CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: evilcooler

Pendedahan kisah2 misteri seorang penyelam laut dalam

[Copy link]
Post time 5-6-2016 12:47 AM | Show all posts

luv d movie and have read the book...

satu pasal diving ni.. kena ada decompression time.. tu yang tak sanggup tu.. bahaya kan kalau tak decompress..

tapi memang sangat interesting la diving ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2016 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Best.citer laa lagi tt
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2016 01:04 PM | Show all posts
nak lagiii..... plissss...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 11:27 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Selamat berpuasa kepada yg Muslim. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadkan kita insan yg lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Insya Allah amiin.

Bercakap tentang Ramadhan, kita maklum dgn hadith mengenai syaitan yg diikat dan dilemparkan ke dalam lautan yg dalam bila dtgnya Ramadhan.

Saya ada seorang kenalan Indon yg asalnya dtg dari Makassar. Dia ni sekrg dah kawin org kita dan jadi PR pun. Kenal sbb pernah buat projek sama2 dekat company lama.

Mamat ni sy panggil Dwen je. Orgnya peramah tapi dari raut muka dan mata, saya tahu dia ni berisi di dalam orgnya. Kekadang tu bila xde org, saya pernah tanya dia pasal kampung dia dan sebagainya. Makassar tu tempat sebelah laut dan dia memang keluarga dari org2 yg tinggal di pantai.

Dia pernah cerita kan masa kecik2 dulu, pernah satu kumpulan nelayan yg bawa balik seekor binatang air yg pelik. Nak cakap dugong bukan dugong. TApi dia dapat lagi  ingat time tu binatang tu bawahnya bersisik mcm ikan semua tapi paras atasnya binatang tu ada mcm ketumbuhan daging siap ada mcm jari kecil2 kat hujung tu. Sirip pulak xde dan muka binatang tu mcm ikan tapi mata dia buntang dan anehnya mata dia boleh berkelip2.

Nelayan tu pun ceritakan yg masa makhluk tu terlekat di jala, bunyi mcm org menjerit nyaring boleh dengar di dlm air. Diorg dah takut terus naikkan jala dan balik ke pantai.

Mlm tu jugak, bunyi mcm ada kepala ribut kuat kedengaran berlaku dan mereka semua dah ready tutup pintu tingkap semua nak prepare hujan lebat. Anehnya, bunyi angin tiup selama 15 minit dan kemudian terus reda. Bila diorg jenguk kat luar, tak nampak pun apa2 tanda yg ribut melanda, sedangkan bunyinya memang confirm seperti dah terbalik kat luar tu.

Kemudian kecoh pulak nelayan yg tangkap ikan misteri tu pulak x dijumpai kat rumahnya. Keluarga dia kata dia asyik cakap ada org panggil dia kat luar masa ribut berlaku. Puas org cari tapi x jumpa. Last2 diorg jumpa mayat lelaki tu kat gigi pantai dengan separuh badannya putus mcm digigit binatang yg gigi tajam dan bergerigi. Ikan yg ditangkap hari tu pulak dah xde kat dalam tempat takungan dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 11:48 AM | Show all posts
wow...best  crita2 tentang laut nie tapi
Aku cukup takut dgn laut....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 12:10 PM | Show all posts
Manusia sibuk nak teroka angkasa sedangkan lautan dalam pun tak pernah habis di terokai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2016 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 4-6-2016 07:49 PM
Dr dulu aku slalu rasa..yg cantik cuma pantai..nak2 matahari naik n tenggelam..tp laut sgt misteri n ...

Saya setuju. Pantai memang mendamaikan. Tapi laut ni mcm seram pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tengok the life of pi pun rasa seram.. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung la lagi cerita diver tu.. I ada tgk org share kat fb jgk tak sempat baca tp english version
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2016 01:09 PM | Show all posts
Edited by evilcooler at 7-6-2016 01:11 PM

Peristiwa 4 : Penyelamat tidak diundang.

Sebahagian dari tugas saya sebagai penyelam laut dalam dalam syarikat ini memerlukan kami menjalankan aktiviti sosial korporat (CSR) untuk masyarakat setempat bergantung kepada kepakaran kami. Salah satunya adalah menolong pihak berkuasa tempatan dalam operasi penyelamat jika berlaku sebarang bencana alam atau kemalangan.

Saya masih lagi ingat satu tragedi di mana sebuah jambatan gantung telah roboh dan mengakibatkan berpuluh kederaan jatuh ke dalam sungai di bawahnya. Kami dipanggil oleh pihak berkuasa utk membantu operasi menyelamat dan mengenalpasti jika ada mangsa yg hidup atau mati di dalam sungai.

Kami sebagai juruselam profesional dgn bertahun pengalaman sudah lali melihat bangkai kenderaan terhempas atau karam di dasar lautan. Kebiasaannya ia adalah kenderaan tentera atau komersial dan mangsa atau mayat yg ditemui merupakan org dewasa. Tetapi dalam kes ini ia sangat tragis kerana dlm kes ini kebanyakannya adalah kenderaan awam dan mayat2 yg dikenalpasti adalahkeluarga dan kanak2 yg dalam perjalanan bercuti sekolah.

