|
Hidung Berdarah, Jamal Yunos Dakwa Ditumbuk!
[Copy link]
|
|
Jamal tak mengaku tuduh polis tumbuk dia
Ketua kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan bahawa beliau menyebut polis telah menumbuknya dalam pergelutan di pusat beli-belah, di Kuala Lumpur semalam.
Sebaliknya, kata Jamal, kata-katanya bermaksud meminta laluan untuk mengejar pihak yang telah menumbuknya dari arah belakang.
“Saya nak respon di media sosial semalam yang mengatakan bahawa polis pukul saya.
“Ketika itu berlaku pergelutan. Bukan saya sebut polis pukul saya, tetapi saya ingin beritahu kepada polis bahawa saya dipukul.
“Sebab itu saya minta laluan pada polis sebab saya nak kejar tumbuk curi dari belakang sampai saya berdarah, itu maksud saya…
“Tapi mungkin suasana kelam kabut itu saya seolah-olah berkata polis pukul saya tapi yang pukul saya adalah kumpulan daripada haram jadah ini,” katanya kepada pemberita di luar balai polis Pandan Indah.
Semalam hidung Jamal berdarah selepas ditumbuk dalam pergelutan di pusat beli-belah Ampang Point.
Ketika itu Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar sedang mengekori kumpulan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin yang mengedarkan risalah serta mempromosi perhimpunan BERSIH5, Sabtu ini.
Dalam pergelutan itu Jamal terjatuh dan sejurus kemudian hidungnya kelihatan berdarah.
Rakaman video menunjukkan Jamal menyalahkan anggota polis kerana didakwa menumbuknya. Beliau kedengaran seperti berkata “polis tumbuk saya”.
Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|