|
Sejarah Hidup Siti Nurhaliza (merged: satriamerah)
[Copy link]
|
ligor This user has been deleted
|
Bab 6: Syawal Selamatkan Siti
Kegagalan menempatkan diri di tempat terbaik dalam beberapa pertandingan nyanyian berprestij
seperti Wirawan Seni Remaja EON, Asia Bagus dan lain-lain bukanlah suatu halangan bagi Siti
Nurhaliza. Bagi Siti, di sebalik kegagalan itu, mungkin tersembunyi hikmah yang tersendiri.
Malah dia juga sedar persaingan yang harus dihadapinya bersama peserta-peserta lain yang
tidak kurang hebatnya. Justeru, Siti sentiasa mengingatkan dirinya agar tidak terlalu kecewa
atau cepat berputus asa kerana dia masih mempunyai ruang dan kesempatan yang lain.
Apabila dia mendapat tahu RTM akan menganjurkan pertandingan Bintang HMI, Siti tidak
teragak-agak untuk mencuba nasib. Seperti juga pertandingan-pertandingan nyanyian yang lain,
dia sering berdebar menunggu jawapan sama ada penyertaannya diterima atau sebaliknya. Namun
kerana nasibnya sudah ditentukan, dia berjaya terpilih ke uji bakat Bintang HMI yang
diadakan di Kuala Lumpur. Apabila menerima sahaja berita yang dia terpilih ke uji bakat,
Siti yang pada ketika itu masih menetap di Kuala Lipis, Pahang, termenung sendirian
memikirkan bagaimanakah dia akan memulakan langkah tersebut.
Kuala Lumpur ketika itu terlalu asing baginya, pasti ibu dan bapa merasa sukar untuk
melepaskannya sendirian. Bagaimanapun, Siti bernasib baik kerana dia mempunyai abang iaitu
Ayie yang ketika itu sememangnya sedang menetap di Kuala Lumpur dan bergelar artis. Kepada
Ayie, ibu dan bapanya memberi tanggungjawab untuk menjaga adiknya. Pemergian Siti ke Kuala
Lumpur direstui dan diiringi dengan doa. Kehadirannya ke pertandingan uji bakat yang
diadakan di Auditorium P. Ramlee dalam keadaan tergesa-gesa akibat hujan lebat di Kuala
lumpur sehingga menyebabkan dia terkandas di jalan.
Keadaan yang tidak diingini itu hampir-hampir membuatkan penyertaannya ditolak. Namun
selepas menjelaskan keadaan yang sebenar di mana dia datang dari jauh, pihak RTM memahami
keadaan itu dan memberi peluang kepada Siti untuk menampilkan persembahan. Dalam keadaan
penat dan tidak selesa, Siti bagaimanapun telah memberikan persembahan yang baik menerusi
lagu Kaulah Segalanya yang dipopularkan oleh Ruth Sahanaya. Persembahannya mendapat
perhatian pihak jura yang sama sekali tidak menyangka, peserta yang datang paling jauh pada
hari itu memberikan persembahan yang cukup cemerlang.
Siti berjaya pada peringkat saringan awal dan seterusnya dia perlu bertanding untuk
peringkat mingguan yang diadakan di Alor Setar. Pada waktu ini dia sekali lagi kecewa kerana
gagal meraih gelaran Juara Mingguan sedangkan dia sudah meletakkan harapan yang tinggi. Dia
pulang dengan penuh kehampaan. Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Siti melainkan
menenangkan dirinya dengan melakukan aktiviti biasa. Dalam merenung kekecewaan itu selama
berbulan-bulan lamanya, pada suatu hari ketika dia sedang berada di rumah, Siti dikejutkan
dengan kiriman sepucuk surat yang tertera lambang Urusan Seri Paduka Baginda.
Rupa-rupanya isi kandungan surat itu mengatakan dia telah terpilih ke peringkat separuh
akhir Bintang HMI. Berita gembira itu disampaikan kepada ibu bapanya dan abangnya, Ayie.
