CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Krisis THAILAND -- update: demo besar2an minta PM letak jawatan (p4)

[Copy link]
 Author| Post time 29-9-2008 06:17 PM | Show all posts
Somchai pula hadapi tuduhan langgar perlembagaan
29/09/2008

BANGKOK 29 Sept. – Seorang Senator Thailand hari ini memfailkan aduan rasmi terhadap Perdana Menteri, Somchai Wongsawat dengan mendakwa beliau melanggar perlembagaan kerana memiliki saham dalam sebuah syarikat yang memegang konsesi daripada sebuah firma kerajaan.

Senator Ruangkrai Leekijwatana yang menjatuhkan Perdana Menteri sebelum ini, Samak Sundaravej dengan tindakan undang-undang yang serupa, memfailkan aduan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (EC).

Bagaimanapun Ruangkrai berkata, beliau juga akan meminta Mahkamah Perlembagaan menimbangkan kes itu.

Berikutan aduan itu, EC akan melantik sebuah jawatankuasa kecil untuk menyiasat perkara berkenaan dan jika didapati wajar diteruskan, ia akan memanjangkan hasil siasatan kepada Mahkamah Perlembagaan.

“Saya mahu EC menyiasat sama ada Perdana Menteri patut meletakkan jawatan kerana mencabuli perlembagaan,” katanya kepada wartawan selepas mengemukakan petisyen itu.

Aduan beliau tertumpu kepada saham milik Somchai dalam syarikat Internet, CS Loxinfo CSL.BK yang mendapat kontrak jangka panjang dengan firma telefon kerajaan, CAT Telecom untuk membekalkan perkhidmatan Internet menerusi satelit. – Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2008 02:18 AM | Show all posts
Samak keracunan makanan kali kedua

BANGKOK 4 Okt. - Bekas Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej dimasukkan ke hospital setelah mengalami keracunan makanan buat kali kedua dalam tempoh enam bulan

Samak yang pernah mengendalikan rancangan memasak di televisyen dimasukkan ke hospital swasta, Hospital Bumrungrad di sini untuk menjalani rawatan selama beberapa hari, kata Perdana Menteri, Somchai Wongsawat kepada pemberita hari ini.

"Saya datang melawatnya apabila mendapat tahu beliau jatuh sakit.

"Beliau mengucapkan terima kasih tetapi kami tidak bercakap banyak, saya mahu beliau mendapat rehat secukupnya," kata Somchai.

- AFP






keracunan ni... worang kasik racun ker... TER  kena racun...   huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2008 04:19 PM | Show all posts
Calon pembangkang dipilih Gabenor Bangkok

BANGKOK 6 Okt. – Calon daripada parti pembangkang Thailand, dipilih semula sebagai Gabenor Bangkok dalam pilihan raya semalam, sekali gus mengatasi lawannya daripada parti perikatan kerajaan.

Penyandang jawatan itu, Apirak Kosayodhin daripada Parti Demokrat, mendapat sebanyak 991,081 undi pada pilihan raya itu, dengan menyaksikan hanya 54 peratus daripada 4.09 juta pengundi yang layak mengundi turun melaksanakan tanggungjawab mereka.

Sementara calon daripada parti pemerintah, Parti Kuasa Rakyat (PPP), Prapat Jongsanguan yang juga bekas badan penyelia perkhidmatan pengangkutan bawah tanah bandar ini, mendapat tempat kedua dengan memperoleh 543,488 undi.

Pemilik rumah urut, Chuvit Kamolvisit pula berada ditempat ketiga dengan mendapat 340,616 undi.

Apirak, 47, telah berjanji untuk memperbaiki alam sekitar dan kualiti hidup di bandar raya ini yang dihuni oleh 10 juta penduduk, dengan tumpuan kepada masalah lalu lintas, infrastruktur dan pendidikan.

Pakar pemasaran tersebut yang turut memiliki syarikat menjual kentang goreng dan telefon sebelum memasuki arena politik, mendapat lebih 80,000 undi berbanding pemilihan empat tahun lalu.

Beliau mengalahkan Prapat di 50 kawasan yang sesetengahnya merupakan kubu kuat PPP.

