|
Sebab kita bermazhab dan mengikut salah satu dari 4 mazhab yang Muktabar iaitu mazhab hanafi,maliki,hanbali, dan syafie. Oleh kerana ini adalah isyarat daripada sunnah Rasulullah saw atau dari Hadis Rasulullah saw yang mana hadis itu berbunyi厖厖.
Makusdnya
揝ebaik-baik manusia adalah dikurun Ku., kemudian yang mengiringi kurun mereka itu dan kemudian yang mengiringi kurun mereka itu擺/color]
Rasulullah saw menyebut 3 kurun sahaja orang yang baik, yang boleh menjadi contoh.
Ertuinya 300 tahun sahaja.Secara umun, Rasulullah isyaratkan mereka ini adalah baik-baik, soleh-soleh, bahkan ada di antaranya bertaraf Muqarrobin. Jadi umat islam sekitar 300 tahun inilah yang digelar salafussoleh atau orang-orang soleh zaman dahulu.
Selepas 300 tahun hingga ke zaman kita ini, di katakkan khalafutolleh atau orang-orang jahat yang kemudian secara umunnya umat islam ini majoritinya jahat dan yang baik terlalu minority. Sedangkan ke empat-empat imam besar ini, imam mazhad ini, dia adalah berada di sekitar 300 tahun dari Rasulullah saw. Imam Hanafi di awal kurun, Imam Maliki pun di awal kurun, imam Syafie di kurun yang kedua membawa kurun yang ketiga dan begitu juga imam Hanbali di kurun yang kedua membawa kurun yang ketiga.
Sedangkan hadis tadi, umat islam sekitar 300 tahun dari Rasulullah saw yang dikatakan Salafussoleh itu adalah menjadi ikutan kita, tradisi mereka menjadi ikutan kita, tradisi mereka menjadi ikutan kita, kebudayaan mereka menjadi ikutan kita. Betapalah seperti imam mazhab tadi, mereka bukan sahaja menjadi pilihan orang awam di zaman itu. Bahkan menjadi pilihan para ulamak di zaman itu.
Maka lebih-lebih lagilah logic dan patut mereka itu menjadi ikutan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 20-2-2005 11:59 AM:
Sebab kita bermazhab dan mengikut salah satu dari 4 mazhab yang Muktabar iaitu mazhab hanafi,maliki,hanbali, dan syafie. Oleh kerana ini adalah isyarat daripada sunnah Rasulullah saw a ...
Betul ker amalan-amalan yang anda lakukan bersandarkan daripada Imam-imam mazhab tersebut?
Jangan cakap ikut mazhab Shafe'i sedangkan Imam Shafe'i sendiri pun tak pernah mengeluarkan pendapat tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan kita anggap, bila kita mengikut salah satu dari Mazhab tadi, ertinya kita tidak mengikut Al-Quran dan Hadis. Kerana ke empat-empat Mazhab atau Imam Mujtahidin itu mengikut Al-Quran dan Habis. Mereka mentafsirkan hukum dari Al-Quran dan Hadis. Mungkin dari Al-Quran orang akan persoalkan. Mungkin tentang Hadis orang akan persoalan. Seolah-olahnya mereka ke empat-empat orang itu samada tidak mengikut Al-Quran dan Hadis langsung, hanya dengan fikiran saja atau mengikut Al-quran dan hadis, atau mengikut Al-Quran tetapi tidak mengikut Hadis, maka ini adalah tidak betul.
Sebenarnya mereka ini ke empat-empat telah mengikut Al-Quran dan Hadis.
Buktinya mereka ini mengikut Al-Quran dan Hadis厖厖.. |
|
|
|
|
|
|
|
Katalah Imam Malik, Imam Malik kan ada satu kitab Hadis yang bernama 揂l-Mua抰a |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 12-11-2004 12:44:
Betul ker amalan-amalan yang anda lakukan bersandarkan daripada Imam-imam mazhab tersebut?
Jangan cakap ikut mazhab Shafe'i sedangkan Imam Shafe'i sendiri pun tak pernah mengel ...
Teruk la kalau macam tu, nak tau pendapat Imam Syafie kena bagi dia hidup dulu la, macam tu ka?
Semasa zaman imam Syafie tak timbul masalah-masalah mazhab ni. zaman kita ni yang timbul. Masalah ini perlulah ditanya kepada orang-orang sufi. mereka ini akan menjawab dengan jawapan yang Tuhan ilhamkan pada mereka ini.
Bukan pendapat daripada nafsu mereka sendiri.
Firman Allah dalam AL-Quran.
