dulu2 aritu jugak..sampai pakai screensaver gambo diorg..pastu kena tego lak ngan bos..die xla marah ..tp malu sendiri pulak..
eh korg nampak x youtube tu? lagu adele - Set Fire to the Rain(twilight edition)..pesal kite xnampak aa
dulu2 aritu jugak..sampai pakai screensaver gambo diorg..pastu kena tego lak n ...
pavlova Post at 19-12-2011 15:10
x nampak lorrr..komfirm x nampak sbb youtube opis kene blok..balik rumah br leh tgk....hehehehe...a'ha aku minat gak la tgk titanic tp x der laaa meroyan mcm twilight..aku giler lg kat Edward Cullennnnn.......
Khennn....
we're soooo in love with the character, the looks ...
Keduarc Post at 19-12-2011 23:15
tu laa..slalu rindu ngan diorg...nak-nak kalu ngulang tgk Twilight yg first tu...mmg tu yg aku rasa best sgt..sbb kat situ seme permulaan Edward ngan Bella...
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 20-12-2011 08:21
cont..
Di kolej, setelah Edward pergi dgn Alice, Bella masuk ke kelas Biologi. Kat dlm kelas dia x dpt tumpukan perhatian sbb terlalu asyik memikirkan ttg rancangan dgn Edward esok. Lps kelas Biologi, dia terpaksa masuk ke kelas gym. Mike menegur Bella, dia mengucapkan selamat berseronok bila Bella pergi ke Seattle esok. Tp Bella memaklumkan kpd Mike yg dia membatalkan rancangan pergi ke Seattle. Mike bertanya Bella, "Jadi awak akan menari dgn Cullen?" kedengaran nada iri hati dlm pertanyaan Mike. Bella menjelaskan, "Tak, sy ada byk kerja yg nk dibuat..sy nk mencuci pakaian & lepas tu sy nk mengulangkaji subjek Trigonometri sbb nnt ada exam." Mike masih bertanya, "Jadi, awak akan mengulangkaji dgn Cullen?" Bella cpt2 menjawab. "Edward. Sy bkn mengulangkaji dgn dia sbb dia pun akan keluar pergi ke tpt lain hujung minggu ni." Mike menambah, "Oh.. kalo awak dtg join kitaorg menari pun bagus juga, kami semua boleh menari dgn awak bersama2." Bella segera terbayang wajah Jessica. Dia menegaskan, "Mike, sy x akan dtg menari, ok?" Mike seperti merajuk, "Iya la... sy hanya pelawa awak je."
Waktu kolej akhirnya tamat juga. Bella segera pergi ke arah tpt parking. Bella nampak trak dia dh ada kat situ, di petak parking yg sama Edward letak keta Volvo dia pagi td. Bella membuka pintu trak dia yg x berkunci. Kunci trak ada terletak di palam kunci. Ada sekeping kertas putih yg berlipat di atas seat trak. Bella masuk ke dlm trak & duduk di atas seat...dia segera membuka lipatan kertas putih tu. Terdapat dua perkataan tertulis dgn tulisan tangan yg begitu elegan "Be Safe" (semoga selamat). Bella segera menghidupkan enjin trak & terus pulang ke rumah. Masa waktu mkn mlm, Bella menyediakan lasagna utk Charlie. Dia berbual2 dgn ayahnya, "Ayah...sy rasa ayah betul ttg Seatlle. Sy sepatutnya pergi ke sana dgn Jessica atau sesiapa saja yg boleh teman sy nnt." Charlie bertanya, "oh... jd awak nk ayah teman awak kat rumah esok?" Bella cpt2 menjelaskan, "Bukan mcm tu.. ayah x perlu ubah rancangan. Sy ada byk perkara nk buat kat sini... sy nk cuci pakaian, buat kerja kolej... lepas tu pergi ke library...dan juga ke kedai. Sy akan sibuk ke sana sini je nnt. Ayah x perlu risau, pergilah bergembira." Charlie masih bimbang, "Awak pasti ke?" Bella cuba menenangkan hati Charlie, "Ya ayah jgn risau, lgpun bagus juga kalo ayah dpt bawa balik byk ikan." Charlie sebenarnya risaukan Bella yg selalu bersendirian. Bella berasa bersalah sbb terpaksa mempergunakan Charlie (suruh dia kuar g memancing). Bella hampir2 je mengikut cadangan Edward utk bgtau di mana dia akan berada esok sebenarnya. Selepas mkn mlm, Bella melipat pakaian & sibuk memasukkan pakaian yg baru di cuci ke dlm mesin pengering. Ketika itu juga Bella berfikir... tetiba hatinya rasa berbelah bagi utk keluar dgn Edward esok...ia seolah2 mengundang bahaya, tp dia juga x sanggup utk menolak sbb ia hanya akan menyakitkan perasaan. Dia dh buat keputusan. Dia melihat kembali kertas yg ditulis Edward "Be safe". Bagaimana kalo dia 'membuang' Edward dari hidupnya? Tp sejak dtg ke Fork, hidup Bella boleh dikatakan segalanya berkait dgn Edward.