PPP sebaliknya mendapat sokongan kuat daripada kebanyakan pengundi yang tinggal di pinggir Bangkok.

Persaingan untuk mentadbir bandar raya terbesar di Thailand ini telah diwarnai dengan pelbagai gimik dan kontroversi, dengan seorang calon berpakaian seperti samseng Shanghai ketika berkempen.

Chuvit pula menimbulkan kegemparan pada minggu lalu apabila beliau memukul seorang wartawan yang menemubualnya di televisyen.

Sementara pengurus kempen seorang lagi calon pula mati lemas semasa mandi di sebuah terusan kotor dalam aksi publisiti untuk menonjolkan keperluan tahap kebersihan ibu kota ditingkatkan. – Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2008 05:17 PM | Show all posts
TPM Thailand letak jawatan
07/10/2008


BANGKOK 7 Okt. – Timbalan Perdana Menteri Thailand, Chavalit Yongchaiyudh meletakkan jawatan hari ini kerana membantah kekerasan yang digunakan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan.

Chavalit yang merupakan seorang daripada lima Timbalan Perdana Menteri berkata, peranan beliau sebagai perunding dengan ketua protes terjejas setelah polis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan pagi ini, menyebabkan 116 orang cedera.

“Saya meletakkan jawatan kerana tindakan pasukan keselamatan tidak selaras dengan apa yang telah saya janjikan dan saya telah cuba mengelakkan kemalangan jiwa,” menurut surat peletakan jawatan itu.

Chavalit berkata, beliau mengambil tanggungjawab terhadap kecederaan yang dialami oleh penunjuk perasaan dan dengan itu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri mulai sekarang.

Perdana Menteri baru, Somchai Wongsawat menugaskan Chavalit untuk berunding dengan penunjuk perasaan yang diketuai oleh Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD) bagi menamatkan pendudukan mereka di pekarangan ibu pejabat kerajaan, Rumah Kerajaan sejak enam minggu lalu.

Kumpulan itu berarak ke bangunan Parlimen berhampiran malam tadi untuk memprotes rancangan bagi meminda perlembagaan negara ini.

Rundingan antara PAD dengan kerajaan sudah pun terjejas selepas dua pemimpin PAD ditangkap dalam seminggu lalu atas tuduhan mengkhianat. – AFP




tak lama  samak ler pulok nihh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 07:47 AM | Show all posts
Bangkok dilanda huru-hara - Dua maut, lebih 300 cedera dalam pertempuran polis-penunjuk perasaan







BANGKOK - Tentera Thailand mengawal jalan-jalan di Bangkok semalam selepas pertempuran berlaku antara para penunjuk perasaan dengan polis sehingga menyebabkan dua maut dan lebih 380 cedera.

Seorang terbunuh dalam satu kejadian letupan bom kereta dekat Parlimen manakala seorang wanita meninggal dunia di sebuah hospital selepas terlibat dalam pertempuran dengan anggota-anggota polis.

Penunjuk-penunjuk perasaan itu melancarkan kempen selama empat bulan bagi menuntut kerajaan sedia ada dibubarkan, bertempur dengan anggota-anggota polis yang menggunakan gas pemedih mata.

Ketua Tentera Thailand, Anupong Paochinda berkata, polis meminta bantuan pihak tentera selain menafikan khabar angin rampasan kuasa dilakukan, dua tahun setelah junta tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Thaksin Shinawatra.




SEORANG penunjuk perasaan yang cedera parah dibantu
oleh anggota polis di luar bangunan Parlimen, Bangkok semalam. - AP



Tunjuk perasaan disertai 8,000 orang itu berlaku di luar bangunan Parlimen Thailand.

Sekurang-kurangnya dua anggota polis ditembak manakala sejumlah lagi cedera akibat tindak balas perusuh.

Ia berikutan rasa tidak puas hati rakyat berhubung pengaruh bekas Thaksin dalam kabinet yang baru dibentuk.

Isu berkenaan masih lagi tidak selesai walaupun Samak Sundaravej digantikan oleh Somchai Wongsawat sebagai Perdana Menteri. Keadaan itu berlaku kerana Somchai adalah suami kepada kakak Thaksin.



