CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: petola

Jadi muslim tanpa brand... possible?

[Copy link]
 Author| Post time 29-1-2008 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 29-1-2008 12:14 PM


so apakah brand anda?


tak nak tanya saya ke?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2008 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 29-1-2008 12:25 PM


tak nak tanya saya ke?  


brand islam apakah anda?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 29-1-2008 01:59 PM


brand islam apakah anda?


Isle HADHARI kot....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 04:42 PM | Show all posts
ISLAM itu petunjuk Tuhan untuk menyuluhi kehidupan manusia di bumi yang didasari oleh iman (percaya) dan taqwa sepertimana yang di bawa oleh nabi dan rasul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2008 06:46 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 29-1-2008 03:58 PM


Isle HADHARI kot....  


kah kah kah...

:victory:
:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 29-1-2008 12:12 PM
nampaknya memang susah.. (or impossible) untuk tidak ada brand kan?

so kata2 macam `kita ikut saja Quran dan sunnah' tu macam satu retorikjer... sebab real fact when it comes to its understanding kita akantermasuk dalam brand tertentu juga.

mengapa timbul brand?
pada saya sebab pemahaman manusia terhadap agama berbeza2.
mengapa berbeza?
banyak faktor yg mempengaruhi... tetapi jika kita guna premis allfactors being equal, perbezaan tetap akan berlaku sebab unsurkepercayaan (ie fakta2 yg bergantung pada kepercayaan tetapi bukanpembuktian atau rasional atau akal) tetap ada dalam diri manusia.Kepercayaan2 inilah yg hendak tak hendak kita akan jadikan premis dalammembentuk logika pemikiran kita.

jadi sesuatu manhaj atau aliran atau pemikiran agama itu berdiri ataspremis2 tertentu, yg rasional dan tak rasional (ie kepercayaan).

boleh dikatakan semua pemikiran agama itu (baik akidah baik fekah)didiri mengguna kaedah mantik/logik/silogisme (iaitu satu sistemberfikir guna mendapat kesimpulan2 benar).

mengguna kaedah mantik jika kita guna premis sekian2 maka kita akandapat kesimpulan sekian2.... keluar drp equation tersebut keputusan ituakan jadi tidak logik.

jadi pemikiran2 akidah (termasuk fekah) dibina atas kaedah mantik ini.

jadi perbezaan pemikiran akidah adalah disebabkan oleh premis yg diguna dalam membina pemikiran itu adalah berbeza.

mengapa premis boleh berbeza? Sebab ia selain berdasar fakta danrasional ia juga berdasar kepercayaan. Kepercayaan tak perlu bukti...apa yg kita percaya boleh saja betul (dan tentu saja boleh saja salah).Tapi kalau kita dah percaya ia akan jadi betullah... paling tidak bagikita.

misalnya, dalam akidah golongan salafi mengguna prinsip kita takmungkin tahu zat dan sifat tuhan... maka mereka dengan itu terimaseadanya apa yg tuhan cakap mengenai diriNya. Mantik jika menurut ibntaimiyyah dalam hal mengenal zat dan sifat tuhan tidak akan jalan malahtak boleh nak apply pun sebab akhirnya nanti kita terpaksa takwil ayattuhan supaya sesuai menurut kaedah mantik... sebab apabila kita dahtakwil maka bolehkah kita pastikan itu sebenarnya sifat tuhan atau iasekadar kebenaran mantik saja?

maka kesan drp kepercayaan/pemikiran begitu maka tuhan akan tetapduduk/bersemayam/istiwa kat arasyNya, ada tangan ada mata ada wajahsebab perkataan2 itulah yg tuhan guna dalam Quran untuk berbicaramengenai diriNya.

jika kita guna premis katalah tuhan itu tak boleh sama dgn makhluk pulaseperti premis yg diguna oleh katalah asy'ari kemudian diperkukuh olehimam al-Ghazali, lalu mantik diguna maka, perkataan2 seperti tangan,duduk dll terpaksalah ditakwil supaya sesuai dengan mantik itu... kalautidak ia jadi tak logik... sebab dua perkara yg bertentangan tidakboleh dianggap sama atau menjadi satu. hitan itu hitam dan hitan tidakboleh putih dalam satu masa... itulah silogisme mantik.

