CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: disclaimer

Usahawan Bumiputra. Dimana Silapnya?

[Copy link]
Post time 24-4-2008 10:30 AM | Show all posts
sedih.... sedih.... insyaALLAH terus ebrjaya... abaikan... kuatkan semangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 04:04 PM | Show all posts
klu diri kita sendiri tak berubah kita nak harapkan siapa lagi utk berjuang memartabatkan ekonomi bangsa....sesama berusaha...ke arah yg lebih baik..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 07:45 PM | Show all posts
usahawan melayu selalunya kurang bersabar...byk nak jalan pintas
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 02:23 PM | Show all posts
salah satu faktor yang aku rasa usahawan kita gagal kerana kurang ilmu niaga dan tidak ada mentor utk ajar kita untuk berjaya.
ini cerita kawan saya, selepas keluar universiti, terus kerja sebagai salesman jual barang electrik di syarikat kedai electrik terbesar di malaysia(syarikat cina).dia merupakan orang melayu pertama yang jadi salesman di syarikat itu. sekarang dia sudah jadi usahawan ( ambil francise dari syarikat itu),
income dia sebulan antara rm20 hingga rm50k.
kesimpulannya
1) perlu belajar dari bawah, jangan malu walaupun ada degree
2) perlu ada mentor untuk tunjuk ajar
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 02:28 PM | Show all posts
apa2 pun.. jangan hanya bercakap... buat yg terbaik.. kalau ada silap .. baiki kelamahan... jgn putus asa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 06:01 PM | Show all posts

Reply #44 MASMIZ's post

positif traits usahawan cina harus kita gunapakai.

org cina byk bermula dari takder apa2pon. mrk fokus kpd sales / trading dan bina network dari situ.

naturally, margin mmg tinggi tapi risiko jugak tinggi kalu tak buleh jual. DAN, kelebihan mempunyai jaringan kukuh di bahagian bawah value chain ialah kita akan senantiasa mendapat feedback terkini, dan kita buleh mengadaptasi secepat mungkin berbbanding saingan yg lebih tertumpu di bahagian atas value chain.

dan utk kebanyakan org cina, lepas mrk2 dah betul2 yakin dgn marketplace barulah mrk akan pikir upstream. org melayu pulak dok sebok pikir upstream tapi downstream tunggang langgang. ini salah satu kelemahan struktur usahawan melayu yg harus di tangani dgn segera.

cth: previous management proton: prodcution efficiency jimat kos x persen bla2... which is totally irrelevant. The pressing nature then was that proton KENOT SELL... yg nko dok pung pang kat sotkabar and put fokus on production efficiency wat por? <-- klasik case of mis-diagnose
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2008 02:20 AM | Show all posts
majoriti org kita hanya pandai ckp..realitinya takut utk laksanakan... xyakin diri sendiri...penakut...berubahla bangsa ku...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 09:44 AM | Show all posts
sakit hati kalau pi kedai borong cina2 tu macam ngumpat2 kita
lepas tu macam layan tak layan
masa tu mmg membara semangat nak bukak kedai macam diorg
if only i could....

Insya allah

marilah kita sama2 berusaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2008 12:37 PM | Show all posts
semua pendapat yg ada kt sini boleh pakai...
cuma satu je aku nak nasihat...

org2 melayu yg jd customer..kalau boleh jgn setkan kt kepala kedai melayu sombong..harga mahal...brg takdak...layanan x elok..bla2...

mmg la mgkn satu kedai melayu kita p ada perangai camtu...tp insyaallah x semua macam tu...pergi lagi ke kedai melayu lain..kalau mcm tu gak..pergi lagi kedai melayu lain...dan lagi..dan lagi...jgn sesekali merasa jemu dgn kedai bangsa kita sendiri....

kalau bukan bangsa kita sendiri nak jd customer pada kedai bangsa kita sendiri...sapa lg???

kita kena fikirkan..duit yg kita belanja tu pergi kemana setelah kita beli brg...kalau pada bangsa kita sendiiri..insyaallah duit tu mgkn juga akan ke masjid2, surau2, rumah anak2 yatim bangsa kita, dan sebagainya.

jadi, setakat mahal RM 0.10 - RM 0.50...aku harap kita sama2 niat sedekah...pahala pun dpt tu di samping membantu perniagaan bangsa kita sendiri...

