|
Originally posted by alin33 at 3-3-2009 15:50
http://www1.mstar.com.my/archives/2009/3/3/mstar_hiburan/memey3.jpg
Wajah tenang dan ceria sentiasa dipamerkan oleh Memey sewaktu hadir di mahkamah.
perempuan rambut karat ni bukan makcik pada si memey tapi wife cousin norman |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jumpa sememeh nih nak ajer aku piangggggggg muka tembok dia nih:@ :@ :@
bila la aku leh jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah dengan dorang berdua ni |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang lalu...tambah kredit... |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai JAIS akui pertuduhan Norman-Memey silap
03/07/2009 3:41pm
KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.
Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Rahman Lai Abdullah dalam keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu, mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.
Sebaliknya, menurut Abdul Rahman, pelakon itu ditemui dan ditahan ketika berada dalam premis di tingkat atas dari tempat Memey ditemui, yang merupakan sebuah premis berlainan dan mempunyai alamat yang berlainanan.
“Saya tidak nampak mana-mana lelaki semasa (saya) masuk ke dalam rumah (premis dalam kertas pertuduhan) dan saya juga tidak nampak mana-mana lelaki semasa memeriksa tingkat bawah dan ruang udara di tingkat atas rumah,” kata Abdul Rahman ketika disoal balas oleh peguambela Fakhrul Azman Abu Hassan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
469# Syd
ish... macam pening orang JAIS neh... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jumpa sememeh nih nak ajer aku piangggggggg muka tembok dia nih:@ :@ :@
bila la aku leh jumpa
songeh_jer Post at 28-5-2009 21:07
ko nak jumpa dia? mlm minggu gi kat suzy jln ampang. tp jgn gi awal sgt. ko gi dlm kol 2am cam tu. ko tlg lempang memey ni utk aku sekali ek |
|
|
|
|
|
|
|
tgk-tgk
mmg takde dok sekedudukan pung
dok lain2 floor kekdahnya
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai JAIS akui pertuduhan Norman-Memey silap
03/07/2009 3:41pm
KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan p ...
Syd Post at 3-7-2009 15:49
amende ni blh silap bagai.... boring lak aku |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai Jais akui kesilapan pertuduhan khalwat Norman-Memey
KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.
Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Abdul Rahman Lai Abdullah dalam keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu, mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.
Sebaliknya, menurut Abdul Rahman, pelakon itu ditemui dan ditahan ketika berada dalam premis di tingkat atas dari tempat Memey ditemui, yang merupakan sebuah premis berlainan dan mempunyai alamat yang berlainanan.
"Saya tidak nampak mana-mana lelaki semasa (saya) masuk ke dalam rumah (premis dalam kertas pertuduhan) dan saya juga tidak nampak mana-mana lelaki semasa memeriksa tingkat bawah dan ruang udara di tingkat atas rumah," kata Abdul Rahman ketika disoal balas oleh peguambela Fakhrul Azman Abu Hassan.
Pada 20 Jan lalu, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dengan Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 21, di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi 30 Oktober 2008.
Bagi kesalahan itu Norman dibicarakan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.
Dalam sesi soal balas itu lagi, Abdul Rahman juga bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa pemeriksaan oleh pegawai penguatkuasa agama pada malam kejadian adalah berdasarkan maklumat dengar cakap daripada pengadu yang dibuat melalui panggilan telefon.
Fakhrul: "Bagaimana kamu tahu bahawa dalam premis itu ada orang yang didakwa salah, lelaki (Norman) dan wanita (Memey) ini?"
Abdul Rahman: "Dari maklumat yang diterima dari pengadu."
Fakhrul: "Setuju atau tidak saya katakan bahawa pemeriksaan premis adalah berdasarkan dengar cakap atau hearsay daripada pengadu sahaja?"
Abdul Rahman: "Betul."
Saksi itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa maklumat yang diberikan pengadu yang mendakwa Norman dan Memey berada dalam premis beralamat 4-1A itu adalah salah kerana Norman sebenarnya tidak berada pada jam 2.40 pagi dalam premis yang dinyatakan.
"Saya tidak boleh kata maklumat itu tidak betul kerana saya belum selesai membuat pemeriksaan lagi ketika itu," katanya.
Perbicaraan disambung 31 Julai. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
iyo lah tu..dunia dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
-----------pulak...last2 tutup kes benda ni |
|
|
|
|
|
|
|
hehe
ada orang dah cerai
ada orang dah kena pulau |
|
|
|
|
|
|
|
takkan JAIS kena sogok dgn norman hakim kot? |
|
|
|
|
|
|
|
camne la leh silap lak ni??pening btul la |
|
|
|
|
|
|
| |
|