Semua ahli keluarga Siti menyambut berita itu dengan penuh kegembiraan. Segala persiapan
dilakukan dan Siti memilih lagu Kemelut Di Muara Kasih, lagu yang dipopularkan oleh Ziana
Zain untuk dinyanyikan pada peringkat separuh akhir itu. Kali ini tuah menyebelahinya. Dia
berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Bintang HMI. Sekali lagi kegembiraan dilalui
bersama keluarganya.
Untuk peringkat separuh akhir yang bakal menentukan nasa depannya dalam bidang nyanyian,
Siti memilih lagu Camar Yang Pulang, yang dipopularkan oleh Aishah. Dia mendendangkan lagu
itu dengan penuh penghayatan. Seperti yang sudah diramalkan oelh banyak pihak, Siti akhirnya
meraih gelaran Juara Bintang HMI 95. Kejayaan itu merupakan anugerah terbesar yang diraih
oleh Siti sepanjang penglibatannya dalam bidang seni pada ketika itu.
Sebagai remaja yang berusia 17 tahun, hadiah wang tunai RM 5, 000, sebuah televisyen 24
inci, sijil dan piala yang dibawa pulang sudah cukup besar buat dirinya. Siti amat berbangga
sekali. Lebih membanggakan juga ialah pada hari pertandingan diadakan, penyanyi pujaannya,
Aishah turut serta sebagai penyanyi jemputan. Namun, di sebalik kejayaan itu, tiada siapa
tahu semangat Siti hampir-hampir hilang apabila beberapa jam sebelum pertandingan, dia telah
dimaklumkan bahawa baju yang dikenakannya tidak sesuai.
Siti telah diberitahu yang dia perlu menukar baju itu dengan segera jika dia mahu menyertai
pertandingan akhir itu. Mendengar sahaja apa yang diberitahu oleh penerbit, Siti mula
gelabah dan menjadi tidak tentu hala. Apatah lagi Kuala Lumpur dan RTM pada waktu itu
terlalu asing baginya.
Apa yang mampu dilakukannya di belakang pentas pada waktu itu hanyalah menangis seorang
diri. Pada masa yang sama, gerak-geri Siti diperhatikan oleh Syawal, pengurus kumpulan Res2
yang ketika itu turut berada di sisi Siti.
Kasihan melihatkan Siti, Syawal mempelawa Siti menggunakan baju koleksinya. Syawal telah
'menyelamatkan' hidup Siti pada waktu itu dan sukar baginya untuk melupakan bantuan yang
diberikan kepadanya. |
|
|
|
|
|
|
ligor This user has been deleted
|
Bab 7: Siti Tidak Abaikan Pelajaran
Pepatah Melayu yang meneyebut bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, merupakan
sesuatu yang menyimpan makna tersendiri buat Siti Nurhaliza. Berbeza dengan kebanyakan
penyanyi lain, Siti mencipta nama dan kedudukannya dengan cara yang tersendiri. Dia memanjat
dan mendaki tangga kejayaan selepas puas berhempas pulas melalui pelbagai dugaan hidup.
Namun, selepas dikenang kembali segala pengalaman silam yang dilaluinya sebelum bergelar
bintang terkenal, Siti merasakan semuanya suatu 'harta' yang cukup tinggi nilainya.
Kata Siti, antara pengalaman awal yang cukup berharga buatnya dan sukar dilupakan selama
hayatnya bergelar penyanyi ialah ketika di awal-awal proses merakamkan album sulung bersama
syarikat rakaman yang dinaunginya hari ini iaitu Suria Records. Selepas diumumkan sebagai
Juara Bintang HMI, Siti telah 'dilamar' sebagai artis syarikat rakaman tersebut. Komposer
Adnan Abu Hassan pula merupakan antara orang terawal yang mengesan bakat seni yang ada dalam
diri Siti Nurhaliza. Justeru, Adnan dan syarikat rakaman Suria Records tidak menunggu lama
untuk menawarkan pulang menjadi artis kepada Siti.