anda boleh telaah mantik menurut imam ghazali dan ibn taimiyah dan perbezaan pendapat antara keduanya.

jadi mempersoal satu2 pemikiran hanya berdasar kesimpulan2 mereka sajatidak memadai. Yg perlu kita tengok juga ialah premis2 yg merekagunakan... mengapa mereka guna premis2 itu... atau adakah kepercayaan2mereka itu salah sebab ada bukti2 lain yg menunjukkan sebaliknya.

salafi dan muktazilah adalah dua ekstrim dalam pemikiran akidah. Satuamat literal (tidak bertakwil) yg satu pula amat rasional(bertakwil2).Asy'ariah dikatakan jalan tengah antara kedua2nya.

golongan sufi?

so?

berdasarkan di atas nampaknya tidak mungkin kita tidak berbrand...kecuali kita boleh lepaskan diri dengan pemikiran baru sendiri ygberlainan drp yg sedia ada.

dan sementara itu nampaknya kita terpaksalah terus berbalah... heheh

nota: bertoleransi sebenarnya tidak boleh diapplikasikan dalamberpemikiran. Kalau kita yakin salafi dan kita terima juga asy'arimemberi maksud kita tak yakin dua2... kan.
bertoleransi hanya mencakup akhlak/perbuatan saja.

pendapat saya.
.



Good conclusion , coz it is what it is
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2008 12:11 AM | Show all posts
nota: bertoleransi sebenarnya tidak boleh diapplikasikan dalamberpemikiran. Kalau kita yakin salafi dan kita terima juga asy'arimemberi maksud kita tak yakin dua2... kan.


so petola, you amik yg mana satu? or you tolak kedua-duanya?        atau 'biarlah rahsia'.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 01:15 AM | Show all posts
Satu soalan....

Jadi bagaimana agama islam yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah , yang ada brand ke atau yang tiada brand kerana setau aku nabi muhammad tiada buat brand pun pada agama islam ni

Kalau Allah mahu agama islam sahaja atau lebih tepat yang tiada brand , bayangkan berapa billion umat islam yang sekarang dan dulu iaitu selepas kematian nabi muhammas sesat:eek:  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by petola at 29-1-2008 12:12 PM
mengapa premis boleh berbeza? Sebab ia selain berdasar fakta dan rasional ia juga berdasar kepercayaan. Kepercayaan tak perlu bukti... apa yg kita percaya boleh saja betul (dan tentu saja boleh saja salah). Tapi kalau kita dah percaya ia akan jadi betullah... paling tidak bagi kita.

misalnya, dalam akidah golongan salafi mengguna prinsip kita tak mungkin tahu zat dan sifat tuhan... maka mereka dengan itu terima seadanya apa yg tuhan cakap mengenai diriNya. Mantik jika menurut ibn taimiyyah dalam hal mengenal zat dan sifat tuhan tidak akan jalan malah tak boleh nak apply pun sebab akhirnya nanti kita terpaksa takwil ayat tuhan supaya sesuai menurut kaedah mantik... sebab apabila kita dah takwil maka bolehkah kita pastikan itu sebenarnya sifat tuhan atau ia sekadar kebenaran mantik saja?

maka kesan drp kepercayaan/pemikiran begitu maka tuhan akan tetap duduk/bersemayam/istiwa kat arasyNya, ada tangan ada mata ada wajah sebab perkataan2 itulah yg tuhan guna dalam Quran untuk berbicara mengenai diriNya.

jika kita guna premis katalah tuhan itu tak boleh sama dgn makhluk pula seperti premis yg diguna oleh katalah asy'ari kemudian diperkukuh oleh imam al-Ghazali, lalu mantik diguna maka, perkataan2 seperti tangan, duduk dll terpaksalah ditakwil supaya sesuai dengan mantik itu... kalau tidak ia jadi tak logik... sebab dua perkara yg bertentangan tidak boleh dianggap sama atau menjadi satu. hitan itu hitam dan hitan tidak boleh putih dalam satu masa... itulah silogisme mantik.

