose menarik kepada jurugambar mendapat tepukan hangat. Ella telah menyampaikan beberapa buah lagu antaranya Rama-rama, Jujur dan Standing in The Eyes of the World.
Di mana saja, jeritan histeria "Ella" kedengaran di stadium itu dan Ella tidak menghampakan apabila beliau bermesra dengan peminatnya dari Singapura.
David tampil memberi hiburan malar segar. Pada satu ketika, Ella telah menghadiahkan bendera kecil kepada salah seorang pemain Singapore Veterans iaitu Malek Awab.
Begitu juga dengan penyanyi dangdut Mas Idayu, yang sebelum ini bermain teka-teki dengan wartawan apabila mengambil sikap tidak tahu menahu pasal konsert Piala Selangor yang diadakan.
Mas Idayu tidak menghampakan. Beliau telah menyampaikan lima buah lagu, antaranya dua buah lagu baru iaitu Dengar-dengarkan dan Goda-godaan dari album terbatunya 1001.
Sebelum itu, penyanyi evergreen David Arumugam tampil memberi hiburan malar segar dalam lagu-lagu Sampaikan Salam, Hingga Akhir Nanti dan Andainya Aku Pergi Dulu.
Walaupun David kelihatan masih mengharapkan bantuan lirik lagu di atas kertas, suara lunaknya yang memukau masih tidak dapat ditandingi.
Konsert hiburan prelud sebelum Piala Sultan Selangor ini cukup menghiburkan, walaupun kecoh kontroversi yang menyelubungi konsert ini sebulan yang lalu.
--- tamat --- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Makin hari makin lawa la Ella ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Football and fiesta in Shah Alam-THE STARBy LIM CHIA YING
Lively show: Ella entertaining the crowd.
SHAH ALAM: Crowd-pullers David Arumugam of Alleycats, dangdut singer Mas Idayu and rock queen Ella entertained the early birds at the Sultan of Selangor抯 Cup yesterday during a live concert to kick-off the tournament.
Fans started to arrive in as early as 5pm. The crowd grew excited when the familiar song Sampaikan Salam blared out and the man in his trademark Afro stepped out onto the pitch with a microphone.
David Arumugam, the lead vocalist of the local group, had fans clapping and singing along with him as he performed two more of the group抯 famous tunes, Hingga Ke Akhir Nanti and Andainya Aku Pergi Dulu.
In between songs, he urged the crowd to show their support for Selangor in the match between the home team and Singapore.
揝elangor must bring back the Cup! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|