Tawaran itu bagaimanapun tidak terus diterima oleh Siti kerana pada waktu itu dia dilema
sama ada untuk memilih menjadi artis atau meneruskan persekolahannya. Sebelum keputusan
untuk menandatangani kontrak menjadi artis, pihak Suria Records terpaksa berulang-alik dari
Kuala Lipis, Pahang tempat tinggal Siti ke Kuala Lumpur untuk menguruskan segala hal yang
berkaitan dengan Siti Nurhaliza dan kontrak. Persetujuan dan izin daripada ibu bapa Siti
juga turut diberi keutamaan oleh Adnan dan syarikat rakaman tersebut. Persetujuan itu amat
penting kerana pada ketika itu Siti masih lagi belum habis pengajian tingkatan lima dan
perlu menduduki SPM.
Sehubungan dengan itu, banyak 'syarat' yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak.
Syarikat itu bagaimanapun bukanlah untuk menunjukkan 'demand' atau 'besar kepala' tetapi
sekadar satu persetujuan yang bakal memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Selepas kata
putus dicapai, kontrak ditandatangani. Siti diwakili oleh bapanya kerana ketika itu usianya
belum mencapai 18 tahun yang membolehkan dia berbuat demikian. Sebaik sahaja kontrak
ditandatangani, bermulalah detik baru yang tidak pernah diimpikan oleh Siti. Dia kini
bergelar artis rakaman. Siti kini bakal berdampingan dengan artis-artis terkenal seperti
Aishah, Ziana Zain dan ramai lagi yang ketika itu menjadi artis pujaannya.
Tugas utama yang digalasnya pula ialah merakamkan album sulungnya yang akan diterbitkan oleh
Adnan Abu Hassan. Untuk memikul tugas pertama itu pula, bukan suatu perkara yang mudah buat
Siti. Ini kerana pada masa yang sama, Siti perlu memberikan tumpuan terhadap pelajarannya.
SPM bakal menentukan masa depannya dalam bidang akademik manakala seni suara pula menentukan
sejauh mana kemampuannya untuk mengembangkan sayap seninya. Namun, dalam hal ini, pengurusan
masa diberi keutamaan oleh Siti dan dia banyak dibantu oleh ibu, bapa, dan abangnya, Ayie
serta ahli keluarga yang lain.
Setiap hari Jumaat, selepas tamat sekolah, Siti akan menaiki bas ekspres untuk ke Kuala
Lumpur bagi menyelesaikan urusan rakaman album. Menyedari anak gadis seperi Siti perlukan
bimbingan dan kawalan, ibu Siti, Siti Salamah Bachik setia menemani anaknya itu setiap kali
turun ke Kuala Lumpur. Siti banyak mengejar masa. Dalam masa yang singkat, dia perlu
menghabiskan rakaman dan pulang semula ke Kuala Lipis pada lewat petang hari Ahad. Kesibukan
yang dihadapinya juga menyebabkan Siti pernah ponteng sekolah beberapa kali. Cikgu Syed
Mohammad yang juga dikenali sebagai bapa angkat Siti cukup setia memberi sokongna dan
nasihat kepada SIit agar tidak mengabaikan pelajaran meskipun sibuk merakamkan album.
Selepas sekian lama menunggu, akhirnya album sulung Siti yang memuatkan lagu popular Jerat
Percintaan berada di pasaran. Album itu tidak mengambil masa yang lama untuk diterima ramai.
