CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[tvN] Chicago Typewriter - Yoo Ah In , Im Soo Jung , Go Jung Pyo [Review dauswq

[Copy link]
Post time 7-6-2017 02:53 PM | Show all posts
wima replied at 6-6-2017 07:22 PM
Aah...iols jarang mengomen sbb kkdg tgk lambat jd xde excited dh nk mengomen bagai...

Moyan sen ...

tu lah pasal wima..iols tgok cm xde perasaan taw..xde nak sedih2 bagai..tgok mcm biasa jer..
sbb mcm dh leh agak ending utk mr.yoo tu cmna..

kalo uols ada lepak kat umah wook koling2 la iols yer..
cite psj tu iols layan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2017 04:16 PM | Show all posts
Dh habis marathon
Chemistry trio ni mmg mantap!
Scene 1930s mmg fav fly..terasa semangat diorg berjuangtu..kalaulah ade tunjukkn lg banyak scene pasal missions diorg tu mesti lgbest.. Craving for more 1930s scenes sebenarnya..
Ep15&16 sedih sgt2..each and every scene sangat2memorable&terkesan sampai jd kemurungan sat lepas abis ep16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2017 04:24 PM | Show all posts
thafly replied at 8-6-2017 04:16 PM
Dh habis marathon Chemistry trio ni mmg mantap!Scene 1930s mmg fav fly..ter ...

sampai depress ya , fly
begitulah ape aku rasai kelmarin.. masih duk ulang2 balik epi 15-16 ..
tapi malas lak nak ulang episod2 sebelumnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2017 03:58 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 12-6-2017 05:26 PM

CHICAGO TYPEWRITER

Rating Keseluruhan Drama:  (9.3+9.5+9.0+4.8+4.2) =36.8/4=9.2)

Kritik Keseluruhan: " Plot 'tersembunyi' yang penuh kemisterian di awalan cerita betul-betul menduga kesabaran. Penulis seorang yang licik seperti juga watak Han Se Ju, telah memperdayakan imaginasi penonton ke arah genre romantik komedi yang 'chessy', sebaliknya menyimpulkannya dengan dasyat dan penuh melodramatik sehingga menusuk hati di akhir cerita, sekaligus menutup kelemahan sedia ada. Dibantu dengan teknik pengarahan yang 'subtle' dan lakonan cemerlang ketiga-tiga pelantun drama, Chicago Typewriter sesuatu drama yang tak boleh langsung dilepas pandang".

1. Cerita  (9.3/10)

Drama ini bermain dengan konsep penjelmaan semula ('reincarnation'), yakni mereka yang hidup sekarang mengubah diri ke arah lebih baik berlandaskan pada memori mereka kecapi di masa lalu. Han Se Ju, seorang penulis novel terkenal dan Jeol Sol, peminat novelis telah dijelmakan semula di masa kini berdasarkan roh mereka di masa lalu, Seo Hwi Yong dan Ryu Soo Hyun yang berjuang memerdekakan tanah Korea daripada jajahan Jepun (1930-an) . Yoo Jin Oh pula ialah hantu yang menghuni mesin taip Chicago ('Chicago Typewriter') bertahun-tahun sehingga dia menemui Han Se Ju yang mirip kawan baiknya, Seo Hwi Yeong. Motif kenapakah Yoo Jin Oh mencari Han Se Ju dan menemukannya dengan Jeol Sol diperjelaskan di dalam drama ini dalam bentuk penyelongkaran misteri di awal episod 1- 5.

Epi 5 - 13 lebih menitikberatkan kepada interaksi romantik antara Han Se Ju & Jeol Sol, sebenarnya menjadi indikasi kepada epi 14-16 , yakni misi yang tak dapat ditunaikan Seo Hwi Yong, Ryu Soo Hyun dan Yoo Jin Oh (Shin Yol) di akhir hayat mereka.

