|
P.R.C China PLA & PAP (Police) Gallery and Discussion
[Copy link]
|
|
China uji pesawat pejuang kalis radar
BEIJING - Beberapa pakar penerbangan percaya China menguji sebuah prototaip jet perang yang tidak mampu dikesan oleh radar pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar-gambar jet itu disiarkan di Internet manakala sumber-sumber tentera China yang dipetik media Jepun mengesahkan bahawa ia melibatkan sebuah model ujian pesawat pejuang J-20.
Berita itu didedahkan beberapa hari sebelum lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates ke Beijing untuk memulihkan semula hubungan dengan China.
Lawatan itu dibuat selepas AS bersetuju menjual senjata bernilai berbilion-bilion dolar kepada Taiwan.
Pakar-pakar menyatakan bahawa jet kalis radar versi China itu lebih besar daripada yang dijangkakan. Ia yang boleh membawa peluru berpandu mungkin digunakan untuk serangan jarak jauh.
Menurut laman web Aviation Week, jet J-20 mempunyai satu tempat duduk, dua enjin berkembar selain lebih besar dan berat berbanding pesawat Sukhoi T-50 buatan Rusia dan F-22 buatan AS.
" J-20 akan menjadi benar-benar kompetitif sama dengan F-22 berdasarkan kemampuan, " kata seorang pakar mengenai ketenteraan China dari Pusat Strategi dan Penilaian Antarabangsa, Rick Fisher.
Jet itu diuji pada minggu lalu di sebuah landasan terbang di tenggara China (Chengdu).
- Agensi / Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa design lebih besar??? |
|
|
|
|
|
|
|
AS tidak bimbang jet pejuang China
2011/01/07
http://www.bharian.com.my/articles/AStidakbimbangjetpejuangChina/pix_gal0
GAMBAR jet pejuang prototaip J-20 China sebelum menjalani ujian.
Beijing perlu banyak masa untuk pastikan senjata baru itu beroperasi sepenuhnya
WASHINGTON: Seorang pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat meremehkan kebimbangan berhubung laporan menyatakan China mencapai kemajuan dalam membangunkan jet pejuang siluman tetapi mengakui pihaknya terperanjat dengan kepantasan Beijing membangunkan jet canggih hampir tidak dapat dikesan radar itu.
Beberapa gambar jet prototaip J-20 China disiarkan oleh pihak yang tidak didedahkan identitinya di beberapa laman web sejak minggu lalu, menjelang lawatan menteri pertahanan AS, Robert Gates ke Beijing semalam.
Gambar itu menunjukkan prototaip J-20 sudah disiapkan dan sedang diuji di sebuah pangkalan udara di barat daya China.
Bagaimanapun Laksamana Madya David Dorsett, pengarah risikan tentera laut AS, berkata China mungkin perlu beberapa tahun lagi untuk memastikan pesawat siluman itu dapat beroperasi sepenuhnya.
“Usaha membangunkan keupayaan siluman dan kemudian menyepadukan keupayaan itu dengan persekitaran tempur akan mengambil masa yang lama,” kata beliau.
Dorsett berkata beliau tidak terperanjat China berusaha membangunkan jet pejuang siluman untuk menyaingi jet generasi kelima F-22 Raptor Amerika.
Pesawat siluman memiliki keupayaan untuk menghindari pengesanan secara visual, audio, sensor panas, ataupun gelombang radio (radar).
Penganalisis tentera memberi amaran China juga sedang membangunkan versi baru misil balistik Dongfeng 21 (DF-21D) yang boleh menembus pertahanan mana-mana kapal tentera laut AS dan mempunyai jarak sasaran menjangkaui perairan China.
“Sebelum ini kita memandang ringan keupayaan China membangunkan senjata teknologi tinggi seperti itu,” Dorsett memberitahu wartawan.
