CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

update: tuanku muhammad faris petra - Sultan Muhammad V!!

  [Copy link]
Post time 26-9-2010 10:18 PM | Show all posts
Aku rasa mereka2 itu adalah tukang2 kebun atau tea lady istana kelantan kot?
langlobat Post at 26-9-2010 22:13



    tingat citer beauty and the beast
    tea lady ngan anaknya joget2 ngan kaki lilin dan penyangkut baju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2010 11:30 PM | Show all posts
tingat citer beauty and the beast
    tea lady ngan anaknya joget2 ngan kaki lilin  ...
mysara Post at 26-9-2010 22:18

mrs pots and lumiere and co ? worth....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 11:50 PM | Show all posts
Boleh bagi rumusan tak lebih 80 patah perkataan tak, apa sebenarnya isu yg terjadi kat negeri Kelant ...
RedDevils Post at 26-9-2010 09:12 PM



    1- sendiri2 paham la....( macam ayat sorang forumer nih )

    2 - B gaduh ngan C...C plak ada arnab nama F yg duk di bandar R  yg dekat ngan negeri W

rumusan aku 3 patah perkataan jer

- malas ambik tahu -
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 12:04 AM | Show all posts
1- sendiri2 paham la....( macam ayat sorang forumer nih )  

    2 - B gaduh ng ...
TanSriJess Post at 26-9-2010 23:50


3 - ini semua arahan pengarah drama
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 12:20 AM | Show all posts
mrs pots and lumiere and co ? worth....
mbhcsf Post at 26-9-2010 23:30


kenkadang pekerja2 dan org suruhan istana ni tau byk ttg ghossip2 di istana
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 12:23 AM | Show all posts
kenkadang pekerja2 dan org suruhan istana ni tau byk ttg ghossip2 di istana
mysara Post at 27-9-2010 00:20


i see...ok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2010 12:29 AM | Show all posts
ingatkan hape,borak pasal gelaran rupenye,hu2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 12:36 AM | Show all posts
Reply 443# zahirbatin

Ntahape2,cmtu pon nk marah org tnya :re:fyi crlinewozniacky @sape2 lg yg brtnye, seseorang yg dimaksudkan tu adelah tengku anis.


kan senang taip trus trang je tengku anis, bonda tengku faris..
ni nak berteka teki bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 09:37 AM | Show all posts
3 - ini semua arahan pengarah drama
thylord Post at 27-9-2010 00:04


Tu laaaa.....asyik do pengarah kehulu kehilir...takkan ler pengarah ni besor sangat dia punya kuasa sampai boleh nak menghuru-harakan istana kelantan? Aku assume pengarah@director ni cuma sorang jer kot...Orang lain semua (kaum kerabat) tak ada telur ka nak bagi nasihat sedikit sebanyak...mana yang baik mana yang buruk...Bendanya mudah jer...orang kg pun buleh pikir...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 10:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by along3746 at 30-9-2010 10:16

Legasi Kesultanan Kelantan

Oleh Norliza Wasilan
[email protected]
2010/09/26

« sebelum  selepas »

  • Sultan Muhammad IV (duduk) bersama Sultanah Zainab serta kerabat diraja.

  • Sultan Yahya Petra, Tengku Zainab (tiga dari kiri) bersama anakanda baginda termasuk Tuanku Ismail Petra (tengah).

  • Sultan Muhammad V (kanan) bergambar bersama ayahanda baginda dan Tengku Anis serta Tengku Muhammad Faiz (depan kiri), Tengku Muhammad Fakry dan Tengku Amalin A'ishah Putri.




Sultan Muhammad V teruskan salasilah keturunan Long Yunus


TUANKU Muhammad Faris Petra selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu dan kini bergelar Sultan Muhammad ke-V. Pemilihan putera berusia 41 tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, juga mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan, sejak ayahandanya gering mulai Mei tahun lalu.
Pemasyhuran itu pantas mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup. Namun, perlantikan baginda dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang sebulat suara memilih, mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan.

Lima belas ahli MPN Kelantan yang bersidang itu sebulat suara bersetuju Tuanku Ismail Petra memerlukan pengganti berikutan gering baginda berlarutan sejak lebih setahun lalu.