Drama ini diakui antara paling 'subtle' pernah ditulis oleh Jin So Wan berbanding Kill Me Heal Me yang lebih provokatif dan Moon Embrace The Sun yang lebih 'direct-to-the-point' . Aturan dramanya sangat perlahan, dan membuatkan sesetengah pada permulaan cerita agak meluat dengan perangai Han Se Ju yang menjengkelkan, dingin dan pentingkan diri sendiri. Namun, di sebaliknya, kita didedahkan juga perwatakan Seo Hwi Yong yang lebih kurang sama dengan Han Se Ju tetapi tampak karismatik dan memenuhi kriterianya sebagai seorang pemimpin. Yoo Jin Oh membantu merungkaikan persoalan penjelmaan semula Han Se Ju di mana Han Se Ju dapat menyelami dilemanya jika dia menuruti kehendak Yoo Jin Oh menyambungkan novel tertangguh, Seo Hwi Young pada masa lalu. Plot cerita drama ini dirungkai satu demi satu setelah penulisan novel tersebut bergerak dari satu bab ke bab yang lain. Memori mereka pada masa lalu tercetus di fikiran masing-masing lalu membawa kepada 'kesimpulan' yang mantap diterangkan dalam episod 14-16.

Apa yang mantap sangat mengenai episod 14-16? Silalah layan.

Antara menarik mengenai drama ini, penulis tidak putus-putus memparodikan karya-karya Stephen King dan juga Stephen King sendiri, terutamanya novel Misery menjadikan watak Han Se Ju mirip apa dialami penulis Stephen King, seorang yang terkenal dengan ketampanannya dan sering diserang sasaeng tetapi juga menghadapi kontroversi menggaji penulis bayangan.



Selain itu, penulis pandai menggarap cerita yang unik mengenai perjuangan mereka bertiga pada 1930-an dan menyimpulkannya dengan penuh dramatik. Tajuk drama "Chicago Typewriter" juga membawa maksud berbeza - sejenis senjata api yang bunyinya mirip dengan mesin taip, digunakan pejuang kebebasan, malah ia juga boleh bermaksud mesin tapi itu sendiri.  

                                       
2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)
Ketiga-tiga "leading" mempersembahkan lakonan yang sangat cemerlang, terutamanya Yoo Ah In.


Yoo Ah In - Han Se Ju/ Seo Hwi Yong  [Best Actor]
Tidak keterlaluan untuk dikatakan, lakonan Yoo Ah In selaku kedua-duanya meninggalkan impresi yang agak besar. Beliau mempergayakan lakonan penuh berkarismatik sebagai Seo Hwi Yong dan seorang yang teguh dengan pendirian dan kepimpinan, tetapi juga seorang 'dingin'. Kebanyakan ucapan dipertuturkan beliau betul-betul menyerlahkan lagi penampilan Seo Hwi Yong dan Han Se Ju. Lakonannya ditakrifkan sebagai 'method acting' yang berkesan, yakni lakonan berdasarkan figura tertentu - Stephen King & pejuang kebebasan. Ia sedikit mengingatkan saya pada pelakon Marlon Brando, pemenang 2 kali Best Actor Oscar.


Im Soo Jung - Jeon Sol/ Rwi Hyu Yong [Best Actress]
Penampilan Im Soo Jung agak lemah sebagai Jeon Sol tetapi sangat hebat sebagai Rwi Hyu Yong. Sebagai Rwi Hyu Yong, daripada seorang naif dan sukaria muncul sebagai seorang 'bad ass' dan mahir menembak menggunakan sniper. Lakonan penuh beremosi dan meruntun kalbu di dalam Epi 15-16 antara 'highlight' boleh diperkatakan mengenai aktress ini.


Go Jung Pyo - Yoo Jin Oh/ Shin Yol [Best Supporting Actor]
Go Jung Pyo berjaya tampilkan sisi berbeza selaku hantu "Chicago Typewriter" yang disenangi. Tidak banyak beza dengan dirinya pada masa lalu, misteri apa yang berlaku pada Yoo Jin Oh di masa lalunya menjadi kunci klimaks drama ini. Go Jung Pyo menampilkan Shin Yeol, seorang yang 'desperate' kerana cintanya teramat sangat pada Rwi Hyu Yong.

