|
Aidil Tak Mampu Bayar Tuntutan Rita.. Update #518 Aidil diperintah byr Rita 30k
[Copy link]
|
|
Aidil diperintah bayar mutaah RM30,000 kepada Rita Rudaini
SHAH ALAM 5 Okt. – Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini membayar RM30,000 sebagai bayaran mutaah kepada bekas isterinya, Rita Rudaini walaupun pelakon itu menuntut mutaah sebanyak RM300,000.
Hakim Mawardi Che Man memutuskan demikian setelah berpuas hati Rita layak- untuk menerima mutaah (saguhati selepas perceraian) itu berikutan punca perceraian bukan daripada pihak Rita.
“Tidak ada aib di pihak plaintif (Rita) dan tidak pernah disabitkan dengan nusyuz walaupun defendan (Mohd. Aidil) pernah mengemukakan permohonan nusyuz namun telah ditarik balik,” katanya.
Selain itu, katanya, keputusan itu juga berdasarkan kemampuan Mohd. Aidil, 28, yang memperoleh pendapatan bulanan yang dianggap mewah iaitu tidak kurang RM15,000 dan memiliki kenderaan mewah.
Menurut beliau, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 39, telah menjalankan tugasnya sebagai isteri selama empat tahun selain turut berkongsi daripada segi kewangan dan menanggung perbelanjaan ha-rian rumah tangga mereka.
“Malah, plaintif telah menjalankan tugas sebagai ibu kepada dua anak mereka selama tempoh lima tahun dan enam bulan,” ujarnya.
Rita mengemukakan permohonan tuntutan mutaah berjumlah RM300,000 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 7 Julai tahun lalu.
Sementara itu, Rita yang ditemui selepas prosiding tersebut berpuas hati dengan keputusan berkenaan walaupun jumlah yang diterima tidak seperti yang dituntut olehnya.
“Alhamdulillah, jumlah itu tidak penting, ia hanya angka namun yang penting mahkamah telah membuktikan saya layak menerima mutaah itu kerana sebelum ini dia (Mohd. Aidil) kata saya tidak layak menerima mutaah.”
“Selain itu, keputusan ini pen-ting kerana maruah dan hak saya sebagai isteri dan ibu diiktiraf mahkamah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd. Aidil ketika ditemui berkata, dia mahu membayar jumlah tuntutan itu kepada Rita secepat mungkin dengan alasan tidak mahu berhutang lama dengan orang lain.
“Kalau boleh saya hendak bayar esok tetapi saya masih perlu berbincang dengan peguam tentang prosedurnya,” kata-nya.
Mohd. Aidil juga berkata, dia berpuas hati dengan keputusan mahkamah tentang jumlah yang telah dimuktamadkan itu.
“Mampu atau tidak saya perlu bayar kerana itu adalah perintah mahkamah,” katanya.
Pada prosiding itu Rita diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain manakala Mohd. Aidil diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie.
Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand namun pelakon itu diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos 2013 dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada September 2013.
Pada awal Januari lalu, Mahkamah Syariah daerah Petaling telah mengarahkan Mohd. Aidil Zafuan membayar nafkah RM3,000 sebulan untuk dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4 tahun.
Rita juga telah memfailkan tuntutan tunggakan nafkah untuk dirinya berjumlah RM102,000 terhadap Mohd. Aidil pada 20 Januari tahun lalu dan kini kes itu di peringkat perbicaraan.
Sementara itu, Hakim Mawardi menetapkan 9 Disember ini untuk sambung bicara kes tuntutan tunggakan nafkah itu dengan pihak defendan akan mengemukakan saksi akhir.
|
|
|
|
|
|
|
|
wartawan ni pun cukup2 la Tanya pasal hal rita n aidil.......rita n aidil dan move on. wartawan sengal ni yg still dok Tanya soalan yang sama. Get a life la wartawannnnnn oooii |
|
|
|
|
|
|
|
harap lepas ni .. harap anak2 dia akan diberi hak kepada bapak dia tnpa kongkongan ibu dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Karatz rita kat ig, uglynara, rotimiskin still x bole beza mutaah dgn nafkah anak2 ke? Balik2 dok ckp edel x byr nafkah anak2.. Bebal btol! |
|
|
|
|
|
|
|
ok lh tu...harap rita jgn lh duk pung pang pung pang lg...idup lh ngn tenang |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..
dpt la jugak dr x dpt apa2..tp bertahun tahun jugak la yer..
yg byk duit pun cuma dpt rm30 ribu jerk..
klau yg biasa2 tu ...hai ntah la...
agak2 nya lg byk kuar duit kehulu ke hilir turun naik mahkamah..
patut la sesetengah prempuan pas cerai buat bodoh jerk..malas nk tuntut apa2..
tp kalau mutaah tu ex wife layak dpt..knpa ex suami boleh buat2 bodoh jerk...
kdg2 1 sen pun x nk bgi..bukan xde duit..ada ..tp enjoy ke lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
bkn makan tapak kaki je... kena cili sekali...... dok mengutuk pak mertua....
klau mak ayah kena hina dibini.... bleh sabar mcm pembacking wanita teraniaya ni.... wa respek
|
|
|
|
|
|
|
|
kata mampu & hidup mewah tp rm30k je?
hmm..takpelah..mgkin itu je rezeki RR & anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
tu la kan...
bukan sng nak tuntut hak sendiri n hak org
sbb tu ibu tunggal yg biasa2 kdg x tuntut pun kat court
konsep redha....dgn nak byr loyer nye lg
ntah brp lak kos nye....
|
|
|
|
|
|
|
|
10% dari 300K.
kalau dia tuntut sikit jer haritu entah berapa sen jer dia dpt.
harap2 30K ni edel mampu bayar tanpa byk alasan. |
|
|
|
|
|
|
|
kat bod gosip ni
plg champion aku rase karats rr ngan nd
mmg aku suspek (respek) la diorg nih
buat ape pon, pemenat setia disisi |
|
|
|
|
|
|
|
taniah rita x kisah dpt bape pn
janji ko bayar edelnetole |
|
|
|
|
|
|
|
win win situation dah..ok jgn gaduh2x lagi sila hidup dgn amannnn plizz |
|
|
|
|
|
|
|
harap dua2 move on...karatz dan haterz pon |
|
|
|
|
|
|
|
Rita dah bole carik lain dah |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah rr..harap2 rr da bole idup dengan tenang n da tak meroyan da.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu dari tak dapat ape2 kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap rita lepas ni move on jerlahhhhhh.....royan2 pon kau jugak yg kena.....yg penting ko masih muda, sihat n boleh bekerja....sara jer anak2....Insya Allah kalau kita lepaskan yg perit br dtg yg maniss....
Gi bersihkan hati..br hidup tenang.....
Sekian dr Setazah Kuntum |
|
|
|
|
|
|
|
Cili atas bwh ke dino?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rita juga telah memfailkan tuntutan tunggakan nafkah untuk dirinya berjumlah RM102,000 terhadap Mohd. Aidil pada 20 Januari tahun lalu dan kini kes itu di peringkat perbicaraan.
Sementara itu, Hakim Mawardi menetapkan 9 Disember ini untuk sambung bicara kes tuntutan tunggakan nafkah itu dengan pihak defendan akan mengemukakan saksi akhir. baru settle mutaah RM30km kan... yang tunggakan nafkah tak settle lagik... so, mereka berdua masih belum boleh move on setenangnya...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|