CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elaiza

ANEKA RESEPI UDANG

[Copy link]
Post time 8-12-2009 11:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by plastic_flower at 9-12-2009 00:14

smlm wat butter prawn tp bukan yg kering tuh, yg creamy, first time buat sedap dan mudah

creamy butter prawn

prawn - bersihkan buah kepala kulit atas buang 'benda itam'
1 ulas bawang putih - cincang halus2
daun kari
cili padi- potong2
susu cair
tepung jagung
butter untuk tumis
garam secukup

-panaskan butter, masuk kan bawang putih, bila dah naik bau masukkan daun kari ngan cili padi sampai naik bau
-masuk kan udang, goreng sampai separuh masak
-masukkan susu
-masuk tepung jagung utk pekatkan
-masukkan garam
-biarkan mendidih dan boleh hidang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 04:47 PM | Show all posts
My butter prawn

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 07:10 PM | Show all posts
sesiapa tahu x cmner nk buat butter prawn yg rangup yg serdak die mcm campur dgn tepung tu? dh buat dgn telur kuning saja tp x crispy mcm kedai yg grg mcm serdak tepung halus2 tu....cmner ekkk nk buat......
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 07:46 PM | Show all posts
udang lipan dulu boleh dapat free saja kat kg saya..
skrg ni sudah kena bayar..sebab permintaan tinggi di hotel..
udang ni cam udang la.
very nutritious...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 07:52 PM | Show all posts
456# hairanaz
this recipe is very nice
i tukar pakai susu powder, dan 1 tsp of sucralose to sweeten it
thanks for posting
seriously nice
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 07:54 PM | Show all posts
468# nunul


your husband mesti sayang you sangat2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2010 11:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by leenn at 9-1-2010 23:02





Resipi dari Buku SELERA MM VITAOILS Oleh CHEF NORZAILINA NORDIN...

Bahan-bahan:-
500gm Udang Sederhana

2 sudu besar Minyak Sapi
1 labu Bawang Besar - dicincang
4 ulas Bawang Putih - dicincang
1 sudu teh Serbuk Jintan Manis (kalo takde tumbuk jek jintan manis tu halus)
1/2 sudu teh Serbuk Kunyit
1 sudu teh Serbuk Kari Ikan
1 sudu teh Serbuk Cili
Garam secukup rasa

2 tangkai Daun ketumbar
1/2 biji Limau Nipis

Cara-cara:-
-panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar dan bawang putih.
-bila wangi, masukkan jintan, kunyit,serbuk kari dan serbuk cili, kacau untuk 1 minit.
-masukkan udang, sedikit air dan perasakan garam
-bila udang masak, angkat dan hidangkan
-taburkan dgn daun ketumbar dan jus limau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 01:17 AM | Show all posts
503# myla
myla cuba selak page terdahulu n refer kat resepi butter prawn..ade panduan camno nak buat serdak tu bagi halus n rangup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2010 09:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by dixie_pixie at 17-1-2010 21:05




Buttered Prawn

Bahan-bahan ( 1 family... )

    * 400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
    * 5 sudu besar butter
    * 3 biji telur kuning-dipukul sedikit (jun guna 3 kuning dan 1 telur putih)
    * 4 cili api-dipotong2
    * 2 tangkai daun kari
    * 1/4 cawan susu cair
    * 2 ulas bawang putih-dicincang
    * pepper, gula n garam

Cara-cara

   1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
   2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
   3. Masukkan telur, kacau selalu. (boleh juga titikkan guna hujung garfu bg mendapatkan tekstur telur yg halus mcm kat restoren tu)
   4. Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
   5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 09:07 PM | Show all posts
Udang Mentega Nestum

Bahan-bahan ( 7 )
  • 1kg udang basah (saiz sederhana besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan nestum
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 biji telur


Cara-cara:
  • Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  • Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hinggagaring. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
  • Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum. Sedia untuk dihidang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 10:20 AM | Show all posts
Udang Petai Berlada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 10:54 AM | Show all posts
Udang Mentega Nestum

Bahan-bahan ( 7 ) 1kg udang basah (saiz sederhana besar) 3 ulas bawang putih 10 tangkai cili padi 2 tangkai daun kari 1/2 cawan susu cair 4 sudu besar mentega 2 s ...
dixie_pixie Post at 17-1-2010 09:07 PM

dixie,
resepi2 ni dari myresepi.com kan ....kalau boleh letakkan sekali nama penyumbang resepi dan link resepi asal ye, unless awak yg post resepi tu kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:24 PM | Show all posts






