|
BERPUASA MENURUT APA YANG ALLAH PERINTAHKAN DALAM AL-QURAN
[Copy link]
|
|
Dan ini saya temukan satu link yang juga mempunyai indeks untuk kita mencari ayat dari terjemahan Al-Quraan.
http://septianka.web.ugm.ac.id/alquran-cari-puasa-0.html
Ada 13 ayat yang menyatakan mengenai puasa dan satu ayat mengenai kepuasan...
Dan kenapa Al-Quraan itu mula diturunkan didalam bulan puasa? Siapa ada pendapat dipersilakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Sejahtera lolipop9, semua
Salam M5
Bila Mariam berjanji didlm Q19:26 untuk tidak bercakap, ianya adalah saranan dari bayi yg berada dipangkuan beliau, i,e Nabi Isa. Ini dapat dilihat dari ayat Q19:22-25. Apa yg tidak dipercakapkan oleh Mariam adalah perihal kelahiran Nabi Isa yg belum dikhabarkan kepada umum.
Apabila kita lihat ayat Q19:26 yg menyebut "so say: 'That I made a duty/vow (on myself) to the merciful, a fast , so I will not converse/speak the day/today (to) a human " ini adalah kata2 dari Nabi Isa. Kenapa Mariam "tidak bercakap" diterangkan didlm ayat2 yg berikut.
Sekembalinya Mariam ke pangkuan masyarakat, walaupun didalam pangkuan ibunya, Nabi Isa diberi kelebihan untuk bercakap untuk menerangkan tugas dan fungsi beliau didunia ini. Lihat Q19:29-33. Ini adalah apa yg dikatakan sebagai Mariam "tidak bercakap", kerana peranan dan sebab kelahiran tersebut, dijelaskan sendiri oleh Nabi Isa.
Terima Kasih kerana membawakan ayat ini. Saya turut belajar daripada saudara.
1. Saya setuju dengan kenyataan saudara menyatakan "arahan untuk berpuasa" adalah dari bayi di pangkuan beliau
2. Saya bersetuju dengan saudara dimana Mariam berpuasa untuk tidak bercakap pada ayat 19:26. Kerana:
19:26
fakuli -Maka makan
wasyrabi -dan minumlah
waqarri -dan berdingin
'ainan -mata
fa'imma -maka adapun
tarayinna -kamu melihat
minal basyari -dari manusia
ahadan -seorang
faquli -maka katakanlah
inni -Sesungguhnya aku
nazartu -aku bernazar
lirrahmani -kepada Yang Pemurah
sauman -berpuasa
falan ukallima -maka aku tidak berbicara
al-yauma -hari ini
inisiyyan -seorang manusia
"Fa" menunjukkan kesinambungan dari berpuasa untuk tidak berbicara.
3. Saya kurang bersetuju(bukan tahap membantah) mengenai kenyataan yang dibaris kerana: Mariam diarahkan untuk tidak berbicara/berkata-kata bukan sahaja mengenai kelahiran Nabi Isa, tetapi semua kesemuanya kecuali apabila dia melihat seseorang manusia, Mariam diarahkan berkata "Sesungguhnya aku bernazar.......maka aku tidak berbicara hari ini seorang manusia"
Sememangnya saya bersetuju ayat itu disebut terlebih dahulu oleh Nabi Isa kepada Ibunya, dan Ibunya diarahkan supaya berkata demikian apa melihat seorang manusia.
Either way, it dosent make much difference does it?
Premis yg mengatakan Tuhan menunjukkan Nabi Isa dan Mariam makan dan minum sebagai bukti mereka bukan Tuhan agak longgar sandarannya. Bahan bukti dgn fakta kes mismatch. Lolipop9 mungkin boleh melihat rasional sandaran sedemikian.
Ia hanyalah pendapat saya, jika saudara tidak mahu menerimanya, tiada masalah.
Ayat2 yg menjelaskan Nabi Isa adalah manusia biasa banyak diterangkan didlm ayat2 lain didlm al Qur'an. These ayat2 are clear cut evidence yg mengatakan Nabi Isa itu Pesuruh Tuhan.
Message didalam Al-Quran lazimnya diulang beberapa kali, dan lazimnya menurut sesuatu persamaan. Namun kebanyakkan manusia menolaknya.
Firman Allah
17:89. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.
Oleh itu Al-Masih Putera Mariam dan Ibunya memakan makanan, sudah tentu mereka bukan tuhan, begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayatnya.
Namun penjelasan Allah tidak terhad kepada Al-Masih Isa Putera Mariam dan ibunya sahaja. Malah rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad juga memakan makanan = Manusia biasa, tanyalah ahli Zikr jika tidak mengetahui
Firman Allah
21:7. Dan Kami tidak mengutus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan; tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak mengetahui,
21:8. Tidak juga Kami membuat mereka jasad-jasad yang tidak memakan makanan; dan tidak juga mereka makhluk yang hidup berkekalan.