PENUNJUK perasaan berhadapan dengan anggota-anggota
polis di luar bangunan Parlimen, di Bangkok semalam.- REUTERS

Somchai berkata, beliau tidak akan mengisytiharkan perintah darurat atau meletak jawatan walaupun kekacauan meningkat.

Dalam kejadian itu juga, seorang penunjuk perasaan putus sebelah kaki kerana terkena tembakan gas pemedih mata yang berdekatan dengannya. - AFP






pada sesapa yg ghaser2 nak pi bangkok tu.... kensel ajer ler....  mampos pi sana... teruk sgt keadaan tu ... !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 07:53 AM | Show all posts
Penunjuk perasaan beri kata dua

BANGKOK - Kumpulan antikerajaan, Perikatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) memberi kata dua kepada Perdana Menteri Somchai Wongsawat untuk membubarkan Parlimen.

Para penyokong PAD yang mengepung bangunan Parlimen semakin marah berikutan sejumlah anggota ditembak manakala dua anggota polis turut parah ditembak dalam operasi menyelamat anggota-anggota Parlimen yang terperangkap dalam bangunan Parlimen selama beberapa jam.

Pihak polis melakukan operasi menyelamat lebih 300 Ahli Parlimen serta senator yang terperangkap dalam bangunan tersebut.

PAD pada mulanya membenarkan petugas kerajaan dan media untuk meninggalkan bangunan itu tetapi Anggota-Anggota Parlimen serta senator ditegah berbuat demikian.

Kumpulan PAD yang diketuai Sondhi Limthongkul turut memotong bekalan elektrik dan air ke bangunan Parlimen.

Perdana Menteri Somchai Wongsawat terpaksa melompat pagar untuk memasuki kawasan istana sebelum diselamatkan sebuah helikopter.

Berikutan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata, Timbalan Perdana Menteri, Chavalit Yongchaiyudh meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

"Saya sudah melakukan semua usaha untuk memulihkan keamanan di Thailand namun ia masih gagal," kata Chavalit. - Agensi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2008 12:12 PM | Show all posts
x abis2 huru-hara kt Thai tu....
asyik demo memanjang...
bila la nk aman...
yg susah rakyat jelata jugak...
yg terkorban pun rakyat....
ish:@:@:@:@apa nk jadi da.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 12:56 PM | Show all posts


POLIS anti rusuhan Thailand, lengkap dengan senjata dan perisai,
melontar gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di depan
bangunan Parlimen, Bangkok, semalam.


Dua maut, lebih 380 cedera dalam kekacauan politik terbaru di Bangkok

BANGKOK: Polis Thailand bertindak menyembur gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menghalang jalan ke bangunan Parlimen menyebabkan sekurang-kurangnya 278 orang cedera, dengan 21 daripadanya parah.

Keadaan huru-hara menyusul berikutan tindakan polis itu dengan beribu-ribu penunjuk perasaan lari lintang pukang untuk menyelamatkan serta sebahagian daripada mereka bertindak balas dengan menyerang kereta polis.

Seorang wanita terbunuh berhampiran kejadian itu akibat letupan bom dalam sebuah kereta tetapi masih tidak jelas sama ada ia mempunyai kaitan dengan tunjuk perasaan berkenaan.

Penunjuk perasaan yang beberapa minggu sebelum ini menyekat laluan ke pejabat perdana menteri bertindak mengepung bangunan parlimen semalam untuk menghalang Perdana Menteri baru, Somchai Wongsawat menyampaikan ucapan sulungnya.

Ucapan itu diteruskan tetapi sesi khas berkenaan berakhi rselepas dua jam berikutan pembantah terus berarak di luar parlimen hingga memaksa Somchai dan lima menteri lain memanjat pagar untuk melarikan diri daripada perusuh terbabit.

"Speaker dewan, Chai Chidchob menamatkan persidangan kerana bimbangkan keadaan akan lebih teruk," kata whip kerajaan, Witaya Buranasiri kepada AFP sambil menambah parlimen tidak akan bersidang hari ini.