anda boleh telaah mantik menurut imam ghazali dan ibn taimiyah dan perbezaan pendapat antara keduanya.

jadi mempersoal satu2 pemikiran hanya berdasar kesimpulan2 mereka saja tidak memadai. Yg perlu kita tengok juga ialah premis2 yg mereka gunakan... mengapa mereka guna premis2 itu... atau adakah kepercayaan2 mereka itu salah sebab ada bukti2 lain yg menunjukkan sebaliknya.

salafi dan muktazilah adalah dua ekstrim dalam pemikiran akidah. Satu amat literal (tidak bertakwil) yg satu pula amat rasional(bertakwil2). Asy'ariah dikatakan jalan tengah antara kedua2nya.


Utk diri aku sendiri, aku menerima pakai pengajian sifat 20 (kaedah Asy'ariah) yg diajar oleh ulama di Msia sebelum ini walaupun aku tahu para sahabat r.a , para Imam Mujtahidin r.a dan para Salafus Solihin rh itu sendiri tidak pernah belajar ILMU TAUHID melalui pengajian Sifat 20 ini. Kaedah pengajian sifat 20 ini asalnya hanya bermula dgn 7 sifat yg dikemukakan oleh al-Imam Abul Hassan al-慉sya抋ri rh. Kemudiannya baharulah al-Imam al-Ghazali rh menggabungkan 7 sifat ini dgn 13 sifat lagi. Yg mana 13 sifat yg lain itu asalnya dikemukakan oleh al-Imam Abu Mansur al-Maturidi rh. Ianya menjadi sifat 20 setelah al-Imam al-Ghazali rh menggabungkannya lalu 7 + 13= 20 sifat. Rasa mudah utk mempelajarinya kerana sudah diajar sejak kecil untuk membezakan Allah dgn makhluk. Kaedah ini telah membantu umat-umat terkemudian utk mengenal Allah dan membezakan Allah dgn segala sesuatu yg baharu. Maka wajarlah kita menghargai jasa-jasa ulama ini kerana ilmu-ilmu yg mrk tinggalkan utk umat sekarang.

Walaupun aku menerima kaedah mengenal Tuhan melalui pengajian sifat 20, tetapi tidak pula mampu aku utk mengkafirkan golongan salafi krn mereka juga membawakan hujah-hujah mengikut sandaran & dalil-dalil.  Golongan salafi, sesuai dgn iltizam mrk utk kembali bulat-bulat mengikut garis panduan Rasulullah & para sahabat, mrk telah membawakan pandangan/hujah supaya belajar tauhid sebagaimana kaedah sahabat2 belajar tauhid dgn Nabi s.a.w. Hujahnya sahabat-sahabat hatta sahabat bertaraf hamba sahaya yg buta huruf, tak pernah mengenal Allah melalui pengajian sifat 20. Hujah salafi, sahabat mengenal Allah sebagaimana Allah menerangkan sifatNYA tanpa soal, without any question ask, pokoknya mrk tahu Allah tak akan menyerupai makhluk. Cukup setakat itu. Noktah. Hujah yg dibawakan ialah tidak ada rekod & tiada langsung bukti para sahabat membicarakan sifat Allah melalui kaedah falsafah sifat 20 ini, mahupun mentakwil begitu begini tentang sifat Allah spt yg termaktub di dlm Quran.

Hujah salafi, cara pemahaman sahabat lebih mudah, ringkas tanpa berbelit-belit utk memaksa diri menyesuaikan otak dgn logik zat Allah spt yg Allah sebut di dlm Quran. Hujah mrk lagi, adakah kafir para sahabat yg tak pernah melalui proses pengajian sifat 20 ini? Bagaimana sahabah mengenal Allah tanpa melalui proses kombinasi sifat 7 + 13 = 20 itu?  Hujahnya para sahabat hatta hamba sahaya yg tidak tahu membaca telah mengenal Allah dgn cara mengambil terus daripada al-Quran dan sunnah Baginda s.a.w, yang tidak disajikan dalam bentuk ilmu falasafah, berteka-teki, berteori itu dan ini, begitu dan begini dan berbelit-belit. Walaupun tidak mengenal Allah melalui ilmu falsafah, para sahabat telah mendapat keredhaan Allah Yang Maha Besar.