Maksudnya: 揗aka hendaklah kamu bertanya kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui擜l-Anbia:7 |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi. Kalau ada orang yang di belakangnya, termasuk kita ini yang mengikut salah satu dari mereka itu, ertinya kita telah mengikut orang-orang yang telah mengikut Al-Quran dan hadis. Tidak bolehlah kita katakan orang yang mengikut Mazhab ini tidak mengikut Al-Quran dan Hadis. Cuma orang yang bertaqlid macam kita ini, tidak tahu Nas yang macam mana yang dipakai oleh mereka. atau ayat mana yang dipakai oleh mereka, atau hadis mana yang dipakai oleh mereka, itu saja.
Sebab kita ini 揗uqallidin |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam saudara izzansdy
1. ......? Dan jika imam tadi tak salah apa pula alasan anda utk tidak bermazhab?
Firman Allah:
23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku."
23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka.
6:159. Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat.
30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itulah agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukanlah solat, dan janganlah menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan,
30:32. Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi mereka.
Harap dapat menjawab soalan saudara tersebut,mengapa saya tak bermazhab? kerana Allah
melarangnya dan saya patuh.
2. ..Tapi, adakah mengikut imam yg memimpin kita ke jln tuhan itu satu bidaah juga?
(39:3). "Dan orang-orang yang mengambil wali-wali selain daripada Dia - 'Kami hanya menyembah mereka supaya mereka mendekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah' .... Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan"
2:165. Tetapi ada manusia yang mengambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman dapat melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab.
(6:106). "Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang menyekutukan (yang mengikuti selain daripada al-Qur'an)"
(72:2). "Ia (al-Qur'an) memberi petunjuk pada jalan yang benar. Kami percaya kepadanya, dan kami tidak akan menyekutukan (tidak mengambil selain daripada al-Qur'an) Pemelihara kami dengan sesiapa"
Apakah yang menyebabkan anda pilih imam itu ke jalan Allah? Ayat/Perkataan/Hadis manakah yang anda ikut? Sedangkan Allah melarangnya....
Tidak saya tersinggung, semoga kita sama-sama dapat petunjuk dari Allah kerana Dia sahajalah yang memberi petunjuk ke jalanNya yang benar, insya-Allah. |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam saudara lolipop9
Terima kasih kerana membawakan dalil-dalil yang menjelaskan Alquran ini dipelihara oleh Allah.
Semoga Allah membalasnya. |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Saudara nahzaluz
Firman Allah:
49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.
Kami disini berbincang berkenaan bahwa bermazhab itu adalah salah. Maka sesiapa yang bersetuju maka bawakanlah dalilnya dan yang tak setuju bawakan dalilnya pula. Terserahlah kepada pembaca untuk menilaikannya. Mengapa anda hendak perambat orang pula? |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Saudara wysiwyg,
Kalau mengikut logik akal pun, sesapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan menggunakan akal akan pasti menolak hadis selain yang ada dalam Alquran. Terdapat lebih beratus ribu hadis tersebut, mengapa hanya beberapa saja yang anda pilih? Atas dasar apa? Bagaimana nak menentukan kesahihannya? Siapa yang berhak menentukannya? Bagaimana jika ada yang dipilih itu dusta dan yang tak dipilih itu betul?
Dan yang paling penting adakah Allah dan RasulNya menyuruh kerja pembikinan/pengumpulan hadis selain Alquran ini?
"Rata2 saya melihat masyarakat Islam majmu' mendirikan solat agak sama.Ada berdiri,ruku' dsb nya.Terfikir tak yg ia nya pasti dtg dari org yg sama.Maksud saya pasti di ajar dari org yg SATU.Dan ini 'passed down' dari org perseorangan,dari catatan dan dari hadith2.Kalau ada yg yg sembahyang lain dari itu misal nya,ada lompat2,berguling dsb nya,tu nak kena tanya mereka lah."
Tahukah saudara solat yang anda kerjakan itu bukanlah sepenuhnya berdasarkan mana-mana hadis yang anda anggap sahih seperti Bukhari dan Muslim yang datang dari nabi. Contohnya, penetapan rakaat bagi solat lima waktu, tidak ada hadis meraka yang menerangkan dengan jelas melainkan bercanggah antara satu sama lain. Jadi siapakah yang menetapkannya? Sebab itu saya minta anda bawakan hadis selain dalam Alquran, yang anda percaya kesahihannya berkenaan solat yang anda lakukan setiap hari itu.
Berikut hadis dari kitab Bukhari:
Volume 1, Book 8, Number 346:
Narrated 'Aisha:
the mother of believers: Allah enjoined the prayer when He enjoined it, it was two Rakat only (in every prayer) both when in residence or on journey. Then the prayers offered on journey remained the same, but (the Rakat of) the prayers for non-travellers were increased.