Hampir 300 Ahli Parlimen lain masih terperangkap dalam bangunan Parlimen berikutan penunjuk perasaan mengepung semua pintu keluar.

Timbalan Perdana Menteri baru dilantik, Chavalit Yongchaiyudh meletak jawatan membantah tindakan tegas polis itu.

Bantahan bermula lewat Mei lalu apabila penunjuk perasaanmelancarkan kempen untuk menjatuhkan kerajaan Thailand kerana mereka mempunyai hubungan dengan Thaksin Shinawatra, Perdana Menter idigulingkan dalam rampasan kuasa tentera September 2006.

Penyokong Parti Pakatan Rakyat bagi Demokrasi menyerbu bangunan kerajaan utama di Bangkok lewat Ogos lalu dan sejak itu bertindak mengepung kawasan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2008 02:50 AM | Show all posts
Pemimpin tunjuk perasaan bebas


SEKUMPULAN penunjuk perasaan masih berhimpun di Rumah
Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri di Bangkok semalam.



BANGKOK - Sebuah mahkamah di Thailand semalam menggugurkan tuduhan melakukan khianat ke atas beberapa pemimpin utama sebuah kumpulan penunjuk perasaan yang mahu menggulingkan kerajaan.

Keputusan mahkamah tersebut diambil dua hari selepas satu pertempuran ganas antara penyokong Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) dengan pihak polis di Bangkok.

Pertempuran yang tercetus pada Selasa lalu itu mengakibatkan dua orang awam terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera.

CHAMLONG

Kekacauan yang dianggap terburuk dalam tempoh 16 tahun di Bangkok itu juga menyebabkan rundingan antara PAD dengan kerajaan terjejas.

Dua pemimpin PAD, Chamlong Srimuang dan Chaiwat Sinsuwong dibebaskan dengan ikat jamin dan keputusan itu dianggap sebagai satu kemenangan oleh para penyokong kumpulan tersebut.

Tidak lama selepas dibebaskan dari penjara kedua-dua pemimpin itu kembali semula ke sebuah kompleks kerajaan yang diduduki oleh penyokong-penyokong mereka sejak Ogos lalu.

Beribu-ribu penyokong PAD bersorak dan bertepuk tangan apabila Chamlong yang merupakan seorang bekas jeneral tentera muncul di pentas.

"Kami sangat lega akhirnya kami memperoleh keadilan," kata seorang penyokong PAD, Sitharat Keyoonwong, 52. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 12:33 PM | Show all posts
kenapelah diorg xpaham2 lg....selagi suku-sakat Thaksin tu memerintah....selagi tu ramai xpuas ati
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 01:49 PM | Show all posts

Balas #50 alexacarlos\ catat

betul tu selagi PPP yg memegang tampuk kepimpinan selagi tu la PAD merusuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2008 01:00 PM | Show all posts
Bas terbabas ke dalam gaung, 22 pelajar terbunuh

pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat serta mangsa yang tercedera dalam nahas di wilayah Prachinburi, kira-kira 95 kilometer ke timur Bangkok, semalam.- AP

BANGKOK 10 Okt. - Sekurang-kurangnya 22 penuntut universiti terkorban dan 27 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di timur Thailand, pagi ini.

Pegawai polis tempatan, Mejar Akkapark Jitprayoon memberitahu, 22 mayat pelajar dikeluarkan daripada bas tersebut.

"Kemalangan dipercayai berlaku akibat pemandu bas itu mengantuk," katanya.

Beliau berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ini (4.30 pagi waktu Malaysia) ketika para pelajar berkenaan dalam perjalanan untuk melawat kawasan pesisir pantai di wilayah Chantaburi.

Katanya, bas sewa khas itu dinaiki oleh penuntut sebuah universiti teknologi di timur laut wilayah Khon Kaen.