Pelakon lain agak tenggelam. Tetapi, tahniah juga buat mereka sama-sama menjayakan- Kwak Shi Yang dan lain-lain.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9.0/10)
Teknik pengarahan banyak memfokuskan pada artistik dan 'subtle'. Maka, 'pacing' agak perlahan dan lebih memperturutkan misteri drama. Gubahan lanskap berubah 100% apabila dibawa kepada zaman 1930, dan pengarahan yang penuh dinamik dapat dilihat di pengakhiran cerita. Sedikit kekurangan teknik yang baik tentang 'kesungguhan pada cerita moden, namun sinematografi menutup sedikit kelemahan tersebut.


Di samping itu, instrumental juga menggamit perasaan dan seharusnya dinominasikan untuk [Best Original Score] . Sinematografi juga unik dan mempersonakan walaupun ruangnya yang agak terhad, terutama sekali bilik khas operasi di dalam bar Carpe Diem di mana mereka bertiga membincangkan impian masing-masing. Rumah agam Han Se Ju juga agak klasik, menambahkan lagi kegerunan terhadap misteri berkait dengan kewujudan hantu.
Pengarah ini pandai mengaplikasikan maksud penulisan secara halus (subtle) seperti ditunjukkan dalam kapsyen gambar di bawah.


Ruang ini terdapat potret  "Eugene O'Neill" (lihat di belakang) seorang penulis skrip teater terkenal. Dalam sesuatu episod tertentu, wajah dalam potret tersebut tersenyum. Sebenarnya, daripada situ juga Han Se Ju menyedari kewujudan entiti yang namanya Yoo Jin Oh , nama korea pada Eugene O'Neill yang khabarnya menjadi penulis bayangan itu. Tapi, rupanya dia adalah 'penulis bayangan' yang tidak wujud pun di dunia ini, iaitu hantu.

Selain itu,epi 2-3 juga pengarah gemar menjadikan adegan Misery sebagai parodi yakni Han Se Ju menyangka Jeon Sol menculiknya kerana terlalu obses pada dirinya.

Senjata api 'Chicago Typewriter' dijadikan secara simbolik kepada dendam untuk menyimpulkan misi tak tertunai di masa lalu. Tetapi, akhirnya mesin taip 'Chicago typewriter' secara simbolik menyuburkan kisah 3 sekawan mereka dalam sebuah novel.


[Best Original Score]
[Best Cinematography]

4. Skor muzik (4.8/5)

Instrumental yang menggamit memori indah bersama, melankolik sangat tepat mengenai sasaran.
Antara lagu OST yang agak menyerlah dan menjadi pilihan , no. 1 teratas,

1.


2.


3.



Lagu tema Saltpaper sangat menetapi drama ini.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.2/5)
Great drama with an excellent closure, recommended!

Rating Keseluruhan Drama: (9.3+9.5+9.0+4.8+4.2) =36.8/4=9.2)
Nomination: Yoo Ah In, Im Soo Jung, Go Jung Pyo

@ismaha @eddlisa_uyuk    @isabel tacang


Review untuk dibaca: @sukebintang  @wima  @thafly  @trexxxxxi  @inaniloquent  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 12-6-2017 04:58 PM
CHICAGO TYPEWRITER

Rating Keseluruhan Drama:  (9.3+9.5+9.0+4.8+4.2) =36.8/4=9.2)

daus.. ko tukaq balik nama tu bagi betoi  
spoil nak baca review  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2017 05:25 PM | Show all posts
trexxxxxi replied at 12-6-2017 05:20 PM
daus.. ko tukaq balik nama tu bagi betoi   
spoil nak baca review

nama yg mane ni trexxxi?

aku rase aku tertukar han se ju tu dgn yoo jin oh dlm perenggan pasal potret tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2017 06:48 AM | Show all posts
dauswq replied at 12-6-2017 03:58 PM
CHICAGO TYPEWRITER

Rating Keseluruhan Drama:  (9.3+9.5+9.0+4.8+4.2) =36.8/4=9.2)

lupa nak rekomen drama ni kt @manganini  & @spankee_fili
sila lah bace review , tak de spoiler pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 08:44 AM | Show all posts
dauswq replied at 14-6-2017 06:48 AM
lupa nak rekomen drama ni kt @manganini  & @spankee_fili
sila lah bace review , tak de spoiler p ...