Dalam waktu yang singkat album berkenaan mendapat sambutan yang hebat. Begitu juga dengan
nama Siti, dia dipuja dan diminati oelh segenap lapisan peminat. Selain album sulung yang
mencatatkan kejayaan yang luar biasa, Siti telah membuktikan dia mampu mendapat keputusan
yang baik dalam bidang akademik. Biarpun hanya pangkat dua yang berjaya diraihnya,
sekurang-kurangnya Siti sudah membuktikan bahawa dia boleh memberi tumpuan yang sama kepada
kedua-dua bidang yang diceburinya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
ligor This user has been deleted
|
Bab 8: Siti Capai Kejayaan Luar Biasa
Pada usia 17 tahun, kehidupan Siti Nurhaliza dari seorang anak kampung bertukar kepada
kehidupan seorang artis yang diminati ramai. Perubahan mendadak yang dilaluinya, tidak pula
melemahkan Siti kerana dia menyedari banyak lagi tanggungjawab terhadap diri dan keluarga
yang perlu ditunaikannya. Kerana itu, sebaik sahaja memiliki album sulung, keluarganya sudah
membekalkan pesanan serta nasihat sebagai peringatan kepada Siti.
Ini kerana bukan mudah untuk seorang anak gadis sepertinya berjuang dalam medan seni dalam
bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini restu dan doa
keluarganya mengiringi perjalanan seninya membuahkan hasil yang baik. Biarpun diuji dengan
pelbagai dugaan dan cabaran, namun Siti tidak mungkir janjinya kepada keluarga. Susulan
kejayaan luar baisa dalam Jerat Percintaan, Siti berjaya merangkul tiga anugerah utama di
Juara Lagu iaitu Juara Lagu 96, Juara Lagu Kategori Balada serta Persembahan Terbaik Juara
Lagu 96 menerusi lagu Jerat Percintaan.
Kejayaan singkat itu sudah diramal dan Siti sememangnya layak untuk menerima ketiga-tiga
anugerah itu. Seterusnya dia juga dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Terbaik di dalam
Anugerah Industri Muzik 97. Untuk memantapkan lagi kedudukannya, Siti kemudiannya sekali
lagi bekerjasama dengan komposer Adnan Abu Hassan dan melahirkan album keduanya yang
memuatkan lagu popular seperti Aku Cinta Padamu dan Wajah Kekasih pada tahun 1997. Siti
tidak menghadapi masalah untuk mencatat jualan album yang baik kerana dia punyai pengikutnya
yang tersendiri. |
|
|
|
|
|
|
ligor This user has been deleted
|
Pada tahun yang sama, dia menampilkan kejutan menerusi album Cindai yang memuatkan lagu
hits Cindai. Menerusi album terbitan Pak Ngah @ Suhami Mohd Zain, dia berjaya meletakkan
dirinya sebagai penyanyi versatil. Kelunakan suaranya mendendangkan lagu-lagu Melayu
tradisional memeriahkan lagi pasaran muzik tanah air. Setahun kemudian, Siti muncul lagi
dengan album pop berjudul Adiwarna. Lagu Purnama Merindu yang terkandung dalam album itu
menjadi bukti betapa namanya tidak pernah tenggelam, sebaliknya menjadi siulan anak-anak
muda.
Di pertengahan jalan ini, dia turut merangkul pelbagai anugerah. Satu semi satu anugerah
berpihak kepadanya. Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni hari ini, sudah hampir 25
anugerah [masa 2000 sahaja ,tahun 2003- 90 anugerah] yang berada digenggamannya. Apa yang
dinikmati oleh Siti mungkin jarang sekali diperoleh oleh artis lain. Pada masa yang sama,
mungkin juga ramai yang terlupa, cerita kontroversi yang sedikit sebanyak menghimpit
kehidupannya. Sedikit masa lalu, pelbagai cerita sensasi menekan dirinya. Ada waktunya, Siti
hampir menitiskan air mata mengenangkan gossip negatif yang dilemparkan ke atasnya.