Perkembangan yang berlaku di Kelantan dalam suasana Aidilfitri tahun ini, bukan setakat menarik minat semua lapisan rakyat yang menunggu saat pemasyhuran Sultan Muhammad ke-V, malah mengimbas kembali salasilah keluarga Diraja Kelantan serta sejarah kesultanan negeri ini.

Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V bermula dari keturunan Long Yunus Long Sulaiman, Sultan yang memerintah Kelantan antara 1765-1795.

Tuanku Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Muhammad ke-V, yang juga putera tunggal kepada Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab II, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979, susulan kemangkatan ayahandanya ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979.

Tuanku Ismail Petra diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, adalah anak lelaki tunggal dan adik bongsu lima beradik iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.

Hasil perkahwinan baginda dengan Tengku Anis, yang mempunyai hubungan kekeluargaan tahap dua sepupu, baginda berdua dikurniakan tiga putera iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad ke-V), Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakry serta puteri, Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Sultan Muhammad ke-V dilantik ayahanda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, pewaris takhta kerajaan pada 6 Oktober 1985, sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 berikutan keadaan Tuanku Ismail Petra yang gering.

Kemakmuran dan keindahan negeri menjadikan Kelantan turut dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Tanjung Pura. Kewujudan banyak pondok kendalian ulama termasuk Tok Kenali dan Tok Selehor, yang menjadi tumpuan umat Islam mendalami ilmu agama membuatkan Kelantan menerima jolokan negeri Serambi Makkah.

Berdasarkan buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim tulisan Mohd Zain Saleh, Kesultanan Kelantan dalam lipatan sejarahnya dikaitkan dengan kisah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang pernah ditabal sebagai raja yang bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang dipercayai tidak pernah berkahwin itu dikatakan terkenal sehingga menjadi tumpuan pedagang dalam dan luar negeri termasuk dari Arab.

Wanita pertama menjadi Raja Kelantan itu juga dikatakan memiliki seekor kijang sebagai binatang peliharaan kesayangannya sehingga gambar binatang itu diterap di atas wang emas perbelanjaan negeri dan diabadikan sebagai sebahagian daripada lambang kebesaran negeri hingga kini.

Ketika pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, ada sebuah kerajaan berpusat di Jembal yang diperintah oleh Raja Sakti (1638M atau 1046H). Selepas baginda mangkat, puteranya, Raja Loyor ditabal sebagai raja pada 1649M atau 1059H dan mempunyai dua anak termasuk Puteri Saadong.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang bersahabat baik dengan Raja Loyor, terutama selepas wanita pertama memerintah di Kelantan mengambil anak Raja Loyor, Puteri Saadong sebagai anak angkat untuk dijadikan pewaris takhta baginda.

Puteri Saadong dikatakan pernah menjadi tawanan Raja Siam, sebelum terpaksa membebaskan baginda selepas puteri berkenaan mengubati penyakit dihidapi raja itu.

Selain kisah Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong yang masih dianggap sebagai mitos sesetengah pihak, Kelantan juga pernah menyaksikan beberapa episod perebutan takhta untuk menguasai pemerintahan negeri ini.

Berdasarkan, buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim, antara perebutan takhta yang pernah berlaku dalam sejarah negeri ini membabitkan Long Muhamad yang juga Sultan Muhamad I dengan iparnya iaitu Tengku Muhamad.

Kemelut tercetus ketika itu apabila Long Yunus mangkat tanpa menamakan penggantinya, walaupun mempunyai ramai pewaris. Keadaan diburukkan apabila tiada kesepakatan dicapai membabitkan tujuh putera Almarhum Long Yunus untuk melantik seorang daripada mereka sebagai raja.

Berikutan itu, menantu Almarhum Long Yunus, Tengku Muhamad yang juga putera Yang Di-Pertuan Terengganu, Sultan Mansur, dilantik sebagai Pemangku Sultan selama 100 hari bagi membolehkan jenazah Long Yunus dimakamkan sekali gus membolehkan pemerintahan negeri berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, selepas tempoh 100 hari tamat, Tengku Muhamad enggan menyerahkan takhta menyebabkan timbul perbalahan perebutan kuasa membabitkan dirinya dengan Long Muhamad.