Volume 1, Book 9, Number 474:
Narrated 'Aun bin Abi Juhaifa:
I heard my father saying, "The Prophet led us, and prayed a two-Rak'at Zuhr prayer and then a two-Rak'at 'Asr prayer at Al-Batha' with an 'Anza (planted) in front of him (as a Sutra) while women and donkeys were passing in front of him (beyond that 'Anza)."
Volume 1, Book 10, Number 518:
Narrated Ibn 'Abbas:
"The Prophet prayed eight Rakat for the Zuhr and 'Asr, and seven for the Maghrib and 'Isha prayers in Medina." Aiyub said, "Perhaps those were rainy nights." Anas said, "May be."
Berikut hadis dari Muslim:
Book 004, Number 1017:
Abu Juhaifa reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him) went at noon towards al-Batha', he performed ablution, and said two rak'ahs of the Zuhr prayer and two of the 'Asr prayer, and there was a spear in front of him. Shu'ba said and Aun made this addition to it on the authority of his father Abu Juhaifa: And the woman and the donkey passed behind it.
Book 004, Number 0911:
Abu Sa'id al-Khudri reported: The Apostle of Allah (may peace be upon him) used to recite in every rak'ah of the first two rak'ahs of the noon prayer about thirty verses and in the last two about fifteen verses or half (of the first rak'ah) and in every rak'ah of the 'Asr prayer of the first two rak'ahs about fifteen verses and in the last two verses half (of the first ones).
Book 004, Number 0909:
Abu Qatada reported it on the authority of his father: The Messenger of Allah (may peace be upon him) would recite in the first two rak'ahs of the noon and afternoon prayers the opening chapter of the Book and another surah. He would sometimes recite loud enough to make audible to us the verse and would recite in the last two rak'ahs Surat al-Faitiha (only).
Saya beriman dengan firman Allah:
"Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan." (6:116)
"Dan tentang mengikut mazhab itu,kita umpama kan lah berjalan di dlm semak yg ada bekas2 laluan.Bekas2 laluan itu kita umpama kan lah pulak bekas org2 yg terlebih dulu berjalan atas nya.Umpama nya,imam2 mazhab tu lah.Dan pasti imam2 mazhab itu mengikut laluan org2 lebih dulu dari mereka,umpama para tabiin sampai ke Rasul sendiri.Memang imam2 mazhab sendiri pun takda mazhab mereka.Mereka berijtihad atas dasar kasih kpd kita,awak,saya dan yg lain2 yg mau ikut.Jadi yg mau ikut pandai2 lah berterima kasih.Yg tak mau ikut jgn lah ikut,tapi jgn lah bergaduh.Menyalahkan yg lain.
"
Firman Allah:
"Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan janganlah mengikuti jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak memecahbelahkan kamu daripada jalan-Nya. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)." (6:153)
"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, 'Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia.' Katakanlah (Muhammad), 'Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.'" (10:15)
Katakanlah, "Aku bukanlah yang baru antara rasul-rasul, dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas." 46:9.
"Dan antara manusia, ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, atau petunjuk, atau sebuah kitab yang memberi cahaya, Dengan memalingkan lambungannya untuk menyesatkan daripada jalan Allah;" (22:8-9)
[ Last edited by sauber on 21-2-2005 at 09:44 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sauber at 12-11-2004 09:29:
Saudara wysiwyg,
Kalau mengikut logik akal pun, sesapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan menggunakan akal akan pasti menolak hadis selain yang ada dalam Alquran. Terdapat lebih bera ...
Saudara sauber sila baca posting-posting yang saya postkan disini supaya kita sama-sama fahami kita cari selama ini.
Allah telah mengiayaratkan dan menujukkan kepada kita melalui Al-Quran, kalau kita tidak tahu atau jahil, atau bukan orang alim maka kenalah bertanya kepada orang alim. Ertinya pandangan orang alim itu, menjadi pandangan kita, menjadi ikutan kita, sebab mereka lebih tahu dari kita.
Firman Allah dalam AL-Quran.
Maksudnya: 揗aka hendaklah kamu bertanya kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui擜l-Anbia:7
Jadi, imam-imam Mazhab yang empat itu adalah ulamak-ulamak yang menjadi ikutan kita. Patut kita Tanya fatwanya, patut kita terima fatwanya. Kalau mereka sudah tidak ada lagi, tetapi masih ada lagi kitab-kitab mereka, bahkan kitab-kitab mereka itu dihurai lagi oleh ulamak-ulamak yang dibelakang pula dan diperjelaskan lagi tentang hukum-hukum yang di kalangan oleh mereka.