Hari pertama kami membantu bomba dan medik utk menyelam ke kawasan sungai yg deras dan dalam airnya. Keadaan air yg keruh dan kelam juga tidak menolong kami utk mencari mayat. Kami dapat lihat kelibat pelbagai kenderaan berada dalam lubuk dan bertimpa antara satu sama lain. Saya dan seorang lagi penyelam ditugaskan mencari seberapa banyak mayat dan dibawa naik ke atas. Hari pertama kami berjaya mengeluarkan 6 mayat terdiri dari dewasa dan juga kanak2. Masih banyak lagi mayat yg dipercayai belum dijumpai berdasarkan anggaran kematian dan kehilangan orang oleh ketua operasi menyelamat.

Esoknya saya menyelam berseorangan kerana rakan seorang lagi terpaksa membuat tugas lain. Saya mula menyelam dan mencari mangsa di dalam sebuah bas persiaran. Kelihatan bas sudah remuk kerana terhempas ke dasar sungai dan harapan utk mencari badan mangsa dalam keadaan baik mungkin tipis. Saya masuk ke dalam mengikut tingkap bas dan pelik melihatkan keadaan dalam bas seolah2 tidak ada penumpang. Bas tersebut hampir kosong. Saya mula risau jika ada pemangsa besar seperti ikan atau buaya yg mendiami sungai tersebut dan memakan mayat2 penumpang.

Kemudian saya beralih arah ke satu kenderaan minivan. Seperti tadi, tiada mayat yg dijumpai dan saya cuba utk bersangka baik bahawa ada penyelam lain yg telah tolong membawa mayat ke daratan. Tiba2 dari jauh saya dapat lihat satu kelibat manusia berpakaian penyelam yg masuk ke dalam satu bangkai kereta tak jauh dari kedudukan saya. Hati saya mula lega kerana ada penyelamat lain menolong. Saya berenang utk menghampiri penyelam tersebut utk membantunya.

Tetapi ada sesuatu yg tidak kena pada penyelam tersebut. Pakaian selam dan peralatan skubanya kelihatan agak lusuh sementara tangki skubanya sudah ada kesan karat  dan berlumut. Sebagai seorang penyelam, ini adalah satu perkara yg paling tidak selamat dan profesional. Saya hanya memerhati sahaja dari jarak kira2 4m utk memantau penyelam tersebut. Tiba2 saya tersedar suatu perkara. Tiada buih udara yg keluar dari peralatan skubanya dan sepatutnya tidak ada penyelam lain yg ditugaskan utk operasi penyelamatan selain syarikat saya. Saya menghampiri perlahan2 ke arah penyelam misteri tersebut dan saya cuba menarik perhatiannya. Dia masih sibuk mengeluarkan mangsa di dalam kereta tersebut. Tidak puas hati, saya berenang ke sebelahnya dan mencuit bahunya.

Apa yg berlaku kemudian membuatkan saya tergamam sekejap.  Bila dia menoleh, saya dapat lihat ke dalam topeng skuba dan mukanya seperti daging reput yg telah lama di dalam air dan tiada mata dalam bebola melainkan 2 biji cahaya merah. Lumut hijau menyelebungi badannya dan tangannya terasa seperti tulang.  Saya mula panik dan terus berenang secepat mungkin naik ke atas permukaan air . Dari belakang saya dpt dengar suara dari makhluk penyelam itu berkata: "Come back here. We need to help them!"  

Esoknya  saya terus demam dan dikecualikan dari mengikut operasi tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 02:03 PM | Show all posts
evilcooler replied at 7-6-2016 01:09 PM
Peristiwa 4 : Penyelamat tidak diundang.

Sebahagian dari tugas saya sebagai penyelam laut dalam d ...

baguslah ada yang menolong, tp kalau dah cenggitu rupanya... nak tunggu lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 02:08 PM | Show all posts
best2.. bubuh la lagi cerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2016 02:16 PM | Show all posts
zameyla replied at 7-6-2016 02:03 PM
baguslah ada yang menolong, tp kalau dah cenggitu rupanya... nak tunggu lagi...

Kalau ikut legenda di sesetengah tempat, ada jin / puaka sungai laut atau tasik yg kerjanya mengambil nyawa org2 mati lemas utk dibawa ke tempat mereka dan dijadikan khadam di alam sana.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 02:21 PM | Show all posts
evilcooler replied at 7-6-2016 12:09 PM
Peristiwa 4 : Penyelamat tidak diundang.

Sebahagian dari tugas saya sebagai penyelam laut dalam d ...

yang ni scary
mungkin penyelam tu salah seorang mangsa yang mati ketika operasi menyelamat dulu2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 02:21 PM | Show all posts
evilcooler replied at 7-6-2016 12:09 PM
Peristiwa 4 : Penyelamat tidak diundang.

Sebahagian dari tugas saya sebagai penyelam laut dalam d ...

double post...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2016 02:29 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-6-2016 02:21 PM
yang ni scary
mungkin penyelam tu salah seorang mangsa yang mati ketika operasi menyelamat dulu2. ...

Mingkin juga kan. Roh penyelamat yg mati dah berpuluh tahun dahulu atau jin yg menyerupai penyelamat zaman dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2016 02:31 PM | Show all posts
Menarik ni..kalo tambah lagi lagilah cun...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 03:07 PM | Show all posts
evilcooler replied at 7-6-2016 02:16 PM
Kalau ikut legenda di sesetengah tempat, ada jin / puaka sungai laut atau tasik yg kerjanya mengam ...

erkkk......patut la dalam bas tu kosong ja...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 04:08 PM | Show all posts
menarik smua ceritanya... takde lagi ke...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm laut mmg ade kerajaan jin. plg besar kt segitiga bermuda. tingat flight mh370. kt lautan mana lh die berkubur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.068288 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list