Malah orang-orang yang bersama rasul juga berasa hairan kerana mengharapkan seorang rasul yang "tidak memakan makanan"= extra ordinary[?]
Firman Allah
25:7. Dan mereka berkata, "Apakah yang kena dengan rasul ini, bahawa dia memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?
Oleh itu Nabi-nabi yang pernah diwahyukan semuanya memakan makanan = manusia biasa.
by the way. why is 5:75 is brought foward in the first place dalam thread puasa ini. What are you trying to convey M5? Anyhow hope to get a clear response from you.
Kembali kepada persoalan "puasa/sawman" didlm Q19:26, diceritakan selepas kelahiran Nabi Isa, Mariam disaran untuk berjanji yg beliau "berpuasa/abstinence" dari keperluan untuk menceritakan ttg kelahiran Nabi Isa.
Setuju-beliau berpuasa dari berkata-kata
Persoalannya, bila Tuhan memilih untuk memilih ayat "sayman" didlm Q19:26, kenapa disini bila menyebut Mariam "berpuasa/abstinence", beliau mengambil makanan dan minuman?
Dijelaskan didalam ayat tersebut dia hanya bernazar untuk berpuasa dari berkata-kata/berbicara, tidak disebut dia berpuasa daripada makanan dan minumam.
Percanggahan maksud sesuatu ayat yg khusus tidak boleh terhasil didlm al Qur'an. Ini dijelaskan didlm Q4:82
Q4:82
Yusuf Ali
Do they not consider the Qur'an (with care)? Had it been from other Than God, they would surely have found therein Much discrepancy.
Ayat yg sama saya andaikan ada digunakan oleh lolipop9 untuk menolak sandaran2 dari Koleksi2 Hadith. Am I right? So, this part rasanya mudah untuk lolipop9 fahami.
Saya tidak nampak percaggahan? saudara?
Mengenai konsep "benang putih vs benang hitam", seperti juga "tangan kanan", "jgn masuk dari pintu belakang", etc, ini adalah ciri2 bahasa Classical Arabic yg diadaptasi kedalam Modern Standard Arabic. Perbidalan begini bagi saya adalah ciri2 yg seangkatan dgn bahasa dahulu kala yg berkemungkinan terhasil dari pengaruh masyarakat setempat. Aramaic? Akkadian??. Didlm konteks Q2:187 "benang putih vs benang hitam" adalah perbidalan ttg "yg benar dan yg tidak", yg dijelaskan oleh Tuhan didlm Kitab. Lihat kaitan benang dan ayat sebelumnya, i.e "and desire (seek) what God has written/dictated for you,"
Boleh membawa sumber rujukan saudara untuk kenyataan diatas?
and desire (seek) what God has written/dictated for you, and eat and drink until the thread the white appears from the thread the black from the dawn , Lihat bagaiamana diphtong "wa" yg menunjukkan kesinambungan digunakan didlm ayat diatas.
Boleh saudara clarify apa yang saudara ingin sampaikan disini? saya kurang faham?
[ Last edited by lolipop9 at 19-10-2006 02:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf,walaupun post ini adalah untuk ayyohpeen, tetapi saya terpanggil untuk memberi respon
Saya ringkaskan sedikit kupasan dari "berpuasa/abstinence/alssiyami " yg dirujuk dari Q19:26 dan Q2:187.
Q19:26 menyebut saranan kepada Mariam untuk tidak bercakap bagi menerangkan perihal kelahiran Nabi Isa. Tindakan tidak bercakap ini dinamakan "berpuasa/abstinence"
Maka puasa as per Q19:26 adalah merujuk kepada "menyekat diri/abstinence" Mariam dari bercakap.
Setuju
Q2:187 pula, menyebut saranan kepada mereka2 yg sedang "devoting in the mosques/places of worshipping God/fee almasajidi" untuk tidak mengadakan hubungan sex bersama pasangan mereka. Selain dari itu, mereka masih dibenarkan untuk mengadakan hubungan sex diwaktu malam walaupun sedang "berpuasa". Terdapat 3 perkara utama didlm ayat ini.
Dijelaskan didalam konteks 2:183-187, didapati puasa bagi muslim sempena Al-Qur'an diturunkan adalah dalam bulan Ramadhan dari waktu benang putih menjadi lebih jelas dari benang hitam pada fajar sehingga malam. Oleh itu pada malam hari berpuasa, puasa tersebut dilepaskan.