Jadi, ertinya jika kita ikut mana-mana Mazhab yang empat itu, ia tidak terkeluar daripada apa yang dianjurkan oleh Al-Quran. |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam saudara Abuyazid
Anda mengatakan sesuatu berkenaan hukum Allah daripada kitab-kitab karangan manusia, itjihad
orang-orang yang terdahulu yang anda tak pernah jumpa. Kemudian anda menyangka mereka mengikut Alquran dan hadis selain dalam Alquran, kerana anda tak pernah membaca atau memeriksa
kandungan kitab-kitab tersebut sama ada bercanggah atau tidak.
Anda amat berharap yang kitab-kitab karangan mereka itu dapat membawa anda kejalan Allah yang lurus kerana anda tahu kiranya sangkaan dan harapan anda ini salah, anda akan menyesal diakhirat nanti.
Tidakkah anda tahu, ada insan dari golongan yang lain daripada anda, juga menyangka sebagaimana yang anda sangkakan berdasarkan kitab-kitab imam-imam mereka. Jadi siapakah yang
berada dijalanNya yang lurus? Hanya Dia yang Maha Esa dan Maha Mengetahui.
"Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab ....... Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus." (2:213)
"Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh kepada Tuhan), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan." (3:19)
"Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, ...... Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu ...... kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan." (5:48)
Cuba tanya diri anda sendiri, adakah anda percaya sungguh dan amat yakin sehingga anda meletakkan nasib anda diakhirat kelak kepada yang selain Alquran iaitu manusia/makhluk lain yang serupa dengan kita? Manusia yang tak sunyi dari kesilapan dan hawa nafsu? Yang anda tak pernah
jumpa? Tidakkah anda ingin mengkaji amalan anda selama ini sama ada bercanggah atau tidak dengan
Alquran?
Berkenaan ayat yang anda bawa itu, sila lihat terjemahan yang lain,
21:7. Dan Kami tidak mengutus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan; tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak mengetahui,
YUSUFALI: Before thee, also, the messengers We sent were but men, to whom We granted inspiration: If ye realise this not, ask of those who possess the Message.
PICKTHAL: And We sent not (as Our messengers) before thee other than men, whom We inspired. Ask the followers of the Reminder if ye know not?
SHAKIR: And We did not send before you any but men to whom We sent revelation, so ask the followers of the reminder if you do not
Tafsir lain
Kami tiada mengutus sebelum engkau, (ya muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki,
yang kami wahyukan kepada mereka, maka tanyakanlah kepada orang-orang ahli kitab, jika
kamu tiada tahu.
Melihat kepada konteks ayat ini, nabi disuruh bertanya kepada ahli kitab sebelum Alquran, berkenaan rasul sebelum beliau.
Apakah anda menyuruh saya bertanya kepada ahli kitab sebelum Alquran berkenaan hukum dalam Alquran?
Mengapa anda benarkan kita bermazhab dengan ayat ini?
Semoga Allah memberi petunjukNya kepada kita semua, insya-Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak orang tidak sedar, perawi-perawi Hadis, Pencatit-pencatit Hadis, seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain, walaupun mereka mengumpulkan Hadis, walaupun mereka boleh menilai Hadis, walaupun mereka memiliki Hadis yang begitu banyak, tetapi dalam segi kefahaman dan segi mengeluarkan hukum, mereka bersandar dengan salah satu dari pada Imam-imam Mazhad. Walaupun hadis ada di depan mereka, walaupun mereka jumpa hadis, tetapi mereka tidak berani hendak berpegang dengan kefahaman dari mereka, tetapi mereka berpegang dengan fahaman salah satu dari Imam-imam Mazhab.Ramai orang tidak tahu, Imam Bukhari bermazhab Syafie, orang selalu kata, ikutlah Al-Quran di samping itu ikutlah hadis bukhari. Bahkan penyusun Hadis Bukhari pun bermazhab Syafie.Imam Muslim pun bermazhab Syafie, Imam Tarmizi bermazhab Syafie. Tadi, kalau Imam-imam hadis, perawi-perawi Hadis, pembuku-pembuku Hadis terutama Imam Bukhari mengikut bermazhab Syafie. Jadi, kalau kita tidak ikut Imam Syafie ini, maka siapakah kita ini?
Jadi bukan mesti asalkan jumpa Hadis, ertinya sudah kita mengikut hadis.
Buktinya imam-imam Hadis, pembuku-pembuku hadis yang hadis di hadapannya, itupun bersandar kefahamannya kepada Imam bermazhab.
