|
Originally posted by Jackie at 15-9-2006 06:21 PM
kalau nak train ngan budak prempuan tu boleh gak, tp jauh sikit. kalau area subang tu boleh la.
Subang tu kira jauh la..i duduk bangi..FF tu kira dekat ngan tpt kerja..itu pun i kena pergi lunch hour nanti..
I ni lepas kerja, terus cabut balik in order to reach home by 6pm.
Sebab nak kejar masak dinner so blh have dinner early, before 8pm |
|
|
|
|
|
|
|
Part 4
Kadar Metabolisme
Mungkin ada yang biasa dengan tentang kadar metabolisme. Apa dia tu? Dekat luar sana kita dapati lambakan produk-produk membakar lemak yang kononnya boleh meningkatkan kadar metablisme. Memang ada produk yang dapat dapat meningkatkan kadar metabolisme, tetapi bukannya produk merapu-rapu. Biasanya produk kat luar cuma membantu dalam masa yang singkat. Semakin hari semakin banyak produk mengarut keluar ke pasaran tanpa kawalan.
Kadar metabolisme badan dikawal oleh tiroid. Semakin tinggi tiroksine semakin tinggi kadar metabolisme. Setiap dari kita tidak memiliki kadar tiroksine yang sama. Ini yang membezakan kadar metabolisme setiap orang. Ada yang terlalu tinggi dimana badan susah nak besar. Biarlah makan apa sekali pun, badan tetap macam itu. Ada yang sangat rendah, dan badan senang naik walaupun makan sikit. Paras tiroksine boleh ditambah dengan menggunakan produk-produk tertentu bukannya produk-produk tak guna yang boleh dapat di pasaran.
Apa saya nak cerita, bagaimana nak menambah kadar metabolisme secara semulajadi. Secara mudah saya katakan, orang yang memiliki komposisi otot yang banyak jika dibandingkan dengan lemak memiliki kadar metabolisme yang lebih tinggi dibanding dengan orang yang memiliki banyak lemak. Lemak banyak otot = Lebih tinggi kadar metabolisme. Tak perlu pening kepala fikir nak cari produk pelangsingan badan.
Bagaimana hendak membina lebih banyak otot? Anda memerlukan latihan jenis anaerobik dimana hipertropi atau pembesaran otot boleh berlaku. Aktiviti aerobik dapat membakar lemak dan aktiviti anaerobik dapat menambah otot dab seterusnya meningkatkan kadar metabolisme sudah pasti sasaran mengurangkan lemak dapat dicapai dengan segera. Saya akan cerita pasal prinsip latihan nanti, bagaimana latihan pembentukan otot.
Pemilihan makanan juga mempengaruhi kadar metabolisme. Makanan berminyak contohnya dapat mengurangkan kelancaran jantung untuk mengepam oksigen ke otot-otot yang memerlukan dan seterusnya mengurangkan pembakaran lemak dalam latihan. Saya akan cerita lengkap pasal pemakanan nanti.
Ditulis oleh Jackie |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Part 5
Pengenalan Kepada Nutrien 1
Saya tak tahu bagaimana nak memulakan cerita pasal pemakanan ini. Terlalu banyak yang hendak diceritakan. Dahulu mungkin kita telah belajar tentang 7 komponen utama yang diperlukan dalam gizi seimbang di tadika. Tetapi, hari ini saya nak ringkaskan pemakanan kepada 3 komponen utama ialah karbohidrat, protein dan lemak.
Pendek kata antara tiga komponen ini, lemak mengandungi kalori tertinggi iaitu 9 kalori dalam 1 gram, dan karbohidrat, protein, masing-masing 4 kalori dalam 1 gram. Untuk membakar 1 gram lemak badan anda memerlukan 3500 kalori tenaga dimana boleh dibakar dalam senaman. Protein pada kebiasaannya menjadi sumber tenaga terakhir jika kita mengikut intensiti latihan yang betul.
Karbohidrat terbahagi kepada 2, iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas. Contoh karbohidrat kompleks seperti nasi dimana perlu ditukarkan ke glukosa dahulu sebelum digunakan. Manakala karbohidrat ringkas seperti gula terus dibawa ke salur darah untuk penghasilan tenaga segera. Karbohidrat daripada buah-buahan boleh dikelaskan dalam fruktosa dimana dibawa lambat sedikit daripada glukosa ke dalam darah.
Protein yang diperlukan oleh badan ada 8 amnya iaitu, triptofan yang membantu sistem imunusi badan juga membantu kurangkan kolesterol dalam badan, lisina membantu penyerapan kalsium, metionina membantu pertumbuhan, fenilalanina membantu dalam transmisi sel, treomina membantu dalam proses pencernaan dan metabolisme, valina dalam koordinasi otot, leusina dan isoleusina dalam penghasilan tenaga. Saya tak dapat ceritakan lengkap mendalam pasal fungsi setiap satu. Kalau nak cerita memang akan ambil masa yang lama. Protein-protein yang lain biasanya boleh dihasilkan oleh hati.
