CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: katakpuruz

MAKANAN HALAL/HARAM BERKONGSI

[Copy link]
 Author| Post time 15-11-2006 05:19 PM | Show all posts
kita tunggu pakar yang jawab...:cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2006 03:46 PM | Show all posts
kalau aku, beli jer peti sejuk baru. bukan mahal pun. yg saiz sederhana kecik tu baru rm400. lagipun apa salah laburkan sikit duit kalau taknak ragu2 lagi letak barang haram sama dlm peti sejuks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2006 03:54 PM | Show all posts
Bagi aku kalau golongan yang kurang berkemampuan,yang penting makananan tersebut dibungkus rapi, yakin dan tawakal..:lebai:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2006 06:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum..
Aku ada sedikit kemusykilan tentang makanan.Ada sesiapa yang pernah makan makanan ala-ala yong tau foo...
Cara nak makan makanan tu kena celur dalam air panas lepas tu cicah dengan kicap..makan.

1.Kalau makanan tu adalah HALAL UNTUK DISENTUH TAPI HARAM UNTUK DIMAKAN sebagai contoh ayam yang tidak disembelih, hukumnya macamana pulak kalau didalam air yang sama dicelur makanan yang halal...?!

Ada yang boleh tolong jawabkan atau bagi pandangan...:hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2006 09:59 PM | Show all posts
MAKANAN MENYEBABKAN HATI MENJADI BUTA

  1. "Pernahkah kita berfikir mengapakah kadang kala kita rasakan sangat susah hendak mengikut apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang.Mengapakah kita sangat susah hendak menghafal ayat-ayat Quran dan kalau dapat hafal,kita mudah pula lupa.Inilah tanda-tanda hati kita yang lemah atau masih samar bahkan boleh dikatakan buta.Apakah pula yang menyebabkan jadi begini. Allah berfirman: Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan padamu dari tuhanmu itu benar-benar sama dengan orang buta?Hanyalah orang yang berakal sahaja dapat mengambil pelajaran - Ar Raad ayat 19.

  2. Langkah pertama untuk mengubat penyakit buta hati ini ialah dengan meneliti hadis Rasulullah: Hati ditempa dengan apa yang dimakan. Hati kita adalah seketul darah yang mengandungi sel darah merah dan zat-zat yangasalnya dari makanan.Jika bersih makanan kita maka akan bersihlah hati tersebut.Sebaliknya jika makanan itu dari sumber yang haram atau syubahat maka hati juga menjadi kotor. Sabda Rasulullah: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging.Bila baik daging itu,maka baiklah seluruh anggotanya dan seluruh jasadnya.Jika buruk dan jahat daging itu maka akan jahatlah seluruh jasad.Ketahuilah itulah hati. Firman Allah: Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadanya. - Al Maidah Marilah kita menjaga hati kita dengan mengelak dari memakan makanan yang haram. Antara langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari makanan yang haram ialah:

  3. 1. Jangan makan makanan yang zatnya haram seperti arak,atau makanan yang dicampur arak,makanan yang mengandungi bahan yang haram seperti gelatin dan lesitin yang diperolehi dari kulit binatang terutama babi dan sebagainya.

  4. 2. Jangan makan benda yang bernajis sama ada sifatnya najis atau kerana cara mencuci yang tidak betul menyebabkan ia bernajis.Contohnya daging yang baru disembelih yang bercampur darah dan najis yang terus direbus tanpa mencucinya terlebih dahulu.

  5. 3. Janganlah makan makanan terutama daging yang diragui sembelihannya seperti ayam yang dijual oleh orang bukan Islam di supermarket.Ini kerana orang kafir tidak peduli hal haram halal dan tidak peduli najis atau tidak.Tanda halal yang mereka perolehi mungkin hanya sebagai perakuan sahaja tetapi hakikatnya tidak halal.

  6. 4. Janganlah makan makanan yang dibeli dari wang yang haram.Wang yang haram adalah seperti dari sumber rasuah, curi, tipu, hasil perjudian, wang bunga atau faedah bank yang bukan dan sebagainya.
Copy the Code
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2007 07:40 PM | Show all posts
ASSALAMUALAIKUM.....:bgrin:

Aku nak tanya pasal perihal sembelih...Masa aku dok berborak dengan kawan aku kat kedai makan(Chinese Food) itu hari, dia pelik sebab tengok aku tak makan apa-apa..minum je..dia tanya kenapa?Dia tahu aku tak boleh makan "menatang" tuh..Jadi dia tanya kenapa tak pesan ayam ke daging ke??!!Jadi aku bukaklah bab SEMBELIH nih..Dia kata Sembelih ni macam menyiksa binatang je.. Jadi aku tanyalah dia kalau Sembelih seksa binatang, cara yang mcmana nak matikan binatang tuh dalam keadaan selesa??!!:bgrin: Tak menjawab pulak dia..Alih-alih dia tanya aku "kenapa kalau Ayam, lembu, kambing etc, kena sembelih..tapi kalau ikan@makanan laut kita(ISLAM) tak sembelih"..Katanya "ikan tu pun benda hidup jugak??" Jadi aku ceritalah serba sedikit pasal Sembelih nih(sekadar apa yang aku ingat)..Kawan aku tu pun senyap je..Walaupun dia tak tanya lagi lepas aku cerita perihal SEMBELIH, tapi aku rasa macam tak selesa sebab penerangan aku itu tak MENJAWAB SOALAN..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2007 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by katakpuruz at 7-2-2007 07:40 PM
ASSALAMUALAIKUM.....:bgrin:

Aku nak tanya pasal perihal sembelih...Masa aku dok berborak dengan kawan aku kat kedai makan(Chinese Food) itu hari, dia pelik sebab tengok aku tak makan apa-apa.. ...


Ikan dok dalam air.  Tu pasal dihalalkan semua yang dlm air/laut tak payah sembelih.  Lagipun mana nak cari urat mere ikan tu?  Nak sembelih pun tak tau kat mana.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 10:35 PM | Show all posts
Originally posted by katakpuruz at 25-11-2006 06:28 PM
Assalamualaikum..
Aku ada sedikit kemusykilan tentang makanan.Ada sesiapa yang pernah makan makanan ala-ala yong tau foo...
Cara nak makan makanan tu kena celur dalam air panas lepas tu cicah d ...

Elok-elok lah dielakkan makan di tempat yang disediakan bukan Islam.  Walaupun halal dan sedap mata memandang.  Perkara was-was atau shubahah tu cuba-cuba elakkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2007 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by ijai^^ at 11-11-2006 02:54 AM
satu lagi....kalau kita stay kat hotel......peti sejuk dalam bilik hotel tuu, ada yang berisi air setan tuu...memang ler ia dalam tin..... tapi , bila nak simpan air mineral dalam tuu pun dah jad ...



Kalau aku, aku ambik tin tu pi letak dalam jamban.  Tu dia tempat dia yg betul.  Bukan dlm peti ais bilik aku sewa.  Walaupun dalam tin dan tertutup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.544288 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list