|
pesal perang sedara korea nie...
dulu aku penah tgk satu documentary..
derunk tunjuk pertemuan ahli2 keluarga yg terpisah akibat peperangan nie..
syahdu tul aku tgk...ada tu anak laki nye still tomunis kat north korea jumpa mak dier yg penduduk south korea..mcm2 kes ler..
tapi yg menyedihkan tu..mereka sebangsa & sekeluarga..tapi hanya terpisah kerana xsamer fahaman...
then after pertemuan tu derunk pun berpisah blk mengikut negara memasing...:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 14-9-2006 21:38
entah.... lah macam betul jer....
Kalau korang tengok, ayat dalam BI yang ditulis tu ialah ayat yang mat saleh stereotypekan orang Asia punya BI...lepas tu tengol letterhead dia, kerajaan komunis camne totok sekalipun takde guna Dragon la God la...abis kuat depa guna 'Peoples' Democratic Repuplic' ka, yang camtu2 aje... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dengar dalam satu video clip tentang ex body guard Presiden korea Utara kehidupan dia dalam Istana Presiden sebijik macam suasana ''Harem'' dikekelingi oleh semua Wanita cantik dan Muda dari tukang cuci, Doktor hingga ke setiausaha politik ... siap cakap lagi GRAND dari kat Istana Saddam Hussein |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bundle at 16-9-2006 12:28 AM
bia betul.. lemah gila tahap communication diarang... tapi teknologi perang power... agak2 ada tak hackers kat tempat diarang... mau kena serang dek hackers luar.. lumpuh system diarang...
bukan saja Hacker... Askar Psychic pun ada siap boleh baca fikiran orang lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bundle at 13-9-2006 04:24 PM
kalau ader visitor g sana diarang sambut baik x
disambut baik lah kalau kita kene mendaftar kat Kedutaan Korea Utara dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap aku la kan, kat Pyongyang, ade satu hotel besar gile, bentuk cam segitiga, besar giler argh, mmg dari jauh nampak cam gunung je, namenyer Hotel Ryugyong, hotel yang terbengkalai, skang tinggal concrete slab je....eeee
p/s besar gile hotel tuh! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni haa hotel ryugyong tuh, yg segitga tu. hotel terbengkalai....kat Pyongyang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 firebird909's post
Originally posted by firebird909 at 14-10-2006 06:25 AM
ni haa hotel ryugyong tuh, yg segitga tu. hotel terbengkalai....kat Pyongyang
heee hotel ni kan yg presiden diorang ( kalau tak silap Kim Il Sung ) bina sebab kat South Korea ada sebuah bangunan yang tertinggi kat rantau tu...so dia ni jeles terus arahkan supaya hotel ni dibina..akhirnya terbengkalai sbb takde duit..wakakaka..
anyway aku terjumpa vid clip menarik ni dari youtube..South Korean boyband Shinhwa perform kat Pyongyang..mmg rare, sbb tak silap aku South Korean tak dibenarkan masuk ke North..tapi diorg ni special case kot...apa yg menarik bg aku, facial expression org2 North Korean masa diorg perform..huhu..cam lawak je..
Shinhwa in North Korea:bgrin: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jalan2 kat North Korea ni lengang sey..rasenye NK antara negara di dunia yg takde masalah traffic jam:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aphrodisiac at 23-10-2006 10:15 AM
jalan2 kat North Korea ni lengang sey..rasenye NK antara negara di dunia yg takde masalah traffic jam:bgrin:
:setuju: tuh |
|
|
|
|
|
|
|
sini pun aku tampal ek
Masuk sokkabar melayu Spore hari ni, tulisan mamat Football Asia
Luar Negara : 24 Oktober 2006
Mudah cetak | E-mel
PENGALAMAN BERKUNJUNG KE KOREA UTARA
PENUH ANEH... Korea Utara menjadi tumpuan dunia kerana telah melancarkan ujian nuklear kira-kira dua minggu lalu. Namun, tidak banyak yang diketahui tentang negara komunis itu kerana ia memencilkan diri daripada masyarakat antarabangsa. Seorang anak Singapura berkesempatan melawat negara itu tahun lalu. Pengalaman beliau mungkin dapat memberi sedikit pemahaman mengapa negara itu memutuskan untuk menjadi negara nuklear.