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 20-12-2011 08:25
cont...
Pagi Sabtu... Bella bagun tido & cpt2 bersiap. Dia meninjau di luar tingkap, Charlie dh bertolak g memancing. Bella agak tergesa2 bersarapan, sesekali dia meninjau ke luar tingkap.. tiada apa2 yg luar biasa. Bella terus meluru ke pintu bila dia terdengar ketukan perlahan pd pintu. Bella membuka pintu.. bila melihat Edward, serta-merta Bella berasa betapa bodohnya perasaan bimbang mlm td tu. Pada mulanya wajah Edward kelihatan muram, tapi sekelip mata ekspresi Edward bertukar bila melihat Bella.. dia ketawa. "Selamat pagi!" Edward masih ketawa. Bella sedikit hairan dgn reaksi Edward, "Ada apa2 yg x kena ke?" Bella segera melihat dirinya, risau kalo2 dia terlupa apa2 yg penting spt seluar atau kasut. "Kita sepadan!" Edward ketawa lagi. Bella baru tersedar dia memakai pakaian yg sama warna dgn Edward. Bella ikut sama ketawa sambil menyembunyikan rasa rendah diri __ kenapa Edward boleh nampak mcm runaway model dlm warna tersebut, tetapi tidak dia? Bella mengunci pintu rumah sementara Edward pergi ke arah trak Bella. Edward masuk ke sebelah seat penumpang dgn ekspresi wajah yg mudah utk diteka. Bella bersuara, "Kita dh janji hari tu kan, " sambil naik ke seat pemandu. "Kita nk ke mana?" Bella bertanya. Edward hanya menjawab, " Pakai seat belt awak.. sy rasa cemas ni." Bella hanya memandang Edward dgn rasa boring & sekali lg bertanya, "Kita nk kemana?" Edward menjawab, "Awak ambil ke arah 101 utara."
Sewaktu memandu, Bella berasa hampir hilang tumpuan sbb mata Edward hanya memandang ke arahnya. Bella memandu dlm keadaan lebih berhati2 dari biasa. "Awak nk memandu keluar dari kawasan Fork ni lepas waktu mlm ke?" Edward komplen cara pemanduan Bella yg agak perlahan. Bella menjawab, "Trak ni dh tua, awak kena hormatinya!" Edward memberikan panduan ke destinasi yg akan mereka pergi. Bella bertanya, "Selepas habis jalan berturap ni, kita akan ke mana?" Edward menjawab, "Jalan kaki." Bella bertanya lg, "Kita akan mendaki?" Edward bertanya Bella kembali, "Awak ada masalah kalo mendaki ke?" Bella cpt2 menjawab," Tak!" Hakikatnya Bella risau & berasa agak panik. Dia takut akan jatuh tersepak akar pokok atau tergelincir pd batu licin...kemungkinan dia akan terseliuh nnt. "Apa yg awak tgh fikirkan?" Edward tetiba bertanya. Bella masih berbohong, "Sy tgh fikir ke mana agaknya kita nk pergi." Edward menjawab, "Sy nk bawa awak ke suatu tpt yg sy suka pergi bila cuaca baik." Mereka berdua memandang ke arah langit yg berawan nipis. Bella bersuara, "Ayah sy kata cuaca hari ni bagus." Edward bertanya, "Awak bgtau Charlie ke awak pergi ke mana sebenarnya hari ni?" Bella menjawab pendek, "Tak." Edward bertanya lg, "Tp Jessica dh tau kita berdua pergi ke Seattle kan?" Bella menjawab selamba, "Tak jugak, sy dh bgtau dia yg awak dh batalkan -- mmg betul pun kan awak yg batalkan." "Jadi skrg x de org tau awak kuar dgn sy skrg?" nada Edward kelihatan agak marah. Bella masih selamba menjawab, "Itu bergantung la.. sy jangka awak dh bgtau Alice kan?" Edward kelihatan x puas hati, "Awak mmg 'byk membantu', Bella!" Bella pura2 tidak mendengar rungutan Edward. Edward bersuara lg, "Kenapa awak sanggup ambil risiko mcm ni di Forks?" Bella membalas, "Awak yg kata nnt ada masalah kalo ada org tau sy kuar dgn awak." "Jadi awak risau kalo ada org tau awak kuar dgn sy, kemudian awak x balik2 umah?" suara Edward masih kedengaran marah. Bella hanya mengangguk, matanya masih memandang ke arah jalanraya. Edward merungut sendiri, Bella x pasti butiran yg dirungutkannya. Seketika mereka hanya diam sambil Bella memandu traknya.
