CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: huskers

Dato Azhar Mansor - apa cerita sebenarnya

[Copy link]
Post time 13-11-2006 05:26 PM | Show all posts
betul.

kalo aku, org tuduh aku kristian, aku penumbuk sedas.aku akan pertahankan keislaman aku.


rasulullah pernah berpesan yg bermaksud lebih kurang, pertahankan aqidah walaupun menemui maut.wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 01:26 AM | Show all posts
ASM
Memang elok kalau kita ada perasaan sayang pada Agama dan masih memegang apa yang dituntut. Itu tandanya kita masih ada peluang untuk jadi baik. Pada pandangan aku, kita jangan cepat hilang sabar dan melatah cepat sangat dengan isu begini. Elok kalau kita tenang dan buat baik-baik saja. Bak kata orang Melayu "duduk dulu baru berlunjur". Banyak baiknya kalau kita tenang dan sabar. InsyaAllah, Allah akan bantu. Macamana nanti kita nak jadi pemimpin kalau isu begini pun kita dah tak "gentleman". Sebagai rakyat atau orang biasa, mungkin kita masih boleh cakap apa saja, atau tulis apa saja tanpa perlu fikir kesan kepada negara. Tapi kalau kita di tempat Dato' Azhar, atau di tempat Mufti, atau ditempat yang ada kepentingan awam, apa yang kita kata punyai kesan besar pada negara. Oleh itu sekarang kita kena asuh diri untuk mengawal perasaan serta berpandangan jauh. Aku tahu murtad ni memang perkara besar dan kedudukannya dalam hukum pun kita maklum, tak perlu kita cerita di sini. Cuma cara kita menangani atau menerimanya itu yang amat penting. Bagi aku ruang forum ni pun bukan lah setakat nak bercerita, berkongsi maklumat atau sekadar menulis yang berfaedah atau pun yang tidak. Ruang forum ni juga adalah tempat untuk kita belajar. Mungkin ramai antara kita yang masih punya title sebagai pelajar pun. Dan aku rasa tak kurang ramai juga yang sebenarnya bukan calang-calang orang tapi masing-masing boleh berbual, bercampur dan berkongsi di sini. itu adalah anugerah Allah sebenarnya. Mudah-mudahan kita akan terus menghormati sesama kita walau pun kita mungkin tak akan bertemu di dunia nyata.
Berkat dan manafaat untuk anda semua!
WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by sikomeng at 14-11-2006 01:26 AM
ASM
Memang elok kalau kita ada perasaan sayang pada Agama dan masih memegang apa yang dituntut. Itu tandanya kita masih ada peluang untuk jadi baik. Pada pandangan aku, kita jangan cepat hilang sa ...


Aku setuju dengan ko sikomeng...Dato Azhar Mansor tuh adalah icon masyarakat kat Malaysia dan dia nie ada status...kebiasaannya orang-orang yang ada status cam orang politik ke atau orang kenamaan takkan membuat kenyataan sesuka hati...first of all...kalau dia tak murtad, die nak tau gak camner name die boleh masuk dalam SMS? Katakan hari tuh die mengaku masih Islam, akan ada pihak-pihak yang kurang berpuas hati dan mempersoalkan kenapa nama beliau bole timbul dalam SMS tersebut? In the end same aje...masih ade persoalan..jadi kita biarkan Polis jalankan siasatan dahulu dan DAM membuat kenyataan rasmi baru kita bercakap..jangan buat spekulasi kerana bole mengundang fitnah..biasa la kita nie orang melayu...bila bab nasi tambah, kuah lebih, kite nie memang no. 1!! Hormat sket perasaan orang...jangan sama kan DAM dengan diri kita sebab kita orang biasa..ape kenyataan yang kita buat tak boleh memberi kesan pada negara, tapi orang cam DAM is somebody in this country dan statement dia berpengaruh..lebih elok kita biarkan dia sendiri tentukan masa untuk beri kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:04 AM | Show all posts
kalaulah dia berdiam diri nanti akan ada lebih banyak spekulasi akan timbul, perkara ni akan memecah belahkan kita, jalan mudah dia pi kat Tv kata "bahawasanya sata dato' azhar mansor masih lagi islam " lepas tu diikuti dengan mengucap 2 kali shahadat kerana itu membuktikan dia seorang islam,  kemudian kita boleh cari sapa yang kata dia tu kristian, dakwa orang tu kerana memfitnah walaupun yang dakwanya itu seorang mufti sekalipun dakwa tetap kena dakwa, jangan pulak bila orang tu ada kedudukan sikit kita nak cover dia pulak.
baru orang akan hormat pada kita sebab kita bertegas pada undang-undang.
kesimpulannya untuk perkara ni kunci penyelesaian ada pada azhar mansor,
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 09:03 PM | Show all posts
salam!

aku sokong pendapat jerai,sebagai orang islam kita patut berbangga sebagai orang islam iaitu mengaku
seorang MUSLIM dengan mengucap 2 kalimah syahadah.Bagi aku semua akan selesai cara aman jika
Azhar mengaku dia masih islam.