Sedangkan mereka itu, kalau tidak semua pun, sebahagianya berada di sekitar 300 tahun dari Rasulullah saw. Mereka juga adalah menjadi ikutan kita pun mengikut salah satu dari 4 mazhab tadi. Di mana kebanyakkan mereka pun bermazhab yang Syafie. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itu tidak hairan, kalau ulamak-ulamak macam Imam Bukhari,Imam Muslim yang terkenal 搘araknya |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi ni tak habis lagi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Abuyazid at 21-2-2005 11:41 AM:
Sebab itu tidak hairan, kalau ulamak-ulamak macam Imam Bukhari,Imam Muslim yang terkenal 搘araknya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lolipop9 at 12-11-2004 14:29:
Salamun Aalaikum Abuyazid
Saya difahamkan dari post saudara Imam Muslim adalah seorang yang warak dan hadis yang diriwayatkannya boleh dipercayai.
Saya ada satu soalan; Jika Imam muslim ...
Sikit jam nanti saya jawap aaa...
Ambil sikit rujukkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Berkatalah Imam-imam mazhab
Dari Pengarang Kitab al-Hidayah Fi Raudhel Ulama' Zandawisyah orang mengatakan kepada Abu Hanifah ...
"Pernah ditanyakan orang kepada Abu Hanifah: 'Apabila engkau ucapkan satu perkataan, sedang Kitab Allah bertentangan dengannya (bagaimana?) : Jawabnya: Tinggalkanlah kata-kata ku untuk kitab Allah SWT itu"
Orang tanyakan: Jika khabar dari Rasulullah SAW bertentangan dengannya?: Jawabnya: Tinggalkanlah kata-kataku untuk menerima khabar Rasulullah SAW" , ditanya lagi : Jika kata-kata sahabat bertentangan dengannya?: Jawabnya: "Tinggalkanlah kata-kataku untuk kata-kata sahabat itu"
Dan dalam Kitab "Al Imtaa", Imam Baihaqi meriwayatkan dalam sunannya:
"Berkata Imam Syafi'i : "Apabila aku ucapkan perkataan, sedang yang datang dari Rasulullah SAW bertentangan dengan pendapatku, maka hadis Rasulullah SAW yang sah itu lebih utama, oleh itu janganlah kamu bertaqlid kepada ku".
Di dalam "Al Kaafi" dicatatkan :
"Jika seseorang mufti yang mujtahid memberi satu fatwa walhal sudah pasti ada hadis Rasulullah SAW yang menyalahi fatwanya, maka wajiblah beramal dengan hadis, kerana sabda Rasulullah SAW tidak setanding dengan kata mufti, meskipun kata-kata Mufti itu sesuai dengan dalil syarak, maka yang lebih utama ialah sabda Rasulullah SAW". |
|
|
|
|
|
|
|
Kita merujuk pada orang yang ada pada kurun ini....
Makusdnya
揝ebaik-baik manusia adalah dikurun Ku., kemudian yang mengiringi kurun mereka itu dan kemudian yang mengiringi kurun mereka itu |
|
|
|
|
|
|
izzansdy This user has been deleted
|
Originally posted by sauber at 2005-2-21 09:19 AM:
Salam saudara izzansdy
1. ......? Dan jika imam tadi tak salah apa pula alasan anda utk tidak bermazhab?
Firman Allah:
23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku
Pemelihara ...
Salam sauber dan semua
Daripada penjelaslan anda, anda memperlihatkan yg anda tidak mahu mengakui adanya ulamak2 pewARIS ilmu nabi....seolah2 mereka itu pendusta....adakah ini betul ?
spt dalil yg anda bawa ini....
(39:3). "Dan orang-orang yang mengambil wali-wali selain daripada Dia - 'Kami hanya menyembah mereka supaya mereka mendekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah' .... Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan"
Dan sikap anda yg hanya mahu berpandukan alquran saya sanjungi....
Bolehkah kiranya saya bertanya.....
Apabila anda mendirikan solat,seperti lakuan takbiratul ihram itu anda dpt tahu dari siapa?
Adakah ianya tertulis didlm alquran ?
Setahu saya ianya tertulis didlm hadith2 nabi......malangnya nabi sudah tiada lagi utk menyampaikan terus kpd kita.....untungnya masih ada perawi2 hadith ...... tidakkah ini bermakna kita mengikut apa yg ditulis perawi2 tadi mengenai hal tadi..... bermakna kita bermazhab dan secara tidak langsung anda juga bermazhab.....Adakah aturcara / lakuan solat anda berlainan?
sampai disini saje ye.....maaf jika tersinggung
Salam sejahtera
[ Last edited by izzansdy on 21-2-2005 at 11:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|