|
..rumah kg lat&mamat kat Kg Lalang,Kota Bahru tu dah roboh.......tp kalu pi area K.bahru tuu...nengok style rumah2 lama ....best...tradisional Perak sebijik cam Lat scetch dlm kampong boy's....nostalgik sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kartunis Lat dianugerah Doktor Kehormat
11-08-2007 09:06:46 PM
Oleh LISA GOH
BANGI: Kartunis terkenal dengan watak "Kampung Boy" kini bergelar Dr Lat.
Datuk Mohamad Nor Khalid, yang lebih popular dengan gelaran Lat, menerima anugerah Doktor Kehormat dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.
"Saya tidak pernah dengar seorang kartunis dianugerah gelaran Doktor Kehormat.
"Ia satu penghormatan besar buat saya," katanya, 56, yang menerima anugerah tersebut bersama 671 graduan di majlis konvokesyen UKM ke-35 tengah hari tadi di sini.
Berjubah dan berambut lebih pendek, Lat berkongsi moto hidupnya "berusaha sedaya upaya dalam apapun bidang yang kita ceburi."
"Apapun kerjaya kita, jika kita menyumbang kepada masyarakat dan negara, akan dihargai juga dalam bentuk anugerah seperti ini atau lain-lain.
"Tetapi kita tidak berusaha untuk sengaja mencari anugerah ini (doktor kehormat)," katanya, seperti biasa dengan lemah lembut, yang bekerja keras sejak 40 tahun lalu, malah sebelum menjejaki kaki di bangku sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Minda Lestari: Karikatur Lat bukan sekadar jenaka
Bersama Prof Dr Zaini Ujang
Kartun selit mesej, ketengah isu serius serta mempromosi pembangunan lestari
KARTUNIS Lat lebih dikenali daripada nama sebenarnya, Datuk Mohd Nor Khalid. Nama Lat juga sudah terpahat dalam dunia kartun di Malaysia. Daripada kanak-kanak hingga pemimpin negara, peranan dan karikatur Lat memang diminati. Saya pernah terbaca seorang peminat Lat di luar negara mengirim surat kepadanya dengan alamat: LAT, MALAYSIA. Surat itu akhirnya sampai ke tangan Lat.
Saya mengikuti perkembangan kartun Lat sejak di bangku sekolah lagi pada akhir 1970-an. Menjelang awal 1980-an, buku koleksi kartun The Kampung Boy (1979) dan Town Boy (1980) saya jadikan contoh dan aspirasi untuk saya mengasah bakat melukis kartun. Sayangnya bakat melukis saya semakin terhakis apabila memasuki Tingkatan Empat aliran sains. Ketika itu, peralatan melukis saya juga sudah tidak terjaga dan watak kartun yang cuba saya tonjolkan, mirip seperti The Kampung Boy, hilang entah ke mana.
Seperti kebanyakan peminat Lat, saya mengikuti kartun Lat kerana banyak sebab yang bersifat peribadi dan latar belakang kehidupan yang berasal dari kesegaran kampung.
Pertama, setiap kali membaca akhbar New Straits Times (NST), saya akan membuka halaman editorial dan menelaah kartun Lat terlebih dulu. Pada hemat saya, kartun Lat menggambarkan isu terkini yang perlu diberi perhatian. Yang pasti, Lat begitu peka terhadap perkembangan semasa. Kartunnya memperihalkan isu semasa dari pelbagai sudut secara sinis dan sering kali menyengat.
Lat juga mempunyai kelebihan menggambarkan pemimpin dan tokoh negara secara bersahaja. Karikatur Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditonjolkan dengan hidung ala-Arab, sementara identiti Datuk Seri Najib Razak pada mulutnya. Karikatur Datuk Seri Samy Vellu paling lucu dengan lubang hidung besar dan jari tangan berputar.
Apapun gambaran Lat mengenai pemimpin dan tokoh negara, nampaknya tidak ada yang protes. Masing-masing senang dengan Lat yang menghiburkan, tetapi tetap sarat dengan sindiran dan perkisahan.