mengulas tajuk kt atas...aku simpulkan ada silap juga pada customer di samping kesilapan2 usahawan bumiputra..

sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 02:33 PM | Show all posts
bumiputera mudah nak berjaya dalam perniagaan..cuma kena rajin berusaha

antara yg bleh diubah
1)perbaiki mutu perkhidmatan kepada pelanggan
2)yakin kebolehan diri sendiri
3)punyai strategi yg betul untuk perniagaan
4)bantu usahawan yg lain yg baru berjinak dalm dunia perniagaan
5)Tak usah nak kuat cemburu pd org lain
6)urus modal dgn lebih teratur
7)bantuan modal ada..cuma kalo boleh pihak kerajaan kena mudahkan prosedur utk bumiputera mendapat modal..ni nak pinjam rm1000 utk perniagaan kecil kecilan pun makan masa berbulan2 utk approve..



aku harap satu masa nanti ekonomi dikuasai oleh kaum bumiputera:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 07:34 PM | Show all posts
aku doakan juga... smoga dapat dibersihkan semuanya ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 08:16 PM | Show all posts

punca melayu gagal?

baca buku usahawan cemerlang.....
mph.com.my
taip usahawan cemerlang...
boleh beli online atau di mana2 kedai MPH...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 06:48 AM | Show all posts
Nota Niaga Berita Harian, 8 Aug 2005
Tujuh Perkara 'Jangan' dilakukan Usahawan Melayu Untuk Maju

Satunasihat yang sering diberi kepada sesiapa yang ingin memulakanperniagaan ialah menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiranyang mencukupi. Paling utama ialah ilmu dan kemahiran berkaitan bidangperniagaan yang ingin diceburi serta aspek pengurusan.
Ilmu dankemahiran yang dicari boleh didapati dengan pelbagai cara. Satu kaedahmenambah pengetahuan ialah dengan menghadiri seminar di mana kita dapatmendengar ucapan dan pembentangan kertas kerja oleh mereka yang arifdan pakar dalam bidang tertentu.
Sabtu lalu, saya dijemput keSeminar Usahawan Muda anjuran Pergerakan Pemuda Umno WilayahPersekutuan. Amat memberangsangkan apabila melihat ramai golongan mudaMelayu hadir dan tekun mengikuti ucapan dan ceramah mengenaikeusahawanan.
Berikutan perbincangan hebat kebelakangan inimengenai pencapaian orang Melayu yang tidak menepati sasaran DasarEkonomi Baru (DEB), semangat dan minat yang ditunjukkan oleh ratusanpeserta di seminar itu memberi harapan bahawa generasi muda Melayusekarang ingin dan bersedia melakukan perubahan.
Melalui seminaritu, peserta berpeluang mendengar penerangan mengenai peluangperniagaan dan bantuan kewangan yang disediakan oleh pelbagaiinstitusi. Lebih penting ialah peserta bertuah dapat mendengar ucapandan pesanan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yangmerasmikan seminar itu.


Apabila pemimpin, tokoh usahawan ataupakar pengurusan berceramah kepada usahawan baru atau bakal usahawan,mereka biasanya akan mengingatkan perkara yang perlu dilakukan olehusahawan untuk berjaya.
Bagaimanapun, Nor Mohamed dalamucapannya pada seminar itu tidak memberi ingatan mengenai apa yangperlu dibuat tetapi menggariskan tujuh perkara yang 'jangan' dilakukanoleh usahawan jika mereka ingin berjaya.


Pesanan pertama beliauialah usahawan jangan memilih sesuatu bidang perniagaan hanya keranaorang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belokperniagaan berkenaan. Pemilihan sebegini amat berbahaya kerana tidakdibuat berasaskan penilaian yang wajar.
Usahawan diingatkansupaya jangan terikut-ikut dengan 'sindrom goreng pisang' yang sangatpopular dikalangan Bumiputera, di mana bila ada orang berniaga gorengpisang, semua orang hendak berniaga goreng pisang.


Nasihatkedua ialah jangan mencampur adukkan urusan wang syarikat dengan wangsendiri. Ramai usahawan Bumiputera gagal mengawal disiplin diri dangemar menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkanperniagaan menghadapi masalah aliran tunai dan seterusnya gagal.
Dalamkonteks ini, usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antaradirinya dengan perniagaannya, walaupun perniagaan itu kepunyaannyasendiri. Usahawan perlu menghormati perniagaannya sebagai satu entitilain.