owh nice, bila dengar OST dah rasa terjatuh hati...meols suka misteri & hantu yang tak menakutkan..
mengganggu emosi tak cerita ni - terlalu sedih ke terlalu ngeri ke terlalu kesian ke?
kalau tak extreme, meols akan masukkan dalam list next watch..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2017 08:47 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 14-6-2017 08:44 AM
owh nice, bila dengar OST dah rasa terjatuh hati...meols suka misteri & hantu yang tak menakutkan. ...

tak extreme pun noks
spt iols clarify dlm review tu, the melo part only occurs at climax near the ending tapi still happy ending..

cuma uols kena tabah sket epi 1-5 , slow yg agak sgt lah..
sbb kedua2 pengarah dan writer ni cuba nak convey kemisterian yg berlaku, dan camne past boleh affect the current..

yg plg penting episode 14-16

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 08:51 AM | Show all posts
dauswq replied at 14-6-2017 08:47 AM
tak extreme pun noks
spt iols clarify dlm review tu, the melo part only occurs at climax ne ...

okeh...kalau extreme mau meols amek berbulan-bulan nak recover...
i is hati tisu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2017 08:53 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 14-6-2017 08:51 AM
okeh...kalau extreme mau meols amek berbulan-bulan nak recover...
i is hati tisu...

iols tak sabar nak tgk uols moyan start epi 14 ke atas
sblm tu aruslah uols hibernating dulu sbb konfius dgn jln citer agak merapu2 sket
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 08:56 AM | Show all posts
dauswq replied at 14-6-2017 08:53 AM
iols tak sabar nak tgk uols moyan start epi 14 ke atas
sblm tu aruslah uols hibernating dulu s ...

heyyyy...meols bukan kaki moyan...
#denial
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 10:14 AM | Show all posts
dh start tgk blk tp terstop half ep 5

mmg menarik nnt sambung lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 11:47 AM | Show all posts
@ismaha tak tgk kah? brader ah in dia agak cool di sini
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 02:05 PM | Show all posts
ahkhirnya habis jugak tenguk cite ni...
memang sedih last 2 episod tu.. dan tak di sangka2 cam gitu rupenye jln cerita drama ni...


cite ni dah tayang kat 8tv.. cepat betul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 02:17 PM | Show all posts
qis13 replied at 15-6-2017 02:05 PM
ahkhirnya habis jugak tenguk cite ni...
memang sedih last 2 episod tu.. dan tak di sangka2 cam gitu ...

itulah wlpn dah pernah expect ending jadi camtu, tp still terasa gak ending nya dibuat gtuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2017 06:55 AM | Show all posts
cakkk aaa....

lama tul tak jengah kt bod drama...

mood nak layan drama dah mula dtg sikit2..

so far baru habis layan circle n the best hit...

selalu gak dgr org kata cete chicago typewriter best...

baca review katanya recommended..  leh la mula marathon...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 11:28 AM | Show all posts
best sgt drama ni sampai kemurungan lama tak mau tengok drama korea yang lain..
terbayang2 scene 1930 dgn dialog2 YAI...


ni baru nak start balik... maybe nak tgk Haebak God of Water...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2017 02:17 AM | Show all posts
Syik_Gojet replied at 5-7-2017 06:55 AM
cakkk aaa....

lama tul tak jengah kt bod drama...

aku sarankan kau tgk drama lain dulu..

sbb kau akn dpt sindrom susah nak bangkit lps abis nonton drama ni..
mcm aku alami skrg



Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 05:15 AM | Show all posts
dauswq replied at 7-7-2017 02:17 AM
aku sarankan kau tgk drama lain dulu..

sbb kau akn dpt sindrom susah nak bangkit lps abis nonto ...

seriusly... nampaknya kalu aku tgk drama ni.. boleh jadi aku akan kena sindrom mcm signal.. hahaha..

aku tak start lagi.. tgh kumpul mood ni.. nampaknya kena prepare mental n fizikal...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056415 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list