Kedua, Lat sentiasa mengemukakan pandangan biarpun tidak selari dengan aliran perdana. Meneliti koleksi kartun Lat yang kini melebihi 26 buah � tersiar dalam akhbar NST terlebih dulu � memang lucu, tetapi sarat dengan kritikan terhadap persekitaran dan dasar negara. Dalam sebuah karikatur dalam koleksi The Portable Lat (1998), halaman 136, Lat menggambarkan keriangan sebuah keluarga dalam sebuah kereta pacuan empat roda untuk berkempen di hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologinya.
Tetapi malang apabila mereka tiba, hutan itu hanya bersisa tunggul kerana aktiviti pembalakan. Lat juga menggambarkan Tun Dr Mahathir yang bersantai mengambil foto untuk melambat-lambatkan proses peralihan kuasa kepada Abdullah dalam buku Dr. Who? (2004) pada halaman 143.
Justeru, mengamati kartun Lat bukan saja membuatkan kita tersenyum, malah membuka minda untuk menilai persekitaran dan sesuatu peristiwa dari dimensi kemanusiaan. Kita juga diajak untuk berfikir dengan kritis dan tidak hanya pasrah peristiwa yang berlaku.
Ketiga, Lat prihatin terhadap alam sekitar. Banyak karikatur berhubung masalah alam sekitar diperihalkan dengan cukup lucu, berhemah tetapi penuh dengan sindiran. Dalam buku The Portable Lat (1998), halaman 134, seorang lelaki dan dua anaknya yang kehabisan minyak pergi ke pantai untuk menyedut minyak tumpah daripada kapal tangki yang melalui kawasan terbabit.
Ini adalah pemerhatian Lat mengenai masalah pencemaran laut yang menjadi fenomena lumrah suatu ketika dulu. Selain itu, Lat juga sering kali mengemukakan pelbagai isu dengan tema pelestarian alam sekitar. Biasanya Lat peka terhadap persekitaran kawasan perumahan, kemudahan rekreasi dan kawasan berkelah.
Dalam Be Serious Lat (1992), Lat menggambarkan kehidupan warga kota yang terhimpit dengan pelbagai aktiviti 'pembangunan' sehingga sudah tidak ada lagi kawasan untuk beriadah. Mereka terpaksa menggunakan kemudahan rekreasi di cerun sempit yang berbahaya.
Dalam banyak karikaturnya, Lat mempersoalkan makna sebenar 'pembangunan', sebagai kritikan terhadap makna difahami umum sekadar projek pembinaan, bangunan pencakar langit, lebuh raya, kilang dan kabel elektrik! Kritikan sosiol ini juga termuat dalam kartun halaman terakhir dalam buku koleksi The Kampung Boy: Yesterday and Today (1993).
Dilahirkan pada Mac 1951, Lat sudah lebih 40 tahun berkarya. Kartun pertamanya tersiar dalam majalah Filem pada April 1964. Pada usia lebih setengah abad, Lat masih lagi aktif berkarya bukan saja dalam media cetak, malah media elektronik. Siri kartun animasinya menjadi kesukaan kanak-kanak dan golongan dewasa.
Lat juga kritis terhadap penguatkuasaan sistem perundangan. Sebuah karikatur dalam The Portable Lat (1998), halaman 95, menggambarkan laporan penilaian impak alam sekitar yang tebal, tetapi tidak diguna pakai seperti sewajarnya. Oleh itu, lebih baik laporan tebal itu dijadikan bantal tidur!
Banyak lagi karikatur Lat yang menarik berkaitan kesedaran alam sekitar. Daripada isu pengurusan sampah sehingga isu peningkatan suhu bumi, Lat membantu kita memahami suasana semasa. Saya menghargai komitmen Lat terhadap pelestarian alam sekitar. Menerusi karikatur dan tulisan dalam koleksi khas 30 Years Later (1994), Lat begitu prihatin untuk mempromosi pembangunan lestari, antara lain kerana jiwanya masih intim dengan persekitaran kampung yang segar dan jauh daripada kesibukan kota.
Kartun Lat akan tetap kita tatapi menerusi pelbagai media. Mesej dan pengungkapannya padat. Karikatur tepat dan sering kali menyengat. Itulah sebabnya saya sering kali menggunakan karikatur Lat dalam slaid ceramah atau kuliah saya. Selain mengelakkan kebosanan pelajar, karikatur Lat juga menjelaskan banyak dimensi alam sekitar dari perspektif kemanusiaan.