Oleh yang sedemikian perkara ini semata-mata khilaf para ulama dahulu & sekarang. Dan amatlah tidak masuk akal jika kita tergamak mengkafirkan mereka perihal khilaf ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 06:59 AM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 30-1-2008 01:15 AM
Satu soalan....

Jadi bagaimana agama islam yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah , yang ada brand ke atau yang tiada brand kerana setau aku nabi muhammad tiada buat brand pun pada agama islam ...


Assalamualaikum AniSani,

Itu brand brand maaaa........................bukan lah sampai terpesong AQIDAH nya.
Bukan sampai mengubah RUKUN IMAN n RUKUN ISLAM.

Jadi mana ada SESAT pung!! AniSani

Ayo yo yo........

Lain laa yg brand brand tu mengubah Aqidah.
Mengatakan bahawa Hadis ini semuer adalah ciptaan para sahabat r.a.
Ikut Quran jer.......
Dan juga kalau deme berNabikan pompuan, or mengaku ketua deme adalah Nabi baru.
Or deme bley bercakap terus dgn Allah swt ker per.

Kalau setakat masaalah ibadat tu........biasa laaa.
Yg penting.............berAMAL lah kerana Allah swt.
Mengikut Al Quran n Sunnah Nabi saw.
Baru laaa tidak sesat buat selama lama nya.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 09:29 AM | Show all posts
Tauhid menurut Sheikh Ibnu Taimiyah;

1.  Uluhiyah
2.  Rububiyah
3.  Asma wassifat

alternatif kepada sifat 20, mudah dan senang di fahami....
siapa boleh huraikan sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 29-1-2008 12:14 PM


so apakah brand anda?


aqidah saya berpegang kepada fahaman asy'iriyah. Pesan ustaz agar mempelajarinya dan memahaminya agar menjadi benar-benar takut kepada Allah, mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Itu konsep 'aqidah sebenar. Bukan belajar untuk bertengkar dengan orang. Setakat sampaikan apa yang patut bolehlah, jgn sampai berdebat tak ketahuan punca.

Saya sendiri sedang cuba utk guna 'aqidah tu sebagai perkara yang perlu disemat kukuh-kukuh dalam hati sehingga boleh mengubah perangai saya agar jadi lebih baik, bukan semata-mata exercise mencari ilmu. Alangkah susahnya. Kalau tanpa pedoman dari bahasan keilmuan aliran asy'iriah dan guru-guru yang belajar aliran tersebut, pasti lebih susah. Saya tak hidup di zaman salaf, saya hidup di zaman khalaf, dah lah tu - penghujung khalaf pulak tu!

Mcm contoh perbezaan besar pasal takwil yang disebutkan tuan petola.

Kalau dari segi asy'iriyah, sefaham saya sifat Allah mukholafatuhu lil hawadith (yang merupakan mafhum Al Quran surah Assyura - 11 - Laisa kamithlihi syai un  ie Tiada sesuatupun yang sebanding denganNya)  perlu difahami dari dua tonggak utama.   

1) Sifat Allah itu bukan 'arodh.
2) Zat Allah itu bukan jirim.

Jika kedua2 kenyataan ini dipatuhi, benarlah Laisa kamithlihi syai un. Konsepnya simple saja, tak lah complicated sangat.

Dalam Al Quran banyak sekali disebut sifat-sifat Allah , contoh Allah bersifat dengan Ada. Kalau sifat Ada Allah itu 'arodh (definisinya berselirat, bersebadan dengan zat), tentulah ianya sama dengan makhluk dan menyalahi ayat Laisa kamithlihi syai un. Jadi adalah penting kalau kita beri'tiqad yang Allah itu bersifat dengan Ada, tidaklah sifat Ada Allah itu sama dengan sifat Ada makhluk (yang berselirat dan bersebadan dengan zat makhluk tersebut), kerana sifat Allah itu bukan  'arodh. Kalau ditanya pula, bagaimana sifat Ada Allah itu? Kita hanya perlu jawab wallahua'lam tidaklah diketahui, cuma sifat itu bukan 'arodh.