1. sex
2. mendekatkan diri kpd masjid (takrifan masjid ada saya cuba bincangkan di thread Isra' Mikraj)
3. puasa
Puasa as per Q2:187 merujuk kepada "menyekat diri/abstinence" dari sesuatu yg saya masih mencari sandarannya. Tetapi amalan "tidak makan dan minum" jika ditafsirkan sebagai "puasa" ianya akan bercanggah dgn Q19:26 yg menyebut Mariam ada makan dan minum ketika beliau "berpuasa."
Mariam dari 19:26 hanya bernazar untuk berpuasa dengan tidak bercakap, Oleh ianya tidak bercanggah dengan mana2 ayat.
"Makan dan minum" yg disebut didlm Q2:187 jika dilihat dari konteks keseluruhan ayat, kita akan dapati ayat ini adalah kesinambungan dari ayat yg menyebut ttg proses penerimaan ayat2 al Qur'an.
I have several Question regarding this statement;
Q1. Are you suggesting that "kesinambungan penerimaan al-Qur'an" itu adalah kita "makan dan minum" Al-Qur'an? or in other words digest Al-Qur'an?
Q2. Jika my assumption at Q1 at your suggestion is true, why we have to start "digest" Al-Qur'an dari malam sehingga fajar, tidakkah lebih baik jika kita teruskan "digest" al-Quran terus sehingga pagi selagi tidak diganggu urusan dunia? Bukankah dengan cara ini kita akan lebih bertakwa?
Q3. Didapati daripada 2:183, puasa telah dituliskan kepada orang=orang yang percaya seperti mana orang-orang sebelum kita. Jika kita berpuasa dengan abstinence dari sex di siang hari dan abtinence dari "digest" Al-Quran di siang hari, bagaimana orang-orang sebelum kita berpuasa? Adakah mereka juga abtinence dari Kitab mereka di siang hari?
Penerimaan ayat2 al Qur'an ini akan menukarkan situasi fahaman yg "gelap" kepada yg "jelas dan terang".
I assume saudara derive statement saudara ini dari benang putih dan benang hitam?
Saya bawakan ayatnya.
2:187 "....Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada(dari) fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam,...."
Interpretasi saudara mengatakan
i. makan dan minumlah = Penerimaan ayat2 Al-Qur'an
ii.Sehingga benang putih menjadi jelas daripada benang hitam = situasi fahaman yg "gelap" kepada yg "jelas dan terang.
Next Question is
Q4. How does Situasi fahaman yang "gelap kepada yang "jelas dan terang" fit kepada "dari fajar"?
salam m5,
[ Last edited by lolipop9 at 19-10-2006 02:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lolipop9 at 19-10-2006 02:05 PM
Maaf,walaupun post ini adalah untuk ayyohpeen, tetapi saya terpanggil untuk memberi respon
Setuju
Dijelaskan didalam konteks 2:183-187, didapati puasa bagi muslim sempena Al-Qur'an ditu ...
Salam to lolipop and others.............
Sementara menunggu respon dari M5, biarlah saya memberi respon secara ringkas terhadap beberapa persoalan, mengikut kemampuan saya dan hanya untuk dipertimbangkan sahaja.
Q1;A1= untuk makan dan minum boelhkah saya meperkembangkan bahasa menjadi menghirup dan mencerna? Kerana mengikut sastera ilmu itu boleh dihirup oleh minda(metafora) bila dihirup mahupun diratah(serap) oleh minda, maka seterusnya proses pencernaan akan berlaku dalam wilayah minda, sekiranya wilayah itu adlah wilayah rasional, maka perkara yang negatif secara otomatik akan di discaj, maka inilah flow-chart untuk digest penerimaan Al-Quraan
Q2;A2= Jawapan sudah diberi oleh anda dan saya bersetuju, cuma Allah berfirman lebih Afdhal disebelah malam, kerana pada waktu siang, secara lazimnya kita bekerja, namun atas perkembangan terkini, maka bacaan boleh dilakukan mengikut keadaan kehidupan kita, ianya fleksibel
Q3;A3= Kalau mengikut firman, iaitu kita wajib berpuasa sebagaimana orang terdahulu berpuasa, maka frasa benang hitam dan benang putih bukanlah setakat metafora, tetapi itulah kedah yang ada pada masa itudan pada zaman sebelumnya, dan kita umat yang paling istimewa mendapat kemudahan teknologi untuk mencari penentuan yang lebih tepat, namun kita mengabaikannya dengan sesungguh abaian(Ya ALLAH kenapakah ilmu yang kamu anugerahkan pada umat akhir ini disalahguna?) Namun perbezaannya ialah larangan berjunub(sehingga selesai sebulan berpuasa?)Betulkah?