Oleh
Mohamed Abdullah
SUKAR bagi seseorang meramalkan apa yang boleh dijangka daripada lawatan ke Korea Utara.
Persiapan paling rapi yang boleh dilakukan ialah dengan membaca sebanyak mungkin mengenainya.
Sedikit demi sedikit anda mula mendapat gambaran tentang negara ini. Saya melawat Pyongyang pada Mac tahun lalu.
Tujuan utama saya ke sana ialah untuk membuat liputan bagi perlawanan pertama Korea Utara dengan Bahrain dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2006.
Semangat warga Korea ketika itu tinggi.
Meskipun tewas 1-2 di tangan Jepun dalam perlawanan pembukaan, mereka menerima pujian dunia hasil persembahan memberangsangkan.
Kemenangan menentang Bahrain akan meletakkan mereka dalam kedudukan baik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia.
Melebihi itu, perlawanan Korea Utara menentang Bahrain itu amat bersejarah.
Ia merupakan kali pertama tayangan langsung disiarkan menerusi satelit dari Pyongyang. Mungkinkah, secara perlahan-lahan, Korea Utara mula membuka pintunya kepada dunia?
Semasa membuat persiapan bagi lawatan itu, saya cepat sedar bahawa segala-galanya di Korea Utara berkisar kepada pemimpin agung mereka, Kim Il-Sung, yang meninggal dunia dalam 1994.
Nama beliau bererti 'matahari'.
Tahun dalam kalendar Korea Utara bermula pada hari kelahiran beliau.
Menaiki pesawat ke Korea Utara juga merupakan pengalaman unik.
Tiada penerbangan langsung dari Singapura ke negara itu.
Justeru, saya perlu ke Beijing, China, dan kemudian ke Pyongyang.
Penerbangan masuk dan keluar dari Pyongyang hanya tersedia pada dinihari setiap Selasa dan Sabtu.
Pesawat kebangsaan Korea Utara ialah Air Koryo.
Menaiki pesawat itu sendiri merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Ia merupakan pesawat jenis lama Soviet dengan tempat duduk yang hanya setakat memainkan peranan sebagai pengalas punggung penumpang.
Bagi saya, ia ibarat memasuki sebuah kapsul masa yang membawa saya kembali ke era 1970-an.
Sebelum menaiki pesawat, kami disuruh mematikan telefon bimbit.
Setelah melakukan demikian, saya sedar saya tidak akan melihat telefon bimbit saya itu lagi selama hampir seminggu.
Ini kerana semua telefon bimbit, radio, buku dan bahan lain yang dilihat sebagai mampu 'merosakkan' minda warga Korea Utara mesti diserahkan di lapangan terbang Pyongyang.
Perjalanan dari Beijing ke Pyongyang memakan masa 90 minit.
Namun, bagi saya ia ibarat seumur hidup.
Satu-satunya hiburan di dalam pesawat ialah sistem hubungan awam yang memainkan lagu-lagu mengagungkan sumbangan Kim.
Selamat datang ke Korea Utara! Saya me nginap di Hotel Potonggang - satu-satunya hotel di Korea Utara yang menayangkan saluran antarabangsa, sekali gus memastikan saya terselamat daripada kebosanan yang membuntukan.
Selain daripada menonton televisyen, tiada apa yang boleh dilakukan warga asing di situ.
Jalan-jalan raya begitu gelap pada waktu malam.
Saya diberitahu ia bagi memastikan tidak banyak kegiatan yang boleh dilakukan selepas matahari terbenam.
Jika anda tidak suka menonton televisyen, anda boleh memilih koleksi buku-buku dalam bahasa Inggeris mengenai pemimpin agung itu dan bayangkan bagaimana beliau mampu memencilkan Korea Utara daripada dunia.