Perkara ketiga ialah jangan mengamalkan penipuan dalamperniagaan. Ini adalah tuntutan Islam di mana peniaga dilarang menipudalam timbangan, sukatan atau maklumat mengenai produk. Penipuan akanmenghilangkan barakah dalam urusan perniagaan dan lambat laun akandiketahui orang.


Perkara keempat yang diingatkan ialah usahawanjangan tamak. Ramai usahawan menjadi tamak apabila mula berjaya dancuba membuat terlalu banyak perkara pada masa sama. Ini menyebabkanmereka hilang fokus dan akhirnya mungkin rugi seperti kata pepatah,yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Pesanan kelimaialah jangan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjamwang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalahperniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itupinjam hanya apabila perlu untuk keperluan perniagaan dengan keyakinanpinjaman dapat dibayar balik.


Nasihat keenam kepada usahawanialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima. Inilebih kritikal jika sumber maklumat itu kabur atau disangsikan. Dalammengurus perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supayakeputusan yang tepat dapat dibuat.
Keputusan yang salah bolehmenjadi beban berat kepada usahawan dan perniagaannya. Untukmengurangkan risiko membuat keputusan yang salah, usahawan perlumengambil langkah mengesahkan setiap maklumat yang diperoleh.


Nasihatketujuh Menteri Kewangan Kedua ialah usahawan jangan mempunyai perasaandengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan Bumiputerayang ketara. Memang berlaku di mana usahawan kita lebih sibukmenjatuhkan orang lain daripada berusaha memperbaiki diri.
Usahawanberjaya seharusnya dicemburui secara positif. Mereka yang berjayahendaklah dijadikan penanda aras dan cabaran sebagai rangsangan untukmemajukan diri. Usahawan perlu percaya kepada konsep menang-menang.Malah dalam keadaan tertentu kita mungkin perlu biarkan orang lainmenang asalkan kita tidak kerugian.
Dalam perniagaan, membinajaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu usahawan seharusnyabekerjasama membantu satu sama lain dalam jaringan yang melahirkansinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.
Tujuhperkara 'jangan' yang disebut oleh Nor Mohamed ini harus diberiperhatian serius peniaga dan usahawan Bumiputera. Jika kita perhatikan,sememangnya tujuh perkara yang disebutkan adalah kesilapan yang seringdilakukan oleh usahawan, terutama Bumiputera.
Semua sikap danamalan negatif yang disarankan supaya dielak oleh usahawan adalahperkara biasa yang seharusnya disedari sendiri oleh usahawan bijak danjujur. Malangnya, masih ramai yang gagal mengawal diri dan terjebakdengan amalan negatif kerana tidak merancang untuk jangka panjang.
PengalamanPerbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menunjukkan memang benarperkara yang dibangkitkan oleh Nor Mohamed adalah antara punca utamakegagalan usahawan Bumiputera.
Semua usahawan Bumiputera,terutama usahawan muda dan baru dalam perniagaan, hendaklah belajardaripada kesilapan usahawan generasi terdahulu. Negara memerlukanusahawan Bumiputera generasi baru yang mengamalkan amalan pengurusanterbaik untuk menjadi usahawan berjaya.


- kadang2 aku sendiri pon terguna wang syarikat...sib baik company sendiri...utk lebih maju kene disiplinkan diri...paksa diri utk jd lebih berdisiplin dlm menguruskan bisnes....




Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 06:55 AM | Show all posts
10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil                                 

Kesilapan-kesilapanberikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakanusahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapanyang amat merbahaya ini厖..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Janganterlalu yakin dengan satu idea sahaja.  Ingat, idea adalah matawangkepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberiganjaran dan kejayaan kepada anda.  

2. Tiada Pelan Pemasaran
PelanPemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepadapihak sasaran. Ia menjadi daya tarik  pelanggan terhadap anda! Terdapatlebih dari 25  cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yangrendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaanpelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergayadapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan padacitarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akanmempengaruhi  perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secaradekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corakpembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun andatidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.


4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupunanda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan  mungkin tidakakan membelinya dalam tempoh waktu yang anda  fikirkan. Oleh itukedudukan aliran tunai yang  mantap penting untuk menampung diri dansyarikat anda dalam tempoh tersebut.


