CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DianaA

MASAKAN BERASASKAN IKAN

[Copy link]
Post time 23-4-2008 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by pentium_catz at 19-4-2008 04:23 PM
http://usera.imagecave.com/pentium_catz/DSCN0522-copy.jpg

ni catz masak last week...


Pentium,boleh share receipi tak mcm mana u goreng ikan dori tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2008 05:26 PM | Show all posts
LV,
my style nk goreng dori nie lepas dah potong kecik2 kan sprinkle dgn garam sket..
pastu amik tepung jagung dan ratakan/sapu kat ikan nie..just nice je takyah byk2..pastu panaskan minyak dan goreng..make sure side dah garing/masak baru alihkan..kalau tak nanti dia lekat kat kuali..pastu bleh dah nk wat sambal dsb.
itu my style..kita tunggu style catz plak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 09:08 AM | Show all posts


Ikan Kukus Asam Pedas
http://www.resipi.net/cookbook/question.php?ID=481
Sumber : Koleksi Masakan Noris

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap( maisya guna ikan kembung )

1 labu bawang besar (kisar)
1 ulas bawang puteh (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
5 tangkai cili kering (kisar) ( maisya campur cili kering yg dah direbus dan jugak cili hidup )
1 batang serai (kisar)
Sedikit belacan (kisar) ( maisya tak bubuh )

1/2 cawan air asam jawa
1 tangkai daun kesum
Garam dan perasa secukupnya
* maisya tambah bunga kantan & tomato

Bunga kobis dan hirisan cili merah untuk hiasan ( maisya tak letak )

Cara Memasak

1. Bersihkan ikan kemudia toskannya. Masuk kedalam pinggan pengkukus.
2. Semua bahan kisar dicampurkan dengan air asam, garam dan perasa secukupnya.
3. Kemudian tuangkan keatas ikan. Masukkan juga daun kesum, hirisan cili dan bunga kobis.
4. Akhir sekali kukus ikan sehingga masak. Kukus lebih kurang 15 minit.
5. Setelah masak, angkat dan masukkan dalam pinggan dan hidangkan panas-panas.

* maisya tak kukus tapi rebus je semua, last sekali baru masukkan ikan...malas nak keluarkan pengukus
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 09:16 AM | Show all posts


Ikan Bakar cara Portugis
http://resipi.net/cookbook/question.php?ID=220
Sumber: K. Ray

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (maisya guna ikan pari)
3 sudu besar cili blend
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai
sedikit lengkuas (tak letak sebab tak de)
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil gula
aluminium foil

Cara-cara:
1. Buat minyak bawang putih. Ambil 6 biji bawang putih dan basuh. Jangan buang kulit. Tumbuk. Panaskan 1/2 cawan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Sejukkan.
2. Bersihkan ikan dan kelar-kelar ikan itu.
3. Blend bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili blend.
4. Gaulkan bahan blend dengan garam dan gula. (Bahan A)
5. Letak ikan atas foil dan sapukan bahan Bahan A Sapu rata.
6. Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
7. Lipatkan foil.
8. Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 03:51 PM | Show all posts
nk tanya la..

biasa kat kedai2 ikan bakar tu..
kalu kita pesan siakap 3 rasa..
ikan siakap tu..depa goreng dulu kan..
tp aku tgk mcm depa celup dgn tepung dulu ikan tu..then baru deep fry..

aku nak tau la...depa dok celup dgn tepung apa ek..

biasa kalu aku goreng siakap ni..
mesti meletak2 kat kuali..
tak cantekk laa...hehehe
dah la ikan tu besar gedabak...ahakss..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by xette at 25-4-2008 03:51 PM
nk tanya la..

biasa kat kedai2 ikan bakar tu..
kalu kita pesan siakap 3 rasa..
ikan siakap tu..depa goreng dulu kan..
tp aku tgk mcm depa celup dgn tepung dulu ikan tu..then baru deep fry.. ...


setahu maisya guna tepung jagung salut ikan tu then baru goreng.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2008 04:43 PM | Show all posts
tepung jagung ek...

wokey...thnks maisya..

