|
All About Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2
[Copy link]
|
|
Klu tgk kat ig nana n nana fc. Kiranya sheols ektip jgk la ada show, bisnes, ada album/lagu. Tp, still ada kat industri wpun sendu. Rakan2 usrah sheols pun rmi sokong sheols. Kiranya masuk gv2 ni mempopularkan sheols kembali la kan. Fans bbnu pun ada. Urban pun ada n semestinya fans pprt pun ada sprt yg dikatakan oleh fans urban fd itewww.
Aku respect la kat admin nana fc yg dr dlu hingga kini support nana. Teruskan usaha kalian. Tabik uols. |
|
|
|
|
|
|
|
iols rela jd bbnu demi nana noks. over kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Credit to: hmetro online.
Cabar diri ikut 'key' asal
Oleh Syafil Syazwan Jefri
[email protected]
Seperti dijangka, kemenangan berpihak kepada Siti Nordiana pada pentas akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam kelmarin.
Siti Nordiana atau Nana ketika ditemui meluahkan rasa bersyukurnya selepas dinobatkan sebagai juara.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dinobatkan sebagai juara. Bagi saya, program GV2 ini menjadi satu ruang dan peluang kedua untuk saya kembali bergiat aktif di dalam industri,” katanya.
Tambah penyanyi berusia 31 tahun ini lagi, program GV2 ternyata memberikan impak yang sangat besar buat kerjaya seninya sekali gus menjadi tempat untuknya belajar memperbaiki kekurangan.
“Setiap minggu, selepas mendengar komen dan kritikan daripada juri, saya akan ambil itu sebagai pelajaran dan memperbetulkan kekurangan saya. Minggu ini, saya bertekad memberikan persembahan yang terbaik. Jika sebelum ini, jarang penonton melihat saya menari, tetapi untuk minggu ini, memandangkan minggu terakhir, saya buat juga,” kata Nana.
Pada pentas akhir itu, Nana mempersembahkan lagu solo Putus Terpaksa dendangan asal Ziana Zain manakala untuk persembahan ‘battle’, Nana bertarung dengan Acong Sweetchild menerusi lagu Awak Kat Mana.
“Lagu Putus Terpaksa itu memang ada dalam senarai lagu yang saya pilih. Sebelum ini, saya pernah menyanyikan lagu itu, tetapi ‘key’ lagu itu diturunkan untuk disesuaikan dengan suara saya.
“Tetapi untuk konsert akhir ini, saya cabar diri untuk me–nyanyi mengikut ‘key’ asal dan Datuk Ramli MS sendiri selaku penasihat vokal juga turut menyarankan supaya saya tidak menukar ‘key’. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.
Naib juara GV2, Farahdhiya pula bersyukur kerana dapat membuat persembahan walaupun mengalami masalah kesihatan.
“Walaupun berada di tempat kedua, cukup besar maknanya buat saya. Keadaan kesihatan saya yang kurang memuaskan bukanlah alasan untuk tidak memberikan persembahan terbaik.
“Sehari sebelum konsert akhir ini berlangsung, saya langsung tidak dapat mengeluarkan suara. Alhamdulillah, pada hari kejadian, saya dapat menyanyi dan membuat persembahan,” kata Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin.
Bagi pemenang tempat ketiga, Ezad Lazim, dia meluah–kan rasa gembiranya dengan impak program ini terhadap kerjaya seninya.
“Apa yang dapat saya katakan, saya gembira kerana impak yang sangat besar daripada program ini. Sebelum ini, ramai yang tidak tahu saya sudah bergerak secara solo, tetapi sekarang ramai mula nampak,” kata Ezad.
Juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Kadijah Ibrahim juga berpuas hati dengan keputusan pada malam itu.
“Selepas dicampurkan semua markah daripada persembahan solo dan ‘battle’, kami bersepakat untuk menobatkan Nana sebagai juara,” kata Ramli.
Pengurus Saluran Astro Ria Raqim Ahmad juga meluahkan rasa puas hati dengan sambutan yang diterima menerusi program ini.