Pertembungan antara mereka bagaimanapun menyebelahi Long Muhamad, sekali gus membolehkan baginda menaiki takhta kerajaan mulai 1800 dengan gelaran Sultan Muhamad I.


INFO : Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad ke-V
Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.
Anak sulung daripada empat beradik.
Dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985
Dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009

Pendidikan
Pra-sekolah - Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 - 1975.
Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981.
Kelas Persediaan - The Alice Smith School,
A-Level - Oakham School Rutland, England 1983-1989
Pengajian Diplomatik - St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.
Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan - Huron University College, London
Pengajian Perhubungan Diplomatik - Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.
European Business Administration - European Business School London.

Hobi
Membaca
Ekspedisi pacuan 4 roda
Golf
Kuda Lasak
Menembak
Memanah
Badminton
Bolasepak
Bowling.

Aktiviti sosial dan agama
Ziarah anak yatim, rakyat miskin dan ditimpa bencana
Ziarah masjid dan solat sunat terawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan
Dampingi alim ulama

Ketenteraan
Brig-Jeneral (Kehormat) Komander 506 Askar Wataniah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:08 PM | Show all posts
Tu laaaa.....asyik do pengarah kehulu kehilir...takkan ler pengarah ni besor sangat dia punya ku ...
langlobat Post at 27-9-2010 09:37


hal istana ni jgn ckp sewenang kalu tk pernah merasa dok dlm tu......
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:24 PM | Show all posts
Gelaran Tengku Temenggong ditarik balik
Wartawan Kita   

KOTA BHARU, 30 Sept: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini menarik balik gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunus) yang dianugerahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiesri Alias, berkata turut dilucutkan, Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi 1).

Menurutnya, penarikan itu telah dimaklumkan kepada Muhammad Fakhry Petra sendiri hari ini melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya.

“Surat itu dihantar kira-kira pukul 10.00 pagi tadi oleh wakil saya, Mohd Rusdi Ismail di Istana Mahkota, Kubang Kerian kepada kakitangan istana berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di Kota Darulnaim tengah hari tadi.

Ketika ditanya punca penarikan itu beliau berkata, baginda sultan mempunyai sebab yang tersendiri berhubung penarikan itu.

PS : Dah la dicaci orang kelantan , pangkat pula di tarik balik...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:30 PM | Show all posts
Reply 472# Yo-Ya


kami org kelate yg paham situasi sebenar tk penah caci @ kutuk Ku Fakhry......kami tau sebab musabab & masalahnya......biarkan lah Tuanku Yeh uruskan sendiri hal keluarganya.............
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:49 PM | Show all posts
Reply  Yo-Ya


kami org kelate yg paham situasi sebenar tk penah caci @ kutuk Ku Fakhry......kam ...
zahirbatin Post at 30-9-2010 15:30



    tp aku lagi tau dari mu. malas nak citer jek..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:50 PM | Show all posts
Reply 473# zahirbatin

buke are kelate pun tahu cerita sebanar.. ini fakta

ado jugak ore kelate yang tak tahu cerita sebenar...ini juga fakta
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:57 PM | Show all posts
Reply 475# Yo-Ya

mmg bukan semua ore kelate tau hok sebenar....ramai hok bengong x pehe gapo satu....tp haku tak msok kategori tu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 04:01 PM | Show all posts
tp aku lagi tau dari mu. malas nak citer jek..
MartinaHingis Post at 30-9-2010 15:49



    gapo hok mu tau tuh?napok supo tau sgt......
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 04:02 PM | Show all posts
Reply  Yo-Ya

mmg bukan semua ore kelate tau hok sebenar....ramai hok bengong x pehe gapo satu....tp haku tak msok kategori tu......
zahirbatin Post at 30-9-2010 15:57



    ko kategori ape? nate beruk?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 04:05 PM | Show all posts
apa signifikannya gelaran tengku temenggung, tengku bendahara nih, sesapa yang konon2 tahu tu bagitau kat sini. pangkat dan gelaran diorang tu melambangkan apa? diorang boleh terlibat dalam meeting dengan soltan ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 04:05 PM | Show all posts
kechek molek, tunjukkan budi pekerti yang baik jika anda muslim sejati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.046414 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list