|
[Tempatan]
Syarat pengeluaran i-Sinar akan dimansuh. UPDATE. 14.6 juta pencarum KWSP layak
[Copy link]
|
|
pu3_rania replied at 12-2-2021 07:46 AM
Setuju sangat dengan awak
Kalau kat luar negara mahu tunggang terbalik & huru hara jadinya KWSP ...
Ni semua salah kerajaan abah cow yg sgt2 lemah.
Terlalu bnyk isu. Dgn barisan menteri yg terlalu rmi tp x ada fungsi. lantikan politik ceo, chairman glc.
Mcm mn abah running pentadbiran kat msia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 12-2-2021 08:34 AM
otai_g replied at 12-2-2021 07:57 AM
Ni semua salah kerajaan abah cow yg sgt2 lemah.
Terlalu bnyk isu. Dgn barisan menteri yg terlal ...
Ya setuju sangat
Ibarat depa2 ni 'Makan Gaji Buta'
Penasihat2 & manusia2 yang di belakang Wak Yiddin ni patutnya lah di singkirkan coz jadi punca banyak masalah timbul dalam pentadbiran sampaikan banyak buat konar baring sampai cium track |
|
|
|
|
|
|
|
So maknanya semua dapat ke cemana?
Kang sat gi tetap ada syarat itu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 12-2-2021 09:37 AM
Suchi replied at 12-2-2021 09:11 AM
So maknanya semua dapat ke cemana?
Kang sat gi tetap ada syarat itu ini.
Di katakan ada pengumuman dari Wak Jiddin pada Isnin minggu depan so tunggu aje lah samada memang benar2 ada pemansuhan @ konar baring dengan adanya agenda yang tersembunyi
Dah beberapa kali GOMEN konar baring pasal isu ini seperti semasa pembentangan bajet yang mana B40 di janjikan akan dapat kelulusan secara automatik tapi sebaliknya NAN HADO malahan depa2 ni di perkotak-katikkan dengan di minta segala mak nenek documents dan yang paling tragis ialah ada yang end up di reject
Memang H*******H betul
Paling terbaru pasal masalah teknikal bila di janjikan pada 8/2/2021 semunya akan dapat kelulusan selepas sistem di perbetulkan tapi banyak kes yang NAN HADO
Moral of the story bagi sesiapa yang masih pending approval jangan excited dulu melainkan warna dah bertukar dari biru ke hijau dan duit sah di kreditkan dalam akaun barulah boleh bergembira dan sujud syukur bagai |
|
|
|
|
|
|
|
14.6 juta boleh keluar wang KWSP
Oleh NOR IDAYU BOSRO
12 Februari 2021, 9:00 am
PUTRAJAYA – Mana-mana daripada 14.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur kurang daripada 55 tahun kini dibenarkan membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu selepas KWSP dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif tersebut setelah mengambil kira maklum balas masyarakat.
Beliau berkata, langkah itu diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.
“Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Tengku Zafrul berkata, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan itu berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online.
Justeru, jelas beliau, pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP.
Pada masa sama, Tengku ­Zafrul berkata, jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal.
“Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.
“Pembayaran dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000,” kata­nya.
Sebelum ini, KWSP menetapkan syarat tertentu bagi penca­rumnya yang ingin mengeluarkan wang mereka menerusi i-Sinar hingga menimbulkan rasa tidak puas hati buat sesetengah ah­linya kerana mendakwa ia sebagai menyusahkan.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, bagi ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 masing-masing.
Beliau bagaimanapun berkata, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah seba­nyak RM60,000.
“Pembayaran dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000,” katanya.
Sementara itu, beliau menasihatkan pencarum agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran-saluran komunikasi rasminya.
“Mereka juga diingatkan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih bertujuan menipu atau mengelirukan ahli,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 12-2-2021 09:32 AM
Di katakan ada pengumuman dari Wak Jiddin pada Isnin minggu depan so tunggu aje lah samada meman ...
Dgn reputasi kerajaan PN & abah yg makin teruk tak mustahil segala mcm gula & kehendak rakyat ditunaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
stinger.baik replied at 11-2-2021 07:08 PM
bila nak mansuhkan tol dan ptptn?
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Dah hutang bayarlah
Lain kali nak benda free.... belajar pandai2, apply la biasiswa..aman2 je takyah bayar |
|
|
|
|
|
|
|
So, boleh la guna duit ni as deposit beli rumah kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
sbb aku blajar pandai la aku tuntut janji ph ni
kalau dpt biasiswa pun dah org kata free tp tongong nk bayau gak tu msti guna kabel nuar musa utk dpt biasiswa
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa pun tunggu Isnin depan kot betul PM nak umum. |
|
|
|
|
|
|
|
timah03 replied at 12-2-2021 10:54 AM
So, boleh la guna duit ni as deposit beli rumah kan.....
Ini adalah ialah 'Keperluan' bukannya 'Kehendak' so tak salah di gunakan untuk deposit bagi pembiayaan pembelian rumah yang akan jadi fixed asset kita
Bukannya hang guna duit tu untuk berjimba di jalan yang salah so tak perlulah rasa bersalah untuk di gunakan sebagai bayaran deposit pembelian rumah |
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 12-2-2021 09:32 AM
Di katakan ada pengumuman dari Wak Jiddin pada Isnin minggu depan so tunggu aje lah samada meman ...
Klau hijau rasa takut dah nak percaya. Sbb sblm ni hijau tiba2 jd biru balik. Caca marba habis. Janji 8/2, haram xde pape |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 12-2-2021 01:21 PM
Klau hijau rasa takut dah nak percaya. Sbb sblm ni hijau tiba2 jd biru balik. Caca marba habis. Ja ...
Itu lah yang I ada mentioned dalam posting sebelum ni selain warna bertukar ke hijau so dalam masa yang sama kena crosscheck untuk pastikan duit dah di kredit dalam akaun supaya kejadian tragedi 8 Februaru 2021 tak berulang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 12-2-2021 04:33 PM
Alhamdulillah
Tapi kesian untuk yang apply kategori 2 sebelum ni, nak kena bagi dokumen sokongan, nak tunggu lulus pun lama, ada yg sampai sekarang tak dapat lagi. Harap2 diorang luluskan yang kategori 2 dulu ler sebelum luluskan yang baru tanpa syarat ni. Kesian tengok yg lagi memerlukan tapi belum lulus lagi.
Walaupun ramai yg kata duit masing2, hak masing2 ler nak buat apa dgn duit tu. Tapi harap ramai ler yang beringat, guna ler duit tu sebaik baik nye. Kalau takde keperluan sgt, simpan je kat tabung haji atau ASB |
|
|
|
|
|
|
|
takde sesape ke nk terima kasih dkt ceo kwsp yg baru
fishyy sngt kan tetibe tukar ceo dan2 la berubah syarat |
|
|
|
|
|
|
|
Ok dah dpt keluar kwsp tu hrp2 boleh buat total lockdown/pkp 1.0 |
|
|
|
|
|
|
| |
|