“Alhamdulillah, sambutan yang diberikan sangat luar biasa dan program ini akan diteruskan untuk musim seterusnya,” katanya.
Konsert akhir GV2 yang turut bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD itu dibahagikan kepada dua segmen, persembahan solo dan juga battle.
Untuk segmen persembahan solo, Nana mempersembahkan lagu Putus Terpaksa, Farahdhiya dengan Janji Manismu, Ezad (Nur Nilam Sari), Nassier Wahab (Gelombang CInta), Acong (Seruan) dan Haiza (Puisi Cinta).
Pentas ‘battle’ pula dibuka dengan persembahan Farah–dhiya dan Nassier Wahab menerusi lagu Oh La La diikuti Ezad dan Haiza dengan Apa Khabar dan diakhiri oleh Nana dan Acong menerusi Awak Kat Mana.
Nana dinobatkan sebagai juara dengan jumlah peratusan markah daripada juri tetap sebanyak 68.7 peratus, diikuti Farahdhiya dengan 68.4 peratus manakala Ezad berjaya memungut jumlah peratusan sebanyak 63.1 peratus.
Nassier Wahab berada di tempat keempat (60.2 peratus) diikuti pemenang tempat kelima, Acong (57.45 peratus) seterusnya Haiza (55.6 peratus).
Nana berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 tajaan Pamoga Qu Puteh & Astro, satu lagu baru sumbangan Astro, pakej pelancongan ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000 tajaan Mycentrio Holidays dan trofi sumbangan Astro.
Farahdhiya pula membawa pulang wang tunai RM50,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Beijing, China bernilai RM15,000 tajaan Mycentrio Holidays trofi sumbangan Astro.
Ezad di tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM30,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Jogjakarta, Indonesia bernilai RM10,000 tajaan Mycentrio Holidays dan trofi sumbangan Astro.
Pemenang tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Lombok, Indonesia bernilai RM6,000 tajaan Mycentrio Holidays berserta trofi.
Selain bergelar juara, Nana juga turut membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 sumbangan Astro sebagai hadiah untuk kategori persembahan pilihan penonton menerusi undian SMS.
Artikel ini disiarkan pada :
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100168?m=1#sthash.1n3WMaH8.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
camni la pnyanyi yg bgus. cabar diri. bknnya cam fd kalau boleh nk turun key serendah rendah rendah nyerrrr
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Nana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Nordiana minta maaf
15 Disember 2015 1:20 AM
A
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana, 31, atau Nana, meminta maaf atas kegagalannya menjawab panggilan telefon atau membalas mesej ucapan tahniah yang diberikan kepadanya berikutan kemenangan yang diraihnya malam tadi.
Nana ketika dihubungi Utusan Malaysia menjelaskan, sepanjang minggu ini, jadual seninya padat dan masih belum sempat untuk berehat setelah mengharungi minggu yang meletihkan demi menjayakan pentas akhir Gegar Vaganza.
“Hari ini dan esok saya perlu menghadiri sesi rakaman beberapa program terbitan Astro. Seharian saya berada di sini untuk menjayakannya. Nak bercakap pasal letih, memang tak terkata. Tak nak mengeluh, takut nanti dikata tak bersyukur.
“Sejak malam tadi, telefon saya tidak berhenti berdering. Beribu-ribu mesej dan panggilan diterima. Hanya boleh menjawab jika berkelapangan. Jadi, minta maaf sangat-sangat kepada ahli keluarga, peminat, rakan media atau sesiapa sahaja yang telah menghubungi tetapi tidak dibalas oleh saya,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, Nana berkata, perniagaan butik atas talian di bawah jenama Paling Comel miliknya telah menerima impak memberangsangkan hari ini selepas diumumkan selaku juara.
“Sebenarnya, sejak beberapa minggu lalu jualan pakaian Paling Comel telah meningkat daripada biasa. Itu semua kesan positif yang diterima apabila menyertai Gegar Vaganza.
