CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

pelajar form 4 RMC mati kena buli dgn senior; update 1 expelled, 4 digantung!!

  [Copy link]
Post time 3-7-2010 12:53 AM | Show all posts
Reply 520# anya8797

oooo anya kaki n hantu bola jugak ye? tak minat bola la...  hot milo is better choice... good night...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2010 12:56 AM | Show all posts
Reply  anya8797

oooo anya kaki n hantu bola jugak ye? tak minat bola la...  hot milo is bet ...
razhar Post at 3-7-2010 00:53



    okay one hot milo campur nescafe coming up....biar takleh tido....

nite nite.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2010 06:23 PM | Show all posts
Reply 519# anya8797


   yes I am..and I x malu nak mengaku ex-rmc sebab memang kami tak suka pondan or bapuk macam yang dicanangkan oleh ifanonline or seangkatan dengannya. Maybe diorang ni sendiri bapuk dan cuba make up cerita yang kami suka bapuk dengan harapan mereka akan kata mereka HOT STUFF..owh please..we have our own standard...desperate sangatkah ifanonline or yang seangkatan dengannya ni??
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 12:18 AM | Show all posts
Reply  anya8797


   yes I am..and I x malu nak mengaku ex-rmc sebab memang kami tak suka pondan ...
vandread Post at 3-7-2010 18:23



    exactly....you dont have to be embarrassed nor sorry for being an ex student of a school that boasts of excellence and integrity......all these talks about pondan are pitiful attempts to mar both undeniable facts.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 04:33 PM | Show all posts
Harap -harap kerajaan serius dalam perkara      
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 04:48 PM | Show all posts
Jangan bagi budak hantu tu lepas! Biar dia lunyai dalam penjara! Suka suki tendang anak orang! Kalau aku dapat, aku tendang dia balik macam dia tendang aruah tu!!!Tengok hidup ke tidak lepas tu!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2010 08:42 PM | Show all posts
menda ni dah byk berlaku, pelik lah...asall nk raging2...bagi aku buang masa jee, bukan ke mak bapak diorg hantor suh belajor pandai2...bukan nyer belasah org lain..

:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2010 04:19 PM | Show all posts
Usah politikkan kes pelajar MTD mati didera: Zahid


2010/07/10

BALING: Kes kematian pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Mohamad Naim Mustaqim Mohd Sobri, 16, yang dipercayai akibat dibuli dan didera pelajar senior baru-baru ini tidak sepatutnya dipolitikkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengambil semua tindakan yang sewajarnya termasuk menyerahkan kepada pihak polis untuk membawa suspek kes itu ke muka pengadilan serta tindakan menukar seorang pegawai di maktab itu.

Katanya, ada pihak yang mahu kes itu dipolitikkan tetapi pihak yang bertanggungjawab seperti ATM sudah bertindak dalam membela masa depan keluarga pelajar itu dan memastikan kejadian serupa tidak akan berulang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Mohamad Naim Mustaqim, di rumah nenek mangsa di Kampung Baru, Siong di sini hari ini.

Ahmad Zahid meluangkan masa hampir sejam berbual dengan bapa dan ibu mangsa, Mohd Sobri Sopian, 41, dan Fauziah Abd Wahab, 45.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui parah akibat dibuli serta sempat diberi rawatan kecemasan di hospital maktab berkenaan sebelum disahkan mati.

Berikutan itu, lima suspek yang terdiri daripada pelajar maktab berkenaan ditahan polis untuk tujuan siasatan.
Kemudian seorang pelajar tingkatan lima maktab itu yang disyaki terbabit mengakibatkan kematian Mohamad Naim Mustaqim disingkir serta-merta daripada pengajiannya manakala empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.

Sementara itu, Mohd Sobri berkata dia berterima kasih atas kesudian Ahmad Zahid menziarahi mereka serta mendengar masalah yang mereka hadapi selepas kejadian menimpa Mohamad Naim itu.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan yang begitu mengambil berat kejadian itu dan berharap suspek yang ditahan dapat dihadapkan ke muka pengadilan untuk menerima hukuman," katanya.

Sementara itu, Fauziah yang masih trauma dengan kejadian yang menimpa anak sulung dari tiga beradik itu berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mereka salepas kejadian yang menimpa Mohamad Naim Mustaqim. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.043847 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list