Jadi walaupun dalam Quran, jika Allah menyebut sifat2 seperti Tangan, Wajah dsbgnya, perlulah juga ianya tidak menyalahi konsep Assyura-11.  

Bagaimana cara memahamnya? Satu serahkan maknanya kepada Allah (cara salaf), kedua takwilkan kepada yang tidak menyalahi konsep Assyura-11 (cara khalaf ) - ini menyebabkan ada yang memberi makna Kekuasaan dsbgnya, kerana kelemahan aqidah manusia zaman khalaf yang mempersoalkan pelbagai perkara yang para salaf boleh yakini tanpa sebarang soal.

Itulah cara yang saya fahamkan isu ini yang saya (dari penjelasan di atas) mungkin tidak mampu meyakinkan orang lain tentangnya di sini tetapi cukup untuk saya  yakinkan diri saya sendiri sahaja.

Implikasi yang saya dan orang lain mahu dalam mencari keyakinan dalam hal ini adalah tentunya saya mahu menjadi orang yang ada kepercayaan Tauhid yang sempurna dan dengan itu jadi lebih bertaqwa, takut buat maksiat dan suka perkara kebajikan dan suruhan Allah dan RasulNya . Guna agar boleh merasa kebesaran Allah yang kita ruku' dan sujud kepadaNya setiap hari. Itulah keimanan tauhid yang dicari-cari.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 30-1-2008 09:29 AM
Tauhid menurut Sheikh Ibnu Taimiyah;

1.  Uluhiyah
2.  Rububiyah
3.  Asma wassifat

alternatif kepada sifat 20, mudah dan senang di fahami....
siapa boleh huraikan sikit...


In nak cuba.... karang silap, tolong perbetulkan...

1. Tauhid Uluhiyyah - secara ringkasnya ikhlas berilahkan Allah sahaja dgn mahabbah, khauf, roja', tawakkal, rorbah dan roghbah hanya kepadaNya. zahir dan batin lillahitaala, tiada sekutu bagiNya, tiada menjadikan ibadah itu kepada yang lain drpdNya, walaupun terhadap malaikat yg muqarrabin atau nabi yang mursal.

''Hanya Engkaulah yang kami sembanh dan hanya Engkaulah yang kami mohon pertolongan''  -  al fatihah : 5

''Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepadanya dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.''   -  Hud : 123

Tauhid Uluhiyyah adalah awalan yang wajib di atas tiap2 mukallaf sehingga akhir hayatnya dan kalimah pertama buat penganut Islam dan kalimah akhir ketika meninggal dunia.
tiada yg lebih sempurna drpd tauhid yg disampaikan oleh Rasul saw. dan huraian pelik yg tidak ada kena mengena denganrasul saw adalah karut marut dan melampaui batas...

2. Tauhid Rububiyyah - mentauhidkan Allah pd pencipta alam, menguruskannya, mentadbir, memiliki, memelihara, menghidup, mematikan...etc. juga beriman dengan qadar, tauhid ini sahaja tidak mencukupi dalam mencapai iman dan islam, krn Allah menyatakan org2 musyrik juga mengakui tauhid ini...

''Katakanlah, siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan pengelihatan, siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan, maka mereka menjawab : Allah, maka katakanlah : mengapa kamu tidak bertawakkal kepadaNya?''  -  Yunus : 32

3. Tauhid Al Asma' Wal Sifat  -  percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah swt secara ijmal dan tafsil menurut apa yang dinyatakan di dlm al quran n rasul saw. di mana Allah mempunyai al asma' al husna dan segala sifat kesempurnaan Maha Suci dr segala sifat kekurangan.


~ abg kupia... sambung,, panjang lagi ar... ni rengkasan jek, penat gile taip....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.059729 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list