Namun beliau berkata China belum lagi mempunyai kecekapan dalam beroperasi dalam persekitaran tempur yang sofistikated dan masih lagi menjadi tanda tanya ke upayaannya melancarkan senjata teknologi tinggi yang dimilikinya itu.
“Saya akui mereka akan memiliki sistem senjata itu tetapi apakah mereka mempunyai kemahiran dalam menggunakannya,” kata Dorsett.
Ketua risikan tentera laut AS itu berkata beliau lebih bimbang mengenai kegiatan China dalam perang siber dan usahanya meningkatkan keupayaan di angkasa lepas. – AFP |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa design lebih besar???
lkick2113 Post at 7-1-2011 08:03 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
mungkin Fighter Bomber.... |
|
|
|
|
|
|
|
jet pejuang siluman siluman tu maksudnya stealth?
-rasa2nya taakan bleh jadi f22 killer lg, f-22 dah terbukti di medan perang |
|
|
|
|
|
|
|
amerika,russia dan china masing2 dah ada pesawat stealth, ok lah tu masing2 kuasa besar. namun yang paling merisaukan apabila pesawat jsf memasuki inventori rsaf 2,3 tahun lagi. mampu atau tidak malaysia hadapi ancaman dari singapore???? |
|
|
|
|
|
|
|
maybe it's time for MAF to consider Chinese-made hardwares..in case PAK FA lambat lagi operational |
|
|
|
|
|
|
|
J-20 adalah lonjakan paling nyata
dalam kemampuan industri pertahanan china menghasilkan
pesawat pejuang berkeupayaan tinggi sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
maybe it's time for MAF to consider Chinese-made hardwares..in case PAK FA lambat lagi operational
areguard Post at 13-1-2011 10:04 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
dulu lg aku promote chinese made hardwares ni.......ramai yg kata x bagus siap bagi contoh thailand punye tank retak la, hull kapal perang x suit dgn system la.....tu mungkin 10-20 tahun dulu, sekarang aku tgk china byk improvement,bro cuba ko baca tempur november punya isu.....memang mengancam diaorg punye senjata yg dibuat sundri tu......tp certain2 tu copy paste US la...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 456# lkick2113
Kalau dr bacaan aku dari Tempur, jelas nampak China dah mula mengikut jejak langkah negara barat dlm membangunkan sistem rather than platforms, keupayaan fusion sensors dan networked battle management systems..even JF-17 ada keupayaan ni inikan pula J10 dan pasti J20 akan dibanugnkan dengan keupayaan rangkaian disambung dgn penjejakan satelit dan fusion sensors dari pelbagai punca. Keupayaan missiles seperti SD10 dan PL10 juga hampir menyamai keupayaan amraam dan sidewinder..lonjakan keupayaan ini yg membimbangkan kuasa besar seperti AS...namun mcm lkick cakap tu mungkin betul, cracked hull dan low quality turrets masih membelenggu hardwares buatan China, mungkin kualiti fabrication dan manufacturing yg masih belum sebaik metallurgical, manufacturing dan machining technology Barat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya sekarang adakah China berupaya menghasilkan radar AESAnya sendiri setanding atau lebih maju dari An/APG77 F22 Raptor..malah enjin WS10 buatan CHina masih bermasalah dan mereka masih bergantung kepada enjin RD93 buatan Russia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply lkick2113
Kalau dr bacaan aku dari Tempur, jelas nampak China dah mula mengikut jejak lan ...
areguard Post at 13-1-2011 21:44 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
yup...becakap pasal tank baru2 ni kan china dah introduce design tank baru kan???? seakan2 T90 rusia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya sekarang adakah China berupaya menghasilkan radar AESAnya sendiri setanding atau lebih ...
areguard Post at 13-1-2011 21:53 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
belum sampai lg ke tahap tu rasanya...tapi they work on it la....maybe 3 -5 tahun keluar la tu...
becakap pasal AESA radar tu, adakah F-15SG pakai yg sama jenis dgn raptor?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|