Sampai di kawasan jalan yg tidak berturap, Bella berhenti di bahu jalan & terus keluar dari trak... sbb Bella takut Edward masih marah padanya lagi & juga sebagai alasan utk dia tidak melihat Edward. Bella menanggalkan baju sweater & mengikatnya di pinggang sbb suhu agak panas di situ. Bella dgr pintu trak ditutup, Edward dtg ke situ tp dia memandang ke arah lain. Edward juga turut menanggalkan sweaternya "Arah sini," Edward menunjuk ke arah hutan. Bella melihat dgn rasa ragu2 & takut, "X nampak pun jalan masuk?" Edward menjawab,"Mmg x ada, sy x akan biarkan awak sesat." Bella memerhatikan Edward... Edward memakai baju t-shirt tanpa lengan yg butang hadapannya tidak dibutangkan, ia menampakkan kulit Edward yg cerah dari paras leher hingga ke dada dan kelihatan berotot dgn sempurna -- yg selama ini terselindung di sebalik pakaiannya. Bagi Bella, Edward kelihatan terlalu sempurna...rasanya tiada makhluk lain yg setanding keindahan yg ada pd Edward! Edward memandang Bella & bersuara, "Awak nk balik umah ke?" suaranya agak perlahan. Bella segera menjawab, "Tak." Bella terus berjalan ke arah Edward & berdiri rapat di sebelah Edward, dia x mahu bazirkan walupun satu saat ketika bersama2 Edward. "Ada apa2 yg x kena ke?" Edward bertanya, suaranya lembut. "Bella menjawab, "Sy bkn pendaki yg bagus... awak kena byk bersabar dgn sy". Edward tersenyum & berkata, "Sy boleh bersabar." Bella tersenyum tp kelihatan kurang keyakinan. Edward bersuara, "Sy akan pastikan awak pulang ke rumah nnt."
"Kalo awak nk bwk sy berjalan 5km di dlm hutan ni sebelum matahari tergelincir, baik awak cpt tunjukkan jalan skrg." Edward mengerutkan dahi ke arah Bella, cuba memahami ekspresi Bella. Seketika kemudian Edward membawa Bella masuk ke hutan. Bila tiba di tpt2 yg sukar, Edward membantu mengangkat Bella melepasi tpt2 sukar tersebut. Sentuhan dari kulit Edward yg dingin membuatkan jantung Bella berdegup kencang.. ada 2 kali bila ia berlaku, Bella terpandang wajah Edward, dia pasti Edward pun boleh mendengar bunyi degupan jantungnya! Bella cuba utk mengawal diri utk tidak selalu memandang ke arah kesempurnaan yg dimiliki Edward, tp setiap kali juga Bella gagal! Sambil berjalan, Edward bertanya mcm2 soalan kpd Bella ttg hari lahir, cikgu2 sewaktu sekolah rendah, haiwan peliharaan sewaktu kecil dulu, etc. Mereka mendaki hampir separuh hari, tp Edward tidak langsung menunjukkan reaksi x sabar. Selepas beberapa jam, mereka tiba di suatu kawasan yg ditembusi cahaya matahari di mana keadaan menjadi agak terang berbanding kawasan sebelumnya. Bella bertanya, "Kita dh sampai ke?" Edward menjawab, "Sikit lagi." Edward tersenyum. Mereka kemudainnya tiba di suatu kawasan seolah2 padang yg kecil berbentuk bulatan dgn bunga2an indah berwarna violet, kuning & putih lembut. Keadaan di situ sgt2 indah & mengasyikkan. Kemudian Bella nampak Edward berdiri di tepi berhampiran dgn kawasan di mana cahaya matahari memancar terus hingga ke tanah. Bella teringat tempoh hari Edward ada berjanji utk menerangkan bagaimana rupa mereka jika berada di bawah cahaya matahari hari ini. Bella mara ke depan beberapa langkah, tapi kemudian Edward mengangkat tgnnya memberikan isyarat supaya Bella tunggu di situ. Edward kelihatan menarik nafas yg dalam & dia kemudiannya melangkah satu tapak ke hadapan, masuk ke dalam limpahan cahaya matahari tadi. Bella melihat dgn penuh saspen..