Walaupun Lat kita kenali dengan kelucuan kartunnya, beliau membicarakan isu penting yang serius. Beliau pernah dijemput memberi syarahan utama pada 9th Osaka International Symposium on Civilization pada 1988 membincangkan masa depan Asia menjelang abad ke-21. Dalam syarahannya, Lat menyebut mengenai masalah kependudukan, industrialisasi dan pencemaran alam sekitar.
Lat turut nostalgia terhadap kehidupan dan ketenangan kampungnya dengan penghasilan rotan, buluh, kayu-kayan dan pelepah pokok, di samping makanan yang tumbuh subur menghijau.
Demikianlah Lat dan dunia kartunnya. Selain menceriakan minda, Lat juga mendekatkan kita dengan kehidupan lestari dan alam sekitar segar. Bagi saya, itulah keunikan Lat. Dengan karikaturnya mencuit, falsafah hidupnya merangsang kita supaya lebih prihatin.
Nama Lat terus harum bahkan sudah merentasi sempadan Malaysia. Dalam sebuah makalah sosiologi, seorang sarjana memperihalkan keunikan Malaysia, antara lain dengan roti canai dan kartun Lat. Nama Lat sinonim dengan kreativiti Malaysia, termasuk dalam dunia filem animasi. Biarpun kartun Lat sudah merata, peminat Lat di Jepun masih belum dapat menyebut nama Lat dengan betul. Seorang rakan saya berbangsa Jepun memanggilnya 'Mr Rat'!
Prof Datuk Dr Ir Zaini Ujang ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)Universiti Teknologi Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lah aku masih menyimpan majalah gila gila yang lama lama tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
The Kampung Boy comes to Frankfurt
Saturday October 25, 2008
Sambal on the side
By BRENDA BENEDICT
After a two-month hiatus, our columnist takes a break from unpacking boxes to meet Malaysia抯 beloved Kampung Boy at the world抯 biggest book fair.
The Kampung Boy at the Frankfurt Book Fair? That was too good an opportunity to miss!
When the Malaysian Consul General in Frankfurt, Saiful Azam Abdullah, first informed me of Lat抯 imminent arrival in town, I immediately requested an interview.
Malaysian cartoonist Lat (Mohamed Nor Khalid) at the Frankfurt Book Fair on Oct 16.
After all, I have been a fan ever since I first read his Kampung Boy as a seven year-old. His illustrations never ceased to amuse me. And having spent the better part of my childhood growing up in a rubber plantation myself, I could relate to the adventures of the book抯 tousle-haired protagonist with the toothy grin.
Even today, I can抰 help giggling at the myriad characters who enliven his distinctive sketches of Malaysian life - the Chinese lady with the beehive and bat-wing glasses (supposedly inspired by his former English teacher, Mrs Moira Hew) or the bespectacled Indian Uncle with the middle parting and curly side burns. And of course, the distinctive 揕at noses |
|
|
|
|
|
|
|
kalo nak tau ...mamat khalid dlam komik lat ni ...yg selalu bogel tu ...hehehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #48 redchilie's post
|
|
|
|
|
|
|
Lat juga pernah diberi tugas utk menghiasi ruang dalam pejabat Arab-Malaysia oleh Dato Azman Hashim yg menjadi peminat kartunis itu suatu masa dulu.
Selain itu juga Lat penah diambil oleh Air-Asia Berhad utk menghiasi lakaran kartunnya di badan pesawat Air Asia. Nih contohnya :
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 AzusaFuyutsuki\ catat
la.....dekat ngan rumah sewa aku la
x sangka i2 rumah lat |
|
|
|
|
|
|
|
1.1 juta setem tema kartun Kampung Boy
LAT menunjukkan koleksi setem khas dan sampul surat hari pertama tema Kampung Boy.
KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengeluarkan 1.1 juta setem dan sampul surat hari pertama bertemakan kartun Kampung Boy sempena Minggu Setem 2008 yang akan diadakan di Berjaya Times Square bermula 1 hingga 7 Disember ini.
Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat, berkata Minggu Setem adalah acara tahunan yang diadakan Pos Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan terutama pengumpul setem di samping mempromosikan hobi itu kepada orang ramai.
揔ami harap melalui program Minggu Setem ini hobi mengumpul setem dapat dipupuk khususnya di kalangan golongan muda yang kian melupakan aktiviti ini, walhal ia hobi yang dahulunya sangat popular di kalangan pelajar sekolah.
揝ebolehnya kita mahu hobi ini dihidupkan kembali melalui pembabitan anak muda kerana ia hobi sangat menarik dan boleh menjadi simpanan bernilai pemiliknya.
揚ada Minggu Setem kali ini orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis setem unik dan eksklusif untuk menambah koleksi mereka selain berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti menarik disediakan.
揔ami juga berharap pengumpul setem dan peminat Lat menggunakan peluang ini untuk mendapatkan setem keluaran terbaru kami sebagai koleksi istimewa mereka memandangkan ia hasil karya pelukis terkenal yang menampilkan pelbagai sisi kehidupan masyarakat Malaysia, |
|
|
|
|
|
|
|
contoh living legend yg dihargai.
jgn udah jadi cam sudir baru nak hargai...
(sebaya mak saya rupanya tok lat ni... ) |
|
|
|
|
|
|
|
Lat berharap media beri ruang pada pelukis kartun
LAT HARAP KARYA PELUKIS KARTUN DIBERI RUANG OLEH MEDIAIPOH: Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat berharap media massa sama ada cetak atau elektronik memberi ruang kepada lebih ramai lagi karya pelukis kartun di negara ini.
"Ramai pelukis kartun di negara ini berbakat yang boleh diketengahkan seperti pelukis kartun di luar negara yang hasil karya mereka dimuatkan di akhbar-akhbar sejak awal 50an lagi seperti di Amerika, Eropah, Jepun dan Korea.
"Karya pelukis kartun tempatan yang mempunyai bakat seperti Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin dan Ibrahim Anom (Ujang) boleh dimuatkan ke dalam akhbar atau dijadikan filem animasi," kata pelukis kartun terkenal itu kepada pemberita pada majlis menandantangani replika sampul surat Hari Pertama Setem Kartun Malaysia, yang memuatkan hasil karya beliau.
Lat yang berasal dari Gopeng, percaya jika peluang yang diberikan kepada pelukis kartun tempatan disiarkan di dalam media cetak atau dalam bentuk filem, sudah tentu ia menjadi kebangaan kerana negara turut mempunyai pelukis kartun yang baik seperti di luar negara.
Beliau yang turut ditemani oleh beberapa oleh bekas guru dan rakannya semasa bersekolah di sini, gembira kerana karikarturnya dijadikan koleksi pertama setem di negara ini. Ketua Unit Filateli Pos Besar Malaysia, Yasmin Ramli berkata pihaknya mensasarkan untuk menjual sebanyak 1.1 juta koleksi pertama setem yang memuatkan karikatur yang dihasilkan Lat, tahun ini.
Koleksi pertama setem tersebut dilancarkan di Kuala Lumpur Isnin lepas yang turut memuatkan karikatur dari bukunya The Kampong Boy.
Seorang pengumpul setem, Zakaria Mohd, 77, yang berasal dari Tambun di sini begitu teruja untuk memiliki koleksi stem yang memuatkan watak yang dilukis oleh Lat itu. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
baru semalam jumpa dato lat..kt pos ofis ipoh.ramai gila org.pos malaysia pulak dgn pandainya beri masa 1 jam je untuk mintak autograf lat.saya pun nyaris tak dapat.tapi diaorang bagi la untuk beberapa org.akhirnya dapat jugak saya sign dia ngan salam ngan dia.autograf pun dapat.saya suruh dia sign kat folder,buku setem,ngan FDC. |
|
|
|
|
|
|
|
Lat ni antara feveret Pak Samad... (Allahyarham A`Samad Ismail, wartawan besar negara). |
|
|
|
|
|
|
|
Lat ni menuntut ilmu art masa kat oversea..time tu adela subjek yang lukis model bogel real live depan mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku, karya lat yang paling kelakar adalah Mat Som dan Kampong Boy |
|
|
|
|
|
|
| |
|