              " ADAKAH ANDA TAKUT MENGAKU SEBAGAI ORANG ISLAM?"
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 12:42 AM | Show all posts
ASM
Alhamdulillah, kita semua masih ada rasa sayang pada agama dan ada semangat yang tinggi bila kita sebut tentang Islam. Aku rasa kalau sdr sdri hidup di zaman Hang Tuah atau pun hidup di zaman Rasulullah dulu, tentu ada potensi jadi pejuang yang berkaliber. Syukur!
BAk kata rurouni_khairul, Orang Melayu memang no. 1 dalam bab tambah menambah ni. dan aku rasa, juga dalam bab naik marah dan tak puas hati. Kalau tak, tak kan lah perkataan Amuk tu ada dalam kamus Melayu. Mungkin sebab memang dah jadi darah Melayu ni begitu. Ada banyak baiknya, kalau tidak tak kan Melayu jadi pelayar agung, jadi Hulubalang, handal, dll. lah. Ni semua berkat ada sifat begitu. Cuma yang baik nya kalau kita kawal dan tenang, sebab Melayu juga hebat dan terkenal dengan budi bahasa dan luhur pekertinya. Kalau tak, tak kan Melayu terkenal dengan pantun seloka, sajak puisi dan madah pujangga...sebab, Melayu akan sedaya upaya menyimpan rasa dan kalau perlu cakap pun, dia akan guna cara yang paling baik dan lembut. Sabar...............aku tau hangpa semua orang baik dan semangat berkobar-kobar.
Kalau kita tengok dari sudut yang lain pulak, menarik ada cerita begini, sekurang-kurangnya kita masih sensitif pada isu-isu keagamaan dan moga kalau ada antara kita yang akan berkeluarga atau sudah berkeluarga, kita perturunkan semangat luhur tu pada anak cucu keturunan kita. InsyaAllah.
Salam!!!
"....Alabizikrillahi...tadmainnulqulub..."
WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2006 09:13 AM | Show all posts
sekarang ni azhar mansor dah mengaku dia tu islam jadi langkah selanjutnya cari sapa-sapa yang buat masaalah ni, bukankah dengan cara istihar ugamanya tu boleh selesaikan sebahagian masaalah secara automatik  perkara ni berbalik kepada orang yang memfitnahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2006 02:31 PM | Show all posts
case closed
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2006 10:42 PM | Show all posts
:setuju:      ff:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 10:22 AM | Show all posts
Raja Sherina dah direman utk bantu siasatan...
harap semua akan setel kelak dalam keadaan damai... sensitif isu2 keagamaan dan murtad nie.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:39 AM | Show all posts
Kan aku dah kata Dati Azhar akan buat kenyataan...tgk, dia dah buat masa perhimpunan agung UMNO hari tuh dan semua orang dah tau..kite takleh cepat melatah bila dengar cerita-cerita camni walaupun niat kita nak martabatkan Islam sebab akhirnya yang malu kita dan orang Islam sendiri contohnya cam Raja Sherina tuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 02:24 PM | Show all posts
raja sherinna tu mmg tembel, main sedap jari jer hantar sms kat mufti perak. mufti tu pun cepat melatah tanpa usul periksa. elok ler tu 2-2 org sama geng.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 04:47 PM | Show all posts
entah, aku masih sangsi. kalo aku, secepat kilat aku jawab dan pertahankan keislaman aku. cepat kes tutup. dia punya delay apahal. dan ingat, iman itu sebahagiannya mengucap dgn zahir, mempratikkan ajarannya dan membenarkan dalam hati

mulut lain hati lain. wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 12:02 AM | Show all posts
ASM.
Aku salute sdr. sdri yang punya semangat kuat dan berani. Elok ada semangat gitu, supaya suatu hari dapat dimanafaatkan untuk Agama dan masyarakt kita juga.
Mungkin kalau kita boleh quote kata orang "Silent is Golden". Atau maksud hadith Rasulullah SAW, "9 bahagian kebaikan itu ada dalam diam dan 1 bahagian lagi dalam mengasingkan diri dari manusia",maka apa yang dibuat oleh D Azhar memang kena pada tempatnya. Kalau kita nak sebaris dengan dia, aku rasa aku, sdr. dan sdri kena cari satu kapal layar, dan buat dulu apa yang dia dah buat. Then baru kita tau tinggi rendahnya langit kut...
KAdang kita mudah sangat nak melaungkan "AKu Islam" dan "Islam Engkau" mesti begini, begini, begini....kalau orang tidak buat seperti apa yang kita buat, maka kita akan mula rasa tidak puashati dan tanpa kita sedar, kita meletakkan nilai keislaman orang lain pada tahap yang berbeza dengan kita.
Sdr. Sdri,
Aku pun tak lah ahli dalam hal ni, cuma aku harap kita khususnya orang Melayu, punya budaya meneliti dan budaya "think strategically". Hal ni aku rasa kurang diamal oleh orang kita. Sebab tu kita tak dapat merasa puashati dengan orang tapi sebaliknya puas hati dengan kelemahan kita...Aku mintak maaflah kalau ada yang terasa hati, tapi kalau kita fikir baik-baik dengan hati terbuka, insyaAllah kita akan dapat faedahnya.

Islam tu sendiri maknanya "Sejahtera..." . Kalau kita tak merasa sejahtera...something is not correct....

WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 10:52 AM | Show all posts
the truth is out there......
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 02:14 AM | Show all posts
bahaya tau tuduh org murtad, tp kalo betulah dia murtad, mmg patut dibunuh jer.... (ikut hukum hudud)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2007 10:46 AM | Show all posts
hmm..ok la dia dah confess..tp paesal masa awal2 org tanya dia tanak mengaku..aku rasa cam musti dia was2 tuh..emmm..just my opinion..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 02:12 PM | Show all posts

Reply #54 sikomeng's post

Good posting by sikomeng! I am impress by his comments.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 05:00 PM | Show all posts
The Star   Nation
Monday April 2, 2007
http://thestar.com.my/news/story ... 2497&sec=nation

Gerakan: Set up Constitutional Court for religious issues

KUALA LUMPUR: Gerakan has called for the setting up of a special Constitutional Court to deal with 搗arious grey issues.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 05:09 PM | Show all posts
... salam ...
... sesape yg ade kenal ngan peguam2 yg join tu tlg tyakan la ...
... ade sesuatu yg kita x diberitahu ...
... hehehe ...
... ku agak je ...
... salam ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.944557 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list