Bahan-bahan:
Udang - buang kulit dan belah belakang. bersihkan
1/2 biji Capsicum merah dan Hijau - potong dadu dlm 1/2"
1 labu bawang besar - hiris halus
2 biji bawang putih. ketuk dan cincang
1" halia - hiris halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan Pak Aji kalau suka - haku letak meggi secukup rasa
1 sudu makan butter


Cara membuatnya:
- lumurkan udang dengan kunyit

- panaskan kuali. masuk butter. tunggu butter cair.
- masuk semua jenis bawang, halia dan capsicum.
- masak sampai naik bau. kemudian masuk udang. dan serbuk perasa
- gaul kejap sehingga udang kelihatan mengecut. jgn masak terlalu lama.
- angkat dan hidangkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 11:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by kuncisaya at 17-4-2010 11:49

ni pulak udang goreng kunyit version kunci



simple jer resepi:

- panaskan minyak sedikit dalam kuali
- gorengkan udang yang telah diperap terlebih dahulu dgn garam & kunyit.
- bila udang separuh masak, masukkan lada merah, bawang besar yg telah dihiris & kacang panjang. Boleh juga campurkan tomato jika suka. Tambahkan garam jika perlu
- bila bawang dah layu & sayur dah masak, bolehlah angkat & hidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:52 PM | Show all posts
nak try jugak ker? butter pron saya ni simple jer....


Butter Prawn (basah)

Bahan2:
1/2 ...
hairanaz Post at 24-3-2009 15:11


tadik tatau nk masak ape, ada beli udang last2 belek porem, try masak butter prawn resepi hairanaz neh... mmg sedap banget.. iols ta penah mkn lagi sblom neh masakan butter prawn... fes taim buat... mmg best.. wangi tol bau die kan...   
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 01:00 PM | Show all posts
Reply 506# VoluptuousAmber

thank you amber sbb sudi cuba...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 01:02 PM | Show all posts
Reply 515# eiyana

terima kasih jugak yana..sbb sudi cuba. resepi tu senang, tp sedap kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 02:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by penyulawa at 20-4-2010 14:35

Aritu, tidak lama dulu, kita dapat udang galah free dibawa dari Kuching.  Besar yakmat tak tau nak masak camana.  Akhirnya jadi la camni...


NASI BERIANI UDANG GALAH

Bahan Nasi Beriani
4 cawan Beras Basmati – dibersihkan dan direndam 15 minit
12 cawan air atau secukupnya
Rempah kering - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam, lada hitam.

Bahan Masak Udang
3 sudu besar Minyak Sapi
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
500 gm Udang galah – dibersihkan
dadih - 250 ml susu segar + 1 biji perahan lemon
1 cawan Air
3 biji Tomato - dipotong 6
3 biji Ubi Kentang - potong 4 dan goreng sehingga masak
Garam (secukup rasa)
1/2 cawan Susu + secubit Saffron/Koma-koma – dipanaskan
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
150 gm rempah beriyani – jadikan pes
100 gm cili boh

Hiasan
Bawang Goreng
Daun Ketumbar dihiris kasar

Cara Memasak Beriani
Toskan beras dan didihkan air secukupnya bersama campuran rempah kering. Masukkan beras dan rebus hingga masak. Tapiskan.


Cara Memasak Udang
  • Panaskan minyak sapi dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kunyit yang dikisar hingga wangi.
  • Masukkan pes beriani dan cili boh dan masak diatas api perlahan hingga pecah minyak.
  • Masukkan udang, dadih, air, garam, tomato, ubi kentang dan jus limau. Masak hingga kuah menjadi pekat.
  • Letakkan satu lapisan nasi yang telah dimasak tadi kedalam periuk, berselang-seli dengan udang beriani & renjiskan campuran susu dan saffron diatasnya, tutup periuk dengan rapat.
  • Masak bahan tadi diatas api perlahan selama 15 minit.
  • Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 02:36 PM | Show all posts
cik mod... apsal tak nampak gambar?  ada ke tak der?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 01:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by tukul at 24-4-2010 13:30

Reply 518# penyulawa


    nampak menyelerakan......nampak gaya kena beli udang rimau ni....
penyu....lepas nasik tu dilapis dgn udang....kena kacau2 sebatikan nasik tu tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.096455 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list