MELANJUTKAN pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi adalah antara impian utama pelajar selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum pelajar membuat keputusan untuk memohon pengajian terutama pemilihan bidang pengajian, tempat belajar dan yuran pengajian.
Oleh itu, berita baik buat pelajar, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) berbesar hati menawarkan kursus pengajian dalam bidang berteraskan kemahiran secara percuma.
PERDA-TECH adalah sebuah Institusi Latihan Kemahiran Awam di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) iaitu salah sebuah agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Institusi ini diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi membolehkan pensijilan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia.
Graduan yang menamatkan pengajian di sini juga mempunyai peluang pekerjaan yang cerah kerana sering menjadi buruan industri berikutan silibus kursus yang ditawarkan di PERDA-TECH mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Program ditawarkan
Selain program di peringkat Sijil dan Diploma, PERDA-TECH juga menyediakan lima program khas untuk memberi peluang kepada pelajar yang tidak mempunyai kelayakan akademik menyambung pengajian dalam bidang kemahiran.
Pada Sesi Januari 2023 ini, Program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) adalah Program Khas Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) seperti berikut:
- Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (SWE)
- Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif) (SAT)
- Sijil Kemahiran Khas Jahitan dan Potongan Baju (SFD)
- Sijil Kemahiran Khas Elektrik (SEE)
- Sijil Kemahiran Khas Teknologi Komputer (SCT) diiktiraf oleh Cisco Networking Academy
Pengajian percuma!
Setiap pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil dan diploma di PERDA-TECH tidak perlu risau mengenai bayaran yuran kerana ditanggung sepenuhnya selama lima bulan.
Lebih menarik, pelajar yang layak mengikuti pengajian di peringkat sijil akan menerima elaun sara diri sebanyak RM250 sebulan berserta penginapan, set tool box bagi kemudahan pelajar* dan pakaian kursus sepanjang tempoh pengajian.
Selain itu, pelajar juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya*.
*tertakluk kepada terma & syarat
Daftar sekarang
Permohonan boleh dibuat selewat-lewatnya pada 31 Disember 2022 dan untuk pertanyaan sila hubungi talian 04-5991100 atau 011-56750438.
Untuk maklumat lanjut mengenai program serta kursus yang ditawarkan di PERDA-TECH, layari laman sesawang
www.perda-tech.edu.my atau ikuti perkembangan terkini menerusi laman
Facebook,
Instagram dan saluran
YouTube rasmi PERDA-TECH.