“Bukan itu sahaja, tawaran menjayakan persembahan juga banyak diterima sehingga berlaku pertindihan jadual. Sekarang ini saya cuba memenuhi undangan nyanyian dan memberi keutamaan terhadap program Astro terlebih dahulu,” katanya
Dalam pada itu, Nana menjelaskan, dia juga bakal mengeluarkan single terbaharu dan proses tersebut akan dijalankan dalam tempoh masa terdekat.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/siti-nordiana-minta-maaf-1.169134#sthash.Tu4HaMAg.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Nordiana juara Gegar Vaganza 2
14 Disember 2015 1:14 AM
Siti Nordiana menerima hadiah trofi dan replika cek bernilai RM100,000
SHAH ALAM 13 Dis. – Menepati ramalan banyak pihak, penyanyi Siti Nordiana muncul sebagai Juara pertandingan Gegar Vaganza musim kedua, yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor malam ini.
Siti Nordiana menewaskan lima peserta lain yang terdiri daripada artis-artis yang jauh lebih senior iaitu Nassier Wahab, Acong, Ezad Lazim, Farahdhiya dan Haiza.
Kemenangan itu melayakkan Siti Nordiana menerima hadiah kemenangan yang terdiri daripada wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi serta rakaman single terbitan Astro.
“Kemenangan ini adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi keluarga dan peminat. Saya berterima kasih kepada semua,” katanya yang menyanyikan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal oleh Ziana Zain dalam pertandingan akhir itu.
Siti Nordiana juga memenangi persembahan terbaik hasil undian penonton dan membawa pulang wang tunai RM 5,000.
Sementara itu, Faradhiya memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, pakej percutian dan trofi.
Penyanyi Ezad Lazim pula berada di tangga ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, pakej percutian dan trofi.
Nassier Wahab yang menduduki tempat keempat membawa pulang RM15,000, pakej percutian dan trofi.
Haiza dan Acong masing-masing hanya berpuas hati di tempat kelima dan keenam.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad; Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengasas Vida Beauty Cosmetic, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/siti-nordiana-juara-gegar-vaganza-2-1.168863#sthash.vbyCYJ0l.dpuf
Credit to utusan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
kaaaann... beria-ia mendefend fd tok kat tu. Motip? (astro bayar lebih ke)
|
|
|
|
|
|
|
|
Really? heheee... tak leh berenti aku gelak wei.
|
|
|
|
|
|
|
|
kreatif hokay!!!.. NEW RENDITION gitu katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah nana.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak faham margin peratusan markah yg TErsangat sikit antara Nana & FD. Betullah Nana dah jadi juara tapi markah FD yg tinggi tu? euuwww.. sangat. Dan markah Ezad yg hauk compared to markah FD tu. eeeiiii...
|
|
|
|
|
|
|
|
itu laa, sebab nana nyanyi lagu ni la org dok layan versi zz pulak. masa nana nynyi lagu mengapa tu pon karats fd ckp benda sma
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnye aku okay je dgn fd. kluar pon paki bju biasa dlm gv. takde nk brgaya sgt. tpi tak suke karats dia yg acah2 urban ni. sdgkan peminat nana ngn fd golongan yg sma je.
|
|
|
|
|
|
|
|
cikgojesss replied at 14-12-2015 09:23 AM
sedap sore nana..
suka part "ketara perubahaaaaaannnn" (terbayang kak jenab dgn vibrato 5 kati set ...
Kan..haku terkesima bila dgr nana nyanyi part tu , meremang weii |
|
|
|
|
|
|
|
Miss.N replied at 14-12-2015 11:33 AM
Tahniah Nana..
Minat Nana dari zaman sekolah lagi sebab suara dia merdu & sedap ...
Sama arr minatt dr zaman sekolah lagik. Pantang nmpk muka nana kat majalah gigih beli cpt2 |
|
|
|
|
|
|
|
Exactly! New rendition& kreatif kejadahnya kalau lagu sedap jadi hauk bila FD nyanyikan semula.
Camanalah juri boleh bagi FD no.2?Eeiiii... sangat tidak memuaskan hati ok. Ternyata nyanyian & vokal Ezad lagi mantap kot.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|