wa nak try la nati..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 12:41 PM | Show all posts
i pun sama mcm kacip...
sprinkle garam and saya buh serbuk black pepper/ white pepper...then amik tepung jagung, sapu-sapu atas ikan dan goreng...
kdg pula saya bancuh tepung jagung dgn air, cair-cair sket... so ikan yg dah diperap kejap dgn garamdan black pepper tuh celup dlm bancuhan dan terus goreng dlm minyak yg banyak dan api besar..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 10:19 AM | Show all posts
kemarin lunch wat siakap 3 rasa...sedap..mmg gaul garam, kunyit n tepung jagung baru goreng...rangup jer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 12:23 PM | Show all posts
semalam buat kari ikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 01:29 PM | Show all posts
Ikan Goreng bercili,Ambil resepi from DianA ( 1st page ).
Tapi I tak pakai cili banyak coz other half tak makan pedas.



[ Last edited by  LVgirl at 9-5-2008 01:31 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 02:12 PM | Show all posts

Reply #451 LVgirl's post

my fav tu........tapi bukan ikan,bawang besar tu yg menjadi pujaan hati.........
imma cukup suka kalau masak sambal atau yg bergoreng mesti nak taruk bawang besar yg di hiris bulat...........rasa manis ja bawang tu tambah2 lagi bila mkn dgn nasi panas................rangup ja!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 02:26 PM | Show all posts

Reply #452 imma3's post

Betul tu.I dulu pun tak suka bawang besar tapi lately ni kalau masak sambal atau even goreng telur pun mesti letak bawang with kicap manis.
Memang berselera makan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 11:26 PM | Show all posts

Reply #412 platinum8's post

boleh bagi resepi keropok lekor ni?
sedapnye nampak..teringin pulak nak mkn keropok lekor..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 04:04 PM | Show all posts

Reply #454 n23's post

Ok. Sekejap lagi I paste kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 04:28 PM | Show all posts
Keropok Lekor (dari myresepi.com)

Bahan2 (15 batang - 15cm)
2 ekor ikan kembung/selayang
100gm tepung sagu
30gm tepung ubi
1 sk garam
1 sk gula

Cara
Bersihkan ikan. Potong ambil isi sahaja dan mesinkan. Ikut macam gambar step-by-step.
Di dalam mangkuk/basin campurkan isi ikan yg dah dimesin dengan tepung2 sedikit demi sedikit. Gaul hingga ke semua tepung habis.
Masukkan garam dan gula.
Gentel keropok hingga habis adunan.
Didihkan air dan masukkan keropok.
Keropok masak bila ia timbul dipermukaan. Angkat dan sejukkan.


Keropok Lekor Terenggganu (sumber Kak Wan)

2 mangkuk ikan tamban / selayang - atau ikut suka
3 mangkuk tepung sagu
Garam secukup rasa (taruk la 2 sudu kecik)
Air batu ikut kesesuaian adunan

Cara
Bersihkan ikan. Fillet dan ambil isinya sahaja.
Mesin isi ikan hingga hancur dan mesin sekali lagi bercampur air batu.
Masukkan tepung sagu. Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras.
Gentel dan uli dengan tangan bentuk memanjang ikut size yg disukai.
Panaskan air hingga mendidih.
Masukkan keropok lekor.
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 04:30 PM | Show all posts
sambal tumis ikan bilis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by LVgirl at 9-5-2008 01:29 PM
Ikan Goreng bercili,Ambil resepi from DianA ( 1st page ).
Tapi I tak pakai cili banyak coz other half tak makan pedas.

http://i187.photobucket.com/albums/x109/LVgirl78/SNV30029-1.jpg

ehhh..mcm berjanji plak kita..
me pun baru nie wat resepi nie jugakk..
guna bawal putih tambak tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 12:26 PM | Show all posts

Reply #458 Kacip_Fatimah's post

I ni kalau kering idea memang receipi ni la yg I buat.
10min saja dah ready.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by platinum8 at 11-5-2008 04:28 PM
Keropok Lekor (dari myresepi.com)

Bahan2 (15 batang - 15cm)
2 ekor ikan kembung/selayang
100gm tepung sagu
30gm tepung ubi
1 sk garam
1 sk gula

Cara
Bersihkan ikan. Potong ambil isi s ...


wah best ni..thanks thanks platinum!
leh la rasa kopok lekor sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.339510 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list