Q4;A4=Pada saya ini adalah kejadian mengenai peredaran planet kita dan ciptaan yang berpasang-pasang. Rujuk kepada kedua-dua tepi siang(boleh juga rujuk kedua-dua tepi malam) tetapi tidak boleh kah kita merujuk kepada kedua-dua tepi cerah dan kedua-dua tepi gelap sebagai perbandingan dan supaya kita tidak terikat untuk mencambahkan perbincangan dan pertimbangan kita. Saya nampak disini, saya lebih bebas untuk menelurkan pendapt bila frasa siang ditukar kepada cerah dan malam ditukar kepada gelap. Sebagai contoh, kita ambil warna hitam(dari jenis water soluble) sebagai wakil gelap(malam)dan tandakan di atas kertas putih(mewakili siang atau cerah) dan titiskan air jernih(agent seperti matahari). Sekiranya nisbah air mencukupi, kita akan melihat proses dari hitam menjadi kelabu dan akhirnya cerah.......SUBHANALLAH.
Ma'af, masa tidak mengizinkan, kita perbincang dan pertimbangkan lagi hjal-hal yang seterusnya.....InsyaALLAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua,
Dalam penentuan waktu berbuka kita juga perlu mengambil kira faktor geografikal. Bagi mereka yang berada berdekatan dengan kutub utara atau kutub selatan, mereka mempunyai perkiraan malam dan siang yang berbeza dengan kita yang berada berdekatan dengan garisan Khatulistiwa. Al-Quran yang diturunkan dengan ukuran dari Allah, tentunya mengambil kira faktor ini.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 21-10-2006 02:40 PM
Salam semua,
Dalam penentuan waktu berbuka kita juga perlu mengambil kira faktor geografikal. Bagi mereka yang berada berdekatan dengan kutub utara atau kutub selatan, mereka mempunyai perkiraan ...
Salam untuk Tuan Damat dan juga semua.
Ya, saya setuju dengan faktor geografikal. Sekadar pertanyaan, berapa dekatkah dengan kedua-dua Kutub itu penghidupan secara normal boleh kita amalkan? Apakah ada koloni kekal di kdua-dua kutub? Bukankah kejadian kutub itu juga menunjukkan Kekuasaan ALLAH supaya kita berfikir? Pada saya tiada manusia sanggup menetap secara kebiasaan bagi sebuah kehidupan seperti mana manusia lain hidup di kedua-dua pusat kutub. Sedangkan kawasan berhampiranpun hanya disebelah Utara, itupun yang berhampiran atau berdekatan sahaja seperti apa yang Tuan Damat nukilkan. Namun berdekatan itu juga berkait rapat dengan daya tahan manusia dalam menghadapi cuaca dan oksigen. Bila ada tindakbalas biologi antara sinaran matahari dan tumbuhan/hidupan baru terhasil oksigen dan karbon dioksida yang amat diperlukan oleh sebuah kitaran hidup. Maka apakah dikedua-dua kutub berlaku proses ini secara lazim?
Kalau tiada maksudnya tiadalah ketemadunan yang tetaptegap disana, Dan kalau hanya sekadar tempat persinggahan atau laluan atau sekadar tempat mengkaji secara sains, maka sudah tentunya kita boleh memilih untuk berada disana pada masa yang sesuai.
Namun buat masa ini, mengenai orang eskimo, saya sedang berusaha mencari maklumat mengenai cara mereka menjalani kehidupan mereka. Saya tertanya-tanya, adakah mereka ini hidup seperti nomad? Iaitu berpindah kekawsan yang sesuai untuk meneruskan hidup semasa musim dingin yang membeku dan kembali ke tempat mereka pada musim panas atau bagaimana, diharap bersama kita dapt mencari maklumat untuk disaji sabagai sebuah jawapan yang terbaik untuk dipertimbangkan. Marilah bersama-sama................. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 20-10-2006 11:01 AM
Salam to lolipop and others.............
Sementara menunggu respon dari M5, biarlah saya memberi respon secara ringkas terhadap beberapa persoalan, mengikut kemampuan saya dan hanya untuk ...
Salam ayohpeen,
Oleh kerana soalan saya telah di terbitkan daripada beberapa assumption yang saya buat terhadap pengangan beliau, saya akan tunggu untuk dia mengesahkan assumption terlebih dahulu before commenting.
salam |
|
|
|
|
|
|
Karisma This user has been deleted
|
Originally posted by M5 at 1-10-2006 05:24 AM
Salam Sejahtera ayyohpeen, lolipop9, gravedigger n semua.
Selamat menjalani ibadat puasa.
Saya ingin mengupas beberapa isu yg berkaitan dgn amalan puasa/"shawm" yg mungkin bol ...
Kesinambungan dari logik tentang malam dan siang, ini juga boleh membawa erti yg bersahur dibenarkan sehingga lepas terbit matahari.
sila hati-hati dengan pendusta ugama anti hadis seperti ini:nyorok::lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
Semuga topik ini akan kembali diperbincangkan pada ramadhan tahun hadapan |
|
|
|
|
|
|
| |
|