"enumpang yang cedera telah dibawa ke tiga buah hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan kecemasan," katanya.
- AFP




dah ler negara depa dok gado gado....  pastu bas pulak dok masuk gaung....  bencana  thailand ni...   tu ler..  banyak sangat perkara teruk kat sana... worang2 islam kat selatan thai pun.. selalu kena tindas....   aku simpati ajer ler pada  mangsa  bas masuk gaung ni... sabo jer ler..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 09:01 AM | Show all posts
Polis siap sedia hadapi perhimpunan raksasa


BERIBU-RIBU penyokong kerajaan berarak pada
demonstrasi diadakan di Bangkok, semalam.


Demonstrasi UDD, PAD dikhuatiri cetus keganasan

BANGKOK-Polis Bangkok berkata, mereka tidak akan menyuraikan perhimpunan antikerajaan akan datang tetapi akan melindungi ibu pejabat pasukan berkenaan sekiranya penunjuk perasaan cuba menyerang bangunan itu.

Semalam, sebuah kumpulan pro kerajaan mengumumkan rancangan mengadakan perhimpunan selama tiga hari di daerah bersejarah Bangkok tetapi menegaskan tidak akan berlaku sebarang pertempuran dengan musuh mereka iaitu kumpulan antikerajaan Parti Pakatan Demokrasi Rakyat(PAD).

PAD berikrar mengadakan perarakan di tengah Bangkok ke ibu pejabat polis negara berhampiran daerah beli-belah utama hari ini bagi membantah tindakan polis baru-baru ini hingga mencetuskan keganasan.

Dua orang terbunuh dan lebih 400 cedera dalam keganasan Selasa lalu apabila penyokong PAD mengepung parlimen untuk cuba menghentikan ahli parlimen bersidang sehingga memaksa polis menyembu rgas pemedih mata ke arah mereka.

Jurucakap polis, Leftenan Jeneral Chatchawal Suksomjit,berkata polis bandaraya itu akan bekerja sama dengan agensi lain untuk berhadapan dengan perhimpunan PAD itu.
                                    
"Kami akan melindungi ibu pejabat," katanya.

"Bagaimanapun, polis tidak bercadang menyuraikan penunjuk perasaan kerana mereka beritahu akan memprotes secara aman."

Kumpulan pro kerajaan sementara itu memulakan perhimpunan mereka lewat semalam di Sanam Luang, kawasan popular bagi penunjuk perasaan di daerah bersejarah itu.

Wipoothalaeng Pattanaphumthai, seorang pemimpin pergerakan itu berkata, beribu-ribu orang dijangka hadir untuk menyuarakan sokongan kepada kerajaan yang memenangi pilihan raya Disember lalu. �AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 01:19 PM | Show all posts
6 maut, 5 cedera di Selatan Thailand


TENTERA Thailand memeriksa pikap yang mana seorang penduduk ditembak mati di dalamnya di Narathiwat, semalam.


NARATHIWAT: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lima lain cedera dalam serangan berasingan membabitkan pemisah di wilayah Selatan Thailand yang dilanda pemberontakan sejak 2004.

Dalam kejadian di wilayah Narathiwat petang kelmarin, dua lelaki berusia 45 dan 22 terbunuh manakala lima rakan mereka cedera apabila sekumpulan militan melepaskan tembakan ke arah trak pikap yang dinaiki mereka, kata polis.

Manakala dalam kejadian berasingan di wilayah yang sama, seorang lelaki berusia 35 tahun terbunuh selepas ditembak penunggang motosikal.


Sementara itu di wilayah Pattani, seorang lelaki berusia 38 tahun dan dua wanita berusia 30 dan 35 tahun terbunuh apabila sekumpulan pemisah menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah rumah, kata polis.

Semua mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu beragama Islam.

Lebih 3,400 penduduk terbunuh sejak pemberontakan pemisah tercetus hampir lima tahun lalu di wilayah paling selatan di Thailand. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 10:20 AM | Show all posts
PM Thailand kena lontar kasut

BANGKOK: Sekumpulan penunjuk perasaan yang marah melontarkan kasut dan botol plastik terhadap rombongan perdana menteri Thailand selepas mengepung beliau di sebuah tempat meletak kereta bawah tanah semalam. Perdana menteri itu bagaimanapun selamat dan tidak cedera.