Namun, dia diserakan oleh orang-orang yang rapat dengannya bahawa itu sebenarnya asam garam
bagi seorang artis sepertinya. Seterusnya, karier Siti berkembang apabila di kembali
memeriahkan persada muzik tanah air menerusi album duetnya bersama penyanyi Noraniza Idris.
Album Seri Balas yang merupakan penghasilan istimewa itu juga tidak menghampakan para
peminat Siti.
Susunan muzik Hati Kama, dengan kedua-dua mereka cukup indah dan penuh keistimewaan yang
tersendiri. Terbaru pula, beberapa bulan lalu, Siti menghadiahkan produk istimewa berjudul
Pancawarna. Album ini kini mendapat sambutan yang cukup hangat.
Populariti yang dikecapi oleh Siti juga turut menarik perhatian sebuah syarikat kecantikan
Maybelline yang memilih Siti sebagai model produk mereka. Malah Siti juga kini sudah
dinobatkan sebagai Duta Muhibah untuk Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sembilan.
Tugasan seharian sebagai penyanyi begitu membataskan peluang untuk Siti mengembangkan bakat
seninya kepada cabang seni yang lain. Bagi Siti bukan dia mahu menghampakan peminat,
sebaliknya dia agak sibuk serta belum terlintas di fikirannya untuk melibat diri dalam dunia
lakonan.
Dia mahu peminatnya faham betapa belum tiba masa untuk di terjun ke dunia lakonan
sepertimana yang diharapkan oleh sesetengah produser dan pengarah filem. Dalam urusan
memperkemaskan perjalanan seni, adalah tidak adil jika Siti tidak melaungkan ucapan terima
kasih buat abangnya, Ayie dan juga kakak iparnya, Rozie yang banyak melicinkan tugasnya
sebagai artis. Walau dalam apa jua keadaan, kedua-dua mereka sentiasa berada di sisi Siti.
Galakan dan kata-kata penguat semangat datangnya daripada mereka.
Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain di samping kakitangan syarikat rakaman Suria
Records serta pihak media, peminat dan mereka yang terlibat secara langsung dengan karier
Siti yang telah banyak memberi peluang dan kesempatan untuk Siti mencipta nama sebagai
artis. Bagi Siti, tiada apa yang lebih bermakna buat dirinya selain daripada memanjatkan
kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memurahkan rezekinya. Sebagai artis muda, segala
kejayaan dan nikmat yang diperolehinya hasil daripada kerja kerasnya dalam bidang seni
semuanya kerana ketentuan Allah jua.
Kepada semua, sekali lagi Siti ingin merakamkan jutaan terima kasih atas bimbingan dan
kritikan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi yang diberikan kepada Siti sepanjang
bergelar artis. |
|
|
|
|
|
|
ligor This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
ligor This user has been deleted
|
[ Last edited by ligor at 30-12-2005 11:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
gambar siti lagi.....
hari raya tahun 2004 di kuala lipis pahang :bgrin: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa cam salah masuk bod plak.. but info yang diberi oleh ligor... boleh tahan... gambar2 ngan lirik2 tuh tak payahlah banyak2... penat scroll dari atas kebawah... baik sara pg cari info... post kat sini...hehe
nak tau jugak... sejarah idup ct masuk cni... dia ni lagenda ker cam p ramlee tuh... sori bertanya jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 honeysweet's post
dah byk dah ligor paste :bgrin:
sara nak contrubute gambor2 ajer sbb sara byk koleksi gambor siti :lol |
|
|
|
|
|
|
|
gambar siti lagieeeeeeeeeeeee.......
1. siti dalam majalah HAI
2. sebagai cover majalah jugak
3. siti semasa promosi "prasasti Seni"
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
..................
[ Last edited by fleurzsa at 31-1-2006 05:22 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
W/pun aku tak suka zepap sebab dia kurang ajar, but I've to agree with him on this.
[ Last edited by fleurzsa at 31-1-2006 05:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 *Orseas_Urusha's post
|
|
|
|
|
|
| |
|