Ada sebuah buku yang menarik perhatian saya: Kim Il-Sung - The Great Man of the Century (Kim Il-Sung - Pemimpin Agung Abad Ini).
Menjelang perlawanan itu, saya dapati layanan rakyat Korea Utara begitu mesra.
Mereka nampak gembira menerima kunjungan saya dan saya mampu meneroka Pyongyang bersama kru penggambaran dengan mudah.
Antaranya, kami mampu merakamkan Menara Juche - sebuah lambang berdikari Korea yang dibina dalam 1982.
Setiap batu yang digunakan untuk membina menara itu melambangkan sehari dalam hidup Kim Il-Sung.
Kemudian, kami dibawa melihat patung Kim sendiri.
Perasaan melihat patung itu sukar saya gambarkan.
Selepas empat hari di Pyongyang, segalanya berjalan lancar. Namun, baru sahaja saya mula mesra dengan hos saya, segalanya berubah selepas perlawanan tersebut.
Lebih 55,000 warga Pyongyang membanjiri Stadium Kim Il Sung hanya untuk melihat pasukan mereka tewas 1-2 kepada Bahrain.
Ia merupakan perlawanan yang panas ba ran dengan Korea Utara dan penyokong mereka sentiasa menentang keputusan pengadil. Selepas perlawanan itu, saya dan kru terus di hantar pulang ke hotel.
Senyuman dan kemesraan yang kami rasakan sebelum perlawanan itu sudah tiada lagi.
Tiba-tiba, kelakuan mereka seolah-olah mereka tidak mengenali kami. Bahkan mereka melayan kami ibarat musuh.
Keesokan harinya, janji hendak membawa kami ke Makam Kim Il-Sung dibatalkan.
Sebaliknya kami dibawa terus ke lapangan terbang.
Saya cuba berbual-bual dengan hos saya tadi tetapi saya tidak dilayan.
Setibanya di lapangan terbang, sebelum memasuki ruang pelepasan, hos saya tadi tiba-tiba bersuara:
'Awak tahu, kami cuba menerima orang luar meskipun mereka tidak istimewa seperti kami. Tapi apa yang berlaku? Kamu semua menipu dan menafikan apa yang sepatutnya milik kami. Kami lebih baik daripada Bahrain dan seharusnya memenangani perlawanan semalam.'
Saya terpaku, tidak mampu memberi jawapan.
Mungkin pada saat itu membisu adalah pilihan terbaik.
Kini, setiap kali saya menatap visa Korea Utara yang terlekat di pasport saya, ia benar-benar 'keajaiban kesembilan dunia' - bagaimana negara itu boleh wujud sebegitu cara.
Bagaimana sebuah masyarakat boleh memencilkan dirinya dalam era moden ini? Apa yang dilakukan Kim Il-Sung tidak mungkin dapat ditandingi.
Beliau berjaya menaikkan martabatnya ke status Tuhan di mata rakyatnya dan mempengaruhi mereka dengan ideologi yang tidak masuk akal kepada warga dunia.
Bagaimana anda memahami seseorang seperti itu? Bagaimana anda mahu berunding dengan mereka?
Nota: Penulis seorang penerbit bersekutu bagi rancangan televisyen serantau, Football Asia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
vcd porno korean girls ni sure bukan dari north korea kan?kalau tak sure kene pancung..
so org kat south korea lagi maju ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 25-10-2006 12:50 AM
sini pun aku tampal ek
Masuk sokkabar melayu Spore hari ni, tulisan mamat Football Asia
Luar Negara : 24 Oktober 2006
Mudah cetak | E-mel
PENGALAMAN BERKUNJUNG KE KOREA UTARA
...
paling panas ialah perlawanan korea utara dengan jepun macam nak berperang... |
|
|
|
|
|
|
|
sadisnye bace sejarah korea utara nie...nasib baik le M'sia dulu tak jatuh ke tangan komunis.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|