Ejen keselamatan dan polis melindungi Somchai Wongsawat daripada objek berkenaan dan membawa beliau ke sebuah kereta yang menanti yang terus memecut sejurus Perdana Menteri itu memasukinya.

Bantahan itu diadakan lebih 100 kakitangan pengendali telekom kerajaan, TOT ketika Somchai melawat ibu pejabat syarikat itu di luar Bangkok.


Ia adalah pertama kali dalam krisis politik di Thailand sejak beberapa bulan lalu penunjuk perasaan bersemuka dengan Perdana Menteri berkenaan.

Ia bagaimanapun bukan kali pertama Somchai terpaksa melepaskan diri dengan segera.

Pada 7 Oktober lalu, Somchai melarikan diri daripada sekumpulan pembantah yang ganas di luar Parlimen dengan memanjat pagar belakang untuk dibawa ke tempat selamat. Polis pencegah rusuhan di luar bandar terpaksa menyemburkan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan terbabit menyebabkan dua orang terbunuh dan beratus-ratus yang lain cedera.

Perhimpunan semalam bermula di luar ibu pejabat TOT di bawah tanggungjawab Kementerian Penerangan dan Teknologi Komunikasi.

Rombongan berkereta Somchai melencong ke lot tempat meletak kereta bawah tanah bagi mengelak kumpulan berkenaan yang menjerit 'Somchai, pembunuh!" yang merujuk kepada kematian dua penunjuk perasaan pada 7 Oktober lalu.

Penunjuk perasaan mengepung lot meletak kereta sambil menghayunkan plastik berbentuk tangan gergasi.

Selepas mengadakan satu mesyuarat di bangunan berkenaan, Somchai keluar melalui pintu utama di mana lebih ramai penunjuk perasaan berhimpun. Ada di antara mereka melontarkan botol plastik dan kasut.
Melemparkan kasut adalah satu penghinaan dalam budaya Thailand yang menyifatkan kaki bahagian paling kotor. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 11:05 AM | Show all posts
Satu mati, sembilan cedera di Yala

YALA,Thailand 29 Okt. - Seorang mati manakala sembilan orang,termasuk tiga anggota tentera cedera dalam satu serangan berasingan di selatan Thailand hari ini.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Perdana Menteri Somchai Wongsawat melawat wilayah bergolak itu.

Seorang ketua kampung, 52, telah ditembak mati semasa berada di Masjid wilayah Pattani pada pukul 6 petang dan dua jam selepas itu,sembilan orang pula tercedera dalam serangan bom.

Menurut polis, bom seberat lima kilogram telah disembunyikan di pondok telefon berdekatan pintu masuk pasar utama Yala dan diletupkan menggunakan telefon bimbit pada pukul 7.50 pagi waktu tempatan.

"Pejuang pemisah meletupkan bom berkenaan sewaktu tiga anggota tentera sedang membuat rondaan berdekatan kawasan terbabit, menyebabkan mereka cedera dan berada dalam keadaan kritikal.

"Enam orang peniaga dekat kawasan itu turut cedera ringan," katanya.

Somchai semalam telah meluangkan masa selama satu hari melawat wilayah berkenaan, sebulan selepas dipilih sebagai Perdana Menteri,setelah serangan pasukan pemisah telah berkurang.

-AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2008 09:38 PM | Show all posts

Reply #56 derose83's post

derose... ko penah gi thailand dak???  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 09:38 PM | Show all posts
10 penyokong anti-kerajaan cedera di Bangkok
30/10/2008

BANGKOK 30 Okt. — Sepuluh penyokong anti-kerajaan cedera apabila seorang yang tidak dikenali melontarkan bom tangan ke arah sekumpulan pengawal yang melakukan sekatan di Jambatan Makawan Rangsan, berdekatan Rumah Kerajaan yang mereka kuasai sejak dua bulan lepas.

Insiden itu berlaku hanya beberapa jam sebelum Perikatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) merancang untuk berarak ke Kedutaan Britain bagi mendesak ekstradisi terhadap bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana salah guna kuasa dalam pembelian tanah melibatkan isterinya.