Protein yang penting dalam pemulihan selepas bersenam atau melakukan aktiviti adalah glutamin. Glutamin boleh dihasilkan oleh hati dan juga boleh didapati dalam bentuk-bentuk pemakanan di luar.
Manakala lemak pula terdiri daripada gliserol dan 3 asid lemak. Asid lemak terbahagi kepada 2. Asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Asid lemak tepu biasanya banyak terdapat pada daging, susu, telur kuning, dan banyak lagi. Asid lemak tak tepu terdapat pada minyak berasaskan tumbuhan. Minyak yang berasaskan tumbuhan tidak mengandungi kolesterol. Ada yang bertanya saya bahawa dekat pasaran terdapat minyak tanpa kolesterol, betul ke? Memang betul, minyak tumbuhan takde kolesterol. Minyak yang mengandungi kolesterol adalah minyak yang berasaskan haiwan seperti minyak sapi.
Termogenesis adalah proses dimana badan menghasilkan tenaga haba dengan meningkatkan metabolisme badan melebihi paras normal. Termogenesis berlaku disebabkan perubahan suhu dan juga pemakanan. Pemakanan makanan tinggi kandungan protein boleh menyebabkan kesan termogenesis meningkat.
Ditulis oleh Jackie |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesiapa sini boleh bg idea nama gym
dah lama aku fikir nama gym baru
semua dah ada org guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jackie at 19-9-2006 09:37 PM
ada sesiapa sini boleh bg idea nama gym
dah lama aku fikir nama gym baru
semua dah ada org guna.
U nk buka gym kat mana?
Ur gym concept cam mana?
U nak guna the word "fitness" juga ke for ur gym?
i tgh tlf fikirkan la ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh ada word fitness.
setup gym ngan studio aerobic n martial art. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jackie at 20-9-2006 11:52 AM
kalau boleh ada word fitness.
setup gym ngan studio aerobic n martial art.
Dragon's Fitness?
I was looking at Wales flag..the dragon.
Kind of ok since u want to have martial art..cam sapa tu,,bruce lee..he was the dragon, right?
Just a suggestion..another one that i can think of is Pure Fitness..tp tak tau dah ada ke tak..
I'm not that well verse with fitness center names. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jackie at 20-9-2006 11:52 AM
kalau boleh ada word fitness.
setup gym ngan studio aerobic n martial art.
Holistic fitness.. cheh wahh... |
|
|
|
|
|
|
|
x sedap. susah org nak ingat |
|
|
|
|
|
|
|
jackie, bukak la yg dekat2 sket ngan putrajaya.senang aku nk join
leh tunjuk cara tak cam na nak bagi bagian lengan ni x menggelember . dlm erti kata lain, kurangkan lemak2 kat bagian lengan + kecik kan bgian lengan.
tq |
|
|
|
|
|
|
|
dah terlalu byk guna nama total fitness. kalau boleh nak dpt nama fresh utk melambangkan gym dr malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
jackie nak tanya
ok x kalo sy pakai sauna belt utk membantu firm kan perot
sbb perot sy ni ada ckit flabby |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mz_tera at 3-10-2006 06:26 PM
fitness boleh!
hihihihi...asal ada 'boleh' jer kira malaysia la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lolen at 3-10-2006 10:02 AM
jackie nak tanya
ok x kalo sy pakai sauna belt utk membantu firm kan perot
sbb perot sy ni ada ckit flabby
bersenam x bantu ke? benda2 yg jdkan kita kurus tanpa pergerakan bukan sesuatu yg bagus. sempena bulan puasa ni, i buat offer personal training under me, diskaun 90%. normal rate 300/hour.tp kat rawang je. sesiapa yg rasa dah train lama tp rasa x berkesan can come see me. |
|
|
|
|
|
|
|
adiOriginally posted by Jackie at 4-10-2006 02:34 PM
bersenam x bantu ke? benda2 yg jdkan kita kurus tanpa pergerakan bukan sesuatu yg bagus. sempena bulan puasa ni, i buat offer personal training under me, diskaun 90%. normal rate 300/hour.tp ...
ntah la sy rasa x membantu pon...dulu rajin buat sit up tp perasan kalo tinggal jap perut makin buncit ada la
nak buat konsisten ada kala masa x mengizinkan:pmuka:
tp bila buat siy up pon x rasa pon ada perubahan..mungkin perlukan masa yg lama kot ..2,3 taun baru nampak hasil
:geram: adoila ponat camni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lolen at 4-10-2006 03:18 PM
adi
ntah la sy rasa x membantu pon...dulu rajin buat sit up tp perasan kalo tinggal jap perut makin buncit ada la
nak buat konsisten ada kala masa x mengizinkan:pmuka:
tp bila buat siy ...
makan camna? type cardio workout? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|