5. Tidak peduli tentang kakitangan
Salahsatu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilikperniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan danmengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran,masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktivitipekerja serta keuntungan syarikat  boleh musnah dengan segera!


6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.


7. Tiada pelan penjualan.
Tanpapelan penjualan, maka tidak ada cara  untuk mengukur perkembangankewangan dan kemajuan perniagaan anda.  Anda memerlukan plan yangrealistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.  



8. Penyendiri
Andamungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diridan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untukmengagihkan tanggungjawab kepada mereka.


9. Tiada  'Mastermind'
Andaperlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi merekayang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masukakal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atausahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah,  kajipelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikaluntuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yangobjektif.


10. Berputus Asa
Kebanyakkanusahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranyaanda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapandan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.




- kita sama2 jadikan panduan...semoga berjaya...


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 12:02 PM | Show all posts
Bukan semua usahawan Melayu ada negatif value. kawan-kawan aku ramai yang usahawan. ada yang berniaga modalnya tak pinjam duit bank pun. tapi simpan sikit-sikit. sekarang dah jadi multi millionaire dah. tak harap bantuan dan projek kerajaan pun. Pokoknya kalau mahu berjaya seseorang itu perlu fokus pada memajukan perniagaan dan membuang nafsu untuk menunjuk2 dengan membeli kereta mewah dan memakai barangan mewah sehingga sampai pinjam meminjam. Boleh pakai kereta mewah kalau mampu itupun bila perniagaan telah betul-betul maju dan fixed asset seperti rumah atau pejabat dah dibayar habis hutangnya. ada kawan aku tu dia berniaga dalam masa 5 tahun dah mampu beli beberapa buah rumah bayar tunai, tapi kereta tetap pakai kerata nasional biasa saja. Bila aku tanya dia bila nak pakai mercedes, dia kata belum masanya lagi.....Dia bagitahu aku kereta susut nilainya tapi kalau beli property harga nilainya sentiasa bertambah dan boleh buat security untuk pinjaman bank. Tapi dia cakap satu hari dia akan pakai juga kereta mewah bila dia ada cukup duit untuk beli tunai. heran juga aku tengok dia ni simple je orang nya tak menunjuk-nunjuk. aku rasa ini antara contoh Usahawan Melayu yang kita boleh contohi
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 01:44 AM | Show all posts
kadang kita selalu tgk kesalahan orng lain...  sememangnya setiap orng ada silap dan kelemahan....

tapi ramai yg nampak kesalahan dan kelemahan orng lain... tapi ramai yg tak nampak kelemahan diri sendiri...

kita sering bercakap ttg kelemahan orng lain.. tapi kita tak tau yg orng lain pun ramai yg bercakap ttg kelemahan diri kita... tgk diri sendiri gak....

setiap kelemahan bleh dibaiki... dan diubah... keinginan utk berubah dan terus berusaha utk berubah yg perlu kita lakukan segera... insyaALLAh Tuhan akan selamatkan kita....

setiap perbuatan dan perkejaan yg dilakukan selalu ada tohmahan walaupun ia baik.. sementelah kalau ia satu kesalahan...

sentiasa menilai kelemahan atau kesilapan itu dari segi besar atau kecik kesalahan tersebut... kecik atau besar tak penting..tapi yg pentingnya usaha utk berubah...

tegur menegur adalah amalan mulia... terimalah kritikan dgn anggapan sebagai pembina masa depan...

:- sehebat2 DR M pun ..beliau keluar UMNO....- apa kaitan nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2008 01:06 PM | Show all posts

Reply #56 sinar_inspirasi's post

aikk sinar.. lari tajuk neh.. ekkekkee..
biasala orang tua ni cepat majuk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 01:48 PM | Show all posts
huhuhu... hehehe

cuba tgk kejadian yg berlaku dlm aspek perniagaan.... tgk perjalanan politik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 08:33 PM | Show all posts

Reply #58 sinar_inspirasi's post

berniaga ni sam juga macam kerja makan gaji kan
kalau kerja makan gaji kerja 8 jam
kalau meniaga mesti paling kurang cam tu juga kan
kalau kurang dari tu
tentu hancus
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 10:20 PM | Show all posts
yes.. malah kena lebih 8 jam... otak selalu pusing2 utk pikir... seolah2 20jam...

tapi yg bestnya... masa tak tentu... gerak bebas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052806 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list