Polis berkata mereka juga menjumpai mayat seorang lelaki berhampiran perkarangan Rumah Kerajaan tetapi tiada sebarang tanda ia ada kaitan dengan kejadian letupan atau tembakan yang didengari sewaktu kekecohan itu.

Saluran televisyen tempatan melaporkan bahawa selain kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi itu, sebutir bom juga dilontarkan ke arah rumah Hakim Mahkamah Perlembagaan, Jaral Phakdeethanakul di sini manakala satu letupan merosakkan sebuah kereta milik penyokong PAD di Chiang Mai. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 10:50 PM | Show all posts
PM Thai didakwa terbabit dalam skandal

BANGKOK: Perjuangan selama lima bulan untuk menyingkirkan kerajaan sekarang yang menjadi sekutu kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra kian memuncak apabila parti antikerajaan, Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) menyiarkan video memaparkan seorang lelaki menyerupai wajah Perdana Menteri sekarang, Somchai Wongsawat bersama-sama seorang gadis.

Video itu yang disiarkan malam tadi di Bangunan Kerajaan, tempat PAD berkubu sejak merampas bangunan itu pada 26 Ogos, dan gambar dari video itu turut dipaparkan dalam akhbar dalam talian, Manager Online.

Somchai, yang berkahwin dengan adik Thaksin, Yoawapa, enggan mengulas ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu hari ini.


Manager Online, milik pengerak utama PAD, Sondhi Limthongkul, berkata lelaki dalam video itu menyerupai wajah perdana menteri sekarang dan dilihat dengan gadis itu pada dua hari berbeza pada Mac 2006.

Satu daripadanya, lelaki itu dilihat membawa gadis itu ke sebuah restoran bernama “ Pak Tai”.

Beberapa hari kemudian, lelaki itu dilihat pergi ke sebuah motel di kawasan Charansanitwong di ibu negara, menurut laporan Manager Online, memetik suara dalam video itu yang membayangkan mereka mengekori pasangan itu.

Somchai didesak meletakkan jawatan sejak dilantik ke jawatan itu pada 17 September, dua minggu selepas perdana menteri sebelumnya Samak Sundaravej disingkirkan oleh Mahkamah Perlembagaan kerana melanggar perlembagaan selepas beliau muncul dalam program memasak di televisyen ketika masih memegang jawatan perdana menteri.

PAD telah menganjurkan demontsrasi jalanan di ibu negara sejak 25 Mei dan mengambil alih pejabat perdana menteri di Bangunan Kerajaan pada 26 Ogos.

Kempen mereka untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang mereka dakwa menjadi proksi kepada Thaksin semakin memuncak selepas pertempuran dengan polis pada 7 Oktober yang menyebabkan dua kematian dan lebih 500 cedera, serta hukuman penjara dua tahun ke atas Thaksin bagi kesalahan salah guna kuasa oleh mahkamah Thailand minggu lalu.

Thaksin kini tinggal dalam buangan di Britain. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 08:44 AM | Show all posts
Penunjuk perasaan dibom   
                              
BANGKOK:Satu letupan mencederakan 10 orang di ibu negara Thailand semalam selepas seorang penyerang melemparkan bahan letupan kepada kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan yang berkhemah sejak dua bulan lalu bagi menghalang jalan masuk ke pejabat Perdana Menteri.

Serangan sebelum subuh itu berlaku beberapa jam sebelum penunjuk perasaan berkumpul di luar Kedutaan Britain di tengah Bangkok bagi menggesa bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra dihantar pulang selepas menjadi pelarian di London.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bom sebelum subuh di barat laut Bangkok itu dan Kapten Polis, Pompet Chotelang, berkata semua yang cedera adalah pengawal kumpulan penunjuk perasaan dari Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD).

Kolonel Polis, Viboonyut Santavej, berkata penunjuk perasan melihat dua penyerang tiba dengan motosikal sekitar jam 3 pagi dan seorang daripada mereka melemparkan bahan letupan ke arah mereka sebelum melarikan diri.

Pompet berkata, satu lagi bahan letupan turut dilemparkan ke kawasan Hakim Mahkamah Perlembagaan, awal semalam.  -  AP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.506965 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list